Thursday, December 30, 2010

KECOH LAGI


Tentu sekali di Selangor. Kali ini serangan adalah kepada kedudukan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Minggu lepas kedudukan 1 Malaysia. Memang hebat pentadbiran PR. Ketua perkhidmatan dan Ketua Setiausaha Negara telah buat keputusan siapa yang layak jadi Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bukan kali pertama Setiausaha sebegini dilantik. Sistemnya terpelihara, cara dan tertib juga telah diperhalusi sejak 6 bulan yang lepas. KSN pun bukannya lali dan suka cari pasal sebab beliau tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Untuk jawatan khas Ketua Negeri meti dimaklumkan akan kekosongan yang dijangka dan sebagai suatu tradisi dan amalan baik dengan Ketua Negeri atas semangat menjaga adat istiadat maka cadangan beberapa nama dimaklumkan pada Baginda Sultan. Ini disebut dalam bahasa perkhidmatan awam "acceptibility and suitability".

Kalau Sultan perkenan dan pegawai berkenaan tidak ada rekod yang buruk maka keputusan membuat penempatan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi satu yang sempurna. Ini hairan. Ada pula yang terkejut dan ada yang kata KSN sabotaj perihal perlantikan Dato' Khusrin sebagai SUK. Ini rezeki dan maruah pegawai tinggi. Bukannya Dato' Khusrin terhegeh-hegeh minta jawatan itu. Dia pun ikut perintah. Dia pegawai awam yang ada etika.

Kalau di kecoh-kecoh dengan lembaran yang tidak profesional maka pentadbiran awam negara ini akan kucar kacir cukuplah Selangor. Sejak PR perintah bukan saja kenegaraan dicemari tapi juga pentadbiran awam. MB nampak kelam kabut. Kenapa? Mungkin dia mahukan kroni dia pegang jawatan itu? Tak cukupkah dengan beberapa jawatan istimewa diberi kepada kroni-kroni? Sehingga jawatan protokol ini pun dia kemaruk tak kawal.

MB Selanhor ini mesti kepala batu. Bukannya dia tak diberi maklum oleh Bahaguan Sumber Manusia tentang kuasa mutlak dan konsep neutrality of the civil service. Apa hal yang keoh sehingga mahu menghadap Sultan dan minta Sultan pilih blue eye boy dia!!!! Inilah masalah kalau MB degil dan buta tuli dalam tindakan. Yang syoknya DAP pun tumpang semangkok. Dia dah lamageram kat KSN. Dia nak bela LGE. Maka bila kes ini meletup puak roket inipun kelam kabut bagi reaksi.

Barang diketahui bahawa politik boleh buat cara politik tapi jangan sampai nak campur aduk dengan perkhidmatan awam yang dah lama di negara ini. Kalau tanpa mereka poltik juga namak tergantung. MB Selangor di saran akur saja dengan keputusan menerima Dato' Khusrin. Tunjuklah sikit Impartial. Jangan berat sebelah, jangan kata orang Selangor ini selalu sangat flip flop. Macam mana nak majukan Selangor?

RONY vs 1MALAYSIA & FAEKAH vs PTD?

Di Selangor semacam berlaku porak peranda atau boleh di katakan juga kucar kacir. Kita sebut saja Versus(vs).Pertama Rony istihar mahu perangi 1 Malaysia. Kedua Faekah mahu bantah kehendak Sultan yang memerintah Selangor dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru yakni Dato' Khusrin yang berkhidmat di bawah Perkidmatan Tadbir dan Diplomatik atau PTD.

Perkhidmatan ini adalah Premier Service dalam perkhidmatan awam. Kedua vs ini jelik sekali kerana ini suatu di luar dugaan pencinta kemakmoran. Yang lebih dirasai  meluatnya ialah bila rakyat diajak besolat hajat atas hal perlantikan SUK. Sementara mereka akui yang mereka tidak mahu violence mereka minta ramai-ramai pergi gereja surau dan kuil buat ibadat hajat supaya orang "pilihan"yg jadi SUK.

Ramai yang sudah naik mual dengan tingkah politik yang membelakangi Sultan dan Menteri Besar.Seolah-olah Selangor ini untuk Rony & Faekah mirip Romeo & Juliet.Orang Selangor tahu bahawa pegawai awam ada hak utk memilih parti yang mereka mahu tapi apabila bertugas mana mungkin mereka berat sebelah sebab adalah menjadi kewajipan mereka untuk berkhidmat dengan kuasa yang dipilih rakyat.

Kalau semua tugas mesti ikut telunjuk parti memang susah lah rakyat dapat manfaat kerana pegawai di cucuk hidung.Cara RF buat kerja di Selangor memang tak langsung nampak impartialitynya. Mereka gurmal dan kata orang Indonesia mereka mereka BERGULAT dalam usaha membenci setiap detik dan setiap laku yang datang dari kerajaan malaysia yang pada waktu ini di perintah oleh BN. Rakyat bagi peluang PR utk jaga dan pupuk selangor bukan nya dgn kuasa yg ada di godam sini dan di balon sana sehingga menggugat tunggak produktiviti.

Cara berhujah tentang perlantikan Dato' Khusrin oleh Faekah memang hebat sampai kena buat seruan sembahyang hajat. Kalaulah Faekah ini pegawai PTD tentu dia tak jadi cacamarba sebab PTD faham kedudukan mereka. Jangan sangka bila sebut Khusrin tak  layak ribuan PTD lain akan setuju mudah. Kita tidak gemar campurtangan melampau.kita juga tidak suka memangsakan pegawai awam kerana nafsu politik dangkal.kita mesti tahu bahwa PTD adalah profesional.Kalau perlantikan nya mahu di goyah sampai anggap sultan pun tak guna hemah baginda maka PR adalah kerajaan katun

Tuesday, December 28, 2010

SUARA SUMBANG

Waktu negara cemas mengharungi dan menghadapi krisis rakyat cukup bergantung pada kerajaan. Rakyat jelata termasuk Raja dan Pembesar menaruh harapan pada kerajaan. Mereka tenang dan mereka bersolat hajat dan sentiasa di belakang kerajaan. Ketika itu rakyat sedar mereka mesti bagi sokongan tidak berbelah bagi. Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan semua mahu kerajaan lakukan sesuatu untuk selamatkan negara dari di serang dari di istihar bankrap dari di hujani dengan pelbagai najis dadah dan penyakit.

Ingat waktu komunis. Ingat waktu 13 Mei. Ingat waktu krisis mata wang. Ingat waktu penyakit H1N1. Ingat bagaimana cemas kita harungi hal dadah yang hampir lumpuhkan belia negara. Semua ini dilalui dengan tabah oleh pemimpin. Ada yang masih hidup dan ada yang dah mati. Yang hidup masih mewarisi amalan warisan. Amalan asas ialah menghormati.

Kita tahu apabila penghormatan susut maka mulalah rakyat berasa resah dan mudahlah kita jatuh ke lembah kurang ajar dan kepompong pergaduhan. Ini yang kita semua patut pelihara. Kita pelihara kestabilan. Kita pelihara budaya. Kita pelihara kesopanan. Ini penting. Sekarang kita semakin hampiri satu lagi krisis kesopanan. Pemimpin kita di serang dengan kata-kata sumbang. Mereka balas kesopanan dengan kata-kata provokasi.

Mereka semua mahukan sama rata sama rata. Mereka segan silu untuk cadang cara demi menyelamat dan membangunkan negara. Apa saja yang pemimpin kita buat semuanya salah. Mentang-mentang ada kekebasan bersuara mereka balon habis-habisan seolah-olah wujud di negara ini amalan yang kejam amalan yang sembelih kaum dan amalan menyekat budaya dan agama kaum.

Dari bangsa Portugis sampai ke kaum Dayak dan Iban kita bagi penghormatan dalam bersama mereka meraikan hari kebesaran. Melayu, Cina dan India pun tidak ketinggalan. setiap kepelbagaian kerajaan mencari titik persamaan. Itu rahsia warisan. Kita sentiasa elak dari mereka yang suka lepas geram. Kita kena berani menyatakan bahawa negara kita memang diwarisi oleh pemimpin yang diasuh.

Rakyat juga akhirnya berupaya menolak merka yang rakus. Mereka yang sasau politik. Mereka yang moralnya dipersoalkan bertubi-tubi. Beginilah cerita semangat 1 Malaysia yang dilahirkan. Kita bi;a bercakap 1 Malaysia kita bukan nak semua dirojakkan. Agama Islam mana boleh disatukan dengan Buddha dan Hindu? Marahkah kita kalau hari raya kita pasang Tanglong? Cina tak rasa songsangkah jika Tahun Baru Cina diraikan dengan lampu Punggal? Sebab itu kita kena cari apakah titik pertemuan yang dapat kita serasikan.

1 Malaysia ialah keserasian bangsa. 1 Malaysia bukan hal biasiswa, bukan hal PERKASA, bukan hal perkauman bengis. 1 Malaysia adalah pengurusan perkauman yang harmoni, pengurusan perpaduan yang perlu di ikat kukuh. 1Malaysia bukan untuk Ahmad, Ah Chong atau Alfred tapi untuk kita semua supaya amalan hidup sentiaas dijauhi dari kekejaman dan huru hara. Kita baliklah kepada amalan baik kita yakni doa dan berdiri kukuh di belakang pemimpin kita.

FLIP FLIP: HERO DAP DI SELANGOR

Rony kata kuatkuasa arahan meroboh atau meruntuhkan 1 Malaysia ditangguhkan. Banyaklah alasan yang kita semua boleh dengar. Alasan yang pelbagai dan buta tuli memang sedap kita dengar tapi pernah kita fikir bahawa kita yang dah dewasa bertanggungjawab membina tamadun bukannya suatu negara yang tidak bersama dan bersatu.

Jangan rosak minda. Jangan jadi rakyat yang tak tahu adab dan suka salahkan orang. 1 Malaysia kalau kita baca memang tak nampak UMNO atau BNnya mahupun DAP atau PR. Ia adalah tanda satu dan ada dengan gambar bendera. Memang ada nilai komersialnya dan cantik la. Tahun 2009 masa Najib lancar logo ini mana dia bijak pandai? Kenapa ketika itu semua sunyi?

Tapi bila DSAI digantung di parlimen baru-bari ini kerana hal 1 Malaysia makanya Selangor pun kata 1 Malaysia adalah polikal. Laju betul pemimpin Selangor buat peraturan dan hukuman. Mereka tak berunding pun dengan rakyat. Mereka buat keputusan tanpa fikir implikasi. Dia pakai HUKUM GERAM. Kanak-kanak suka, orang luar pun bangga tapi yang hairan puak-puak politik PR yang bijak pandai di Selangor khususnya tiba-tiba melenting nak runtuhkan 1 Malaysia.

Sedar tak sedar kerja DAP di Selangor dan Penang memang suka ROBOH. Bila kita kata rakyat suka dan faham 1 Malaysia mereka kata rakyat dah muak dengan slogan yang penuh dengan pembohongan. Halo!!!! Di mana dosanya satu ingatan yang murni? Di mana jenayahnya satu hajat yang murni? Di mana jenayahnya satu hajat yang bersih? Di mana merudumnya satu masyarakat kepada suatu pemetaan yang jelas? Kenapa menjadi 10 orang buta dengan gajah?

Memang yang hairan bila saja hal ini berlaku maka muncul beberapa ekor tukang komen yang ungkit-ungkit dan menghentam semua yang kerajaan buat selama 53 tahun tak kena. Kau orang sekadar cakap boleh dan kalau sangka kau orang boleh perintah dengan baik kenapa tak consentrate kat negeri masing-masing?  Banyak kebajikan boleh buat. Rakyat juga muak dengan gaya alih pandangan yang dilakukan oleh PR.

Mereka bukannya mengurus negeri mereka lebih gemar guna kuasa untuk menghentam-hentam semua orang kerana kalau mereka fokus pada kemajuan negeri mereka tentu akan berjaya tapi kerana ketidak cekapan pemimpin makanya rakyat di Selangor masih bergantung pada BN. Nasib baik BN masih rasional dan masih mahu bagi kebajikan kalau tidak tak tahulah nasib Selangor.

Monday, December 27, 2010

GERAM ATAU GERUN DENGAN 1 MALAYSIA?

Selangor sudah bagi isyarat yang mereka gerun dengan simbol 1 Malaysia. Mereka mula mahu nyahkan simbol ini dari Selangor dengan guna pihak berkuasa negeri. Mereka mahu lakukan seolah-olah 1 Malaysia adalah setinggan di Selangor.

Lihatlah bagaimana sasaunya pemimpin Pakatan Rakyat. Adakah mereka peduli dengan perasaan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Kenapa mahu pisahkan Selangor dari negeri lain secara simbolik. Sama ada arahan bertulis atai tudak kepada pihak berkuasa negeri ternyata jelas Kerajaan Selangor bersikap emosi dan semakin melampau menggugat perpaduan.

Bangsa Malaysia sudah tidak lagi mahu cara khianati negara. Rakyat bukannya bodoh. Kerana geram dan bengang yang tak menentu atas tindakan Parlimen kepada DSAI maka 1 Malaysia jadi sasaran. Ini memang tepat kata orang tua marahkan nyamuk kelambu di bakar. Kerajaan Selangor sudah lama mahu bermain api. Kita  minta Tan Sri MB kalau beliau insaflah dan jangan buat kromo atas nama kemaruk kuasa.

Cara gengsterism, cara koboi, cara politik baruk sudah diperhebatkan di Selangor. Mereka ini tidak lain dari golongan ciciwee. Ada yang cadang kita kursuskan MB dan exconya mengenai 1 Malaysia. Orang kampung pun mudah terima kerana 1 Malaysia itu perpaduan yang ada elemen keadilan sosial, kenegaraan dan penerimaan. Nah simple ini macam pun susahkah? Tak perlu politikkan benda baik. Tak perlu disasaukan fikiran rakyat. Tak perlu tunjuk geram buta tuli. Ada juga kata mungkin dah putus akal kerana gerun 1 Malaysia semakin di terima.

Nah lepas ini MB akan keluarkan kenyataan memesongkan hakikat. Beginilah jika ada kerajaan yang singkat akalnya. Harap rakyat Selangor sedar bahawa hasil pemerintahan 960 hari atau 33 bulan rakyat Selangor macam-macam dibuat mereka. Habis jadi kecoh. Memang sah Pakatan ni kalau lagi lama perintah benggonglah rakyat Selangor. Terserahlah!!!!!

Sunday, December 19, 2010

PAKATAN RAKYAT OH PAKATAN RAKYAT

Konvensyen yang diadakan di Kepala Batas telah memberi amaran pada UMNO untuk tidak merampas Perlembagaan. Mereka juga nak ambik tandatangan 1 juta orang dalam usaha menggubal 6 perkara dalam hal demokrasi.

Mari kita tengok strategi nak pikat undi bukan Melayu. Depa mula-mula balon UMNO untuk UMNO melenting. Bila UMNO melenting orang Cina dan India dikatakan akan kurang sokong BN. Ini kereana bukan tak sokong BN tapi tak sokong UMNO. Mereka mahu pecahbelahkan muafakat BN.

Cucukan seterusnya ialah mahu serang BN dengan kata 6 cadangan rakyat untuk basmi beberapa perkara termasuk undang-undang darurat. Mereka nak corner BN. Bukan mereka tak ada negeri yang diperintah. Bukan mereka tak boleh buat undang-undang negero. Kalau berani buatlah undang-undang di Penang untuk kebebasan akhbar.

Kita tak nampak pun satu undang-undang yang diperjuangkan dibuat di negeri-negeri yang depa perintah. Nah kita tahu merka bukan parti yang minat pada khidmat negeri. Mereka gelojohkan Persekutuan. Mereka peduli apa rakyat di Negeri. tengok saja di Kedah dan menggelupurnya Melayu di Penang. Mereka tak berani buat undang-undang berat yang mungkin timbul isu yang boleh membuat rakyat marah.

Apa yang buat mereka usul sedemikian? Ini sebab mereka tahu undi Cina dan India sudah semakin kembali kepada BN. Mereka mula menjanjikan pelbagai upahan dan sogokan temberang. Tak lama lagi mungkin hasil dari kerakusan mereka juga akan ada pihak yang menawarkan hadiah jika kalahkan Guan Eng. Mungkin ada hadiah untuk kalahkan DSAI.

Ini semua perbuatan mula dari siapa? Tidak lain dari kepala-kepala yang suka menyelewengkan pemikiran rakyat. Namun Hadi Awang nampak cemas bila dia mengaku ada lompang dalam PR. Maklumlah diakan orang alim manakan ada masa untuk tipu orang PAS. Kalau tipu PAS mungkin masuk nerakakah? Apa pun yang menggila sekarang ialah DAP.

DSAI nampak terkedu kerana mungkin juga mula fikir bahawa DAP kah yang betul-betul buka rahsianya kepada Singapura. Dia pun dah mula syak pada bapa Guan Eng. Jelingannya nampak macam marah pada puak DAP tapi kuasa punya hal manis muka pun kira ok juga. Mari kita tengok strategi DAP dan PR. Sebenarnya agenda yang di bawa PR adalah agenda DAP. Mana dia agenda PAS. Langsung lesap.

PAS pun dah tahu sebagai kekuatan parti PKR sudah hancur dan jika DSAI ke Sungai Buluh atau ke Turki DAP dan PAS akan jadi seperti anjing dan kucing. Akhirnya yang menang kerusi ialah DAP kerana semangat PAS dendam pada UMNO. Justeru itu PAS yang sekarang terasa dalam ancaman dan PAS mesti lakukan suatu reformasi jika PAS mahukan undi Melayu atau PAS juga kemaruk undi Cina dan tidak kisah dengan nasib orang Melayu. Kita saksikan tarian politik mereka yang semakin dikatakan keliru.

Friday, December 17, 2010

SARKAS : DARI JALAN RAYA KE PARLIMEN


Dua hari yang lalu Dewan Parlimen yang mulia menjadi tumpuan rakyat, media dalam dan luar negara. Isu usul penggantungan DSAI dan 3 kuncunya. kalau siapa yang ada di Parlimen mesti enjoy tengok sarkas beraksi dalam Parlimen.

Mereka tidak peduli lagi budaya dan tidak peduli lagi tatasusila yang jadi pegangan rakyat kita. Lagi hebat hari ini mereka keluarkan poster dalam dewan yang mulia. Mereka sudah mula perkenalkan budaya jalan raya ke parlimen yang kita hormati selama ini. Lihat saja kelakuan mereka.

Lihat saja cara mereka berpakat untuk merosakkan tatakelakuan dewan. Ini Pakatan terbaik oleh Pakatan Rakyat dalam Parkimen. Kata kawan mereka memang teruk dan mereka macam dalam sarkas. Itulah yang dipamerkan oleh mereka yang rakyat pilih. Adakah ini jenis kelakuan yang rakyat mahu mereka pamerkan. Sudah lebih 50 tahun mereka tak pernah kita tengok begini punya kecoh Parlimen yang dianggotai oleh Pakatan SARKAS.

Macam-macam yang mereka kata pada Speaker. Mereka cuba goncang Speaker supaya jadi celaru. Tahniah speaker kita memang bicara seperti seorang pendekar. Tak cukup dari itu mereka susun strategi untuk buat demontrasi. Lagi-lagi mreka marahkan BN atas segala kelakuan tindakan. Memang kita tahu parti pembangkang memang kena bangkang tapi mesti faham hemah dan tertib dewan. Ini bukan Dewan Masyarakat atau Dewan Orang Ramai.

Janganlah kerna kebahlolan dan kerakusan sifat pekerti orang Malaysia hilang dan muncul sifat-sifat yang hampir kepada kelakuan tidak sopan. Apa akan jadi jika mereka ini diberi peluang perintah. Generasi kita akan terpesong dan akan menggelunsur dalam budaya sarkas.

Wednesday, December 15, 2010

PAS MOHON DAP ANUTI AGAMA ISLAM!!!


PAS DOA DAP : Ini yang kita tunggu. PAS dengan jelas tidak peduli haram halal lagi. Dia dah mula hujah dan cerita hal kemanusiaan sejagat. dia dah cerita yang manusia kafir di Malaysia ni patut didoakan supaya bila mereka undi PAS terpekak dan terlolong cerita hal undi PAS masuk syurga?

Nah sekarang kerana kemaruk undi Cina, PAS cuba main sandiwara dengan gunakan doa. Konon DAP akan dapat di Islamkan. Konon DAP satu hari apabila jadi Islam maka mereka akan rezakan Omar@ LIMKITMALAM jadi pemimpin agong negara ini.

Kita rakyat Malaysia harus sokong usaha PAS mengislamkan DAP. Orang Cina dan India dalam DAP tak lama lagi akan jadi saudara baru kita. Tentunya gereja dan tokong yang ada kan kita tukar kepada masjid, sebab tu di Kelantan dan Kedah atau pun di Selangor banyak gereja dibuat daripada masjid. Alhamdulillah. Semoga usaha murni PAS dikabulkan Allah.

Yang si PKR pun begitu. Mereka ke Sarawak bagi janji untuk bagi Otonomi. Ini pun sama nada dia macam PAS yang mahu Islamkan DAP. Mereka mahu orang Sarawak tolak BN. Mereka mahu rakyat Sarawak bersedia untuk jadi Islam sebab bila Pakatan Rakyat menang dan tentunya pribumi Sarawak akan diislamkan oleh Omar@LIMKITMALAM. Ini yang kita kata wawasan. Kalau inilah cara yang mahu diubah oleh Pakatan Rakyat kita harus fikir baik-baik untuk percaya atau tidak.

Nampaknya jika kita percaya maka kasihan DSAI yang mimpi di siang hari. Pakatan tahu yang DSAI ini hanya jurujual dan beliau akan diheret ke tempat yang sesuai dengan apa yang dilakukan. Mereka tahu yang DSAI ini semakin tertekan sebab kalau dia jadi PM pihak PAP di Singapura tak akan setuju. Sebab itu DSAI pakai Australia untuk dapat sokongan.

Ingat tak bila  LKY jumpa Nik Aziz. dia dah pakat untuk Nik bersama dengan DAP dan tolak saja PKR. LKY bukan bodoh untuk buat percaturan menolak DSAI. Suma terlari sana sini untuk tunjuk hebat. Tup tup dia tak tahu yang DAP dah Pakat dengan PAS untuk menolak PKR. Ini kehebatan tikam menikam politik kita. Akhirnya yang kalah ialah PKR. Yang akan ganti UMNO bukan PAS tapi DAP.

Tuesday, December 14, 2010

AnWAR BARUA AUSTRALIA.... Pengkhianat BANGSA, AGAMA & NEGARA


DSAI...DSAI...DSAI.... Ini manusia memang tak faham erti malu. Ringkasnya dia sudah hilang akal. Ada 3 sebab. Pertama dia panggil orang Australia datang siasat di negara kita. Mereka pun naik minyak dan bagi komen buta tuli.

Adakah kita begitu kemaruk nak ke Australia untuk selak dan londeh hal rumah tangga dia? DSAI ni dah naik sasau. Malu sikit!!!! Ini negara kita. Awak tu orang Malaysia. Lain la kalau nak tukar warganegara untuk selamatkan diri lari ke Australia. Apa yang celaka Mat Saleh ni tak kata.

Depa kata DSAI dianiaya. Yang mat saleh ni pun ikut telunjuk DSAI. Apa punya bahlol punya wakil rakyat Australia. Nah hari ni lagi sekali Lee Kuan Yew pula dedahkan perihal liwat DSAI. Ini hal yang kedua. Orang tua spore ni pulak kata spy spore dah buat siasatan. Memang betul DSAI ada balon belakang.

Yang ketiga, hari ini adik Azmin pula yang minta Azmin bertaubat. Macam-macam punya cerita. Kelompok AA ini memang sasau politik. Semua orang tahu DSAI ini memang hebat auta. Baru-baru ini kajian Universiti Malaya menunjukkan yang PKR akan hancur dan DSAI tahu hal ini.

Cepat-cepat dia ubah cara dengan minta isteri tercintanya buat pengumuman hal ketuanan Melayu dan dia sendiri kata DAP dapat jadi TPM. Hello saudara DSAI kenapa brother Kit nak bagi jadi takat TPM. Dia punya standard dan bilangan kerusi dia tentulah dia layak jadi PM. Kalau DSAI benar-benar patriotik dan taksub dengan Pakatan bagi tau rakyat Malaysia yang DAP dan brother Kit akan jadi PM. Manakala jawatan TPM bagi dekat Brother Nik.

Saudara DSAI menjadi penasihat negara. Itu baru orang sokong. PAS akan sokong. PKR akan lintang pukang sokong. UMNO akan diam. Ini lagi best. Ini patut DSAI laungkan. Sekarang kita selak hal ketuanan Melayu. Wan Azizah ni bukan la bodoh piang macam kata orang Kedah. Dia tahu undi Cina dan India dah balik pada BN sejak PRK Batu Sapi dan Galas,

Dia tahu PKR kelam kabut. Maka dia cuba dapatkan perhatian Cina dan India dengan provokasi UMNO. Mereka mahu Cina dan India marah semula pada UMNO kerana hal ketuanan. Hello jangan ingat UMNO tak faham taktik PKR. sebenarnya PKR memang dah pening kerana marah semula pada UMNO kerana hal ketuanan.

Hello jangan ingat UMNO tak faham taktik PKR. sebenarnya PKR memang dah pening kerana mereka tahu yang rakyat pun da meluat dengan kes liwat yang puluhan kali ditangguhkan. Rakyat cuma nak segera tahu kebenaran. Apa yang DSAI dok tangguh-tangguh? DSAI ni memang sikit pun tarak guna punya manusia.