Sunday, March 27, 2011

HARAMJADAH

HARAMJADAH!!!!!

Taman Melawati bergema pada 26 Mac 2011.Dengan di saksikan oleh hampir 1000 orang, DSAI mengamuk dalam ucapannya. Kalau nak dengar dan tonton ucapannya tengok video klip MALAYSIAKINI. Apa ungkapan hebat Dsai? HARAMJADAH!!

DSAI kata Rakyat di bodohkan oleh UMNO. Dia kata Najib dan Rosmah penakut.Dia kata Umno parti rasuah, Rahim Tamby Cik tak ada maruah, dia kata UMNO lebih baik bersedia untuk menghadapi PRU13. Dia mahu ajar Umno. Dia kata negara ini korup, penyeleweng, menganiayai dia dengan buat macam macam pada dia."DIA TANYA,SALAH SAYA APA?SALAH SAYA IALAH SAYA BERCAKAP SOAL RAKYAT"..Yang terhebat ,keluar kata HARAMJADAH dari mulut DSAI.

PERTAMA: DSAI di pilih oleh rakyat dalam pilihanraya kecil permatang pauh 2008 .Dia menang dan jadi wakil rakyat. Bila menang dia tak salah SPR. Dia berbahas di Parlimen. Banyak yang dia cakap, banyak yang dia kritik, dia boleh hentam Najib dan sesiapa saja tanpa guna kata kata kesat, tapi bila dia melalut dan kurang ajar pada peraturan parlimen  dia di gantung. Bila di gantung dia kata negara ini tiada demokrasi. Nampaknya apa yang dia buat mesti semua nya di akui sebagai betul dan kalau salah itu di sebabkan sistem yang perlu di betulkan.Inilah sifat kukubesi dan kemaruk kuasa yang ada pada dsai. Siapa HARAMJADAH?

KEDUA: Dia balon Saiful. Saiful buat laporan polis. Siasatan di buat dan DSAI di dakwa. Sudah berapa lama tangguh tangguh, rakyat suruh sumpah, Najib sumpah, Saiful sumpah tapi DSAI ambil nasihat Yusuf Qardawi untuk elak bersumpah. Dia mahu kes ini, kes yang mengaibkan melayu dan islam di lanjutkan untuk dapat paspot berceramah menagih simpati. Siapa saiful? DSAI yang lantik dia, DSAI yang bayar gaji dia, DSAI yang usung dia kesana kesini, tapi bila saiful kata bontot dia di balon oleh majikan nya, DSAI kata ini muslihat UMNO dan Najib. Ini cerita fitnah. Ini penganiayaan kepada nya oleh negara yang korup,SIAPA YANG HARAMJADAH?

KETIGA: Ummi Hafilda ke hulu ke hilir cabar dsai untuk tampil menafikan dengan guna undang undang bahwa DSAI tidak jalin hubungan dengan Samsidar isteri Azmin. Ummi pula yang di katakan perempuan jahat di upah UMNO. Ummi yang bercakap, UMNO yang di hentamnya. Kalau betul perempuan nama Ummi ini cakap depan orang awam tentang peribadi sesaorang, dan jika orang yang berkenaan merasakan itu fitnah dan niat jahat kenapa diam pada Ummi. Ummi pun biasa terkencing dalam lokap, Ummi pun biasa di tahan oleh DSAI masa DSAI ada kuasa dulu, Ummi pun di ugut oleh DSAI. Ummi masih menjelajah. Kenapa DSAI masih sepi dan hanya sekadar mengatakan dia perempuan upahan. Pendek cerita jika sesiapa cakap buruk hal dsai,itu adalah fitnah,itu niat jahat umno,itu adalah kerja Najib,itu kerja Rosmah. Cuba tanya diri sendiri,ini negara ada undang undang,jangan lagak sebab ada pangkat,ada kedudukan berpura pura di sebalik perkataan rakyat mahu lari dari kerja kerja yang terkutuk dengan Asyik menyalahkan orang. SIAPA HARAMJADAH?

KEEMPAT:depan rakyat dia kata msia mahu di angkat martabat.Apa martabatnya?malaysia mesti ada orang baik,malaysia ada cina yang baik,melayu yang baik,india yang baik,iban melanau yang baik. Apakah Nizar melayu yang berbudi dan bersopan bila kata haram undi UMNO, adakah Nik Aziz melayu yang baik bila kafirkan Umno, apakah Kit Siang cina yang baik bila mahu musnah kan melayu, apakah Sivarasa india yang baik bila mahu mengasingkan melayu dan cina apakah lee kuan yew sahabat karib anwar bila Dap kata big brother nya ialah PAP, apakah zionis yang biayai kocek dsai ,bangsa yang terpuji, apakah karpal yang pernah hentam DSAI hal liwat dulu nya, kini sahabat sehidup semati, apakah mereka yang berada di keliling dsai contoh insan terpuji yang di janjikan ganjaran di akhirat? Siapa yang di katakan terbaik? Kenapa mesti di tujukan pada UMNO untuk tunjuk siapa yang jahat dan kenapa perlu minta rakyat lupa bahwa yang ada di kelilingi dsai seperti ronie liu,khalid samad,itu yang baik baik belaka. Siapa yang kurang ajar dengan raja raja, siapa yang beri fatwa halal haram wanita kafir masuk masjid?bukan kah mereka sekutu DSAI? SIAPA HARAMJADAH?

KELIMA: Kenapa DSAI melatah tak tentu punca akan hal video. Yang rakyat faham ialah ada sebuah video sex di rakamkan di ibukota. Heronya menyerupai DSAI, itu saja.Tidak siapa yang tuduh atau buat laporan kata DSAI yang jadi pelakonnya. Sekarang dah jadi kes polis. DSAI dah buat laporan,dan datuk T dah buat laporan.Biar polis buat siasatan,tak perlu kecoh sana sini maki Umno tak tentu arah,tuduh itu dan ini.Jika dsai di pihak yang benar dan memang jika di percayai dunia ini ada pelanduk dua serupa,kita tunggu lah sampai ada tayangan perdana di buat untuk rakyat tonton.Jika pun benar itu dsai,kita dah boleh agak yang dsai akan kata yang ini kerja polis.Bila kita minta suruhanjaya bebas di tubuhkan,kenapa Pas! Dap! dan Pkr diam. Patut mereka desak kerajaan untuk adakan suruhanjaya.Ini di biarkan berlarutan dan di beri peluang pada dsai untuk naik minyak maki sana maki sini. SIAPA HARAMJADAH?

KEENAM: DSAI mesti ingat bahawa saranannya untuk minta bloggers bangun hentam kerajaan adalah satu saranan yang melampau. Kamu yang nikmati kuasa, kelazatan, nikmat, kamu mahu rakyat jadi pecacai dan jadi mangsa atas kehebatan kamu berpidato. DSAI hanya seorang insan sasau yang bukan bercakap untuk insan,bukan membela nasib rakyat,dia mahu kuasa,dia juga senyum bila kata umurnya 40 tahun sedangkan dia dah tua bangka, dia nak tipu rakyat dan malangnya masih ada bahlol macam Johari Abdul, Chegu Bad yang terhegeh hegeh mahu sampai mampus taat pada hanturaya ini.Kami pun tidak sabar nanti PRU13 untuk pastikan yang benar akan menjelma dan sesiapa yang di aniayai akan dapat padahnya.Kita tunggu dan tunggu untuk tahu siapa sebenarnya HARAMJADAH.

Saturday, March 26, 2011

PIMPINAN KIAN ROBEK (PKR)

PERTAMA: Sebelum 1997 tiada siapa pun yang akan dan punya keberanian untuk percaya bahwa DSAI adalah gay dan gemar homosex. Tun Mahathir tidak percaya, Tan Sri Mahyuddin tak percaya, Dato Sri Najib tak percaya , Zahid Hamidi tak percaya. Pendek ceritanya, ada yang pernah kata jika sesiapa yang bawa berita buruk dan busuk tentang DSAI, orang pertama yang akan bertindak ialah Tun Mahathir. Bagitu sayangnya Mahathir pada DSAI. Bagitu tinggi harapan mahathir pada DSAI.Itu kemuncaknya.

Bila mahligai kuasa tidak lagi dapat di goyang maka cukup kukuh DSAI di ambang menerajui negara. Kuasa demi kuasa ada padanya.Wang, Kementerian kewangan, saham, rundingan terus, segalanya di tangannya.Ramai yang kaya harta, kaya raya, dan kaya bini.HEBAT.

Bila  datang berita kerakusan, bila berita kelakuan sumbang mula menjelajah, semua yang bertanggungjawab memelihara DSAI bimbang, mereka mulai gopoh untuk memastikan apakah berita itu benar.Kalau tiada angin masakan pohon bergoyang.

Akhirnya dia di pecat, kerana UMNO dan pemimpin nya perlu di ajar erti  ganjaran dan hukuman.DSAI di dakwa di mahkamah atas salah laku kuasa. Hanya dari segi teknikalnya dia terlepas dari kes liwat tapi yang lain dia sangkut. DSAI BERSALAH. DSAI kata dia masih tak bersalah. Ramai yang kata dia di aniayai. Siapa yang kata? Siapa yang hasut?Adakah mereka yang dulu kaya kerana DSAI atau rakyat yang masih miskin ketika itu? Apakah undang undang kita di rekabentuk untuk menganiayai orang?berapa nyawa sudah ke tali gantung, berapa banduan sudah di pulihkan, berapa ribu yang masih di dalam penjara, apakah mereka semua di aniayai? Kenapa bila DSAI kita lantang kata dia di aniayai. Kerana ketika  itu kita gugup.Kita tak sangka pemimpin yang kuat khutbah dan hafal quran pun bersikap musang berbulu ayam.

KEDUA: Cerita Liwat, cerita sex, bukan baru bagi rakyat MALAYSIA. Orang biasa, rakyat biasa memang ada lakukan kerja kerja ini. Tapi liwat dan sex di kalangan pemimpin agak pelik sikit. Vijendaran, Rahim Tamby Cik, Choy Soi Lek. Mereka ini pemimpin. Bila dah di bongkar mereka berundur tanpa banyak soal. Rakyat kita terima bahawa mereka sudah berundur selaku pemimpin. Mereka diam kerana bila sudah di robek maka tiada lagi HEBAT.Lain cerita dengan DSAI. Dia tunggang langgang mahu kedepan beritahu dia baik, dia hebat,dia di tumbuk dan dia di tipu dan banyak lagi alasan.Rakyat buat kesimpulan manusia ini gila kuasa dan gila nak jadi perdana menteri.Itu saja.DSAI TIDAK ADA SIFAT MALU kerana kuasa.Kerana kuasa.Ini bahaya bagi rakyat.

KETIGA: DSAI ulang lagi kisah lampau. Kali ini terang terangan bersama pekerjanya Saiful. Kes ini berlarutan. Hingga isu DNA itu pun berlarutan.DSAI nampak lintang pukang. Ramai yang terasa mereka di perbodoh mulai keluar dari kem DSAI. Ramai dah bosan dan anggap DSAI ini adalah ANASIR. Nanti bila ada hukuman dsai akan kata NEGARA INI HANYA MAHU MENGHUKUM.NEGARA INI BUKAN NYA ADA HUKUM.

KEEMPAT: Sekarang kecoh lagi cerita adengan sex dan di mana Dsai ketika waktu adengan sex di rakam. Ramai rakyat mahu tahu kerana maklumlah ini lah kisah pemimpin yang tak tahu malu dan tak tahu letih berbicara di jalanan. Sekarang dia semakin lantang

Di Taman Melawati, dia guna perkataan kasar, lihat saja video malaysia kini bagaimana DSAI menunjukkan nada marahnya. Kenapa sampai begini? Kalau dia salah masuk lagi dia ke Sg Buluh dan kalau dia betul yang lain pula masuk Sg Buluh. Ini tidak, dia menghasut, bila polis datang, yang lepas dia ,yang kena tangkap polis ialah pengikutnya. Cerita pengikut kena tangkap dah banyak kali dah tapi pemimpin masih terlepas dan masih boleh berholiday di luar negara. Apakah  tidak ada orang yang minta DSAI ini undur? Cukuplah.Rakyat dah meluat dengan dia. Memang Malaysia akan kenang dia sebagai pemimpin MELAYU istimewa, elok dia taubat dan menjadi saja penulis yang TULISANNYA di baca oleh generasi akan datang.

KELIMA: PKR kini bukan lagi parti yang ada kewibawaan. Dia dilihat sebagai parti yang hilang kredibilitinya. 12 wakil rakyatnya keluar dan 35 pemimpin hebatnya meninggalkan parti. Apa lagi yang mahu di ciptakan? Kuasa yang ada di Selangor hanya sementara. Bila PRU 13 PKR akan tahu nasibnya. Setakat yang kita lihat di Hulu Selangor pemimpin hebatnya ketika itu Zaid pun tumbang, bagitu juga pemimpin hebatnya di Batu Sapi pun tumbang. Ini menunjukkan yang dia semakin lemah. Sekarang kelemahan PKR sudah hinggap ke PAS. 4 kali berturut turut PAS kalah dengan majoriti tinggi.Semua ini faktor PKR. Lihat saja di SARAWAK, masih terbuka debat kemaruk kerusi. Sampai kini pun masih belum selesai. Kenapa? kerana PAKATAN YANG SONGSANG. Rakyat Sarawak tidak mahu di perintah oleh pakatn yang huruhara.Rakyat sarawak mahukan KESINAMBUNGAN DAN PEMBAHARUAN.Jangan jadikan rakyat sarawak mangsa kepada KEKALUTAN POLITIK SONGSANG DI SEMENANJUNG.

Friday, March 25, 2011

NIK AZIZ : MALU ATAU TAK MALU

Baca saja tabloid SINAR tarikh 26 mac 2011,terpampang di muka depan NIK AZIZ MALU. Aapa lagi dia kata? "Saya berasa seolah olah berada di negara lain.Tak tahu kenapa pemimpin berbangsa melayu dan beragama islam seperti menjadi individu tidak bermoral"

PERTAMA: Kenapa bagitu lama sangat Nik Aziz sebut hal ini. Patut 1997/98 lagi dia dah sebut.Waktu itu lah negara digegarkan buat pertama kalinya dengan kisah liwat terhebat di negara. Apa dia kata? Dia kata ini perbuatan UMNO. Dia tak sangat terasa gundah gulana kerana itu masalah UMNO. Tahukah dia ketika itu rakyat semacam tidak percaya bahwa homosex sudah sampai ke tahap meresapi pemimpin terkemuka negara. Apa beza homosex, gay di Penang, zina, buang anak,sex rambang,rumah urut,urutbatin di selangor berbanding menonton video sex di carcosa?semuanya di larang allah,Tapi yang di laknati ialah HOMOSEX..Nik aziz harus dari titik tolak ini menganggap sudah malu besar kepada apa yang berlaku.Tapi dia diam dan memilih untuk mengatakan kesemua ini suatu konspirasi kotor politik.

KEDUA: Kemudian, dia dilihat bersama dengan bekas banduan yang di hukum kerana salah laku kuasa. Nik Aziz kata banduan ini, DSAI ,adalah mangsa yang di aniayai. Kenapa?sebab DSAI ini ada faedah politik. DSAI boleh dijadikan sahabat sebantal untuk cita cita politik menghumban Umno. Itu saja. Dia tahu bahwa dia boleh guna segala keilmuan ugamanya untuk memutarbelitkan kepentingan. Dia tahu bahwa DSAI akan membalas dendam. Dia tahu Dsai boleh dijadikan sekutu. Sekutu bukan untuk Islam tapi selaku agen untuk bawa masuk musuh tradisi DAP berpakat dengan PAS. Nah,waktu ini Nik lihat DAP lebih islamik dari UMNO. Dia membuat seruan bahwasanya DSAI patut di beri pembelaan. Maka pada pilihanraya Nik Aziz tidak malu lagi untuk minta ahli PAS menjunjung panji panji DAP. Nik Aziz bertungkus lumus bagitahu bahwa musuh negara dan musuh islam ialah UMNO dan BN. Nik Aziz tanpa malu dan segan di lihat berbisik dengan pemimpin pemimpin agong yang dulu nya mahu hancurkan islam. Karpal Singh pernah kata langkah mayat dia untuk tubuh negara Islam, tapi inilah orang yang Nik Aziz berbisik dan konco ini lah yang Nik Aziz merancang untuk tumbangkan UMNO.Waktu ini NIK AZIZ TIDAK MALU.

KETIGA:Selepas melihat ada kejayaan sedikit pada 2008 Nik Aziz sudah merasa bahawa formula 3 sekawan(DAP, PAS, PKR) semakin menjadi. Nik Aziz tahu hanya DSAI saja yang boleh menjadi BOSS dan dia apa kisah kepada dendam dan mimpi DSAI nak jadi PM. Bagi Nik asalkan Umno ditalqinkan itu sudah cukup untuk dia menghembuskan nafas terakhirnya.dia puas bila ahli Umno menjadi PAS. Sebelum ini berlaku UMNO mesti di asingkan kuburnya dengan Pas, sembahyang pun tak sama masjid, kenduri pun tak perlu pergi kalau itu kenduri UMNO sebabnya adalah haram makan kenduri umno,imam pun ada imam pas dan imam umno.Bagitu lah gelagat yang nik aziz mahu lakukan.INI DIA TAK MALU.

KEEMPAT:Dia tak mampu dan mugkin tak tergamak untuk sunatkan limguaneng dan bapanya kitsiang.Dia lagi takut dengan Karpal singh. Mereka ini bukan mudah mahu mendengar hal islam yang mahu di bawa oleh Pas. Mereka lebih gemar dengar islam liberal.Yang ini memang kepakaran nya ada pada Dsai.Untuk tunjuk bahawa dia cukup toleransi dia tergamak anggap Lim Guan Eng sebagai Omar Ab Aziz, dia sanggup diam bila dalam kutbah doa untuk Guan Eng di buat, dia diam bila Mauladul Rasul mahu dibatalkan,dia dolak dalik bila cina cabar hal pengharaman judi di Kelantan.

Semua ini dia TAK MALU. Dia apa peduli apa orang melayu fikir, dia tahu undi penentu ialah orang cina, makanya apa jua majlis orang bukan islam,dia akan sokong termasuk berdiam diri bila Nizar pegang lilin masa mengingati mendiang TBH. Dia juga MENYESAL KERANA LAHIR SEBAGAI MELAYU.Dia sudah hilang semangat kemelayuan kerana terlalu impikan wajah Kit Siang dan DSAI. Tak hairan kalau Nizar boleh nyanyi lagu cina tak lama lagi Nik Aziz pun akan di ajar oleh Nizar untuk nyanyi lagu cina juga. Dia tak malu kalau ahli Pas yang berkopiah mencangkung dengan puluhan bilangan mendengar ucapan DAP yang dari awal hingga akhir di buat dalam bahasa cina.DIA tak malu untuk minta anak anak sekolah melayu pikul bendera DAP dari bendera PAS.ini dia TAK MALU.

KELIMA: 16 september semua ahli pakatan pembangkang kena kelentong. Nik Aziz tak malu. Semua mereka percaya pada janji dan pada segala apa yang di perkatakan oleh Dsai.Dsai mulai Mac 2008 hingga oktober 2008 berjaya memukau Nik Aziz, Hadi Awang, Karpal, Guan Eng, Tian Chua, Zul Nordin , Gobala, Sivarasa, ringkasnya, semua jenis kaum terpukau dengan olahan,hujahan,tafsiran dsai.Semua lihat bahwa akan ada sesuatu magis akan berlaku dengan sentuhan Dsai. Malangnya 16 SEPTEMBER lebih menunjukkan kebodohan dari kebijaksanaan.Ini Nik AZIZ TAK MALU. Sampai kena tipu pun Nik Aziz diam. Bagitu juga dengan DAP. Mereka diam. Bukan kah kebenaran sudah terserlah?kenapa tidak beri pengadilan pada PEMBOHONGAN PAKATAN? Ini NIK AZIZ TAK MALU .

KEENAM:Kes Liwat Saiful, kenapa Nik diam. Kenapa perlu DSAI merujuk pada Yusuf Alqardawi. Bukan kah nik aziz ini pakar. Kenapa tak bagi fatwa. Kalau yang lain pandai sangat termasuk fatwa wanita kafir masuk masjid. Tapi bila kes liwat diulangi kenapa susah sangat PAS bagi fatwa? MALUKAH ATAU MEMANG TAK MALU.? Kes ini tertangguh sekian lama,kes ini mendedahkan pelbagai perkara,tapi di mana PAS, di mana DAP apabila Saiful perlu pembelaan? Kalau Teoh Beng Hock kelam kabut pegang lilin tunjuk bahwa pas sokong.Ini,di depan mata seorang pemuda di liwat pemimpin no 1 parti pembangkang negara, TAK MALUKAH NIK BERBISIK DENGAN DIA? Berbagai cara dan hujah di kemukakan,tapi yang tentunya  SAIFUL DI LIWAT.Siapa yang bertanggung jawab. Yang di dakwa Dsai. Kes belum tentu ada jawapan hukuman nya.Yang pelik waktu 1998 peguam karpal desak Pas untuk tendang dsai yang di katakan PELIWAT. Kini peguam ini juga yang membela dsai.Nik Aziz tak malukah? Nik Aziz butakah? Saiful kini tiada yang membela dia seperti gerombolan PR yang terhegeh hegeh membela TBH.Ummi hafilda ke sana ke sini bersumpah yang dia tahu DSAI ada hubungan sulit dengan isteri kawan baiknya.Nik aziz tak malukah berbisik dengan Dsai.? Nik Aziz memang seorang yang TAK MALU pada dirinya bersekongkol dengan orang yang reputasinya di sanggah rakyat.Nik Aziz menganiayai rakyat kerana menutup kejahilan demi kuasa dunia.

KETUJUH:Kini timbul cerita video sex. Penyiasatan di teruskan. Orang orang yang terlibat sudah di kenal pasti.Kita belum tentu tahu kebenaran. Rakyat mungkin senyum dan mungkin geleng kepala kepada apa yang sedang berlaku tapi tahukah mereka bahwa kenapa dsai ini di jadikan sasaran?adakah kerana BN takut pada nya? Adakah Umno sampai bagitu gementar dengan DSAI sampai perlu lakukan ketahap pembikinan video?Kenapa dalam kesamaran ini NIKAZIZ BERANI KATA ....DIA MALU.?Andaikata kes ini benar maka tidak besarkah KEMALUAN NIK AZIZ.?.....ATAU NIK AZIZ MENGATAKAN YANG ....DIA  MULA MALU BILA BERSAMA DSAI!!!

Thursday, March 24, 2011

KEBENARAN

Dewasa ini semua mahu cari kebenaran. Semua minat bercakap tentang kebenaran. Semua berlumba lumba membawa bukti atas nama kebenaran. Saiful, Teoh Beng Hock, Amirul, Ummi Hafilda, Anwar Ibrahim, Nik Aziz, dan ramai lagi sangat dahagakan kebenaran. Tak perlu di perincikan jenis jenis kebenaran yang mahu di ketengahkan kerana aib dan seolah olah negara ini bagitu di penuhi dengan ragam yang berkisar dengan hal sex. Terkini Dato T juga mahu kebenaran.Dato ini mewakili 3 orang.Tan sri Rahim Tambi Cik, Dato Shuib Lazim,(bapa saudara Yb Johari Abdul),dan seorang bisnesmen Eskay Abdullah yang di katakan rakan karib anwar ibrahim.Mereka bukan mahu wang.Mereka mahu KEBENARAN.

Dato T mendakwa mereka mahu rakyat menikmati dan mengetahui kebenaran.Ianya mengenai perlakuan sex anwar dengan seorang nyonya.Adengan ini TERAKAM dalam satu video.Di dalam video ada ternampak dua lelaki dan seorang darinya eskey abdullah dan seorang lagi di dakwa anwar ibrahim. Yang UNTUNG ialah mereka yang menonton. Mereka lah golongan terulung berpeluang lihat adengan hebat. Mereka kumpulan media yang mewakili 27 juta rakyat.Apabila tengok dengan puas mereka mungkin terpegun kerana mereka tidak cerita sebenarnya apa yang mereka lihat.Jika ahli ahli yang telah menonton itu lihat,mereka mesti berani beritahu jika kerja mereka beri tahu KEBENARAN.

Waktu kekalotan sebegini  POLIS di lihat sebagai agensi yang boleh memikul beban menyiasat KEBENARAN. Pelik juga,kerana dewasa ini polis pun ramai yang tidak mahu percaya.Apa jua yang melibatkan  polis maka ada saja suara dan desakan sumbang mendakwa itu adalah KONSPIRASI.Justeru itu sebabnya Dato T pilih media dari polis.Bila media bongkar  semua  yang terbabit berlari menuju ke balai polis, dengan harapan hanya polis yang boleh bawa kebenaran.Banyak kali polis di balon,banyak kali imej polis di rendahkan,banyak kali pihak pembangkang utamanya tidak langsung tunjuk yang mereka hormati institusi ini.Nah,bila ada kekalotan,ramai pula yang kata polis adalah saluran terbaik untuk mengorak langkah cari kebenaran

Dato t beritahu bahwa bila saja kebenaran mahu di ketahui,hanya suruhanjaya di raja saja yang di anggap sebagai terbaik.Ini siapa yang mula?dulu bila polis di nyahkan dari segala siasatan,DAP lah parti yang bersungguh sungguh mahu suruhanjaya.Sehingga ada pihak ketawa dengan telatah syorkan suruhanjaya.Kini tiba giliran trio ini.Kita tengok sejauh mana idea ini di terima pihak berkuasa.

Dalam pada ghairah mengenai sex,adengan sex,video sex,timbul pula WANG PELINCIR.wang ini kononnya di minta oleh YB dari PKR yang previlege dapat tonton free video sex.Hebat Yb zaman ini,segala nya mahu di selesaikan dengan wang wang wang.YB berkenaan kalau betul menegakkan kebenaran,bersumpah saja dengan nama yang esa bahwa beliau melihat,dan beliau ada minta wang untuk melakukan sesuatu.Malang sekali semua yang terlibat kecuali nyonya,adalah melayu dan umat islam.Malu betul bangsa melayu yang hari ini jadi bahan ketawa bangsa asing.


Kita bersama mengikuti perkembangan kes DSAI.Kita akan pastikan kebenaran muncul dalam masa terdekat.Kita mahu rakyat menyaksikan siapa yang benar dan siapa yang patut di sula. Kita rakyat  bukan bodoh dan bukan bangang.Kita tahu Dsai kaki lawan. Dia jantan.Kita apa peduli dia suka depan atau suka belakang.Kita memihak pada hak dan hakikat,yang bersalah patut terima saja hukuman.Kita mahu Dsai jangan sama sekali cabut lari.

TAPI.....Kalaulah DSAI bermimpi untuk jadi pemimpin negara ini,kita TOLAK. Kita  tetap lawan untuk menolak pemimpin yang sudah di cemoh dan di sangsi reputasinya menjadi perdana menteri.Kita mahu Dsai kekal damai hatinya di sudut yang tertentu tapi kita tidak akan relakan dsai mengemudi negara indah ini.DSAI hanya tahu berborak,tahu berlakun dan seorang yang boleh menghiburkan penonton.Sementara kita akui kehebatan nya,kita tidak sama sekali akan mengizinkan dia mengangkat sumpah menjadi PERDANA MENTERI sebelum dia bersumpah yang dia tidak liwat Saiful.Dsai jangan menipu,jangan buat cerita,dan jangan auta.Kamu sudah tua.Yang terbaik ialah insaf dan bertaubat,ianya lebih mulia,lebih di hormati.Tapi kalau kamu mahu teruskan agenda pendusta rakyat, anak genarasi muda akan pastikan  beliau tidak tenteram.Keluarga dan generasi zuriat beliau juga akan kalot dan tidak tenteram.Ramai di luar cintakan kedamaian,dan mendoakan agar DSAI mohon pada ilahi untuk berundur secara mulia.

Wednesday, March 23, 2011

SEX,SEX,SEXY

DSAI buat laporan polis. Dia nafi yang DIA adalah lelaki yang terlibat dalam aksi sex yang di hebohkan. Wan Azizah pula naik bingong. Dia kata dulu DSAI dikaitkan dengan lelaki tapi kali ini dengan perempuan pula. Ada yang kata, kenapa hal adengan sex DSAI terburu-buru buat laporan polis tapi bila kes Saiful suka sangat TANGGUH. Ada juga yang kata ini perbuatan BN. Semua teka teki ini semakin menjadi bahan bicara semua lapisan masyarakat.YANG PANAS IALAH  DATO "T"

Ada yang tanya adakah Dato ini melayu,cina ,india atau arab,atau jepun? Dato ini yang jelas adalah manusia. Ia bukan makhluk halus sebab dia ada datukship dan pandai tulis dalam facebook. Dia pun ada otak punya datuk. Dia ada strategi. Dia nampaknya bersungguh untuk teruskan ceritanya dalam bab kedua. Ianya adalah bab membentuk suruhanjaya menyiasat adengan sex. Kita sebut saja SURUHANJAYA SEX. Negara ini tidak jadi hal kalau wujud suruhanjaya. Lagi pun seronok juga kalau kita ada kepelbagaian dalam suruhanjaya.


ADAKAH INI DRAMA DSAI


Kita yang belum tengok adengan SEX 2011 ini, kita hanya mampu buat imaginasi.Jika benar,maka hebat juga wakil rakyat kita. Ada yang kata mana mungkin DSAI yang jadi TIGER sebab perut DSAI tak buncit. Wan Azizah pun terus tunjuk yang perut DSAI tak buncit. Nampaknya isteri DSAI bagi sokongan yang perut dsai tak buncit tapi untuk MEMBUNCITKAN rasa nya DSAI masih mampu.

Ada juga yang kata,mungkin kah ini rancangan DSAI untuk mengalihkan isu yang semakin hampir di ketahui siapa itu "Y". Apa pun dsai ini memang hebat orangnya,dia akan di kenali dalam sejarah politik tanah air sebagai pemimpin yang SERBA BOLEH.


BAHAN BUKTI KES SAIFUL

Makhamah hari ini merumuskan bahwa bahan bukti seperti berus gigi,rambut adalah di terima sebagai bahan keterangan.Maka semakin dekatlah kita kepada mengetahui lelaki Y dan tidak lama lagi,bila polis buat siasatan,kita juga akan dapat lihat wajah kejantanan lelaki T.Bila makhamah buat keputusan,seumpama ini anwar akan bantah dengan pelbagai alasan,skrip drama nya bertukar menjadi skrip balon institusi.


MANA BEST SAIFUL ATAU NYONYA?

Pesan kawan,kalau kita ada AFFAIR dengan seseorang,kita tak perlu malu sangat dekat bini atau anak anak.Bini kita boleh pujuk,anak anak kita shut up saja.Yang paling kita malu ialah Mak dan Pak mentua.Gamaknya anwar kalau kita tanya dia adakah dia malu,apakah jawapan dia kepada kita?

Kita nak tanya,mana satu yang best?solo band ka atau dual band?walau apa pun ,lately ini peristiwa politik kita semakin colourful dan di anggap semakin keruh akhibat dari cerita cerita yang KOTOR dan cerita cerita ini kalau tak di bawa oleh DSAI ini kita yang punya budaya baik dan jernih tidak akan terjerumus untuk berbual bahasa yang busuk.Dsai bertanggung jawab dalam membawa politik busuk ke tanah air ini.Dia lah yang memulakan segalanya.Bila dia join UMNO,kita lihat badan politik ini  jadi kelam kabut,dia rosakkan imej dan rosak kan minda pejuang melayu.Sekarang dia mengerang kemaruk kuasa di luar,dan dia terus memaki hamun umno.Dia apa peduli,dia apa kisah,dia apa nak malu kerana demi kuasa dia akan teruskan politik busuk nya dengan meracuni semua minda baik yang muda mau pun yang tua.

Monday, March 21, 2011

YB DAN SEX

GEMPAQ! Satu pendedahan hebat mengenai aksi SEX pemimpin politik dilaporkan dalam blog.Pemimpin itu telah di katakan pada Februari tahun ini menjalin hubungan sex dengan seorang perempuan yang mungkin juga seorang pelacur di ibu kota.Dato T mendakwa bahawa dia ada salinan asli video tersebut.TAHNIAH.

Hari ini beberapa journalist dan ahli media telah di jemput ke SRI CARCOSA untuk menonton video seksi tersebut.Pihak media di beri ruang 20 minit untuk menikmati kehebatan dan kejantanan pemimpin politik ini. Memandangkan ramai ahli media naik semangat maka mereka di benarkan menonton secara berkumpulan dan mereka membentuk dalam 3 kumpulan.Katanya petang ini media dari antarabangsa pula akan di beri peluang ekslusif melihat kehebatan sex YB dari MALAYSIA.

Perempuan yang bersama dengan YB kita ini  putih gebu katanya macam AMOY.Tapi YB ini apa peduli AMOY ka samoy ka,pokonya puas.Mengikut keterangan,lelaki anugerah tuhan ini tidak lah hebat mana pun cuma dapat bertahan 20 minit saja.Mengikut mata yang melihat atau mata yang terbeliak,YB kita ni adalah YB yang waktu ini terkenal dengan kes sondol menyondol.Kita tunggu bila ada peluang menonton video hebat ini.

Dato T ini adalah penyimpan video ini.Beliau kata kalau YB ini tak letak jawatan makanya video ini akan di cetak untuk umum.RAKYAT MALAYSIA MESTI BELI VIDEO HEBAT INI.BERAPA PUN KITA BAYAR.

.Ada masa 7 hari untuk YB ini berfikir berbaloikah dia berjuang dan berjuang dalam keadaan dia tahu yang aksi bogel nya akan di siarkan hingga keperingkat internasional.

.Tapi kata orang ianya ialah superimpose?mana mungkin pergerakan manusia boleh buat superimpose!Dato T kata yang dia akan serahkan video ini kepada pihak NGO untul buat kajian forensik.Dato T mesti baik dengan YB kita ini.SEBAB? kerana YB kita minta dato T untuk tolong ambil jam tangan yang tertinggal tapi jam tak jumpa yang jumpa ialah video rakaman.Itu cerita dia.Nantikan lagi perkembangan cerita YB DAN SEX.

Sunday, March 20, 2011

GENDANG POLITIK KENYALANG BERGEMA

19 MAC 2011
3 peristiwa besar berlaku di bumi Kenyalang pada tarikh di atas.

Pertama, lawatan bersejarah dua pemimpin Malaysia. Lawatan serentak ini satu keistimewaan yang dapat dirasai oleh rakyat. Ini adalah lawatan pertama dua pemimpin bersantai dengan rakyat sarawak.Ini adalah lawatan bermakna dua pemimpin dengan satu matlamat.Jayakan 1Malaysia. Najib dalam ucapannya di Serian berkata "BN IS NOT IN POLITICAL GAME OF TRADING PROMISES AND POLITICAL RHETORICS, BUT WE DELIVER."
Kedua,pengumuman. Pengumuman yang diizinkan oleh perundangan bahwasanya Sarawak akan ada pilihanraya negeri yang ke-10. Hari Rabu SPR akan tentukan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi.Pengumuman ini suatu yang dinantikan bukan saja oleh rakyat Sarawak tapi seluruh rakyat Malaysia. Pengumuman ini bagitu penting kerana setelah 16 pilihanraya kecil,maka kali ini bukan lagi satu DUN atau satu PARLIMEN, tapi 71 DUN secara serentak akan di pertandingkan. Outcomenya ialah pembentukan kerajaan negeri. Siapa yang menang dia bentuk kerajaan dan akan adalah barisan kabinetnya dan juga ketua menterinya.Setakat ini BN mengekalkan kerajaan nya dengan kehebatan dua pertiga.

Ketiga, juga satu pengumuman yang di ikuti dengan suatu ketegasan antara Najib dan Pehin Seri. Pehin Seri Taib Mahmud akan berundur sebagai ketua menteri setelah selesai pilihanraya ke-10. Bila waktu nya yang tepat belum di pastikan tapi ia tetap berlaku bila ada pengganti yang boleh menyambung kehebatan pehin seri memacu sarawak.

                         
                                YAB PEHIN SERI TAIB
Beliau seorang pemimpin istimewa.Berani,berhemah,berwawasan dan bijak. Mulai dari 1981 hingga 2011 hampir 30 tahun beliau memimpin sarawak. Sarawak yang dulunya di belakang tapi hari ini di barisan depan.Dalam kebaikan dan dalam pemacuan pembangunan tidak ramai penduduk bandar menghormati pencapaian ini.Apresiasi kepada jasa pehin seri bagitu nipis. Mereka lebih mencabar Pehin Seri dari memberi sokongan. Namun di pendalaman, perkampungan dan pinggir bandar, mereka tahu bahawa Pehin Seri telah banyak bawa jasa dan perubahan pada sarawak. Mereka rakyat awal yang berasa sayu apabila deklarasi pengunduran di umumkan. Mereka rakyat yang akan terasa kehilangan pemimpin hebat. Tapi yang muda akan tua,yang hidup akan mati,yang hilang akan berganti.Ini lah perjalanan membina tamaddun.Pehin seri bertanggung jawab. Beliau berundur secara tertib,beliau tinggalkan kerusi ketua menteri dalam suasana aman dan di rezai. Makanya apakah kata kata indah untuk pemimpin yang banyak jasa. Apakah hadiah jasamu di kenang oleh rakyat bumi kenyalang yang terkenal dengan pekerti yang baik dan mulia?Berilah lambaian kejayaan kepada beliau selaku pejuang sarawak.

                       
                                           PKR DAN DAP
Ini parti yang rakus. Tiada kesopanan. Parti yang tahu untuk mencari lubang.Lubang mana yang menarik dia akan berdrama hebat.Pemimpin besarnya yang di datangi khas dari semenanjung,selalu sangat mengajar sarawakian untuk humban kan pehin seri,runtuhkan BN dan pilih lah mereka kerana mereka maha mengetahui segalanya.Dua parti yang buruk rupa ini selalu suka cucuk.Mereka akan cucuk depan dan cucuk belakang.Tidak kira waktu dan tempat.Mereka akan beritahu yang buruk buruk tapi senyap tentang perkara yang baik yang di lakukan oleh kerajaan BN.Itu sebabnya TPM sarankan orang sarawak "REJECT THE GHOST AND DEMONS FROM THE PENINSULA"
                        RAKYAT BUMI KENYALANG
Apabila tiba waktunya, lakukan apa yang perlu demi bangsa negara dan ugama. Tunaikan tanggungjawab. Buat pertimbangan. Beri ruang untuk berfikir.Mahu kesinambungan atau mahu yang baru.Jikanya kesinambungan itu penting pilih kerajaan yang ada reputasi dan prestasi mengurus negeri.Jika masuk salah pintu makanya muzarat yang di alami adalah hebat.Kesakitan nya sudah mula di rasai oleh negeri negeri yang mahu mencuba perkara baru.Malangnya yang baru juga di rasai lebih teruk dari yang sedia ada.Contohnya pemimpinnya yang mahu jadi perdana menteri pun suka masuk pintu belakang,pemimpin tempatan nya seperti PKR masih teraba raba siapa hero mereka.Bagitulah juga DAP yang tidak di lihat sebagai boleh mewakili keseluruhan rakyat sarawak.

Apabila berkempen katakan terimakasih pada jasa dan budi PEHIN SERI.Beliau juga manusia yang ada perasaan.Restulah saki baki hidupnya dengan doa dan kata kata manis.

Untuk pengundi bumi kenyalang selamat maju jaya dalam pilihanraya akan datang dan pilih lah masa depan yang memberi jaminan dan bukan janjian kosong.

Thursday, March 17, 2011

BUMI KENYALANG KU

Semakin hampir waktunya. Semakin dekat rasanya. Semakin terasa gegaranya. Bumi Kenyalang, Sarawak akan ditentukan halatujunya. PILIHANRAYA NEGERI KE 10. Ramai penganalisis dan bomoh politik meramalkan pilihanraya ini akan berlangsung pada minggu ketiga bulan APRIL atau MEI. Masing masing menantikan sesuatu berita yang hebat bila saja ketua menteri selesai balik dari UMRAH pada hujung bulan ini.
                              

PILIHANRAYA

71 DUN akan ditandingkan. BN pada PRN KE- 9 2006 telah memperolehi 61 kerusi. Kali ini bagaimana?

Sarawak negeri yang berpotensi, negeri yang sedang dalam proses pembangunan rancak. Negeri yang menyumbang kepada kejayaan 1MALAYSIA.Tentunya semua mata dan soldadu politik tidak mahu lepas peluang ini untuk terus berhempas pulas mahu mentadbir negeri ini.
  
                                
SARAWAK

SARAWAK juga maju hasil hubungan baik kerajaan negeri dengan persekutuan. MALAYSIA adalah initiatif PERSEKUTUAN yang membebaskan Sarawak dan Sabah dari genggaman penjajah. HARI INI SARAWAK MEMACU MASADEPAN NYA DENGAN KESTABILAN YANG BAIK.adakah sarawak akan merestui MINI TSUNAMI 2011?
      
                                
TSUNAMI?


TSUNAMI POLTIK 2008, tidak melanda SARAWAK.Ini kekuatan SARAWAK. Untuk wujudkan gelombang tsunami, ianya perlu suatu proses yang penuh keretakan dan keresahan. Sehingga kini tiada ruang yang di biarkan terdedah. Semua usaha memenuhi PEOPLE NEEDS di teruskan kerajaan dan usaha itu diterima. Orang bumi kenyalang memang tidak akan biarkan negerinya di PUTARALAMKAN. Mereka cerdik dan mereka mahu JAMINAN MASA DEPAN YANG BAIK UNTUK ANAK CUCU.Jika JAMINAN yang di perlukan makanya hanya BN saja yang mendahului parti parti lain.

                                
GADUH LAGI!

Parti SNAP bergaduh kerusi dengan PKR. PAS terkial kial mencari ruang. DAP sudah mula peranan mencuit hati orang cina dan mula menyusul di kawasan yang cina majoriti. Mereka mahu 10 kerusi untuk membantu runtuhkan BN. PKR yang nampaknya ada impian mahu jadi KETUA MENTERI kerana kerusi yang mahu di tandingkan ialah hampir 52. Apakah sejarah PKR yang hebat di bumi Kenyalang? Tidak lain dari Provokasi. Untuk alih kerajaan dengan pilihanraya adalah usaha baik. Ikut undang undang. Tapi segala keputusan bagi kesan jangka panjang. Kita ada 11 tahun lagi untuk 2020, kita tahu yang PAKATAN PEMBANGKANG lebih minat di Semenanjung. Mereka hanya mahu gunakan Sarawak dan Sabah untuk agenda politik saja. Rakyat Sabah telah tolak PKR dalam PRK lepas tapi DAP berjaya di SIBU dalam PRK yang lepas. Soalnya apakah kemajuan yang dapat di bawa untuk PALAWAN,BAWANG ASAN,NANGKA selain dari membawa suara di PARLIMEN.Adakah kita utamakan SUARA atau KEUPAYAAN?Kalau setakat suara,ini sememangnya sedia ada kerana kita ada wakil pembangkang,tapi kalau ramai sangat pun dia jadi macam CIRCUS.Lebih katun dari fakta.Lebih ketawa dari munasabah.

                                
PILIH JAMINAN BUKAN JANJIAN

Kita tengok FLIP FLOP parti pembangkang waktu ini.Rakyat di selangor lebih kucar kacir dari Melaka,rakyat Kedah lebih kecoh waktu banjir dari di Johor,rakyat bumiputera di Penang lebih sengsara dari bumiputera di Perak. Di Kelantan hal judi telah timbulkan keresahan DAP. Permuafakatan mereka bukan atas dasar KEBENARAN tapi lebih kepada bagaimana mahu runtuhkan BN melalui PILIHANRAYA. Bila ada kuasa barulah mereka rangka apa yang nak di buatnya. Sekarang waktu dan giliran Sarawak. Mereka akan bertungkus lumus menabur segalanya. Rakyat akhirnya yang akan tentukan. PILIH JANJI ATAU PILIH JAMINAN?
  
                              
RAKYAT DAN PENGUNDI

RAKYAT SARAWAk mesti minta pengundi bantu mereka. Pengundi pula mesti tunjuk kematangan membuat pertimbangan dan bukan nya ekspresi emosi,jangan anggap pilihanraya suatu pesta melepas geram.Kita mahu KELANGSUNGAN DN KESINAMBUNGAN,itu mandat yang mahu kita bagi waktu pilihanraya.Jika mahu perubahan,jika mahu selamatkan malaysia.

Jika mahu pertukaran pimpinan,ini semua sudah pun dilakukan oleh BN.Formula BN ialah RIGHT TIME RIGHT PLACE ianya akan berlaku, contoh dalam tempoh 53 tahun saja kita ada 6 perdana menteri. Beberapa pemimpin utama BN sudah mula undur,tapi LIM KIT SIANG DAN NIK AZIZ belum lagi,apatah lagi DSAI, yang kita pun tak tahu bila dia akan undur dan pada usia berapa dia akan lepaskan jawatan bila ia jadi perdana menteri.Kita bicara hal parti keluarga mereka apa kurangnya. PKR lebih terserlah,kepimpinan tinggi nya adalah jenis PKR SDN BHD.

Tuesday, March 15, 2011

DSAI MAHU JADI PM KE 7 ?

Di mana saja ceramah dan di mana jua penulisan ternyata  DSAI di sebut sebut sebagai PM yang ke 7.DSAI pun tidak nafi dan memang pernah buat pengakuan.
Anwar impikan jawatan PM Malaysia..




Keinginan ini ternyata lebih kukuh apabila ada rancangan 16 september.Kes September ini seperti perampasan kuasa poilitik yang di dalangi Dsai.PAS, DAP dan konco konco PKR melihat drama september ini sememang nya di lakonkan secara betul betul sehingga tiada keraguan langsung di kalangan pemimpin tertinggi parti.

Bagi PAS kenapa perlu dia ragui Dsai kerana mereka dari awal lagi percaya pada kebenaran dan kebenaran itu memang ada pada anwar.Bagi DAP peluang anwar memang cerah kerana dia pernah di tempatkan pejabat berdekatan dengan PM,lagi pun DAP sekadar jadi TIMBALAN PM pun kira ok dah.

Apabila ternyata rancangan rakus DSAI gagal maka DSAI tersipu sipu ubah tajuk kepada soal ekonomi.Konco konco PKR yang sedikit alim mula merasakan mereka tertipu dan mereka lihat kepalsuan.Justru ramai yang keluar dari PKR.Pada ketika konco konco PKR keluar parti timbul soalan kenapa PAS dan DAP diam?    

DAPig mainan ANU-WAR!!!!

                                PERTAMA

DSAI adalah yang paling layak di antara pemimpin yang ada. Dia boleh kemudi negara ini kerana dia faham segala ruang dan celah yang ada di negara ini. Dia memang pakar dan bijak dalam memujuk pemimpin dunia samaada lelaki atau perempuan untuk sokong dia.Dia akan dapat bantuan amerika,hadi dan kit siang belum tentu. Maklumlah, hendak mengurus negara yang sedang maju bukan mudah

Dia ada segalanya termasuk dalam hal hal yang pemimpin sebelum ini tidak lakukan. Contoh,jika mahu berputar,dia raja segala putar,kalau mahu kepuasan dia boleh uruskan apa jua kepuasan, samaada harta, jiwa, nafsu depan belakang.Pendekkan alasan, DSAI memang layak di kalangan yang ada.PAS yang berjuang demi keadilan dan kebenaran juga terpaksa menyimpan rahsia penipuan ini demi kuasa dan demi dendam pada UMNO. PAS tahu bahawa politik mereka telah di cemari anwar tetapi.kenapa mereka masih menyimpan dan menyokong segala yang di lakukan oleh DSAI.KERANA KUASA BUKAN KERANA UGAMA.PAS juga sudah di terlingkupkan oleh DSAI.

                                  KEDUA

Jika DSAI disabitkan kesalahan dan dimasukkan kepenjara maka soalannya adakah DAP setuju kalau PAS jadi PM?adakah rakyat,pelabur,akan bangga dan menyokong apa jua polisi yang mahu di ketengahkan oleh PM baru?Atau adakah PAS dan DAP setuju Tan Sri Khalid jadi PM atau azmin jadi Pm?Ini memang menarik bagi politik yang pemersatuan nya longgar.Jika kecoh maka adakah malaysia SELAMAT? Sebenarnya gejala selamatkan malaysia ini adalah untuk nyah kan anasir anasir seperti Dsai kerana laluan nya memang akan buat negara tergadai MUDAH

                                KETIGA

PULUHAN TAHUN Dsai menunggu untuk jadi NO 1. Dia bagitau yang dia masih tunggu walau pun di tumbuk,di londeh,di penjara,dia masih tunggu.Walau pun dia balon staff dia,walau pun dia diam bila ummi kata samsidar sudah ada penyedap kedua,kerana geram geram,dia masih tunggu.Ini sama macam GADDAFI.Berapa lama dia tunggu.Tapi bila Gaddafi dapat kuasa dia tak mahu lepas lagi.Baginilah yang bakal akan berlaku bila Anwar jadi PM.Dia sampai mampus tak akan bagi kuasa kerana kuasa inilah yang dia tunggu sekian lama dan sekian sengsara.Maka kita akan lihat jika gaddafi tembak orang orang yang melawan nya yang menyuruh nya letak jawatan,tidak mungkinkah anwar juga akan lakukan perkara yang sama bila waktu nya tiba?

TIGA perkara di atas terletak semuanya di tangan rakyat.Rakyat lah yang akan bahgia dan rakyat yang akan menderita.Harapan kita yang mahukan keamanan,berhati hati bila ada peluang membuat pilihan.

Monday, March 14, 2011

PKR -PONEN

Mana keberanian Anwar????

Pelik sungguh puak puak yang taksub dengan DSAI.Bila ada saja kesungguhan dari rakyat untuk mendapat jawapan keadilan bagi saiful mereka akan secara kreatif putar pandangan khlayak kepada tajuk yang lain. APA HAL PULA?

TERKINI
Terkini di makhamah pendakwa mohon supaya hakim mengguna pakai seksen 73 akta kesaksian untuk membuat perintah supaya DSAI memberi bahan DNA di jadikan keterangan.Pendakwa juga minta supaya hakim menetapkan sendiri pihak yang akan mengambil dan menguji sampel DNA anwar.Ringkasnya pihak bebas,untuk membuat ujian dan menyimpan bahan bukti.

                                                   RAKYAT
Rakyat di luar makhamah pun ada hak untuk menyuarakan pandangan mereka. Kebebasan katakan. Rakyat yang mahukan keadilan. Mereka lihat DSAI sememangnya mampu dengan mudah untuk kemukakan bahan atau sampel DNA. Rakyat secara umumnya sedar DSAI telah banyak kali tangguh. DSAI juga bersungguh tidak mahu bersumpah di masjid seperti yang di buat saiful.Dia guna segala helah untuk tidak mahu ke masjid bersumpah. Wan Azizah pun tidak menunjukkan tanda untuk membantu Dsai.Dsai degil.Dia mahu perkara ini di lanjutkan.Adakah dsai sakit?

                                DNA
Bila sampai di persimpangan ini maka PKR buat ketetapan yang mereka akan buat roadshow cerita tentang DNA.Kali ini DATUK NAJIB ALTANTUYA.Ini adalah strategi PKR untuk alih pandangan rakyat dan mengungkit kisah yang telah pun selesai.Yang peliknya,kenapa dewasa ini kita gemar sangat ungkit cerita pengadilan bagi yang MATI?Bukankah satu yang bermakna jika yang masih hidup mendapat pembelaan?Saiful kesaorangan terkial kial,maruah nya,keluarganya,ugamanya,masadepannya,segalanya perlu di lihat.Kenapa kita biarkan saiful melarat begini?

Saiful manusia yang telah bertaubat,dia telah bersumpah,dia telah ketanah suci,dia sanggup berdepan dengan rakyat,dia berjuang supaya tidak mahu lagi ada yang jadi mangsa SYAITAN yang ada harta,kedudukan dan pengikut menzalimi yang tidk terdaya.SAIFUL MASIH HIDUP.

Sekarang kita tanya DSAI atau pengikutnya berani tak dsai ke masjid bersumpah? Najib sudah bersumpah. Sekarang kita tanya dsai berani tak bagi sampel airliurnya pada makhamah? Kalau minta najib bagi sampel dna bukan setakat airluar minta saja apa, pasti najib bagi tanpa perlu rujuk pada mana mana seksen dalam akta. KENAPA.?Sebab najib tidak lakukan.Itu saja.Bagitu juga kes anak cina yang mati.TEOH BENG HOCK.Minta saja apa,kerajaan yang baik budi ni akan bagi.Sampai sekarang ni bicara dia belum selesai.Kita mungkin faham kenapa lama sangat,sebab dia dah mati.Ini dsai masih hidup,saiful masih hidup, apa kah jadahnya ambil masa yang lama?

                                P-GAY-R
PKR tak payah nak mengusung tajuk DNA dengan rujuk pada cerita lapuk.Kita mahu cerita lokal ini.Ada yang kata hebat ka buntut saiful ni sampai kena buat bicara yang satu dunia tahu.Kita jawab bukan soal buntut ia hebat,ka sedap ka atau apa jua nikmatnya.Kita negara islam,kita tidak mahu gejala laknat allah menular.Kita tidak mengizinkan yang kaya tindas miskin yang berharta tindas yang tidak berkuasa.PKR tak payah nak bawa kes rais yatim untuk dna.Guna otak bila minta sesuatu.Kes rais yatim bukan kes makhamah.Jangan cuba nak cakap yang bukan bukan.INI CERITA ROGOL LIWAT.ini cerira seorang majikan yang ada darjat merogol pekerjanya.Ini cerita saiful mengadu dia di liwat.Ini cerita yang aib bagi kita yang melayu khususnya dan islam kerana kedua dua makhlok yang terlibat adalah islam dan MELAYU melakukan keaiban di sini,di tanah air mereka sendiri.

Nota: untuk tahu makna ponen,tanya orang utara atau lebih khusus orang penang dan lebih dekat lagi tanya DSAI.

KERANDA UNTUK YB

Pastinya manusia akan mati juga....

Melayu Penang sudah mula hantar KERANDA kepada YB DUN KOMTAR. Ini menandakan mereka marah.Kenapa?

PERTAMA: Bangunan KOMTAR dari dulu lagi ada menyediakan ruang untuk orang melayu berniaga. Ada tingkat bawah dan ada tingkat 3 .Kali ini tingkat 3 mahu di buat pembaikan maka peniaga melayu di minta keluar oleh PDC. ADUN Komtar NG WEI AIK yang juga setiausaha politik LIM GUAN ENG mengatakan  hal kerumitan peniaga perlu di urus dengan PDC. Nampaknya dia cuci tangan.

KEDUA: Kalau wakil rakyat sudah tidak dapat berfungsi dan ambil berat tentang peniaga melayu maka mereka peniaga melayu anggap yang wakil rakyat mereka sudah mati.Justeru mereka hanya mampu hantar keranda. Tindakan presiden peniaga melayu Mohamad Ghani menghantar keranda adalah tepat.

KETIGA: Orang melayu yang berniaga di sekitar komtar bukan lah ramai sangat.Dulu masa BN dan di pimpin oleh KETUA MENTERI CINA tak pula kita dengar kecoh sedemikian.Tapi bila saja DAPigs perintah penang kita tengok macam macam berlaku di sekitar kawasan pernigaan runcit orang melayu.Demonstrasi di komtar, kedai kedai di ambil tindakan kuatkuasa dan di mana saja ada gerai yang orang melayu berniaga maka kawasan sedemikian akan menjadi sasaran.Ini baru 3 tahun tapi bagaimana nasib  dan corak kehidupan melayu kalau DAPigs perintah penang untuk tempoh 50tahun?

KEEMPAT: Kenapa orang melayu tidak jumpa dan rujuk saja kes mereka pada Timbalan Ketua Menteri yang berbangsa melayu dan exco melayu? Ini kerana orang melayu tahu mereka ini sah patung.Sebab patung,maka mereka rasa tak perlu berurusan dan tak perlu keranda.Mohamad ghani tahu yang wakil rakyat  melayu yang ada hanya sesuai untuk hazir majlis potong riben saja.Mereka apa peduli nasib bangsa melayu mereka.Kalau bergambar dan kalau nak tunjuk muka dalam risalah dan majalah CAT,muka merekalah yang di tunjolkan.Wakil Melayu dalam kerajaan DAP hanya suka ambil gambar dan suka kepit Lim.Maklumlah Mansor dulu hanya pensyarah tapi ni dah jadi Timbalan ketua menteri.Untuk diri dia dah kira cukup kenyang dah,sebab kalau dok di USM mungkin dia setakat dekan saja.La ni kata orang penang ,dia kalau lawat USM boss boss disana terpaksa bagi laluan dan penghormatan pada anak bangsa melayu yang pertama di penang selepas 1969 yang membela dan memperjuangkan cara pemerintahan DAP.di penang.TAHNIAH MANSOR.Semoga bangsa kamu akan mengingati apa yang kamu lakukan.Bangsa kamu hari ini ibarat seperti anak ayam dan kamu sekadar kaku.TAHNIAH kerana buta perjuangan.

KELIMA: Orang melayu penang ini peramah,sesekali suka buat lawak,very warm dan sopan.Mereka dah berkawan dengan cina india puluhan tahun.Minum kopi pun orang melayu pergi minum pagi di kedai cina.Bagitu lah kemesraan yang ada sebelum ini.Bila ada tanda tanda mahu menghina dan menindas mereka maka orang pulau pinang ini pernah mencatatkan pertumpahan darah sebanyak 3kali sejak 1959,1963,1969.Skala terbesar ialah 1959.Itu sebab nya ada yang masih fobia dengan CHINGGAY kerana semasa chinggay itulah berlaku racial clash yang mengejutkan ramai orang dan kerajaan bertungkus lumus kemudiannya mengembalikan semangat muhibbah dan perpaduan.Kehaziran DAP sekali lagi membuahkan detik detik kemarahan dan jika agak keterlaluan makanya tidak hairan kalau pengalaman lampau memberi sesuatu petanda.

KEENAM: KERANDA adalah satu pilihan yang paling di takuti oleh orang cina.Ini tidak bermakna melayu memang tak suka cina tapi melayu di penang memang paling BENCI dengan DAP.simbol keranda adalah petanda bahwa melayu penang sudah tolak DAP.DAP langsung tidak endah dan tidak peduli apa nasib melayu,Lim Guan Eng tahu yang melayu penang benci DAP dan bapa nya.Ini kerana bapa nya pernah memberi isyarat di parlimen dengan memijak poster wakil rakyat melayu.Sikap kurang ajar ini jangan sangat di tujukan pada melayu tapi KERANDA adalah reaksi pada kurang ajar DAP terhadap melayu.

BERSEDIAKAH MELAYU PENANG UNTUK HANTAR LEBIH BANYAK KERANDA JIKA DI PERLUKAN?  tepuk dada tanya selera.

Saturday, March 12, 2011

DSAI&DNA

Sesekali naik meluat dengan kes liwat DSAI.Dah lama sangat.Yang sana minta tangguh yang sini minta itu dan minta ini.Bayangkan bagaimana seksa nya sesaorang untuk dapat pengadilan.Orang biasa seperti saiful di sahkan bahwa dia telah di liwat.Takkan lah susah sangat nak bicara kerana kedua duanya masih hidup.Negara kita ini memang hebat,bicara yang hidup selari dan sama tempoh bicara yang dah mati seperti teoh beng hock

TBC cerita nya mencari keadilan.Saiful pun cari keadilan.Tapi rakyat yang tak arif seperti yang arif di makhamah berasa kenapa kes ini payah benar nak di hukumkan.Kalau kes zina kita tak peduli biar dia dengan tuhan tapi kes rogol kita kena peduli.Bagitu juga kes liwat.Berapa ramai yang liwat itu juga hal mereka dengan tuhan tapi apabila rogol liwat ini suatu yang tidak boleh di anggap payah benar nak dapat pengadilan.

Dimakhamah,memang lah hakim yang nak beri keadilan mesti jelas dengan bukti dan keterangan.Tapi hakim pun tidak lah perlu terlalu details sampai kepada cara DNA di perolehi pun mahu di debatkan dan membuat ruling yang penahanan DSAI pun tak sah.Nah kali ini apalah payah nya jika hakim buat ketetapan supaya air ludah,air kencing,atau apa jua air yang DSAI ada untuk di jadikan bukti DNA.Rakyat di luar makhamah walau pun tak faham hukum hakam tapi agak terlalu membosankan dalam pengadilan antara manusia biasa dengan orang yang ada gelaran dan mempunyai wang.

Di Malaysia ini memang bagitulah budaya penghakiman nya.Jika hakim ambil jalan yang kemas di katakan justice hurried justice buried tapi bila terlalu tertangguh tangguh dan melalui liku liku yang semakin tak masuk akal makanya rakyat melihat kepayahan dalam memahami proses penghakiman itu sendiri.Saiful tentuya orang pertama yang menjadi keliru dengan proses penghakiman.Kalau DNA dah sama maka apa lagi yang nak di fikirkan,dan kalau DNA adalah bukti utama dalam zaman moden ini maka apa lagi yang ditunggu.Fokus saja pada DNA.

Kali ini tidak perlulah DSAI melalut di luar dengan mentomahkan ada konspirasi dan pakatan yang bukan bukan,rasanya budaya malaysia tidak sekotor budaya liwat seorang majikan dengan pekerjanyanya.

SMS PM PUN JADI BAHAN DI PARLIMEN

Cakap tak serupa bikin... Teresa antara YB DAPig gemar guna sms......

 
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok berang kerana Najib selaku PM menggunakan wang rakyat untuk hantar ucapan tahun baru. YB ini mahu rakyat bangkit dan memberi isyarat pada Najib bahwa ini satu salahguna wang rakyat. Bagitulah secara ringkasnya kenapa Teresa membara.

  1. YB zaman ini terlalu dangkal dalam mencari isu. Isu yang di bawa sepatutnya isu yang boleh membantu kerajaan membetulkan shortfall. Apa yang berlaku,isu email,isu sms pun di bawa ke dewan mulia.
  2. YB Teresa patut tanya rasa hati rakyat.Sms dari PM adalah timely dan inilah cara nya PM mendekati rakyat. Tanya sesiapa pun yang waras menerima sms dari PM adalah satu penghargaan, bersalam dengan PM adalah satu penghargaan, mendapat jemputan menghadiri majlis PM adalah penghormatan. Orang Malaysia ini ada budaya, melayu dengan melayunya ,cina dengan cinanya, dan india dengan indianya. Bagi melayu, menyampaikan salam adalah tuntutan ugama,memberi salam adalah tuntutan ugama,memberi ucapan dan sampai salam adalah budaya baik, lebih lebih lagi apabila datang dari seorang pemimpin utama. YB Teresa mesti jangan naik berang hanya kerana YB dari kawasan seputeh dan mungkin mewakili PR.Ramai lagi di luar yang menghormati ingatan PM dan PM memang cerdik guna kemudahan yang ada untuk suasana yang memang sesuai di beri salam.
  3. YB Teresa yang budiman harus faham bahwa salam PM adalah ikhlas dan jangan kamu menghina atau mempersoalkan salam yang baik bagi majlis yang baik atau musim yang baik.Kita harus sentiasa pupuk kemesraaan dan pupuk budaya keserasian. Apabila PM menghantar sms itu adalah satu ingatan baik.Tanya lah di dunia mana pun berapa kerap rakyat jumpa pemimpin utama apa lagi untuk PM nya hantar sms.Hanya di malaysia,perdana menteri nya sensitif kepada naluri rakyat dan hanya di malaysia saja kita pupuk budaya cemerlang.
  4. YB Teresa mesti ingat apabila rakyat pilih,rakyat mahu YB bangkitkan isu yang besar dan bukan isu nyamuk.Kalau setakat bercakap hal sms dan naik berang dalam dewan parlimen ianya hanya merugikan waktu.Hanya sedikit peringatan pada YB Teresa bahwa masa YB semakin pendek untuk membolehkan rakyat nilai prestasi YB dalam pilihanraya akan datang.YB mesti ingat bahwa rakyat tahu apa yang patut dan tidak untuk memberi YB peluang seterusnya.
  5. NAJIB adalah perdana menteri kita semua.YB mesti ingat yang di negara ini ada Perdana Menteri dan ia adalah perdana menteri kita.Takkan lah Perdana Menteri kita pun tak boleh berurusan dengan rakyat melalui sms?lagi pun bukan nya selalu setahun sekali saja.Najib adalah pemimpin yang mahu mendekati rakyat serapat yang boleh,beri ia ruang dan beri ia peluang.

YB Teresa elok jangan ulangi cerita ini sebab rakyat rasa irritating kerana YB semacam insulting people intelligent.

Wednesday, March 9, 2011



PRU 12 adalah pada 8 Mac 2008. Dalam PRU ini, 4 negeri jatuh ketangan Pembangkang. Kelantan masih di bawah PAS, Kedah jatuh ke tangan pimpinan PAS, Penang jatuh ke tangan pimpinan DAP dan Selangor jatuh ketangan PKR. Perak cemas pada satu ketika tetapi pulih dan berada semula di tangan BN. PRU12 dikatakan satu domino round1 dari Kelantan dan berhenti di Selangor. Ada yang ramal round 2 ianya merebak ke Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang sebelum berlepas ke Sarawak dan Sabah. Domino round 1, ini ada yang kata sebagai TSUNAMI POLITIK. Inilah rangkaikata yang muncul selepas PRU12.

Sekarang kita berada pada bulan Mac 2011. Genap 3 tahun. Selangor mengingati kita bahawa PKR sudah 3 tahun berkuasa. Bagitu juga Penang, Kedah dan Kelantan.

POLITIK

Secara umumnya dalam 3 tahun ini 2 peristiwa besar berlaku dan mencipta sejarah. Pertama Malaysia mencatatkan bilangan pilihanraya kecil yang terbanyak di semua negeri kecuali Perlis.16 kesemuanya. Kedua bilngan terbesar keluar parti dan bilangan terbesar menjadi parti bebas. Sejumlah 35 pemimpin kanan PKR meninggalkan parti ini. Sejumlah 13 wakil rakyat menjadi wakil rakyat bebas. Mereka dari parti PKR dan sebilangan kecil DAP. Ini memberi dua petanda utama. PKR semakin goyah, ramai yang tidak puas hati gara gara memilih pemimpin parti, ramai yang mengatakan PKR menyimpang dari tujuan asal. Kecoh PKR tidak bertapak kuat di Sabah dan yang klasiknya pemimpin hebatnya Zaid Ibrahim sudah memimpin parti KITA. Ringkasnya sesuailah kalau di katakan PARTI KIAN RAPUH.


PAS pula menempah sejarah menarik bila kalah 4kali berturutan dalam PRK.Esclation lost.Ini suatu yang pelik kerana mereka tidak berupaya lagi menahan kemaraan BN.Niat mengurang majoriti BN meleset.Malah GALAS,PAS gagal mempertahankan kerusinya.Malah dalam kajian bebas yang di buat,di dapati PAS dalam landasan salah dalam strateginya.

DAP seperti biasa mengambil segala ruang yang ada dalam kempen PRK. Mereka juga di akhir akhir ini semakin tidak popular khusus di kawasan semi bandar. Di waktu ghairah berkempen di Merlimau dan Kerdau sudah mula cetus pertelingkahan DAP dengan PAS atas urusan judi yang di haramkan di Kelantan. Di Penang jelas DAP tidak suka dengan timbalan ketua menteri yang dinamik dn agresif,maka di buat percaturan langkah sehingga Fairus meletak jawatan dan di ganti dengan Mansoor seorang akademik yang peramah, terlalu santun. Untuk mengkaburi orang Melayu seorang anak muda Melayu dan anak pemimpin UMNO yang umur 28tahun  jadi setiausaha politik KM. Itu sebabnya keuntungan DAP dalam menguasai politik pasca 2008 lebih tersusun berbanding dengn dua lagi parti rakanya.


RUMUSANnya PAKATAN yang di pelopori oleh pemimpin agong parti PAS,PKR,DAP adalah LONGGAR(loose).
                          
EKONOMI


Tahun 2008 tidak bagitu merangsangkan ekonomi negara. Dengan kekalutan harga minyak yang meningkat, bahan binaan yang meningkat maka Cabaran BN menjadi hebat. Pertama BN kena selesaikan pukulan tsunami. Cara terbaik ialah peralihan pucuk pimpinan. Najib ambil alih pada April 2009. Tugas utama ialah TRANSFORMASI. Ini dilakukan dengan berhati hati,mengikut tertib dan mula memperkenalkan beberapa inovasi dalam pemacuan ekonomi. FORMULA NAJIB mujarab. Pada 2010 pertumbuhan negara pada 7.2%.

Bila ekonomi sudah stabil,politik dalaman BN sudah stabil, maka PR mengalihkan manifestonya dengan menerbitkan buku  berwarna jingga. Banyak sungguh janji yang di muatkan, sehingga Najib berkata kandungan buku ini ke arah memufliskan negara. Kehuru haraan ekonomi akan tercetus apabila kandungan buku ini secara simplistiknya mahu menukar itu dan menukar ini dan mahu lakukan 10 perkara dalam masa 100 hari. Ada yang kata butiran buku ini jika di baca ianya mentertawakan ramai pelabur dan pihak swasta. Ia lebih politik dari ekonomi.

Boleh juga di buat bandingan sekarang antara negeri di bawah pembangkang dengan negeri bawah BN. Misalnya perbandingan Kelantan dengan Melaka, dan Pahang dengan Kedah. Jika di buat comparative analysis ternyata negeri pembangkang merosot dari aspek deliverable nya dan ini menandakan mereka tidak ada kepakaran dan pengalaman. Mengurus sebuah negeri memerlukan banyak kepakaran dan bukan kepetahan bercakap.Lebih lebih lagi apabila menyakinkan pelabur yang sudah tentunya tidak sama seperti menyakinkan pengundi.

SOSIAL

Kedah mengalami banjir teruk pada tahun lalu dan ternyata dalam krisis kerajaan pembangkang lemah mengurus khusus bencana alam. Rakyat Kedah kecewa dengan sikap yang tidak proaktif PAS dan sikap lepas tangan.

Suasana ini berbeza apabila kerajaan BN menanggung kos pelajar pelajar kita di mesir sewaktu negara itu kecoh. Ini langkah yang boleh di bandingkan.Bagitu juga negeri pembangkang seperti kedah semakin di lihat kotor dan tidak di selenggara dengan baik akan taman taman perumahan oleh kerajaan tempatan. Di selangor pula muncul gejala tidak sihat yang berlipat ganda seperti di Kota Damansara. Ini angkara exco DAP yang kebal dan tidak makan saman.Di penang,pula DAP terus mara dengan menyelinap peniaga kecil Melayu dan dengan gah mereka mahu urus urusan ugama secara samarata samarasa.

RUMUSAN sesudah 3TAHUN

3 tahun sudah. Pakatan pembangkang masih membuang waktu dengan hal remeh dan masa yang ada tidak di teruskan sebagai suatu kesinambungan tapi untuk belajar mengurus negeri.Untuk menutup kelemahan ini maka mereka mahu rakyat setuju bahawa negara boleh di perintah baik jika mereka berada di putrajaya. Kerakusan ini buat mereka menjadi hilang fokus dan menyerlah sekali bahwa impian ke putrajaya adalah di idami oleh ikon ikon yang usia nya sudah sampai ketahap yang meragukan.

Dalam tempoh ini juga BN telah melalui pelbagai terapi dan mereka sudah pulih jika di sukat dari kejayaan 8 PRK yang lepas.Ini menunjukkan rakyat sudah mula tidak tertarik dengan pencapaian PR.PRtidak vibrant dan di waktu mereka lah kepelikan demi kepelikan berlaku dan banyak yang memberi kerugian pada rakyat.

Hanya tinggal beberapa bulan lagi untuk kita masuk ke dalam zon pilihanraya. Ada yang kata waktunya semakin hampir dan ada yang kata banyak lagi perlu di buat oleh najib buktikan rakyat di dahulukan dan pencapaian di utamakan.Apa pun tenyunya dalam tempoh terdekat ini Sarawak akan lalui pilihanraya negeri.Disini kita lihat nanti bagaimana kehebatan BN,kehebatan DAP dan sedikit kehebatan PKR.