Sunday, January 30, 2011

BON VOYAGE MALA

Lambaian terakhir Mala kepada pengundi Dun Tenang
Hari ini Mala menangis atas banyak sebab.Tangisan nya ibarat hujan yang membanjiri Tenang.Gelora hati nya ibarat arus deras yang melempasi sg segamat.Bagitulah kisah Mala terperangkap dengan permainan politik PAS.

TANGISAN 1:Mala kalah dengan majoriti yang tinggi.Dalam hidup wanita ini,keputusan pilihanraya N5 TENANG akan di simpan sebagai suatu pesaka diri.Kekalahan dengan majoriti 3707 adalah suatu angka yang besar.Belum pasti Mala teringin untuk menawar diri sebagai calon lagi pada PRU13.Sekarang ini yang tentunya Mala tiada kerja.Jika pun di tawarkan kerja Mala pasti tidak akan bekerja di KFC.Kenapa?Elok saja tanya MALA!

TANGISAN 2:Kisah dulunya mengusik dirinya.Kisah cinta,kisah kawin kemudian cerai dan kemudian kawin dengan jejaka lain kini ramai yang ketahui.Seluruh pengundi Tenang berjumlah 14700 tahu tentang betapa sayangnya Mala pada Maarof.Mereka juga turut simpati dengan kehebatan berita dan gambar persandingan Mala dalam perkahwinan pertama.

TANGISAN 3:MALA perlu beri ilham pada suaminya maarof tentang misteri surat cuti sakit sedangkan maarof tidak sakit.Mala kena bantu Maarof menjawab pertanyaan jabatannya.Kali ini jawapan biarlah berintegriti.Maklumlah sebagai guru Maarof kena tunjuk teladan baik.Maarof juga kena fikir isterinya juga bekas guru,jadi bila berhadapan dengan keperluan beri penjelasan,biarlah berani jawab dan berani tanggung keputusanya.

TANGISAN 4:Mala mungkin mencari jawapan kenapa PAS meletakkan ia sebagai calon?dia pun tahu yang dia tidak setanding dengan AZAHAR yang jauh lebih hebat dari nya dalam pelbagai aspek khusus dalam bidang akademik.Mala pun tahu bahwa PAS yang dulu tidak mengizinkan  wanita jadi calon.Pas pernah kata calon wanita UMNO adalah tidak islamik.Nah sekarang dia kata boleh di sesuaikan bila keadaan berubah.Mala mungkin di pujuk dengan tafsiran dan terjemahan bijak pandai PAS.Akhirnya Mala wanita yang manis ini terperangkap.

TANGISAN 5:Kenapa Maarof sentiasa berdampingan dengan Mala waktu kempen?ada kata maarof terlalu sayang Mala.Ada kata mungkin cemburu?namun apa pun inilah contoh pasangan yang romantis tapi belum tentu kita patut contohi.

Tenang & Mala di tinggalkan oleh pekerja dan pelancong politik.Masing masing pulang dengan bawa cerita menarik tentang Mala.Sehingga ada yang kata Mala ini patut di jadikan rujukan politik Pas mungkin utk PRK Merlimau atau PRU 13.Walau pun Tenang sunyi,tapi kesunyian ini lebih sepi bila Labis banjir teruk.Adakah ianya suatu petunjuk?

Thursday, January 27, 2011

Wednesday, January 26, 2011

MC - Suami Mala Sakit!!!




Banyak gak cuti yang dia dapat 14 HARI!!!!!.... sakit atau g tolong bini....

Aik takkan sambung lagi cuti sakit..... ni mesti sakit tenat tapi tgk gambar bahagia bersama isteri tercinta

SIAPA YANG BERHAJAT NAK JADI WAKIL RAKYAT?


Mala bersama suami tercinta.... Maarof cuti mengajar demi MALA

JANGAN TERKEJUT!! Bila saja ada lelaki bergandingan bersama MALA dia tentunya suami Mala. Namanya Maarof Abd Muttalib seorang guru berumur 45 tahun. Dia telah mengambil cuti untuk turut berkempen bersama Mala. Mungkin Mala sudah keletihan dan perlu suntikkan semangat suami. Kalau lah ini stamina Mala bagaimana nak bertindak selaku wakil rakyat yang cergas? Setiap kali kena suami yang mengapit. Maarof juga telah ada niat untuk berhenti dan bantu Mala jika Mala menang. Ini suatu yang menarik.

SEBENARNYA PAS…….tidak lihat kehebatan Mala apabila kehalusan Mala tidak dapat merentasi arus masyarakat yang serba tahu dan serba mahir. Pas mungkin sudah ada pakatan untuk mula menjinakkan Maarof sebagai bakal calon bagi kawasan yang sama bagi PRU-13 akan datang. Maarof Nampak masih gagah dan Maarof juga handsome. Mala mesti hati-hati sebab misai Maarof agak menawan hati.

STAMINA…..adalah suatu yang diperlukan dalam melaksanakan tugas selaku wakil rakyat. Mala seperti yang dijangka tidak memiliki ciri-ciri yang diatas. Dia memerlukan bantuan dan dia perlukan keyakinan dan dia mahu dirinya sentiasa diawasi suami supaya tidak terdedah dan tidak terperangkap dalam gelombang politik yang serba hebat dan baru. Jika Mala mahu dijadikan alat cubaan oleh Pas maka ini suatu penganiayaan kepada wanita yang dulunya dihormati sebagai guru……….Kini Pas mengheret wanita ini untuk menagih simpati. Bukankah lebih mulia jika Mala terus sampai akhir hayatnya menjadi pendidik. Mala mesti ingat sekadar menjadi juara pidato anjuran sekolah tidak langsung melayakkan seseorang menepati hasrat pelbagai bangsa.

Dalam delima....... Kerjaya atau politik?????
MAAROF lebih dilihat sesuai dengan personaliti yang baik. Namun Maarof mesti faham bahawa kalau dia berniat untuk menjadi wakil rakyat atau mimpi nak jadi calon makanya beliau mulai sekarang mesti buat keputusan awal untuk terus berhenti menjadi cikgu dan tumpu sahaja pada hasratnya. Jangan pula berselindung disebalik bayangan isteri.

Monday, January 24, 2011

SOAL JAWAB MALA TENANG


Sesungguhnya Allah  s.w.t sentiasa bersama orang yang beriman


Calon PAS Mala adakan press conference dan semua berpeluang mendengar jawapan Mala kepada media. Masih banyak yang tidak jelas cara jawapannya sehingga kita rasa tidak puas. Mala memang sentiasa tenang tapi dia selalu mengatakan tuhan bersamanya, yang benar akan menang, yang salah akan terima hukum. Jelas ungkapan ini tidak boleh selalu menjadi benteng,Mala mesti jelaskan apabila berhadapan dengan media. Sebagai guru anak murid yang menilai,sebagai calon seluruh pengundi akan menilai dan mereka dari pelbagai bangsa,ugama,budaya,profesion,kategori umur.



1) HAL RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN: Mala memberitahu bahawa dia akan bawa ke Dewan Undangan hal-hal tentang rakyat jika dia menang. Dia mahu tambah 1 kerusi lagi untuk menjadikan 3 kerusi yang mewakili PAS berbanding dengan 50 yang di wakili oleh BN. Mungkin wakil PAS yang ada sekarang tidak berupaya dan tidak langsung bawa hal hal rakyat di dewan atau wakil PAS akan lebih gedik jika ada Mala bersama mereka?tapi mala tak jawab soalan wartawan.

2) JAWAB SOALAN: Mala gagal menghuraikan dengan sejelas nya apakah itu yang di maksudkan dengan UBAH?dan yang nak SELAMATKAN itu APA?krisis apa yang melanda TENANG? apakah hal utama rakyat TENANG yang menjadikan perlu untuk dapat pembelaan dari mala?Jika sekadar menceritakan pengalaman lalu dan menceritakan tugas mulia perguruan itu bukan nama nya calon wakil rakyat.

3) PERSONALITI: Kematangan Mala mungkin boleh mendapat kepujian hanya dalam hal latarbelakang selaku guru dan kerja amal yang di lakukan sebelum ini tetapi ketokohan nya dalam pimpinan terlalu jauh kebelakang sehingga di rumus bahwa Mala masih PERLU DI PIMPIN dan belum cukup waktu untuk MEMIMPIN.Kita tak minat nak tanya PAS kenapa dia letakkan Mala sebagai calon?TENANG mahukan pemimpin yang dinamik,wakil yang tahu apa itu pembangunan,pemimpin yang di dedahkan tentang selok belok pengurusan kemasyarakatan,mempunyai jaringan yang baik,tegas dan berupaya bertindak pantas.Ini yang mahu di pilih oleh pengundi TENANG pada 30 jan ini.

4) KEADILAN: Mala mengatakan yang dia mahu bawa semangat keadilan. Kita mahu dia huraikan keadilan yang yang bagaimana. Manifestonya apa dalam hal keadilan, siapa, kumpulan mana, di mana, yang tersisih dan tidak di bela selama ini? Ini yang rakyat nak tahu.Buktikan dengan jelas dan menyakinkan adakah sekarang ini rakyat tenang harubiru,menderita,tidak dipedulikan?Jika perubahan yang mahu di bawa, jelaskan dengan baik, bukan dengan menagih simpati!PERUBAHAN ATAU KESINAMBUNGAN? Yang di perlukan.

Bagaimana Mala mahu bawa kesinambungan kerana sebelum ini kerajaan nya ialah BN.Lain lah kalau AI yang di pilih,dia boleh sambung dan selesaikan tugas allahyarham,dia boleh runding dengan MB,dia boleh runding dengan rakan rakan EXCO.Jadinya,PRK ini adakah sekadar melepaskan semangat geram atau matang menilai kehendak legitimasi sistem politik?

24-34-20 SELANGOR

Nombor di atas semacam nombor unit kondominum, tapi yang benarnya ialah pada hari ini 24hb Jan dalam sejarah, undi tergempar di Dewan Undangan Negeri Selangor gagal di luluskan apabila tidak mendapat undi majoriti 2/3. Sejumlah 34 menyokong pindaan dan 20 membantah. Apa natijah nya?


Politik semata-mata... MB Selangor telah mengiktiraf  jawatan Kushrin
1) KERAJAAN YANG MEMERINTAH: Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bersama kerajaan negeri. Ia akan berkhidmat pada kerajaan yang memerintah. Malah dia juga akan menasihati kerajaan dari segi teknikalnya mengenai sesuatu isu yang memerlukan input pentadbiran. Ia adalah rakan sejawat dengan MB. Ia adalah orang penting bagi kerajaan PR.

Yang hairan rakan sejawat cuba mengusirnya dari jajahan Selangor. Ikut lojik akal, pembangkang yang patut bawa isu ini tapi ia sudah terbalik. Yang bawa ialah kerajaan dan yang membantah ialah pembangkang. Ini menunjukkan bahawa agenda kerajaan negeri terhadap jawatan dan penyandangnya sudah ada prejudis. Sangka buruk yang bermula sebelum dato khusrin memegang jawatan adalah suatu pencabulan kepada "civil service neutrality."

2) USUL TERGEMPAR: Ini dilakukan jika ada isu yang kritikal dan jika tidak di lakukan ianya memuzaratkan rakyat. Apakah yang akan memuzaratkan kerajaan negeri jika Khusrin teruskan tugasnya di Selangor. Agak pelik, khusrin yang berbelas tahun bertugas di negeri yang sama tanpa masalah tiba-tiba menjadi satu isu kecoh sehingga mengheret sultan yang memerintah dalam hal PERLANTIKAN.Ini adalah satu kerakusan, ini di buat bukan atas dasar rakyat tapi nafsu dan kemarukan pada kehendak diri. Ringkasnya PR mempolitikkan jawatan KERAJAAN khusus setiausaha kerajaan negeri.

3)HIMPUNAN RAKYAT: Perkumpulan sekelompok kecil membantah khusrin di stadium adalah suatu yang lucu. Pilihan stadium yang sepatutnya memuatkan puluhan ribu orang hanya tunjuk kehaziran 500 orang sahaja. Bukankah ini dianggap pembaziran? Ini juga isyarat yang rakyat bosan. Namun tidak cukup dengan itu, masih bergelora semangat nak terus bantah khusrin. Mereka mahu di teruskan dan mungkin kali ini dengan agenda yang lebih besar. Sebenarnya rakyat faham antara isu, politik, dan pentadbiran. Rakyat lihat ini adalah hal pentadbiran maka selesaikan saja ikut saluran pentadbiran.Apa perlu sampai nak berhimpun di stadium?

PENYAPU: Satu ketika dulu pentadbir Selangor hiba dan syahdu bila di anugerah penyapu sehingga isu ini mempengaruhi rakyat dan menjadi bualan ramai. Rata-rata yang kata tingkah sedemikian sudah melebihi paras toleransi. Kali ini bukan saja penyapu tapi kerajaan secara kolektif nya mahu SAPU KHUSRIN dari bumi selangor. Etika dan MORAL pegawai sudah tidak menjadi pertimbangan. Rakyat yang kurang arif tentang pentadbiran, cukup keliru, manakala sekelompok kecil yang pekat sokong kerajaan negeri turut sama hentam dan pertikai khusrin.

Pernahkah kita fikir pengorbanan seorang pegawai, pernahkah kita terasa keterlaluan mengheret Khusrin sampai beliau di masukkan dalam dewan dan seluruh anggota dewan berbahas mengenai diri dia.Ini kah yang di sebut keadilan? Kempen selamatkan itu dan selamat kan ini selalu sangat kita dengar tapi ia adalah satu slogan yang hodoh apabila ternyata kesanggupan menghina,memperlekeh,memperkecilkan seorang pegawai kanan kerajaan.Lebih malang sekali yang mengusulkan ialah DATO MENTERI BESAR MELAYU bertugas di bawah sultan melayu MENYUMBAT seorang pegawai kanan melayu sebegitu rupa.Rakyat dan lebih khusus pengundi akan menilai nya apabila sampai waktu.MB sekarang adalah seorang yang di anggap BONEKA dan rakyat semakin menjadi BOSAN dengan stailnya yang tidak professional.Cara MB membuat Azmin gelisah dan menanti nanti saat untuk minta MB berundur.

Sunday, January 23, 2011

SUDIKAH MALA POCO POCO DI TENANG?


DEMI KEMPEN DUN TENANG... jualan sarung tangan semakin meningkat. Anda boleh beli dikedai berhampiram atau secara online... mari  mari harga boleh runding demi Calon PAS..

Mala kesayangan PAS gelabah dalam kempen ramah mesra dan ceramah.Mala tidak salam dengan orang lelaki sebab itu hukum islam.Cina dan India termasuk setengah dari orang asli pun sedang di landa satu kekeliruan.Mereka tertanya-tanya apakah banyak lagi undang-undang yang akan di beritahu oleh MALA?Misalnya,bolehkah seorang isteri seperti Mala keluar rumah waktu malam tanpa suaminya?

POCO POCO: Bagaimana kalau setiap program kebudayaan,sudikah MALA poco poco atau program kesihatan seperti senamrobik macam di buat oleh YB SERDANG? Apakah tidak islamik pimpinan wanita jika tidak bersalaman dengan lelaki bukan islam? Berapa banyak sarong tangan dan kaki yang perlu bagi calon ini sebab kalau dia salam orang jual ikan dia kena tukar kepada sarong tangan plastik. Kemudian bila salam tukang jahit kena pakai pula sarong tangan cotton. Mala juga dah mula ceramah agenda agama pada MCA. Dia kata MCA tidak tahu hal Islam. Lepas ini dia akan cakap dekat orang India kenapa dia pakai sarong tangan dan bila makan bersama bukan Islam dalam daun pisang dia mungkin kena buka sarong tangan. Rumusannya MALA mengalami dan sedang melalui isu "contiguous".

POLIS TRAFIK?.Ada yang tanya bilakah pula MALA jadi polis trafik untuk bagitahu tentang peraturan peraturan? Jelas cara berdiri dah macam pegawai trafik, jalannya macam pegawai, cakapnya memang macam baca buku peraturan, sarong tangannya pun putih. Cuma yang belum di uji ialah keupayaan dia naik motor kapcai. Kalau semua ok dia cuma perlu disarongkan dengan uniform polis. Kasihan pengundi yang terpaksa berdepan dengan pegawai trafik wanita sebagai pilihan mereka.

CHIEF DARI LUAR TENANG: Sekarang dalam kempen kempen di kawasan daerah mengundi, orang Kuala Lumpur,orang Kubang Krian pula yang lebih bercakap dari MALA. Ini tidak bagi ruang langsung bagi Mala menunjukkan bakat sebagai winnable candidate. Mala tentunya tahu mengurus hal ehwal orang Melayu, yang dia gugup ialah keupayaan memakai baju T-SHIRT DAP bila bersama dengan orang cina dan india.Yang dia faseh masih di kawasan Melayu.

SOALAN:
  1. Berupayakah MALA apresiasi budaya dan kehendak amalan orang bukan Melayu?
  2. Bagaimana beliau mahu bekerjasama denga ahli parlimen dari MCA Jika jadi YB?
  3. Bukankah sia sia dan buang masa untuk MALA jadi calon kerana rata-rata mengatakan PRU13 tidak lama lagi. Jika kalah kali ini adakah MALA akan di pilih lagi untuk pilihanraya 13? Di kawasan yang sama?

Saturday, January 22, 2011

PILIHAN SIAPA DI TENANG! PILIH MALA atau AI?

PENAMAAN CALON: Tepat jam 12 tengahari semalam sah Mala dan Azhar calon berdaftar untuk PRK14 di DUN TENANG. Pada 30 Jan kita akan tahu siapa yang akan memikul amanah selaku wakil rakyat yang sah. Kedua- dua telah mengambil risiko dengan meletak jawatan dalam kerajaan.

Jika Mala kalah suaminya sudah tentu dapat menyaranya. Tapi kalau Azhar kecundang, susah sikitlah keluarganya. Mala nampak pucat sikit hari ini sewaktu penamaan calon. Ada yang kata Mala perempuan PAS yang tenang, tentang MALAnya tidak banyak di ketahui. Baguslah kalau itu benar,asalkan dalam tempoh kempen, minta-minta di hujung bulan ni dia jangan datang BULAN. Secara berjenaka ada kawan kata kalau gitu camna nak pangkah dia? Suami dia pun tidak pangkah dia. Ada juga yang berseloroh dengan kata apa janji MALA tentang syurga dan neraka.Kalau undi PAS masuk SYURGA tapi kalau orang bukan PAS pangkah MALA mereka masuk syurga atau sekadar rasa syurga?

PERARAKAN: BN dan PAS memang ramai yang datang tapi polis awal -awal lagi telah mengambil langkah proaktif untuk elak sebarang pertembungan atau provokasi.Kali ini PAS di himpuni oleh pelawat-pelawat dari Penang, Kelantan, Johor, dan PKR ramai yang datang dari Selangor dan Wilayah. Soalnya DAP tak banyak pula pelawatnya sehingga semasa berucap dua kali di panggil pemimpin DAP untuk berucap tapi tiada yang tampil untuk berucap. Yang berucap ialah PAS dan PKR. 

Demi survival parti sanggup jadi pengkhianat bangsa dan agama......
Apakah DAP dah mula bagi isyarat untuk uji kekuatan PAS bersendirian kerana mereka khuatir PAS masih belum cerita benar tentang pertemuan sulit dengan PM. Sehingga kita lihat yang angkat bendera DAP pun ialah Lebai PAS. Untuk menaikkan semangat suasana maka satu kumpulan gendang yang kegendangannya dimainkan sewaktu perarakan agama Hindu, telah disewakan oleh PAS untuk meriahkan dengan bergendang. Yang aneh mereka diletakkan di barisan depan sekali. Semasa perarakan mereka pun memukul gendang dan tidak jauh di belakang mereka ialah barisan hebat yang berselawat. Kerana bunyinya gendang terlalu kuat maka selawat pun tidak bagitu kedengaran sehingga ada penonton PAS yang minta mereka untuk hentikan gendang. Nasib baik mereka patuh. Malang itu bila mereka henti ianya berlaku dah dekat dengan dewan penamaan. 

Ramai lebai kampung yang sebelum ini tak berpeluang tengok cara PAS kelola penamaan calon menggeleng kepala dan mereka pun mula tidak dalam kumpulan. Mereka mula ambil peluang membeli belah di gerai gerai dan ada yang mula berkelah tepi padang,maklumlah mereka tidak sempat sarapan.

ARAHAN ATAU KEMPEN?: Sebaik saja sampai dekat dewan maka tidak ramai yang berkumpul untuk dengar ucapan pemimpin. Mereka guna trak dan berkumpul orang ramai di kelilingi trak,Yang menyakitkan pendengar ialah sistem siarannya yang sekejap rosak,sekejap ok.. Beberapa orang berucap dan di sambung sebagai biasa dengan takbir.Tapi agenda seorang pemimpin cina ajak lebai-lebai ini menyanyi lagu cina, ramai yang mula beredar kerana mereka yang datang nim orang mengaji quran,bukan nya menyanyi.


Mereka pun naik pelik datang nak menyanyi dan lagu cina pulak. Yang lebih seronok lagi apabila pegawai polis datang meminta cikgu BAD untuk patuh arahan supaya jangan berkempen sebelum selesai proses penamaan calon, tapi kalau bagi arahan pada pengundi dan penyokong itu kira ok.Sejurus selepas itu mereka mula memperlekeh kan polis dengan menjadikan ucapan kempen yang sama dalam bentuk arahan.

Jelas PAS ini kena puluhan kali peringatan baru dia dengar. Ada kawan kata macam mana dia nak betulkan pentadbiran sedangkan dia juga orang nombor wahid yang ajak orang langgar peraturan.Yang lagi lawak,Cikgu Bad bagi arahan untuk setiap yang datang bertemu dengan seorang atau dua pengundi sebelum pulang.Kalau gagal dia pula yang hukum mereka dengan kata kehaziran mereka tak akan dapat berkat.ARAHAN nya di sambut laungan "mana kami nak kenal mereka?ada di mana pun kami tak tahu"Ringkas nya yang datang nampak beribu tapi yang dengar arahan cik bad hanya seratus saja.Mana yang lain?Mereka bersantai,mencari cari tandas,mula balik ke bas masing masing dan ada yang mengeluh kerana outcome yang di janjikan menjadi hambar saja.Tak tahu lah berkat atau tidak kehaziran mereka.

ULASAN : Mereka yang melihat MALA berpendapat bahwa PAS telah memperlekehkan keupayaan wanita.Mereka tahu mereka akan kalah.Di kawasan sebegini mereka letak wanita.Ini adalah dasar yang tidak di senangi penyokong wanita PAS. Lagi pun MALA tahu dia kena pakai sarong tangan untuk bersalaman dengan penduduk tempatan.Bagi orang asli,cina ,india,yang tua ,muda ini bagi mereka kali pertama kena salam dengan wanita selaku calon wakil rakyat.Kalau yang melayu tu kira ok tapi yang bukan melayu, MALA kena buat huraian kenapa dia pakai sarong tangan.Bila pula masa dia nak cerita hal programnya. Ada seminggu untuk MALA bersalaman dengan 14000 pengundi.Kita ucap selamat maju jaya pd MALA -SIA,elak dari MALA- PETAKA,jauhi dari MALA- UN, manis nya MALA-U.

Thursday, January 20, 2011

SIRI 1:UBAH SEKARANG,SELAMATKAN MALAYSIA

Sudah kah anda membaca buku bertajuk di atas? Kalau belum elok juga di baca kerana di dalam nya di muatkan pelbagai impian dan pelbagai telahan dan kondemnasi. Bila membaca nya terbayang bahwa ini adalah jawapan PR kepada GTP yang di umumkan oleh kerajaan.Mereka juga ada program transformasi,mereka juga ada NKRA cuma tak bagitu jelas tentang KPI nya.Sebelum di kupas dan di ulas elok kita mukadimmahkan tentang susunan dan kandungan buku ini.

TAJUK DAN WARNA BUKU

Buku ini lebih di kenali sebagai program 100 hari kerana ianya adalah highlight kepada keseluruhan kandungan.Buku ini dengan tajuk yang hebat sudah digunakan dalam kempen dan ceramah politik.Buku yang menceritakan tentang program hebat negara hanya senipis 29 muka surat. Mungkin dewasa ini buku buku tebal tidak di minati rakyat maknya di ringkas nya seringkas yang boleh sehingga pembaca di paksa untuk memikirkan perincian nya.Sekali pandang buku ini adalah semacam memuatkan resolusi resolusi konvensyen atau lebih kepada satu laporan dan bukan sangat satu unjuran yang empirikal.

Tajuk UBAH ternyata menggambarkan bahwa negara ini dalam satu kesengsaraan.Segalanya tidak tenang dan tenteram.Rakyat di lihat sebagai merana,keselamatan terancam di sana sini dan sudah tidak ada harapan langsung.Ungkapan "cita cita gagal"menjelaskan bahwa negara ini sejak 53 tahun yang lalu di perintah oleh kerajaan yang tidak menggariskan wawasan.Tidak jelas dalam 29 muka surat yang ada di perkatakan tentang wawasan 2020.Nampaknya,PR tidak mahu sampai kepada 2020.Mereka sudah menjadi hakim memutuskan bahwa tidak ada lagi cerita tentang 2020.Mereka mahukan kejayaan lebih besar dari PRU12 dan boleh lah di katakan ia lebih kepada manifesto untuk PRU 13.Mungkin itu sebab nya secara gopoh mereka yakin dapat laksanakan 10 perkara dalam masa 100 apabia mereka taklok putrajaya.

SELAMATKAN MALAYSIA adalah satu rangkai kata yang hampir sama dengan selamatkan Dsai! Dalam buku yang mempunyai 5 tajuk utama ini menunjukkan bahwa negara ini menuju kearah yang cukup tenat seolah olah rakyat akan menderita jika tidak di selamatkan.Wira wira PR terdiri dari personaliti yang agak senja dan mereka mempunyai ranking yang tersendiri.Lihat saja susunan protokol nya di awal buku dan susunan nama di dalam buku.Chief nya ialah DAP dan di apit oleh PKR di sebelah kanan oleh PKR dan kirinya PAS.Kasihan juga PAS yang tidak di letak sebagai komandan dan kalau ikut ranking PAS jatuh No 3.Jelas yang akan jadi PM bukan DSAI tapi DAP.PAS belum tentu di mana posisinya.Buku ini juga dapat di sebut kesungguhan PR mengujudkan keserasian dan mencari titik persamaan.Sekali baca tak nampak lagi akan ideologi parti masing masing tapi nampak bahwa mereka akan membawa negara kepada sistem 2 parti.

PILIHAN WARNA adalah jingga.Kalau di tafsir satu persatu memang sedap di baca.Jujur,Ikhlas,Naif,Gagah,Gigih,Amanah.Sebab itulah di mana juga mereka pergi maka di sebut warna kerana maknanya .Ini membawa maksud,segala yang mahu di buat adalah berniat baik seolah olah yang di buat oleh yang lain memang hodoh hodoh belaka.Sifat angkat diri memang ujud dalam penulisan buku jingga ini.Sifat membantah pihak lain memang cukup jelas.Ini sudah tentu kita jangkakan sebab mereka mahu menatik perhatian rakyat supaya buat satu pilihan alternatif.Tapi pd umumnya tak pula kita nampak sesuatu yang ada nilai WOW!

WARNA JINGGA jika di rujuk kepada Wapedia,menjelaskan warna oren yang berbeza dengan warna BIRU.Warna ini sering di gunakan oleh tentera amerika syarikat dan lebih spesifik KOR ISYARAT TENTERA AMERIKA.Ia juga adalah lambang konsep politik SOSIALISME DEMOKRATIK dan warna utama Adanaspor dari TURKI.Warna ini juga adalah warna PEMBANGKANGAN POLITIK DUNIA.Contoh di gunakan dalam perhimpunan revolusi orange ukraine 2004,dan oleh peneroka peneroka yahudi di jalur gaza yang menentangi Rancangan Pengunduran satu pihak dari jalur gaza.Tentunya warna jingga di bahaskan sebelum di guna pakai di negara ini.Memandangkan rakyat kita tidak bagitu kisah tentang siknifikasi warna maka kita pun dengan senyum terima buku ini seadanya.

Wednesday, January 19, 2011

PR SELANGOR LINTANG PUKANG ATAU CACAMARBA.

Ramai dah gemar guna perkataan cacamarba sejak selangor di bawah PR.Tak kurang juga yang kata lebih sesuai guna lintangpukang.Apa tidak nya!sejak mac 2008banyak sungguh kes kes yang berlaku di selangor yang membuat rakyat semakin muak dengan perilaku songsang pemimpin PR.Mereka merasakan kuasa di selangor belum cukup.Mereka mahu Putrajaya.Bila di tanya kenapa selangor di urustadbir dengan cara yang kelam kabut?maka jawabnya nya ini kerja kerana BN di putrajaya,tapi kalau PR dapat kuasa di putrajaya kerenah kerenah ini tak boleh ujud.PERCAYAKAH?mari kita singkap sedikit lintang pukang mereka.

1) DSAI yang jadi pakar ekonomi selangor hanya cekap hal distributive dan tidak langsung cakap hal growth.Dia tak cerita macam mana nak ujudkan pertumbuhan! dia akan guna sumber yang ada dan campur sana tolak sini maka dia kata itu adalah apa yang rakyat mahu. Ambil lah contoh krisis mata wang dulu,sewaktu dia dah hampir nak jadi PM,apa langkah dia bila malaysia nak junam?dia kata kita pinjam kat IMF.dia apa peduli kesan sampingan. Dia memang suka ambil jalan mudah asalkan tempoh jangka pendek selesai,dia tak peduli langsung kesan sampingan atau kesan jangka panjang.

Ketika itu adakah dia mahu selamatkan Malaysia atau nak menggadaikan Malaysia. Mungkin DSAI sendiri tidak sedar ketika itu apa akan jadi pada negara. Ini kerana dua sebab:

PERTAMA,kepukauan dsai yang sampai hari ini masih ujud ialah keupayaan membuat orang dengar tapi tak boleh tanya.Jika tanya di perlekehkan? Itu sebab ketika itu pegawai kerajaan tidak upaya untuk bagi nasihat sebab dia rasa dia akan jadi PM dan dia rasa dia tahu apa yang dia akan lakukan.

KEDUA,dia sudah ada pakatan,dia sudah ada semacam god father untuk back up.Malangnya ketika itu dia tak bagitahu pada rakyat rencana untuk menundukkan negara kepada kuasa besar.Syukur,Tun M walau pun tak melaungkan kepakaran nya sudah faham pinjaman adalah satu risiko mengheret negara jatuh semula ketangan kuasa besar.Sebab Tun benci sikap amerika yang suka buli dan suka peleceh,maka tun dengan kekuatan patriotisme nya membuat keputusan menolak perakuan anwar.Malaysia di selamatkan.

INGATLAH BAHWA SELAMATKAN MALAYSIA IALAH MENOLAK DSAI.Hari ini timbul pula hal 100 hari dan timbul pula hal nak selamatkan malaysia.Orang yang sama dan dia adalah manusia yang mahu kita lupa sebagai manusia yang hampir mahu jadikan malaysia bangsat.Kini dia ajak nak debat ekonomi bila ekonomi kita semakin baik.Dia diam waktu najib bertungkus lumus nak pulih kan ekonomi.Setakat ini pun kita tak dengar apa yang dia nasehati WORLD BANK.

Kita pun semakin terlupa yang DSAI ini semakin usia nya tua semakin banyak cakap pulak tapi tidak ada produk yang dia dapat tunjukkan sebagai hasil yang menyakinkan.SEMUA kerja dia halfway kemudian dia alih pandangan ke lain pula.Dia memang sudah ada rancangan untuk melepaskan diri jika berlaku sesuatu.Lihat saja dulu bila dia menyorok di kedutaan.Kalau dia benar pahlawan,apa dia takut!Tengok bagaimana dia putar belit hal debat ekonomi,Bila najib kata kalau najib dedah dia akan demam,dia terus pusig cerita dengan kata dia hanya ajak bincang saja bukan nya debat.

Elok juga kita siasat siapa penganjur segala perbelanjaan dia di luar negara yang mewah.Kekerapan dia ke luar negara mesti ada yang sponsor dan di katakan dia mewah di sana.Di malaysia dia sebar hal rakyat,di luar negara dia lebih raja dari segala raja.Yang heran nya ada juga rakyat yang berjaya dia pesongkan.Ada yang masih enjoy dengar coretan cerita nya yang sama saja di mana dia pergi.Semak saja ucapan dia,tidak lain dari cerita yang di ulang ulang.

2)Hal ugama dan peraturan nya.Mulanya dengan mempolitikkan masjid,tidak menghormati azan,tidak menghormati hal penjualan arak,tidak menghormati larangan masuk masjid,tidak peduli hal islam dalam menjadikan pekerja islam dalam penjualan arak dan tidak langsung berupaya mengawal DAP dalam tatasusila ugama.Akhirnya pejabat ugama di katakan tidak berfungsi dengan baik.Mereka hanya tahu kata khusrin cukup tegas di JAIS,tapi mereka terlupa yang mereka telah keken kan datuk dr hasan ali.pemimpin tinggi PAS.

3)buat undang baru untuk meneruskan konflik pentadbiran khusrin dan mb.MB tertekan dari konco nya.Dia mahu ubah undang undang untuk selesai hanya satu isu pentadbiran.Dia guna apa jua cara asalkan geram nya di puaskan.Sultan pun di heret dalam kancah ini.Dulu jarang nampak baginda mengulas itu ini tapi denga PR mereka heret sultan untuk jawab kepada umum.Ini tidak pula termasuk wakil rakyat yang derhaka pada sultan.Bayangkan yang peraturan yang mahu di tumpukan tidak langsung bagi faedah pada rakyat tapi bagi faedah pada yang rakus kuasa,kuasa regim ganas.

4)Hari ini pun mereka canggahkan undang undang untuk mengosongkan kerusi pelabuhan klang tanpa rujuk pada SPR.Mereka lakukan apa saja ikut acuan suka hati mereka.Mereka mahu heret kita buang masa pertikai dan bukan untuk lebih fokus dalam pembangunan

5)mereka kecohkan syarikat syabas dan buat rakyat alih pandangan pada hal hal commercial disaggrement.Kesan nya banyak urusan untuk bersih dan jimatkan air tergendala.Mereka arahkan untuk turunkan tanda atau simbol 1malaysia.Rakyat jadi celaru dengan flip flop mereka.Banyak yang mereka kena jelaskan pada rakyat bila sampai waktu.Rumah urut,curi pasir,perbelanjaan boros yayasan selangor.Bukan kah mereka jadi seronok dan mabuk kuasa sehingga wang rakyat di gunakan setiap hari dan saatnuntuk buang waktu membicarakan perkara yang di anggap ramai pelabur palabur sebagai enteng enteng,atau petty.

6)pelopor reformasi ialah PKR bukan DSAI.lihat saja pada cara cara PKR berfungsi.Lihat cara sepak dan tumbuk.Sehingga ramai yang keluar parti,kerana muak dengan PKR SDN BHD.Lihat saja Zaid panglima harapan Dsai yang hari ini buat parti baru nama KITA.Cuba kita renung baik baik antara pilihan DSAI keatas ZAID dan penilaian ZAID dengan PKR.Zaid kata dia yang betul,DSAI kata ZAID yang terpesong.Nah sekarang kita tahu mereka gejala rakyat keliru apa yang sebenar.Wakil rakyat PKR jadi anggota agenda,ramai yang minta ketelusan tapi tak pula ketelusan di lakukan,ini ada pula mimpi nak teluskan SPRM dan lain lain lagi.Baru hampir nak sampai 3 tahun perintah mereka di lihat buat kerja lebih borak bohong dari buat delivery.Manifesto mereka masih banyak yang tak di sempurnakan,Dia buat sedikit secara ala kadar,dia gendang habis seluruh malaysia.Ini buatkan rakyat selangor melopong tak tahu apa yang sedang berlaku setiap hari.Apakah kerajaan hari ini gina duit rakyat untuk gaduh sana ,gaduh sini?PR di selangor bukan ambil alih negeri yang mundur seperti kelantan,tapi sebuah negeri kebanggaan semua.Selangor lebih awal maju dari negeri negeri lain.Tapi tengoklah apa gelagat mereka!sama saja seperti kera dapat bunga.

MOHD AZHAR (39) vs NORMALA (39)

Gelanggang sudah di buka! Nama yang akan berentap sudah di ketahui.BN menaruh keyakinan pada pegawai awam yang bertugas sebagai pegawai negeri dengan pengalaman menyandang jawatan penolong pegawai daerah.Normala calon PAS juga seorang pengkhidmat awam yang menyandang jawatan guru.AI dan Mala masing masing umur sama.39tahun.Masih kelihatan ganteng kata orang jawa.AI dah berumah tangga,bagitu juga Mala.Yang membezakan mereka ialah Mala bukan anak tempatan,AI adalah anak bekas wakil rakyat Tenang tahun 80an.Ai giat dalam kegiatan belia dan sudah tentu selaku pentadbir daerah beliau lebih hebat dari Mala dalam hal ehwal pembangunan daerah.

AI memang di kenali penduduk tempatan dan tidak berapa ramai yang kenali Mala.Ini kerana kemesraaan AI yang di anggap lebih cerdas dan bertenaga.Mala memang ayu dan manja.Suaranya lemak merdu,gaya nya sederhana,dan pendek kata Mala memang contoh wanita PAS yang boleh di puji.Lebih sesuai sebagai guru dari wakil rakyat.Walau apa pun pengundi akan tentukan.Tapi dalam hidup harian di kawasan yang bagitu rancak dalam pembangunan kita perlu seorang yang telah mahir tentang hal ehwal daerah dan kerjasama dengan agensi kerajaan seperti majlis daerah,polis,kesihatan.Bukan apa,kita perlukan kecekapan,kita perlu kepantasan,kita perlu keakraban.Ini memang di miliki oleh AI.Kalau di kira pertandingan kasihan belas,Mala sudah tentu dapat simpati,tapi ini bukan kerja mudah,menjadi YB mesti seorang yang betul betul hebat dalam mengurus konflik dan harmoni rakyat berbilang kaum.Sehingga hari penamaan calon kita sudah tahu yang Mala bagitu bergantung pada bantuan bantuan dari luar johor untuk dukung beliau dalam berkempen.Apa pun berkempen dengan baik dan sopan amalan kita.

Tuesday, January 18, 2011

MEMILIH PENGGANTI WAKIL DUN TENANG

Keperluan PRK di DUN TENANG atas kehendak ilahi berikutan dengan kematian wakil rakyatnya Allahyarham Dato' Sulaiman Taha. Sedekahlah ALFATIHAH kepada roh arwah. Makanya 30 Jan ini pengundi sekitar 14,900 akan keluar mengundi.

Mereka akan memilih calon yang layak mewakili mereka. Rasanya tidak payah sangat nak fikir-fikir sebab dulu pun mereka telah memilih BN. Secara tradisinya ini adalah kawasan pertandingan satu lawan satu, antara PAS dan BN, tapi kali ni katanya mungkin 3 penjuru.Perubahan menarik kali ini ialah calon PAS bertukar dari seorang lelaki kpd seorang guru perempuan.

CIKGU MALA nama manjanya.Calon lelaki yang setiap kali pilihanraya diadakan sebelum ini telah dipinggirkan oleh PAS. Kenapa? mungkin prestasinya dalam pilihanraya kurang menyakinkan. Kali ini PAS memberi harapan pada cikgu. Adakah cikgu ini akan mengekalkan majoriti sebelum ini atau akan hilang deposit? Kita hendaklah sabar menunggu hingga 30 Jan. Ramai yang kata BN akan menang berasaskan kesungguhan PM dan ahli ahli BN lain.Rakyat semakin menaruh harapan pd Najib dan rakyat telah sepakat bersetuju bahwa najib seorang yang komitted,tak banyak bercerita tapi banyak sungguh menunjukkan kemahiran nya dalam membentuk negara bangsa yang bertamadun.

Walau apa pun PM tenang.PM dengan tenang menzahirkan hanya sekadar berpesan yang PRK TENANG seharusnya berupaya memberi kemenangan sebab setakat ini ada lonjakkan dalam kemenangan BN dalam siri PRK.

BN akan umumkan calonnya pada 19 Jan. Dah tentu BN calonnya muka baru. Lelaki atau perempuan itu kita tunggu dan lihat sebab BN katanya ada 7 calon yang layak.Yang perlu di pilih ialah calon yg boleh menang.DUN Tenang ada 12saluran mengundi dan satu saluran undi pos yang tidak lah ramai sangat pengundinya.

Sebaik saja diumumkan,Cikgu Mala tak buang masa. Dia terus berkempen walau pun tarikh mula kempen ialah pada 22 Jan yakni tarikh penamaan calon. Mungkin cikgu kita sebagai muka baru berasa ghairah dan bertenaga. Walau apa pun, dalam kempen kelak kita akan saksikan bagaimana PAS dan sekutunya akan guna peluang untuk bangkitkan hal nasional seperti isu TBH, harga barang naik, ANAK, ladang, subsidi itu dan ini, walau pun ini adalah untuk pilihan dewan undangan negeri bukan nya ahli parlimen.

PAS tidak meletakkan harapan tinggi untuk cikgu menang tapi mereka gunakan flatform ini untuk uji dan kaji kekuatan bagi bersiap-siap untuk PRU-13. Mereka pun tahu yang jika PRU13 di buat nya tahun ini maka akan ada lagi pilihanraya di Tenang. Sepatutnya mereka tidak bertanding, ini untuk mereka simpan tenaga bagi PRU 13. Sebab itu PRK ini PAS tidak kan guna strategi untuk menangkan cikgu tapi lebih kepada bangkitkan isu nasional dalam mengukur sikap penerimaan rakyat.

Kalaulah begini pendirian PR maka sia sia saja mereka berkempen dan menjanjikan itu dan ini kepada hasrat penduduk tempatan.Mana sempat nak buat jalan tar,gelanggang futsal,urusan kebajikan penduduk ladang jika cikgu menang.Tapi kalau BN menang besar mungkin lah Tenang akan nikmati kemudahan tempatan,dan ini BN akan buat segera kerana jaga reputasi untuk terus menang dalam PRU13.Siapa untung?

Harapan pengundi pun bagitu ,mereka mahu kebajikan mereka di jaga. Anak-anak , keselesaan, penggajian buruh, permohonan tanah semua ini terlaksana bukan dengan menjadi pembangkang tapi menjadi sebahagian dari kerajaan. Justeru pengundi Tenang bila mengundi mesti buat perkiraan, bukannya melepaskan geram. Jika lepas geram hasilnya tak untungkan rakyat. Kalau rakyat terpengaruh dengan suatu harapan yang gemilang daripada parti bukan kerajaan, maka itu adalah suatu kesilapan,kerana ternyata yang ianya lebih rugi dari untung. Kepada ketiga tiga kaum,mereka mesti bistari dlam buat pilihan.Ini PRK bukan untuk protes tapi untuk lebihkan untung yg sedia ada.SELAMAT BERKEMPEN.

 

Sunday, January 16, 2011

KEISTIMEWAAN MELAYU ATAU KEISTIMEWAAN BUKAN MELAYU?

Perjuangan mesti ada agenda.Agenda mesti menggambarkan nasib anak bangsa dan kedaulatannya.Perjuangan yang berjaya banyak bergantung pada kata muafakat,bukan nya penderhakaan dan membelot di pertengahan jalan.Bagitulah hebatnya perjalanan menuju pembinaan suatu negara bangsa dan suatu ketamaddunan.

Malaysia,hari ini punya cerita yang sama. Perjuangan untuk kemerdekaan menetapkan bahwa melayu dan islam mesti agenda utama. Ini dipersetujui oleh penjajah dan semua yang bermautatin di malaysia ketika itu.. Kita berjaya memaktubkannya. Raja raja kekal sepertimana sejarahnya.Ini di sebut keistimewaan yang di persetujui.

Bila merdeka, orang melayu sememangnya cukup mundur tapi orang cina sudah pun menjadi peniaga hebat dan mereka mendapat pula keistimewaan yakni keratyatan. Ini merangsangkan mereka untuk tinggal di sini . Untuk india di ladang ladang ketika itu yang di bawa oleh british di beri hak keratyatan.Melayu merasa selesa dengan urusan ini. Permulaan merdeka memang pun orang melayu dan bumiputra di beri keistimewaan tapi sedarkah mereka yang bukan melayu juga dapat keistimewaan?

Apakah keistimewaan bukan melayu? Bukankah mereka diberi hampir sama dengan apa yang ada pada Melayu? Sehingga kini adakah kita tutup sekolah Cina? Sehingga kini orang India masih perlu sekolah India. Kenapa? Atas nama keistimewaan. Ya,bagitu susurgalur keistimewaan bukan melayu.Apakah yang mahu di kecapi orang melayu? Persaingan dalam ekonomi. Mereka mundur,mereka perlu di tingkatkan,mereka mahu di negara mereka sendiri menjadi kaya. Salahkah?

Tapi hari ini orang melayu takut untuk laksanakan hukum hudud bukan kerana takut bahadi Tun Mahazir tapi takut undi cina dan india lari!Bukan kah ini suatu keistimewaan yang di tambah kepada bukan melayu?Hari ini seorang cina minta PM tolong campurtangan dalamm azan dan dia disokong oleh orang melayu termasuklah lah wakil rakyatnya.Bukan kah ini suatu keistimewaan bukan melayu menegur amalan ugama islam!Hari ini orang bukan melayu mahu sama rata dan sama rasa.Orang melayu pun kata mereka akan bersedia bagi jika mereka dapat kuasa di putrajaya.Bukan kah ini suatu keistimewaan bukan melayu.Karpal singh gertak nik aziz dan hadi.Maka nik azizi kata muafakat dengan DAP tetap dan selamanya.Bukan kah ini suatu keistimewaan bukan melayu?Apa lagi keistimewaan yang mahu di miliki oleh bukan melayu di negara ini?

Orang melayu bukan nya tak sedar bahwa kuasa politik yang ada semakin terhakis kerana baik budi dan baik hati.Bukan itu saja,kuasa melayu juga terancam kerana penentu kepada politik malaysia hari ini sudah di miliki oleh bukan melayu.Ini keistimewaan yang amat baik.Bagi bukan melayu mereka adalah penentu dan siapa yang mahukan cara mereka makanya mereka akan sokong,semakin kita berkecamuk semakin bukan melayu mendapat tempat kerana bukan melayu bukan nya seperti dulu lagi.

Siapa akan mendukung agama islam kalau melayu asyik hanya bertolak ansur sampai segala nya di katakan boleh dan tidak ada satu pun yang tak boleh.Bukan takut,tapi was was kuasa politik hilang,dan tak lagi dapat perintah.Setiap hari orang melayu melihat saja bagaimana bukan melayu meminta itu dan meminta ini.Orang melayu hanya angguk angguk dan beri isyarat setuju.Itu dia formula politik hari ini..Ia bukan lagi roh bukan lagi semangat tapi ianya ialah kerakusan kuasa.Kenapa kalau sudah di tahap ini masih ada bukan melayu menganggap melayu ini rasis dan menganggap melayu patut di hilangkan saja keistimewaan,kerana keistimewaan bukan melayu semakin meningkat.Apakah ini boleh diteruskan?Kita tanya mereka yang berjiwa melayu?

 

WAKIL RAKYAT LEMBAH PANTAI CUCITANGAN

YB NURUL IZAH naib presiden PKR,yang juga wakil rakyat lembah pantai berpendirian bahwa PM yang harus jawab surat yang ditulis oleh peguam cina mengenai kecoh azan dan gangguan tidur.Ini adalah reaksi anak muda yang sedang belajar ilmu kemasyarakatan.Ini pendirian seorang wirawati PKR bila beliau terpaksa cari jalan penyelesaian antara islam dan bukan islam.Ini adalah tips yang di beri oleh ayahanda bonda keluarga PKR.

Inilah ragam dan inilah cara PKR bersandiwara dalam membendung perasaan bukan melayu kerana undi,kerana kuasa,kerana road to putrajaya.Apa dia peduli sentimen orang islam,apa dia kisah dengan keresahan orang islam,apakah yang demonstrasi itu suatu tindakan salah?Bukan kah demonstrasi dan bakar patung di ajar oleh keluarga terkenal PKR?Merekalah yang mengajar demonstrasi jalanan,mereka yang ajar bagaimana mahu bertindak cara kasar,mereka yang ajar anak muda untuk laungkan slogan.

Kini mereka telah di amanahkan kuasa,tapi lihat apa yang di buatnya.Mereka lepas tangan dan mula main teka teki.Kalau dengan rakyat kita selalu di ajak oleh pemimpin PKR untuk bersama rakyat,kerana rakyat dan mesti bersifat seperti rakyat.Nah,lihat apa yang dah jadi?turun tempat kejadian pun tidak,dan yang pelik,rakyat pun tak mahu rujuk dekat dia.Jadi apa guna jadi wakil rakyat makan gaji buta dan hanya tahu berkata kata dan sesekali jual gitar.Tak tahu apa lagi yang akan di jual oleh YB kita ni!Seperti yang di duga jawapan Yb jelas menunjukkan bahwa dia takut dan dia hanya mahu PM saja yang kena jawab.Ini bermakna dia sudah lepaskan tanggungjawabnya..

Apakah wakil rakyat seumpama ini yang kita mahu kekalkan? Bukan itu saja ,inilah bakal pimpinan tertinggi PKR yang akan datang...fikir fikirkan lah!Yb nurul,kamu ni masih muda,malangnya kamu telah di heret dalam kancah yang kamu sendiri tidak bersedia.Kamu sebenarnya hanya wanita yang baik dan sebagai seorang yang baik,lakukan sesuatu dengan baik.Ini hal ibadat,ini hal orang melayu dan islam,kamu sepatutnya tahu apa peranan kamu.Jangan kerana nak jaga hati seorang cina yang hanya 5 tahun menginap di sana dan masjid yang telah ada melebihi 10 tahun,kamu hanya bagi satu jawapan mudah.Kalau itu jawapan kamu lebih baik kamu tak payah bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang.Rakyat berpendapat elok lagi kalau kamu jadi suri rumah tangga.

Friday, January 14, 2011

AZAN DAN GANGGUAN TIDUR

Seorang peguam bukan islam tulis surat pd PM untuk PM ambil tindakan perlahankan volume azan kerana bagi nya azan mengganggu tidur.Penduduk sekitar masjid aliklasiah jalan pantai marah,termasuk pekida dan perkasa.Seorang peguam yang bistari hari ini sudah sampai tahap berani sentuh hal ugama dan cuba buat pembetulan tentang hal ugama.Bukan ugama dia tapi ugama ISLAM.Dizaman dulu bila kita di jajah,tidak kira belanda ,inggeris,jepun portugis,mereka datang dan jajah orang melayu dan islam.Namun mereka tidak ganggu langsung urusan ugama.Penjajahan mereka walau pun mengizinkan mereka mengembangkan ugama kristian namun mereka tidak pernah ganggu langsung raja dan islam.MERDEKA kita adalah dari tangan inggeris dan Islam tidak langsung di pertikai dalam urusan kemerdekaan.Inggeris tahu bangsa lain yang mahu di beri keratyatan pun ada ugama.Makanya inggeris juga bagi keistimewaan untuk membenarkan mereka bebas berugama.Ini sejarah.Ini juga di ceritakan dalam novelINTERLOK dan sudah berbuih buih di sebut di mana saja.Hari ini kita dewasa dalam kemerdekaan sehingga ada pihak yang mengatakan kita tidak cukup islam kerana parti UMNO bukan parti islam dan hanya PAS parti islam sebenar.Marah selalu PAS pd UMNO bukan kerana darah melayu tetapi kerana kuatnya keislaman PAS tentang islam sehingga bukan melayu dan bukan islam naik gerun dengan PAS.Hari ini Bila PAS tidur dengan DAP dan bersiram bersama PKR maka timbullah usaha untuk hancurkan melayu melalui islam.Tak pernah PAS naik berang tentang hal yang menyentuh ugama.Banyak boleh di sebut ternyata NIK AZIZ menjadi guru menghalalkan usaha pencemaran islam.Hari ini peguam ini bertindak berani sampai mahu minta bukan lagi melalui ustaz,ketua kampong,jauh sekali wakil rakyat yang di tempat nya tapi PERDANA MENTERI untuk campur tangan dalam hal azan.Mana dia panglima PAS?Apakah PAS sekadar berani berselindung di belakang Pekida Dan Perkasa?ini semua gara gara mahu dapat undi bukan melayu ,sebab tu PAS dah jadi parti bukan perjuangan tapi PAS yang kemaruk kuasa,parti yang sanggup di guna pakai.Lihat saja tindakan mengizinkan orang islam menjual arak.Ronie liew sengaja tidak pedulikan peraturan enakmen islam selangor.Bagitu juga gerai orang islam di penang yang berniaga atas jalan di ambil tindakan tapi gerai gerai cina yang bersepah atas jalan tidak di ambil tindakan.Kita tanya orang islam tidak kah mereka terganggu dengan bunyi loceng kuil?tidak kah orang islam terganggu dengan colok colok gaharu?Pernah kah orang islam secara terbuka meminta aktiviti keugamaan ini di berhentikan atau di ubahsuaikan kerana untuk keselesaan?Pernah kah orang melayu buat petisyen pd PM untuk halang aktiviti ugama mereka?Ini semua kita tak lakukan walau pun kita majoriti dan kita berkuasa.Hari ini kuasa yang kita miliki di desak supaya di gunakan untuk cemarkan ugama kita sendiri.PAs memangnya bacol dan menjadi lebih pondan dari PKR.Sejak Pkr suka main belakang PAS pun ikut main di belakang saja ?Kenapa tidak di barisan depan?Kalau sekadar sokong sultan untuk penggunaan tulisan jawi itu tak cukup.Pas mesti berupaya menunjukkan kehebatan mereka dalam memberi keyakinan bahwa mereka pejuang dan mereka adalah pembela islam.Nah kalau mereka bacul,umno tidak islam,pkr main belakang ,kita tanya orang melayu kepada siapa islam akan di bela?Bukan kah kekuatan islam itu terletak di tangan melayu?kita majoriti dan kita semua seugama.Kenapa sasaran mereka ialah ugama?Apakah susah kita bersatu atas nama ugama?Bukan melayu mahu selesa di negara yang telah bagi jasa dan mereka bukan lagi mahu kehidupan tapi mahu taklok dan mahu humban islam jauh dari mereka.Ketika itu generasi kita akan tertanya tanya siapa angkara yang buat islam tergadai dan di hina?Akibat dari main politik,kesan sampingan nya telah terkena pd ugama.Orang bukan melayu tahu untuk mereka adalah penentu kuasa dan kali ini mereka uji dan kacau kita.Kalau kita bersatu tentulah mereka yang minoriti ini tidak bersikap biadap dan bersikap tak kenang jasa dan budi orang melayu.Kalau kita dengar ceramah ugama dan ceramah PAS semuanya sekitar perjuangan ugama,dan sekarang kempen ganti UMNO.Ini juga membawa makna Pas tidak berupaya dalam mendakwah sekutu mereka.Kita tanya kenapa kita tak boleh langsung bersatu sedangkan hari demi hari kita di asak.Hari ini jelas kita kena setuju kata orang dulu kita perlu bersatu jika tidak kita akan roboh.Yang akan di robohkan ialah masjid dan surau.Mampukah kita bagi jawapan pd allah ketika itu?Pas!bolehkah PAs keluarkan amaran dan sediakan apakah langkah langkah keislaman yang mahu di lakukan jika mereka berkuasa?Kita tanya dia dan kita mahu dia cerita hasilnya mesti sama dengan KEMPEN 100 hari PR!

 

Wednesday, January 12, 2011

TABIK (5) YB DR.HASAN ALI

TABIK (5) YB DR.HASAN ALI
YB HASAN ALI di serang hebat.Kali ini bila dia mengatakan perkara benar tentang kedudukan setiausaha kerajaan negeri.Barisan utama pemimpin PAS yang tergamam dengan tingkah laku nya mula bagi amaran kepada seorang yang mempertahankan kebenaran.Ramai juga yang bagi komen dalam blog yang mencemoh dan mengatakan Yb ini pembelot,bahaya,dan perlu di ambil tindakan menyisihkannya.Ada juga yang kata dia tikus bahaya.Rupa rupanya bagitulah perangai PR.Mereka memiliki pantang larang yang lebih hebat dari syaitan.Jika ada nampak kebenaran,ianya harus di simpan di belakang.Jangan heboh.Jangan kasi rakyat tahu kebenaran.Kelirukan mereka.ASak pemikiran mereka,katakan yang mereka selalu kena tipu,biar membara benci mereka pada kerajaan BN.Ini gerakan kempen politik yang di sebarkan luas.

Apakah kebenaran YbHasan Ali?.Ada 5 sebab.(1),beliau seorang islam yang baik amalan nya dan berkelulusan tinggi dengan ijazah doktor falsafah..dia faham beza cakap politik dan beza cakap pentadbiran.Dalam politik boleh manipulasi,dalam pentadbiran ianya peraturan.(2),beliau anak selangor jati dan dari keluarga yang baik.Beliau berjuang dalam memotivasikan anak anak selangor khusus nya.Ramai ibubapa yang puas hati dengan perkhidmatan beliau.Latarbelakang keilmuannya yang berdasarkan kepada sosio ekonomi telah berupaya merangsang beliau untuk sungguh sungguh berjuang.Hakikatnya beliau memilih PAS sebagai landasan memperomosikan kefahaman masyarakatnya.(3),Beliau adalah bekas pegawai PTD kanan yang tahu selok belok peraturan, ekonomi dan amalan perkhidmatan.Adik nya juga seorang pegawai tinggi PTD.Itu sebab beliau faham dan itu sebab beliau menyuarakan kebenaran sebab di kalangan EXCO yang ada,dia yang di anggap layak bersuara dan menjadi jurucakap bagi pihak pentadbiran.MB dengan hasan tidak serasi sebab mb orang koperat yang hanya ikut telunjuk dan kadangkala LOST dalam tugasnya.(4),dia jaga hal ehwal ugama dan tentunya dia lebih mengetahui siapa Khusrin sebenar.Adalah satu fitnah dan niat jahat jika khusrin di tuduh yang bukan bukan sebelum memulakan tugas.Hasan takut pada allah,dan dia tahu hal ugama makanya dia perlu cakap benar dan kedudukannyanya memberi keberkatan pada PAS kerana Hasan kembalikan maruah PAS yang hari ini di anggap sudah lama dii gadaikan pada DAP melalui broker kuasa DSAI (5),Hasan di lihat sebagai orang yang perlu di curagai oleh DAP.Maka mereka sentiasa lihat hasan ini berpakat dengan khusrin untuk jatuhkan PR.Hasan mahu PR membezakan antara kesan politik dan kesan pentadbiran.Hasan hanya kata bahwa khusrin adalah ketua pentadbiran kakitangan awam,segala tindak tanduk akan bagi kesan pada 28000 orang pegawai di selangor dan mungkin ratusan pegawai di luar selangor khusus PTD.

Hari ini sudah jelas suara PAS Dan suara sumbang bertanya pada hasan untuk toe the line dengan PR,ini adalah satu cabaran pada kebenaran,seolah olah sudah ujud pakatan mafia di selangor.Tidak ada lagi amalan kebebasan bersuara dan prinsip bercakap benar.Ada yang sarankan supaya dia letak jawatan.Kita tanya kalau cakap benar kena letak jawatan dan cakap tidak benar kekal jawatan maka jelas bahwa yang ada sekarang tidak termasuk hasan adalah PEMBOHONG DARUL EHSAN.Jelas bahwa rakyat selangor di perintah oleh sebuah kumpulan parti yang bermuafakat untuk berdusta pada rakyat.Mereka tidak peduli lagi apa kebenaran dan mereka mahu sesiapa yang sekongkol dengan mereka mesti ada akujanji.Bukan nya akujanji nak bagi negeri dan rakyat maju tapi akujanji untuk tidak mudah cakap benar.Jika ini di teruskan maka jadilah negeri yang tidak ada integriti dan ini adalah petanda bukan untuk maju tapi untuk huruhara.Ini yang kita bimbang.Bimbangnya kita ialah selangor sebuah negeri maju bakal menempah kemunduran dengan berkeliaran nya perakus perakus kuasa yang mahu pasti rakyat nya buta hati,dan mahukan selangor lumpuh dan tidak lagi mara kedepan.

Tidak lama lagi hasan akan di usulkan mengadap jkuasa disiplin PR.Jika ini di lakukan ianya satu penghinaan bagi hasan kerana beliau akan mengadap jkuasa yang buta huruf tentang sistem pentadbiran kerajaan.Bayangkan apakah kata amaran dan hukuman yang bakal di kenakan kepada beliau.Dulu dah sekali kena toe the line,kemudian dia di minta jangan sebok hal perpaduan islam,la ni dia bakal akan di minta untuk putuskan hubungan dengan khusrin.Jika ini di lakukan melalui perbahasan di dewan negeri,maka PR memang mahu kan Hasan keluar dari pakatan.Kita harap Hasan akan tetap dengan pendirian dan terus menegakkan kebenaran.insyaalah.

Sent from my iPad

Tuesday, January 11, 2011

DEBAT EKONOMI

DSAI mahukan debat.Kali ini dia pilih dengan perdana menteri.Mungkin dia rasa tak dapat jadi PM,asalkan dapat bertekak dengan PM pun jadilah.Ia mengenai hal siapa hebat tentang ekonomi.Ini berpunca dari kenyataan PM bahwa janji 100 hari PR akan bawa negara bangkrup macam di Greece.Bila dia dengar bagitu dia pilh untuk debat..DSAI dah gian nak bahas.Bila dia kena shut up di parlimen dia mula nak melalak di luar parlimen.Kali ini dia bukan pakar sebarangan.Dia betul betul mahu jadi pakar ekonomi.Dia tak minat nak nasehat khalid tentang hal ekonomi selangor sebab selangor bayar rm1.Dia juga tak minat nasehat ekonomi penang sebab LGE lebih economist dari DSAI.Dia tak minat bicara dengan kedah sebab kedah pun baru tarik nafas sikit setelah di landa banjir buruk.Dia tahu susah nak cerita hal ekonomi dengan Nik Aziz.Bila semua tak sesuai maka dia nak debat dengan Pm pula tentang ekonomi.Dia ingat ia hebat lebih dari PM.Rakyat mungkin tak semua yang baca JANJI100Hari.Rasanya tak perlu sangat rakyat buang masa untuk baca kerana rakyat dah boleh agak apakah yang dia nak buat.Ringkasnya nak mansuh perjanjian,nak bagi samarata,nak batal peraturan,nak itu dan nak ini,Semuanya adalah nak bagi kat rakyat.Ada yang melibatkan perundangan,ada yang memerlukan gantirugi,ada yang memerlukan koordinasi dengan jabatan jabatan dan ada yang perlu pertukaran sistem.Ringkas nya DSAI mahu rombakan,suatu pemutihan yang di anggap rakyat akan ucap syabas dan gembira.100 adalah hari keramat.ADa yang tanya kenapa pilih 100hari tidak 1000 dan tidak 10jam?setakat 100 Hari ada yang kata terlalu lama.Dia hanya perlu 1hari.SEMUA NYA HANYA PERLU PENGUMUMAN.Perkara laksana itu Dsai nanti gurmal dengan putar alam nya.Balik kepada hal 100 hari.Ini nak tunjuk dalam masa 100 hari Dsai dapat lakukan sesuatu dengan lebih pantas dari 100 najib sewaktu jadi Pm.Dalam 100 hari ni kalau kita tengok hari bekerja saja ada hampir 75 hari bila tolak 25 hari.Cuti wajib tidak pula termasuk cuti awam.Soalnya apakah 10 perkara yang di sebut boleh terlaksana dalam masa 75 hari?Kita tengok contoh merombak struktur subsidi negara,menyediakan internet wi fi percuma bagi seluruh kawasan di malaysia,memansuhkan akta keselamatan dalam negeri,mereformasikan spr,sprm,peguam negara dan pdrm.Ini sebahagian dari JANJI 100 HARI yang di reka khas untuk pujuk pengundi.Yang kerajaan sedang lakukan dalam konteks reformasikan SPRM misalnya tak cukup lagi ka?bukan kah ini satu langkah membazir saja!Tak pula dalam semangat 100 hari di sebut tentang hal tanah,hal bumiputra,hal Cukai.Kita cadangkan supaya DSAI hari ini juga buat pengumuman supaya semua negeri di bawah PR kecualikan cukai pintu dan kecualikan cukai tanah!,kecualikan premium!parking kereta semua free! tak payah tunggu Pru 13.Sekarang juga dia boleh buat.Kita nak tanya satu persatu sebelum dia nak debat PM.Apa yang dia dah buat untuk naikkan pelaburan di selangor selain dari bagi habis tanah PKNS dekat kroni PKR.SPRM patut siasat ini.Pernah kah dia fikir untuk jadikan kelantan maju macam negeri negeri lain?Berapa kerap dan berapa kali dia bagi nasihat pada dato Azizan tentang kedah yang semakin tenat ekonominya.KAlau kawan sebilik pun hang tak boleh bicara ,kenapa hang nak rombak hal yang lain.?Bayangkan niat dsai ini nak membatalkan felda plantation dengan mudah dalam masa 75 hari bekerja?mana ada masuk akal?sebab tu PM ketawa dekat dia.Tapi untuk tunjuk dia ranggi dia minta nak debat untuk dapat pablisiti.Sdr DSAI engkau ni dah cukup di kenali ramai.Tak payah nak tunjuk jaguh.Kita menuju kemajuan,jangan ingat semua yang you cakap rakyat terima tanpa celik mata.Cukup lah dengan temberang temberang,jaga diri baik baik untuk berdepan dengan penghakiman.Rakyat nak itu dulu.KENAPA KES LIWAT TIDAK DI SELESAI DALAM 100 HARI.?jawapan nya TANGGUH,TANGGUH,TANGGUH.....maka rakyat akan tahu bahwa jika janji 100 hari tak jadi DSAI akan tangguh tangguh tanggu.Apakah kita perlu PM kita berdebat dengan orang yg ada sindrom TANGGUH?

 

Monday, January 10, 2011

MENYEMAI ATAU MENTERTAWAKAN 1MALAYSIA?

MENYEMAI ATAU MENTERTAWAKAN 1MALAYSIA?
1MALAYSIA yang di umumkan PM pada April 2009 adalah suatu gagasan yang di ciptakan sebagai suatu sambungan kepada kesungguhan dan ketekunan yang telah di lakukan oleh pemimpin sebelumnya.Ianya bukan sekadar memahami perpaduan,ianya tiada bukti di kesan untuk menghakiskan sesuatu entiti,ianya bukan membuang hak,ianya adalah suatu perjalanan menuju kemajuan,menuju suatu peradaban,mahu suatu kemajuan,mahu yang bagus bilamana kita sampai 2020.Bagus nya kita ialah dengan nilai yang baik baik belaka.8nilai aspirasi adalah segar dan mencabar,Baca dan teliti nilai nilai yang mahu di serapkan.Tidak ada satu pun negara selain dari malaysia yang berani mempertahankan nilai ini semata mata untuk menyelamatkan kita semua dari di rosak oleh nilai dan budaya luar yang sentiasa jadi ancaman pada kita.Justru 1malaysia adalah berkisar kearah melalui jalan kesetabilan,untuk mendapatkanya mesti ada kemajuan dan perpaduan.Kemajuan yang mahu dicapai mestilah yang bermula dengan apa yang rakyat mahu dan di susuli dengan apa yang sepatutnya di miliki jika negara mahu maju bila sampai 2020.Maka bermula transformasi.Ia dinamakan transformasi kerajaan,transformai ekonomi,transformasi politik.Bila mana ini berlaku maka kesetabilan akan berlaku.
Dengan rangkap sedemikian ramai yang cuba tidak mahu memahami dan di kalangan pembangkang pelan 1malaysia di pertikaikan.Pelan ini di perbudakkan,di ketawakan,di perlekehkan.Di mana jua ada perhimpunn penceramah akan ambil peluang untuk membuat peserta ketawa dan tersengeh bila saja hal 1malaysia di sebut.Ada kata satu,dua malaysia,ada kata rakyat di miskinkan najib di utamakan,ada kata ianya satu israel dan banyak lagi ciptaan kreatif untuk memperlecehkan gagasan ini.Sehingga kerajaan negeri selangor bagi arahan untuk roboh dan musnahkan simbol 1malaysia yang di pasang di kedai atau sepanduk di tepi jalan.Mereka kata ini adalah kempen,ini adalah bahan politik,ini adalah propaganda BN.Malang sekali jika kita yang sedang menuju pembinaan sebuah negara maju pura pura tak tahu ROH 1MALAYSIA.Tanpa kekuatan ini kita yang tinggal dengan pelbagai kaum akan hidup huruhara.Kita damaikan sekian lama,kita sepakatkan keberkatan untuk jalinan kemesraan,kita berjabat tangan ,kita mengunjungi satu sama lain,kita hulurkan budaya murni dan inilah rencah dan inilah resepi kita yang membawa kita sampai kepada tahap yang kita boleh bersama.Namun keupayaan ini telah menarik minat pembangkang untuk memecah belah dan membahagikan bahagikan kita supaya kita terlingkup dan curiga demi memberi ruang untuk mereka menyeludupkan ideologi dan propaganda,lalu mereka berkuasa dan mereka akan lakukan sesuatu yang hanya menguntungkan segelintir manusia yang kemaruk kuasa, gian kuasa dan akan gadaikan apa jua prinsip kerna kuasa.Rakyat tidak kisah kegelutan dan bergulat nya parti politik tapi rakyat mahu kesejahteraan.Rakyat mahu ketenteraman,rakyat mahu kesinambungan.Ini yang buat kita terus mara kehadapan.Ini yang di harapkan oleh pemimpin kita dan ini yang di lakukan secara sungguh sungguh,pemimpin dan rakan rakan dalam kabinet perlu sokongan bukan nya ejekan,bukan nya fitnah,bukan nya ketawa.Ini negara kita dan kita bersama bertanggungjawab.Ini budaya yang ada pada kita dan kita akan pikul bersama.Ayuh! Setiap langkah dan setiap detik waktu apabila kita menuju kecemerlangan semangat 1malaysia akan kita pikul dan kita heret bersama kerna 1malaysia adalah pembekal tenaga untuk generasi masa ini dan masa depan.Elok kita nasihati mereka yang gusar dan pura pura dan yang mahu ambil ruang untuk balon sana dan balon sini.1malaysia tidak huduh malah murni.Rakyat malaysia umumnya faham dan rakyat luar negara pun mudah faham.Justru sebagai seorang yg patriotik pd negara pertahankan 1malaysia.Terbukti negara hancur bila ada musuh dalam selimut,bila ada pengkhianat,bila ada anasir.Ini kita patut kenal pasti dan musnahkan supaya ianya tidak mengganggu perjalanan kita menuju 2020.


Sent from my iPad

Sunday, January 9, 2011

MAN OF FEW WORDS

MAN OF FEW WORDS
kita benci kalau ada yang membebel.Kita rasa teruk kalau orang selalu sangat tegur.Kita pun risau kalau tidak ada orang pedulikan kita.Bagitu juga ceritanya dengan Ahli parlimen Bn bertemu Pm.Ada yang kata tempoh 5minit atau 10 min terlalu pendek untuk cerita masalah rakyat.Sehingga sesiapa yang melayari Malaysiakini akan lihat komen komen yang bagitu amarah sekali denga kata undi mereka tidak berharga jika masa untuk di sampaikan itu hanya 5minit.Tempoh 5minit tidak cerminkan realiti dalam kesungguhan Pm untuk mengetahui hal rakyat.Tempoh 5minit sebagai sia sia saja.Nah,pendek ceritanya apa yang Pm lakukan semua di katakan ada cacat celanya.128 member parlimen yang di temui bukan mudah tenaga yang di perlukan.Kalau temuduga sekali pun tak ada dalam sejarah bagitu punya ramai.Tapi Pm kita ada stamina untuk habiskan juga.Pm mahu berpesan sesuatu dan bagitau KPI ahli parlimen.Perlukah pm membebel?Kalau tak bagus Pm akan kata next election cari orang baru.Kalau bagus Pm akan kata teruskan kerja baik.Apakah pm perlu 2jam untuk huraikan setiap seorang mengenai hal itu?Dalam suasana semua orang sebok,masing masing mahu di ringkaskan.Misalnya SMS pun semakin popular.Ringkas dan padat.Pm boleh guna sms kalau nak meringkas kan saja.Namun Pm tak pilih option sedemikian atau pilih untuk hantar surat dalam hal ini.Dia hands on.Dia mahu bersemuka.Itu tandanya pemimpin praktikal.Bagitu juga member of parlimen dia harus cekap merumus,5minit itu sudah cukup lama untuk dia buat rumusan.Tengok saja pembaca berita,tengok saja iklan,bukan nya ambik masa lama untuk sampaikan mesej.Ada yang kata untuk sampaikan mesej kita perlu hanya 10 saat saja.Jika Pm berpuas hati dalam tujuan nya dan beliau lega dengan pencapaian,maka nya memang kita tahu Pm kita menghargai masa dan tidak suka membazir waktu seperti pemimpin yang di anggap kodi dan dunggu.Kita nak bayangkan pula jika lah pembangkang yang buat semacam ini mungkin mereka ambik masa panjang sekali sebab mereka memang punya tabiat suka buang waktu untuk berseloroh,bergurau,merapu dan tidak ada fakta yang membantu.Sebab tu lah mereka tidak terfikir untuk lakukan kerja sedemikian sebab it is a waste of time,kerana mereka tak ada apa nak cerita tentang outcome.Mana ada mereka peduli tentang outcome,mana ada mereka ambik tahu tentang keluhan rakyat.Mereka hanya tahu pegang sepanduk,buat sepanduk dan duduk merapu untuk kata mengata tentang BN dan bukan tentang rakyat.Sudah 34 bulan perintah negeri ada yang kata PR berjaya,kita tanya berjaya tu maksudnya apa?Kalau setakat pandai bagi free itu free ini memang semua orang pun faham itu mudah.Kita nak tanya apakah perkara yang ada ciri GROWTH?Setakat ini mereka cuma cerita hal nak bagi itu nak bagi ini tapi hal nak dapatkan tidak pula di bincangkan.Misalnya kita ada 100 dan kita agihkan.Lama Kelamaan 100 akan habis tapi cara nak dapatkan 100 atau 1000 atau 100000 tak langsung di beritahu samada dalam bajet atau dalam apa jua projek.Yang ada ialah issuance of license utk rumah urut dan untuk pusat judi.Itu mudah saja.Itu sebab nya bagi PR dia ambil mudah.Rakyat nak jadi apa itu bukan masalah dia.Dia hanya kemaruk kuasa.Bila dia dapat dia tak ngerti mengurus kuasa.Itu pun melalak sana sini kata Umno tak kena Bn tak betul semata mata untuk elak dari rakyat tanya hal ekonomi......entahlah!!!

Sent from my iPad

TENANG DAN TURBULENT:siapa yang untung?

TENANG DAN TURBULENT:siapa yang untung?
Kalau dalam bahasa melayu nya tenang bererti aman,nyaman,dan selesa.Tapi kalau untuk DUN TENANG ianya tidak sama dengan pengertian yang kita tahu.Ianya bakal bergelora sebaik saja di tiup visel kempen bagi pilihanraya kecil nya yang di jadualkan pd 30jan ini.Turbulent adalah perkataan inggeris.Ia adalah gangguan,goncang,lintang pukang.Dalam hal ini keputusan DUN Tenang akan buat beberapa pihak terasa goyah dan goncang ibarat kegoncangan dalam waktu penerbangan.Awal awal lagi ini adalah kerusi BN.Seperti tradisinya PAS akan bertanding supaya BN menjadi tidak tenang.Ini suatu yang di jangkakan.Namun untuk kedua pihak berasa tenteram dalam kempen tradisi ,ianya belum tentu bagitu.Ini di sebabkan ada sudah orang yang menawar menjadi calon bebas,dan ada sudah orang yang mahu calon baru dari PAS.Tidak ketinggalan jua ada yang kata mungkin PKR yang akan bertanding.Itu sebabnya DSAI awal awal lagi buat tinjauan sama ada boleh kah PKR bertanding dan menang.Dia dah buat kempen walau pun pihak berkuasa bagitau jangan lagi mula kempen.Semua pihak hanya berkempen selepas penamaan calon.Tapi untuk DSAI yang memang tradisinya suka buat kerja lain dari lain dah berkempen.Apa yang mahu di lakukan ialah untuk meninjau samada bolehkah calon PAS menang dan jika calon PAS tak ada peluang dia akan rayu supaya di letakkan saja calon PKR untuk menguji kehebatan nya berikutan dari kemelut PKR baru baru ini.PKR mesti cari jalan untuk mengukur popularitinya.Jika PAS tidak setuju dia akan minta calon bebas untuk bertanding.Nampak macam satu formula yang dianggap tidak munasabah tapi itu lah yang akan di lakukan.PAS akan bertanding dalam apa jua keadaan.Cuma apakah mereka akan guna calon wanita atau tidak itu kita tak tahu lagi.Untuk DAP pun bagitu juga.Mereka akan guna sedaya upaya untuk minta PAS bagi laluan supaya mereka dapat pula guna flatform untuk test undi cina.INi tentunya gara gara DAP kurang percaya atau lebih tepat tidak yakin yang PAS akan bersama mereka dalam PRU13.Ingat lah dalam politik no permanent friend and no permanent enemy.Masing masing sudah merasa cemas.Dalam kempen Tenang akan berlaku banyak kecoh di kalangan PR.Tentunya pengarah gerakan pilihanraya akan lakukan sesuatu yang baru dan tidak seperti di galas,batu sapi atau sibu..ianya akan berlaku semacam turbulent..DAP pun terpaksa pegang bendera PAS untuk pastikan cina sokong PAS.PKR yang tidak bertanding pun akan guna bendera PAS untuk masuk ke kawasan taman perumahan di labis tengah dan di labis timur,atau di stesen tenang.Kita semua tahu bahwa geografi tenang agak payah untuk mereka berkempen kerana keluasan nya adalah banyak kepada ladang kelapa sawit.DAP dan PKR hanya ada sikit sangat cawangan nya.Namun BN mesti ingat bahwa mereka perlu turn out yang tinggi untuk meranapkan populariti PR.Dalam kempen kecil kecilan atau sembang kopi rakyat akan tentu tanya PAS apakah rahsia di sebalik pertemuan dengan Agong? Pihak BN ada jawapan nya sebab mereka pernah bersama dengan PAS satu ketika dulu,Tapi yang menarik ialah jawapan PAS.Adakah DAP akan terima akan jawapan PAS dan adakah cina akan percaya lagi pd DAP?Lebih baik mereka UNDI BN dari undi PAS.ianya lebih untung dari rugi.Maka kita lihat nanti Tenang adakah ia membawa ketenangan selepas 30 JAN.

Sent from my iPad

Saturday, January 8, 2011

PAWANG PRU 13

PAWANG PRU 13
Bila saja PM jumpa ahli parlimen BN makanya ramai yang mula tanya.Soalan mereka ialah Bila PRU 13? bagi yang tidak banyak maklumat mereka akan hanya buat tekaan.Selalu mereka guna "rasanya",bagi yang ada sedikit maklumat mereka akan guna faktor cuti awam,faktor musim keramaian,faktor tengkujuh dan selepas tolak sana sini maka mereka akan berkata "PRU 13"akan berlaku pada sekian sekian bulan.Kepada yang memang menaruh minat tinggi dalam politik,atas apa jua kepentingan ,mereka mahu lebih terperinci.Mereka adalah pawang pilihanraya.Bila mereka berkata kita yang mendengar akan terpukau dan tidak nampak ruang untik menolak.Seperti pawang lain ,mereka juga guna ramuan ramuan untuk berhujah.Soalan mereka ialah "PRU13tahun ini atau tahun depan?"dalam memberi keterangan ini mereka akan mula dengan keramaian pesta kaum dan siri pilihanraya.Contoh nya ialah PRk Tenang.Jika menang,ia asalah petunjuk nasional kerana banyak sebab dan antara yang penting ianya sambungan Galas dan Batu Sapi.Ini petanda baik baik PRN sarawak yang akan di buat sebaik saja CNY yang di jangka bulan 3,jika tidak makanya berkemungkinan pada bulan Jun sebaik saja selesai gawai keamaatan.Ini peluang baik sebab ketua menteri pun nampak senyum dengan isteri yang cantik.Rakyat mesti nak jumpa isteri orang besar.Untuk itu mestilah waktu pesta gawai.Jika isterinya baik,peramah,maka wanita akan terpikat dan mereka akan undi BN.Jika BN menang besar makanya ROAD TO PUTRAJAYA oleh PR akan terkedu kerana sarawak juga mahu wakil BN besar dalam parlimen untuk dapat peruntukan pembangunan.Maka angka 11mula bermain di kepala semua pawang.Bulan ogos adalah puasa, di ikuti dengan musim haji,kemudian musim cuti.Adakah bulan NOVEMBER? ada yang kata tidak sebab kerajaan mesti siapkan NKRA dan KPI untuk rakyat nilai.Pawang berpendapat yang 2012 awal adalah tarikh baik.Namun apa pun yang mengetahui ialah yang berhak membuat pengumuman,tapi persediaan lebih penting dari mengetahui tarikh.Persediaan yang awal ialah untuk pilihanraya sarawak kerana ianya memberi indikasi untuk mengukuh dan memantap.Bagi parti PR mereka juga harus ingat yang jangan sangat syok dengan ROAD TO PUTRAJAYA sehingga mereka abaikan negeri negeri yang mereka perintah.Setakat ini nampak nya inexperience berlaku di selangor dengan kekecohan luar dalam dan rakyat sudah nampak teraju kepimpinan dan perkhidmatan merosot dan ini membuat rakyat semakin rasa meloya dan ada yang nak termuntah.Bagi negeri kedah dan kelantan nampaknya kepimpinan mereka juga terkedu kedu dalam mengendali negeri.Bagi penang nampak nya mereka lebih rasis dari negeri lain.Ini juga harus mereka pereksa.Rakyat sudah bagi peluang dan rakyat mahu tahu cakap serupa atau tidak serupa bikin.Dengan perkembangan pertemuan sulit PAS dan UMNO dan kes DSAI yang semakin hampir pd penghakiman nampaknya pawang sekelian berpendapat stamina PR akan kurang dan mereka akan mula mencari idea dan idea baik ialah
membuat pengistiharan keluar dari PR.jika ini berlaku BN akan ambik kesempatan.Nampaknya bukan sangat BN yang patut khuatir tarikh tapi PR yang perlu nyatakan tempoh masa untuk mereka pulih dari kemelut.Barang di ingat gelagat gelagat mereka yang semakin di lihat kurang baik perlu di baiki.Ternyata bila mereka di parlimen mereka tidak tunjuk hebat selain dari mengulangi stail di jalan raya.Ini juga di lihat oleh rakyat.Semakin hari kita lihat BN semakin menuju kehadapan dan PR semakin tersekat sekat untuk menyakinkan rakyat.Slogan 100 hari dan pertemuan ramai ramai sudah hilang taringnya sebab ternyata di galas dan batu sapi show of strenght tidak di minati khusus kawasan semi urban.PAWANG MANA YANG BETUL KITA JADIKAN DIA AHLI NUJUM NEGARA.


Sent from my iPad

INTERLOK DAN PARIAH

INTERLOK DAN PARIAH
Novel Interlok hasil karya Datuk Abdullah Husin mencetuskan kemarahan penduduk india di klang sehingga ada yang bakar novel ini.Untuk menjadi ianya mendidih lagi buku ini menjadi syarat wajib pelajar tingkatan 5.
Novel ini dalam kandungan muka surat 211 ada sebut kasta pariah.Entah mengapa dan tanpa kita sedari hanya pada hari ini kaum india tiba tiba terasa sangat sensitifnya.Bagi bangsa lain kita tak pernah pula merasa perkataan itu ganjil,atau perkataan ini perkataan larangan.Namun kita tidak pula mahu mengindoktrinasikan pemikiran india dengan niat bahwa mereka ini tetap Pariah walau pun sudah bermaustatin di malaysia.
Bila kita baca ulasan Baradan Kupusamy dalam Star kita sedar bahwa ada pihak yang tidak faham fakta dan mungkin ada pihak yang cuba mencari publisiti.Baradan berjaya dalam kupasannya.Tahniah.Elok sedikit petikan nya di sebut"the word pariah frm the tamil word paraiyar or drummer,denotes the so called lower grouping in the hindu caste system that is the bane of classeless and egalitarian society in india and elsewhre where indians have migrated and settled down.Sometime called dalit in india or nammavar among tamils,they have suffered oppression and humiliation."memang pun bagi yang mengenang sejarah berkurun lama nya terasa cukup sedih atas penindasan dan ekploitasi british keatas mereka.Untuk memulih kepiluan mereka Gandhi telah mengatakan mereka ini Harijjan atau son of god.Kita mahu tanya pula orang melayu,tidakkah dalam sejarah mereka ratusan tahun mereka tidak pernah di seksa,di hina,di rampas?Kita mahu tanya orang cina apakah yang datang ke sini adalah dari mereka yang tidak pernah di hina oleh negeri asalnya,tidak pernah di sembilih,tidak pernah di pancong kepala?SEMUA tahu bahwa kita pewaris bagi cerita yang pernah menyayat hati.Itu sebab di mana jua kita pergi SEJARAH perlu mendekati diri kita.Itu sebab nya perlu kita tahu kenapa ada INTERLOK.Ianya adalah Formula yang menyisihkan cerita yang pernah kita di beritahu.Makanya Interlok adalah keharmonian.Ianya suatu penerimaan.Novel ini cukup mulia hasratnya.Novel ini menyangkal yang sejarah bukan bermula hari ini.Syukur kerana kita tidak mahu cerita di ungkit semata mata untuk menyakiti.Yang utama kita semua ada penceritaan.Yang sudah di maktubkan kita terima kerana ini adalah Interlok.Tapi yang kita hairan ialah apabila ada yang kata "tutup kedai balik india"tak pula ada yang membara di hati?Sepatutnya mereka yang bakar novel ini di klang ramai ramai cari wakil rakyat DAP yang kata sedemikian dan tanya dia maksud balik india itu adakah bermakna balik semula ketahap asal?Ini yang patut di lakukan.Kita cadangkan semua ahli DAP baca INTERLOK.

Sent from my iPad

SURUHANRAYA BEBAS PENYISATAN TBH

SURUHANRAYA BEBAS PENYISATAN TBH
Perdana menteri setuju untuk tubuhkan suruhanjaya menyiasat kes TBH.Kita rakyat yang kena bayar kos penyisatan.Bagitulah baik hati nya kerajaan.Bila penghakiman tidak menghukum atau tidak menghakimkan maka rakyat akan tanggung beban untuk membelanjakan wang bagi semata mata mengetahui apa yang muktamad.Mari kita singkap cerita awal.TBH ada kaitan dengan rasuah dan salah guna kuasa.Untuk kita ingat balik ia adalah pegawai khas pemimpin terkenal di selangor.Pemimpin ini selalu di kaitkan dengan rumah urut dan curi pasir.Di selangor ahli exco ini memang terkenal sehingga exco PAS pun tidak mampu mengawal tatakelakuannya.Apabila TBH jatuh dan mati kaum cina naik semangat.Diapikan lagi yang dia di bunuh oleh pegawi SPRM yang tentu nya pegawai melayu.Pemimpin PAS seperti nizar pun turut menunjukkan reaksi kesetiaan dengan hazir bersama sembahyang untuk roh TBH tenteram.Mulai dari itu hingga saat ini kaum cina khususnya masih anggap SPRM yang patut bertanggungjawab.Bila koroner memutuskan bahwa sukar menentukan yang dia di bunuh makanya keluarga TBH pun membuat tekanan ke atas PM.Sungguh baik hati PM kita untuk beri keadilan yang sepenuhnya kepada keluarga dengan menubuhkan suruhanjaya.Kita nak tanya jika duit rakyat lepas ini semua di gunakan untuk tujuan ini saja maka bila kita nak maju?Waktu sebegini Pakatan Rakyat membisu.Mereka sukahati kerana wang rakyat di gunakan untuk kepuasan segelintir manusia yang masih belum puas.Kalau begini makanya setiap orang yang berjumlah 28juta berpeluanglah untuk dapat suruhanjaya bila saja mereka terjebak dalam kes seumpama ini.Tapi kes KUGAN,kes Amirashid kenapa tak pula orang heboh.Buat lah demonstarasi,buat lah upacara pasang lilin dan panggil imam Pas datang sekali,kita nak tengok kesungguhan yang di katakan keadilan bagi semua.Kita mahu PR buat janji bahwa jika mereka dapat kuasa dan dalam masa satu jam mereka akan umumkan bahwa semua rakyat boleh di lindungi di bawah
suruhanjaya.Tidak kira samaada dia penjenayah,penyangak,penderhaka,pembunuh,semua mereka akan di adili dengan secukupnya menggunakan duit rakyat untuk tunjuk pembelaaan yang baik.Bagitu juga mereka perlu berjanji yang mereka tidak akan roboh dan tidak akan hancur premis rakyat.Mereka mesti janji yang ah long yang membunuh orang patut juga dapat pembelaan.Semua ini adalah keadilan sejagat.Nah soalan ikhlas ialah kenapa TBH saja yang patut di bela?Kenapa nasib bangsa melayu yang muzarat tak mahu di bela?kenapa orang yang mahu berniaga kecil kecilan di komtar tak mahu di bela?TBH adalah simbol dan TBH adalah suatu cerita rasis dan TBh tidak perlu terus mendapat penghormatan negara.Dia warganegara biasa dan tak tahu apa yang dia berjasa sehingga kehilangan nya sebagai kehilangan mutiara.Cukup dan Cukup.TBH mesti tidak di lihat mendapat keistimewaan keterlaluan.Ini amaran untuk pihak yang mahu tonjolkan kehebatan.Kami yang membayar wang dan kami juga berhak menyatakan yang kami tidak mahu kerajaan yang kami pilih membazir wang tidak bertempat.

Sent from my iPad