Sunday, June 19, 2011

PAKATAN MEMAKSIATKAN SELANGOR

PAKATAN RAKYAT

SELANGOR sebuah negeri kebanggaan PAS, PKR dan DAP. Kenapa? Pertama negeri ini meletakkan Anwar mantan menteri Kewangan Malaysia (8tahun) sebagai penasihat ekonomi. Bukan itu saja, Anwar di sebut-sebut sebagai bakal akan jadi PM selepas Najib. Keduanya, Selangor mempunyai seorang menteri besar yang memiliki pengetahuan urustadbir yang baik. Sejak di bidang koperat nama beliau sudah terkenal dan orang Selangor pun kenal baik Menteri Besar mereka ini kerana gagapnya. Itu yang kadang kadang di panggilnya Khalid GAGAP.. 

Ketiga, Dr Hasan Ali seorang tokoh PAS yang hari ini di ketepikan kerana tidak mampu untuk berdakap dan mencium kejahatan DAP. Hari ini Dr ini tidak dapat bersuara dan hal ini orang melayu selangor pun tahu. Ini adalah contoh di mana DAP dapat mengawal PAS walau pun di negeri yang konon nya urusan ugama nya kemas dan teliti.

Keempat,beberapa tokoh DAP dan yang paling terkenal samseng nya ialah RONIE LIU yang memegang jawatan yang paling strategik iaitu kerajaan tempatan.Bagi Pakatan mereka lihat kelainan sebegini dapat memacu selangor menjadi terkenal.Apakah selama hampir 3tahun memerintah selangor menjadi terkenal?jawapan nya memang terkenal,tapi yang terkenalnya ialah SELANGOR DARUL MAKSIAT.

                                  PUSAT MAKSIAT TERKEMUKA
RONIE LIU seorang yang hebat dan seorang tokoh DAP yang di hormati oleh penyokong PAS,PKR selangor,beliau giat dan sedang dalam usaha melakukan KEBAJIKAN kepada aktiviti maksiat. Tidak ada seorang pun yang berani tegur manusia ini.Tidak perlu diceritakan apa yang berlaku sebelum ini dengan jembalang ini. Memadai di teliti pembohongan yang di lakukan oleh DAP dan bagaimana arahuju selangor masa depan. Kita ambil contoh pusat urut,ronie liu kata hanya 60 lesen yang di luluskan oleh kerajaan sehingga 2006,dan tidak ada lesen baru selepas itu. Pembohongan ini menunjukkan bahawa hanya BN yang keluarkan lesen maksiat dan kerajaan di bawah khalid mungkin dengan nasehat dr hasan ali tidak mengeluarkan lesen.Rakyat selangor terima atau tidak pembohongan ini kita tidak pasti.Yang penting jumlah nya lebih dari itu.Jika bagitu cara nya ,maka lagi belambak lah rasuah di kalangan penguatkuasa kerana menghalalkan kegiatan haram.Kenapa tidak ada kuatkuasa?Makna nya di bawah pakatan kegiatan haram tutup sebelah mata dan rasuah menjadi jadi.Dulu hal pasir sekarang hal dalam urut mengurut.Mungkin juga ronie di dorong oleh anwar.Anwar mungkin gemar kalau SPA dan pusat urut berleluasa di selangor supaya dia pun ada peluang untuk mengurut.

                                                    RONIE PUTAR
Angka yang di beritahu oleh majlis perbandaran klang baru baru ini di KLANG saja ada 45 lesen dan baru baru ini penguatkuasa buat pemeriksaan sebanyak 16 kali keatas 81 pusat urut.Soalnya bagaimana pemeriksaan di buat keatas 81 pusat kalau lesen nya saja ada 45.Itu baru di KLANG.Bagaimana di daerah lain,mungkin inilah yang buatkan selangor semakin terkenal sebagai negeri yang penuh kebajikan bagi maksiat.Tidak ada yang mahu percayai jika di katakan sarang maksiat yang terhebat di negara ialah di kota damansara.Ini kerana Ronie kaki temberang,dan dia adalah pelopor utama kearah bukan merakyat tapi MEMAKSIATKAN SELANGOR. PAS tentu tidak pedulikan sangat kerana mereka tidak tergamak mengguris hati RONIE kerana dalam PAKATAN KESYURGA ini PAS harus lupakan hal ini dan tutup kedua belah mata.PAS memang izinkan ronie bermaharajalela,PKR juga lihat inilah sumber rezeki untuk selangor,kerana tanpa kegiatan haram selangor mungkin tidak ada dana untuk bagi perkhidmatan lain selain dari perkhidmatan urut mengurut.Dibawah pakatan ,selangor telah menjadi POTENSI untuk menjadi negeri yang kotor dengan dosa.Memang strategi DAP ialah untuk membuatkan khalid dan hasan ali keluar dari proses buat keputusan . Jika rakyat komplen DAP akan bohong dan putar dengan menuding jari mengatakan ini adalah ehsan dari PAKATAN yang di pimpin oleh orang melayu. Melayu selangor bijak bijak belaka dan ramai juga yang kaya raya tapi apa guna untuk bangga bila negeri yang di diami penuh dengan jiran jiran yang kegiatan maksiat nya menjadi jadi.Soal nya kalau orang selangor mahu perubahan maka perubahan awal ini yang mampu di beri oleh PAKATAN kepada rakyat selangor sepanjang pemerintahan 3tahun mereka.

Saturday, June 18, 2011

DEMONSTRASI HARAM 9 JULY

DEMONSTRASI: Jika di tanya apakah yang teruk, jawabnya sesuatu yang di haramkan. Jika demikian apakah gelaran pada yang lakukan kerja haram? HARAMJADAH. Bakal yang akan bergelar haramjadah ialah Ambiga jelmaan jembalang. Dia mana fikir hal keamanan negara, hal ketenteraman pencari nafkah, hal imej malaysia dimata dunia. Jembalang ini memang mahu tunjuk kehebatan dengan cara mahu menunjukkan keberanian melawan nasehat polis dan tidak mempedulikan nasib pemandu teksi dan peniaga kecil di ibukota.

Jembalang ini adalah barua kepada beberapa pemimpin kotor yang semua orang sudah kenal dan tidak perlu di sebut nama kerana terlalu busuk jika di sebut. Jembalang ini mahu tunjuk pandai hal undang-undang dan mahu tunjuk bahwa selama ini pilihanraya negara ini tidak bersih.Dia tetap mahu di barisan depan dan kita yakin yang ramai belakang nya adalah anak anak muda melayu dan orang orang melayu luar KL. Akhirnya yang bakal kita saksikan ialah pertempuran di kalangan orang melayu.Kaum lain masih sibuk dengan cari makan mereka tapi melayu yang berurusan dengan teksi dan melayu jual kain akan hilang nafkah. Akhirnya melayu lah yang bakal  akan di seret oleh polis ke dalam black maria.

SIAPA RUGI: Demonstrasi haram merugikan melayu kerana ianya di lihat ramai melayu dari kaum lain yang suka berarak. Cina dah serek dengan 13 Mei, India dah serik dengan Hindraf, sekarang giliran melayu pula bermain api dengan pemerintah. Orang melayu PERKASA, orang melayu UMNO, orang melayu kononnya BERSIH, akan bersemuka dan seperti biasa maki hamun dan mencarut boleh kita jangkakan berlaku. Bila dah panas mungkin lah yang nakal akan lakukan sesuatu maka jadilah pergaduhan. Itu sebab polis kata sendiri bikin sendiri tanggung. Ibu bapa di kampong mungkin tak tahu apa yang berlaku, yang mereka akan bakal tahu ialah anak mereka mungkin di lokap dan lebih teruk di tangkap bawah ISA. Siapa untung? Yang untung ialah pekerja pekerja yang taat pada pekerjaan mereka tapi yang rugi ialah mereka yang tinggalkan kerja dan masuk perhimpunan haram ini dan juga mereka yang mencari makan di ibu kota yang rata ratanya orang melayu. Rumusan nya ialah melayu rosakkan melayu,satu pencapaian yang gila yang di lihat semakin tidak maju.

DALANG: Dalang di belakang perhimpunan haramjadah ini bermula dari orang gila seperti Mat Sabu, dan mereka guna ambiga perempuan yang konon nya mahu jadi panglima orang india.Tentunya yang lebih hebat ialah kutu rayau demonstrasi seperti DSAI, LGE, dan lain lain kepala samseng jalanraya. Mereka akan pengaruh belia,mereka akan rasuk mahasiswa,mereka akan kata yang bukan bukan pada orang di Perak, Kedah bahawa sesuatu hebat akan berlaku dan akhirnya mereka akankata ini JIHAD yang tentunya jurus pada orang islam.Inilah kepandaian yang ada pada penyangak jalanraya. 


Mereka tidak kira hal orang lain, mereka hanya tahu sifir politik mereka sehingga lebih gemar bentuk huruhara dari keheningan. Bahlol pembangkang ada juga bagitau yang demonstrasi ini suatu ibadah dan demonstrasi ini menguntungkan peniaga. Jika pemikiran ini masih ada elok benar mereka di simpan di simpang Renggam atau Taiping. Entah bagaimana mereka boleh kata yang kerajaan takut, umno gentar, kerajaan tidak telus? Apa kena mengena dengan kerajaan, yang kita tidak mahu ialah porak peranda bila berkumpul ratusan ribu. Tidak nampak pun perjuangan nya kerana bukan ada yang di tindas, bukan ada kelaparan,bukan ada sembilihan manusia atu tembak menembak sebelum ini,jadi apahal yang nak kumpul ramai ramai semata mata nak serah memo yang mengandungi 8 perkara mengenai pilihanraya. Tak kan lah nak hantar memo pun perlu perarakan? Kalau 4 atau 6 orang tak mengapa tapi ini dengarnya sampai ratusan ribu.Mana masuk akal?

NASIHAT:Orang tua selalu pesan supaya kita jauhi dari main api. Polis pun bagi nasihat jangan buat kecoh.Tapi kalau sudah di pesan,sudah di nasehati,masih terdapat kedegilan makanya tidak ada pilihan selain dari guna kuasa.Cerita ini macam dalam keluarga juga.Kalau di pesan dan di nasihati masih degil, seorang bapa tentunya akan merotan anaknya.Ini lah yang rakyat harapkan supaya polis tegas,dan ambil tindakan pada yang sangka negara ini tidak berdaulat.Apa guna polis kalau kuasa yang ada tidak di gunakan secara bertempat.Ini waktunya untuk polis tunjuk ketegasan.Jun dan july pengunjung dari arab ramai datang dan mereka banyak sumbang pada ekonomi,mereka adalah sumber pertumbuhan pelancungan.Kita malu pada mereka jika di tanya kenapa ada huruhara?Penganjur perhimpunan haram ini boleh terus berdegil tapi apa yang kita mahu ialah jangan rakyat biasa umumnya di seret dan akhirnya mereka pula yang di tangkap atau cedera. PERHIMPUNAN HARAM UNTUK HARAMJADAH POLITIK.

MUSLIHAT PILIHANRAYA MASJID

 PULAU PINANG :Ini adalah negeri asal mantan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang DSAI, ayah Mahathir pun asal dari sini dan sekarang pulau ini di perintah oleh DAP. Beberapa kali DAP cuba tawan pulau ini dan akhirnya mereka berjaya. Negeri yang satu ketika dulu indah dengan laut dan enaknya makanan nasi kandaq sekarang menjadi kubu kuat DAP. Soalnya  adakah apabila DAP berkuasa, BN ada peluang untuk rampas kembali? Ada yang jawab, kenapa fikirkan tawan, yang penting ialah mereka juga hampir-hampir menakluki PERAK, dan di Selangor merekalah yang lebih suara dari yang lain. Ini adalah hadiah orang melayu pada DAP. Hadiah yang tidak akan di beri ucapan terima kasih oleh DAP. Hadiahnya ialah PERPECAHAN MELAYU. Jika ini jalan ceritanya, maka sekali DAP bertapak mereka tidak akan sama sekali memberikan apa yang mereka ada dengan mudah. Sekolah cina, nama cina budaya cina semua ini akan terus dikekalkan dari dulu hinggalah bila-bila saja. Yang banyak goyah ialah UMNO bila saja di gertak tentang interlok lintang pukang kita ubahsuai, begitu juga PAS bila digertak bahwa Cina takut pada perkataan Islam lintang pukang tukar konsep berkebajikan kononnya ini teknik pengurusan parti kerana ikut kata Nik Aziz konsep ini menuju ke syurga dan yang di buat oleh UMNO tak ke mana. Bahlolnya Melayu masa kini menjadikan DAP semakin hebat pengaruhnya.





Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim (kiri) berkata keputusan menangguhkan pemilihan itu dibuat selepas perjumpaan di Istana Negara pagi ini.

Di Pulau Pinang adalah tempat ibadat semua bangsa. Kalau Kristian mereka ada gereja yang bersejarah, kalau India mereka ada kuil yang setiap tahun tumpuan Hindus dalam Thaipusam, kalau cina nya ada goddess of mercy. Bukan itu saja, ada tokong ularnya, di air itam saja tersergam tokong tokong. Yang Buddhistnya ada sleeping buddha di pulau tikus,semua ini tidak pernah di marah oleh orang melayu. Apa yang orang melayu ada? Hanya sebuah masjid di kenali sebagai masjid negeri. Semasa Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri dan 8 tahun Menteri Kewangan, dia langsung tak kisah dengan hal hal seumpama ini. Walaupun Pak Lah orang ulama tapi Penang dibiarkan bagitu saja. Ringkasnya, kedua pemimpin ini tidak semacam Mahathir yang berjaya mengubah Langkawi. 

Soalnya, ialah melayu tak pernah langsung usik hal hal sebegini. Tapi bila saja DAP ada kuasa, pertama mereka tumpu ialah hal agama. Mereka sasar MASJID, selepas mencemari masjid, hal baca khutbah, menjadikan Ketua Menteri Umar Al Aziz kini mereka mula campurtangan dalam hal jawatankuasa masjid secara pilihanraya. Kenapa tidak mulakan dengan agama lain? Adakah agama lain tidak ada jawatankuasa? Jawab mudah ialah, Cina dan India tiada masalah yang ada masalah ialah faktor Melayu, jika masjid dapat di kawal maka pemusatan kuasa dapat di tawan kerana masyarakat melayu hormat jawatankuasa masjid dan untuk terus dapat sokongan undi undi melayu, DAP akan pastikan konco-konconya diserap dalam masjid dan akhirnya mereka ini akan patuh pada arahan kerajaan negeri.Apakah ini hasrat DAP?jawab nya TIDAK.Agenda mereka lebih hebat dari itu. Apa dia? Yang di Pertuan Agong.

MUSLIHAT: DAP tahu bahwa mereka telah dibalon cukup cukup sebelum ini kerana DAP juga ketika itu tidak mahu berdakap dengan PAS. Tapi bila broker Anwar berjaya mendakapkan PAS DAP maka mulalah DAP tunjuk belangnya. Kini waktunya DAP buat baikpulih. Mereka ada sifir politik yang patut diberi pujian kerana kali ini melayu seperti Timbalan Ketua menteri dan beberapa sahabat dari PKR dan PAS cukup di lihat membantu mereka.Mereka tahu bahwa kekuatan negara ini ada pada melayu dan ugama. Melayunya ialah perdana menteri dan agamanya ialah agong. Mereka tahu Anwar semakin mengasak untuk jadi PM dan jika di takdirkan betul, Anwar dengan usia nya tidak lama, DAP tahu sampai bila pun mereka tidak ada peluang jadi PM jika agong tidak di ketepikan. Itu sebab nya sementara  anwar sibuk dengan hal Putrajaya mereka secara diamnya mula masuk jarum dalam masjid. Mereka mahu ubah agama sebenarnya.

Tanpa ada guruh dan kilat dan tanpa di minta oleh rakyat, satu amalan turun temurun orang islam cuba di ubah. Mereka mahu adakan pilihanraya. Kononnya mahu telus, mahu adil. Kenapa orang Islam? Balik kita kepada muslihat. Mereka bukan tak tahu yang Agung akan tidak setuju. Mereka tahu ini semua. Jadi bila agong tidak setuju ternyata di kaca mata cina dan india bahwa OBSTACLES unggul ialah Agung. Ini yang mahu diketengahkan oleh DAP. Justeru nanti dalam kempen berbahasa Cina mereka akan kata orang Melayu tidak akan faham ketelusan, tidak faham keadilan selagi Agong dan raja raja bersama mereka. Cara sedemikian akan mengajak cina dan india berdiri teguh sambil terus menerus memecahbelahkan orang Melayu dengan pelbagai kaedah yang bersandarkan Islam. Cara ini mereka boleh terus berkuasa dan sementara itu segala kekayaan yang ada akan terus di kaut dengan senyap. Caranya? Beri saja peluang pada orang singapura. Inilah nasib melayu di pulau pinang. Negeri ini satu hari akan di ubah kepada nama lain supaya identiti asalnya hilang. Tidak mustahil kalau satu hari usaha pembetulan sejarah di lakukan maka akan adalah bukti bukti yang memberi ruang untuk DAP membuat usul tukar nama negeri.

MELAYU PULAU PINANG: Ramai yang berkata kenapa negeri ini menerima hukuman yang hebat? Dua orang pemimpinnya di lihat kecundang dalam pembelaan melayu. Salah seorangnya adalah perosak kekuatan Melayu. Apakah dosa negeri? Negeri yang cantik, ternama, kini merupakan negeri pertama disaksikan, orang melayu meratap, dan menangis. Soal bangsa ini bolehlah dikatakan sejarah lalu tapi bagaimana pula dengan agama. Kini Melayu negeri ini di timpa pula dengan kemelut campurtangan DAP. Semua ini berlaku di negeri yang sepatutnya dapat pembelaan, tapi memang benar seperti kata orang bila saja mereka sudah genggam kuasa mereka pula yang menjadi TUAN. Percaya atau tidak itu hak masing masing tapi proses kehancuran sudah ada tanda tanda nya kerana pepatah dan pesanan orang tua tua dulu kita sudah mula abaikan. DAP adalah parti yang berjuang untuk UBAH semua dan there is nothing straight about them accept for their hair.

Wednesday, June 15, 2011

BERSIH YANG KOTOR

Demontrasi Haram: Pemimpin PR/PAS pelopor demontrasi haram di Malaysia
 
                                                       PERTAMA

Terlalu bangga kumpulan yang menggelarkan diri mereka dalam gerakan BERSIH. Hero-hero nya juga dah tentu dari golongan pemerintah kerajaan negeri pembangkang. Ada Melayu, ada Cina, ada India. Mereka naik semangat bila Mat Sabu dan Anwar dikatakan akan turut hadir. Nik Aziz pun kata dia akan hadir sama. Tarikhnya pada 9 Julai. Ketuanya Ambiga dari kumpulan peguam. Gendang yang di palu mereka menggegarkan nadi pekerja pekerja gerai, pemandu pemandu teksi, pengusaha dan pengunjung dari negara luar.

Soalnya Nak BERSIH apa? Mereka kata sistem pilihanraya tak telus. Kepelikan ini semakin menjadi jadi dan orang orang yang kotor seperti Anwar dan nyanyuk seperti Nik Aziz melihat ini peluang baik bawa rakyat di jalanraya dan mereka mahu rakyat  di tangkap polis dan kemudian menyatakan bahwa polis kejam dan tidak berhati perut. Yang rakyat tak faham ialah sudah ada 4 negeri bawah pembangkang. Kotor atau besihkah negeri yang mereka perintah? Kedah penuh dengan sampah,Kelantan masih di takok lama,Penang parit dan sungai semakin busuk,selangor kotor dengan maksiat.Apakah ini tidak perlu di bersihkan?apa yang di bersihkan di ibukota yang memang jadi tarikan pelancong?Bukan kah niat puak ini untuk kotorkan imej kebersihan ibukota?

                                                          KEDUA

350 laporan polis membantah demonstrasi telah di kemukakan dan hampir 35 NGO sudah sepakat untuk menentang perarakan BERSIH dan yang lantang ialah PERKASA. Namun Ambiga dengan berani mengatakan beliau tidak gentar, Nik Aziz kata rakyat tak rugi kerana ini demonstrasi aman, Mat Sabu kata rakyat tak perlu bimbang. Ini semua bukankah mengundang masalah? Sejarah telah mencatat bahawa di Malaysia tidak ada perarakan seumpama ini aman tanpa kekecohan. Kali pertama perarakan besar besaran di buat ialah 1969 dan akhirnya berlaku pertumpahan darah, ramai yang mati, dan cukup ramai yang menyesal. Tidak cukupkah pelajaran ini di ambil oleh generasi masakini? Sesiapa pun bila mendengar demonstrasi akan terfikir kekecohan. Jika rakyat terlalu mengidam sangat kekecohan dan bermimpi untuk bertemasya di atas jalanraya perhimpunan ini memang tepat waktunya tapi bila di gari, dimasukkan dalam black maria jangan buat dakwaan yang polis kejam. Kalau setakat 100,000 orang nak berkumpul itu bukan suara rakyat yang bertamaddun. Itu adalah suara orang utan. Jadi apa yang nak di buktikan oleh Mat Sabu.
Ambiga: tink tank PAS
Apa yang nak di buktikan oleh Ambiga. Lebih baik rakyat yang gemar perhimpunan ini di kumpulkan di stadium shah alam untuk tunjuk bagaimana kita menentang kezaliman israel,menentang AIDS dan Berhenti merokok.


 
                         KETIGA

Selepas 2008,sebanyak 16 kali pilihanraya kecil di adakan dengan menyaksikan ada yang pembangkang menang dan ada yang pemerintah menang. Pilihanraya negeri Sarawak di katakan yang paling bersopan dan terbaik. Justeru amatlah diragui apabila ada saekor dua kumbang hitam dan anai anai masyarakat yang heboh dengan hal pilihanraya. Singapura pun buat pilihanraya yang coraknya sama, jadi  apa lagi yang mahu di hebohkan. Agak gila untuk kita bersama dengan orang yang mahu menang cara mereka? Siapa Mat Sabu untuk bagi tahu pemerintah cara menjayakan pilihanraya ala PAS, siapa Ambiga? Kalau Ambiga teruja dengan pilihanraya masuk saja politik dan  bertanding untuk tengok samaada rakyat sokong dia atau tidak.

                                                          KEEMPAT

Kerajaan hari ini terlalu bagi muka pada mereka yang gemar bawa rakyat ke jalanraya. Sudahlah di jalanraya kita saksikan ribuan manusia hilang nyawa kerana kemalangan, ini pula penganjur mahu heret rakyat yang tidak tahu hujung pangkal bersama untuk bertemasya atas jalanraya. Andai kata kerajaan tidak menghentikan ini dan andai kata kerajaan tidak bertindak pantas, tentunya dapat di jangka pada tarikh tersebut akan adalah peristiwa hitam di laporkan kerana rakyat ummnya di malaysia bukan nya pengecut tapi mereka adalah orang yang cintakan kedamaian tapi kalau sudah keterlaluan dan biadap pada pemerintah, rakyat yang diam akan bangun untuk habiskan mereka yang dianggap pengacau dengan penyapu atau dengan apa jua peralatan  yang sesuai.

                                                  KELIMA

Penganjur BERSIH adalah golongan tidak bersyukur. Mereka dilayan dengan baik tapi bila nafsu jahat memuncak mereka rasa mereka sudah menjadi kerajaan dan mereka sudah rasa mereka berpengaruh.Apa lagi yang kita mahu dalam saat negara bakal menempuh kesan krisis luar,Pemerintah berhempas pulas mahu dekati rakyat dan mmberi yang terbaik tapi ambiga dan konco konconya tidak langung hayati kesungguhan ini.Rakyat juga di sarankan supaya tumpu saja pada perkara yang lebih bermanfaat dari bersama kumpulan yang suka di kejar oleh polis.



FARID BAKAL MENTERI PENERANGAN?



 Membuat ramalan dan membuat jangkaan bukan suatu kesalahan besar jika ianya bagi maksud perbincangan dan pertukaran pandangan secara tertutup. Namun ada tajuk tajuk yang diramalkan bakal membawa padah sekiranya ramalan sedemikian dimuatkan di dalam majalah dan lebih teruk lagi kalau di dalam akhbar tempatan. Baru baru ini heboh cerita Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televesyen Media Prima Berhad Datuk Seri Farid Ridzuan bakal di lantik menjadi Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Ramalan seumpama ini adalah satu yang tidak functional malah dapat dianggap sebagai usikan tak bertempat.

 Dalam suasana yang masih tidak ada ketentuannya khusus dalam senario politik negara masa kini, yang diperlukan ialah Pemersatuan. Ini adalah kunci dan faktor penting dalam menghadapi suasana yang semakin kerap mencabar. Misalnya, dalam sebuah kapal terbang, dan apabila menghadapi suasana cuaca kurang baik apakah tepat jika penumpang di izinkan bertengkar dengan kepten? Yang baiknya ialah ketenteraman. Bagitu jugalah apabila ada orang yang buat ramalan untuk menggantikan Rais, ini juga di lihat sebagai suatu yang tidak tepat kerana penggantian bukan jawapan dalam mengurus sebuah kementerian yang besar yang mempunyai 18 jabatan. Kesemua jabatan-jabatan ini adalah Key Department dan bertindak sebagai barisan hadapan negara khusus  apabila negara masuk dalam zon untuk persediaan pilihanraya 13. Malahan dalam tempoh pilihanraya kecil selepas 2008 dan pilihanraya negeri Sarawak,jelas sumbangan dan prestasi baik kementerian di bawah pimpinan Rais tidak boleh di ketepikan dengan sekelip mata.

            Ada yang ghairah bahwa kelayakkan Farid dilihat dari aspek keupayaannya untuk mengubah RTM. Ini adalah satu andaian yang tidak tepat kerana RTM sudah pun dalam proses perubahan yang diharapkan. Tambahan, tiada teori yang menceritakan tentang keperluan mengubah secara total kerana ada juga struktur asas yang perlu dikekalkan supaya ianya menjadi suatu identiti. RTM adalah milik kerajaan dan dia harus di lihat kekal sebegitu.Jika mahu di ubah ialah cabang cabang programnya supaya sealiran dengan trend yang terkini.

            Rais adalah Menteri yang berhemah, penuh dengan stamina, tidak berhenti dari satu program ke satu lagi program. Ia juga, seorang penulis yang hebat, peguam yang bertauliah, pemidato yang tidak beremosi. Ini adalah aset rakyat. Rais adalah milik rakyat dan bukan milik koperat. Rais adalah model Winnable Candidate. Soalnya bukan membodek tapi menegakkan kebenaran dan perlunya menceritakan yang betul. Rakyat Malaysia bukan melihat pada usia tapi pada prestasi. Orang muda pun kalau prestasi merosot tidak mendapat tempat di hati rakyat. Rakyat Malaysia pun bukan semuanya minat perubahan melulu tapi yang mereka mahu ialah kesediaan untuk merubah dari takok lama ke takok yang baru.Kesediaan ini ada pada Rais dan ini di anggap memadai untuk sebuah negara seperti malaysia yang penuh dengan adab dan nilai yang murni.

            Rombakan kabinet hak Perdana Menteri. Sudah bertahun lamanya perkara ini difahami oleh semua sektor masyarakat. PM tentunya ada sebab mutlak untuk mengubah anggota dan struktur kabinet dan yang lebih menyukarkan ialah menggantikan yang baru yang belum pasti memiliki prestasi yang lebih baik dari sebelumnya. Pertimbangan PM kepada keputusan besar ini bukan di buat kerana sesuatu yang kecil,seperti juga kes nya dengan menggantikan farid bukan sebab RTM sahaja.
Tidak lama lagi negara akan menghadapi pilihanraya yang penting sebagai pengujian kepada populariti Najib dan Gagasan 1Malaysia. Waktu yang singkat ini negara tidak mampu untuk bermain dengan percubaan menukar menteri.Ramalan sebegini adalah tidak strategik malahan menunjukkan suatu yang remeh.Justru dalam laluan yang tidak semudah dulu,kita patut simpan saja ramalan hodoh sebegini dan tidak perlu kita ghairah untuk memaksa ianya menjadi bualan harian dan jika ini tidak di hentikan segera,ianya amat di kesalkan kerana tabiat ini tidak menguntungkan.Sayugia di ingatkan juga jika bahtera yang mudah di tukar nakhoda tidak akan sampai berlabuh di destinasi,malah lebih mudah karam di lautan dalam.


Sunday, June 5, 2011

ERDOGAN PAS



Barisan Baru PAS untuk realisasikan KABINET PILIHANRAYA
Muktamar 2 hingga 5 Jun 2011 di Taman Melewar, Gombak PAS memutuskan barisan Kabinet tertingginya. Dua hal dapat di rumus. Pertama kehadiran Mat Sabu dalam kabinet dengan jawatan Timbalan Presiden dan kedua kumpulan Erdogan menguasai kabinet PAS. Kumpulan ini dikatakan kumpulan Pro Pakatan Rakyat dan jika bagitu mereka ini adalah ANTI UMNO dan anti BN. Semua yang hadir mengulas bahawa ini kabinet untuk pilihanraya, ini kabinet untuk tumbangkan BN, ini kabinet untuk wujud lebih banyak demonstrasi jalanan, ini adalah kabinet yang MENUTUP PINTU PERPADUAN MELAYU.

TALQIN UNTUK PERPADUAN

Berperang atau bercakar? Soalan ini  perlu dihayati  oleh dua kumpulan Melayu, Melayu PAS dan Melayu UMNO. Jika mahu berperang, ayuh ke medan tempur sekarang juga, dan tak perlu teliti kiri dan kanan. Bila dua puak Melayu ini rebah Cina bawah DAP turut melahirkan simpati atas kepayahan Melayu untuk bersama, walaupun menganuti agama yang sama. Pernah juga pihak bertanya apakah jika Melayu tidak beragama, mampukah bangsa ini bersatu? Jawab mudahnya mungkin tidak. Tapi sekarang mereka seagama, kenapa masih tidak bersatu? Apakah Erdogan yang menjadi barua, atau UMNO yang jadi buta. Bob Lokman berpandangan PAS lebih tenteram bila dalam perhimpunan. PAS lebih nyaman bila bertanding sesama mereka. Yang aneh, inilah parti yang bakal akan tubuh BIRO DEMONSTRASI bila Mat Sabu mulakan tugas. Ini juga bermakna PAS yang ada kali ini akan giatkan demonstrasi jalanan, konon atas nama kebangkitan rakyat. Mat Sabun akan heret ramai anak muda melayu di jalanraya dan dia akan relakan ramai anak Melayu masuk Black Maria, dia akan berjuang untuk tunjuk yang dia adalah hero di jalan raya dan waktu waktu dimana melayu berkeliaran di jalan raya orang bukan melayu akan giatkan bisnes mereka. PAS ke depan ini kehilangan ideloginya, tidak kita lihat suasana ideologi lagi kerana  PAS terang terangan dakwa bahawa mereka parti yang perjuangkan kebajikan. Nah! Sekarang apa bezanya PAS dan UMNO?adakah kedua nya masuk 
neraka atau keduanya masuk syurga? 

TAHNIAH DAP BERJAYA JINAKKAN PAS

Congak dan sifir politik masa kini memang hebat. UMNO perlu undi Cina, PAS perlu undi Cina, PKR perlu undi PAS, manakala DAP perlu undi Melayu. Penentunya ialah Cina, bila PAS dan UMNO dipisahkan jauh ibarat bumi dan langit atau syurga dan neraka.Itu kehendak DAP yang menggunakan Anwar untuk mengesahkan bahawa UMNO dan PAS memang tidak boleh di beri ruang berbicara walau pun mereka seagama. Anwar telah berjaya membuktikan tugas nya. PAS juga berjaya membuktikan bagaimana mereka setia pada Anwar berbanding dengan golongan ulama PAS. DAP lega. PKR sudah boleh angkat muka. PAS kini ke hulu dan ke hilir perlu buat penjelasan kenapa perlu ada dalam konsep PAS, buat julung kalinya KABINET PILIHANRAYA.Jika PAS mengatur langkah ini maka perjuangan PAS sudah jauh menyimpang dan ternyata PAS di perkosa oleh nafsu kuasa duniawi,PAS ternyata sudah beri isyarat bahwa samarata dan samarasa tiada lagi isu,hal moral,hal ugama,ini semua boleh di bawa berunding dan boleh selesai.

ANTARA KERIS DAN BULAN

Siapa yang mula bezakan UMNO dan PAS dengan jelas? Tentunya PAS. Apa yang beza? PAS yang keluarkan kenyataan undi UMNO masuk neraka dan undi PAS masuk syurga. Siapa yang keluarkan fatwa haram syarii undi BN dan haram syarii sokong Najib? Dikala itu berduyun pengikut PAS akur formula KABINET ULAMA ketika itu. Segala laungan dan ceramah PAS ketika itu tiada lain dari cerita hal orang umno kotor sehinggakan kubur,majlis perkahwinan, bersolat semuanya patut diasingkan kerana HANYA PAS KETIKA ITU LIHAT UMNO KOTOR. Kini PAS tidak sanggup lagi lihat DAP dan PKR sebagai kotor dan mungkin juga laungan syurga neraka tidak dilakukan lagi sebab PAS tidak suka bawa hal agama dalam soal politik parti. Beza di mana PAS dan UMNO? PAS tergoda dengan slogan UBAH oleh DAP. Kini PAS BERUBAH. UMNO barang seinci pun tidak berubah, ia tetap sama walau pun dimaki hamun oleh saudara seagamanya sendiri. Kini bila pilihanraya diadakan ternyata PAS akan tidak lagi guna formula syurga neraka, mereka akan cakap hal kontrak, lesen, buat kondo, buat pusat riadah dan seumpamanya seperti yang akan di atur oleh DAP. Apakah PAS sudah tunduk pada prinsip unggulnya? Bukankah PAS boleh bertolak ansur jika mereka boleh ubah pada konsep kebajikan dan tinggalkan untuk sementara perjuangan negara islam. Kalau bagitu kenapa di lihat payah untuk dia masuk UMNO saja! Jelas yang PAS kemaruk kuasa dunia dan PAS pun ada keinginan nak letak Nik Aziz sebagai PM atau HADI sebagai PM.

ANWARINAS

Apakah mandrum Anwar pada PAS. Dia begitau yang kali ini undi Cina adalah cukup kritikal. Keputusan Sarawak yang kata Cina sokong hebat pembangkang adalah suatu kempen saja. Hakikatnya Melayu di Sarawak masih kekal teguh. Justeru nasib parti Cina Sarawak SUPP masih belum jelas dalam mewakili kaum Cina dalam kerajaan. MCA pula buat ketegasan. Jika MCA kalah mereka tidak letak hajat untuk jawatan dalam kerajaan. Orang Cina sudah mula fikir, orang Cina tahu mereka perlu di wakili dalam kerajaan, mereka tidak mahu rugi. Ini yang buat DAP gelabah dan mula kata MCA buat ancaman kosong pada orang Cina, walau apa pun,orang cina sudah mula merapatkan diri dengan MCA dan mereka pun tahu yang PAS dalam 4 pilihanraya lepas tidak bermaya kerana mereka hanya tahu cakap hal agama dari hal pendidikan sekular, lagi pun mereka tahu PAS bukan boleh bagi bisnes baik pada orang Cina kerana di Kelantan orang Cina pun tidak ada selera nak hidup kerana pembangunan yang cukup lembab. Itu sebab Anwar bisik pada Hadi bahawa PAS patut lebih dinamik, tidak dogmatik dan UBAH strategi, masa depan pembangkang bergantung pada PAS kerana majoriti Melayu ada dalam PAS bukan PKR. Bisikan ini ternyata dilaksanakan dengan baik oleh PAS yang pura-pura depan penyokongnya kata mereka tidak lihat langsung di mana ruginya PAS jika ubah pendirian pada KEBAJIKAN. Cara ini akan menarik orang Cina yang tentunya akan akur bahwa PAS sudah UBAH dan pimpinan DAP hari ini boleh menerajui negara kerana ketakutan pada PAS sudah susut.

Anwar tahu orang yang gemar cara politik nya ialah Mat Sabu. Walau pun Mat Sabu orang yang tahu hal JUBURI sehingga pada 90an dia yang gelar Anwar Al Juburi,tapi Mat Sabu macam perangai Anwar juga UBAH pendirian kata itu hanya gelaran masa Anwar dalam UMNO, dan Mat Sabu tak ulas kes SAIFUL bila Anwar dalam PAKATAN. Kelentong sebegini tidak sangat menyengat dipemikiran golongan Anwarinas tapi kepada ulama mereka tahu hukum dan mereka tahu beza yg baik dan yang jijik.

DO OR DIE

Anwar, Hadi, Mat Sabu, LGE, LKIT Siang, tahu PRU13 adalah Do or Die bagi mereka. Segala petunjuk hasil PRU akan datang ini tentunya menjadi ukuran untuk survival politik Malaysia yang bersifat jangka panjang dengan mengambil kira faktor usia pemimpin sekarang dan pemimpin pelapis. Ramai yang doakan PAS UMNO bersatu tapi segelintir mahu mereka bergasak. Maka datang PRU ini PAS dan UMNO akan bergasak habis habisan. Bukankah ini rugi yang Mahabesar? Tapi politik ala melayu dia apa peduli kerana ia lebih nafsu dari perjuangan tulin.Justeru yang selalu dibimbangi bakal akan menjelma, yakni Melayu di hanyutkan, Melayu rebah di tanah sendiri dan Melayu tidak boleh berkata yang mereka orang asal bumi ini. Ramai yang doa supaya UMNO dapat selamatkan masa depan PAS kerana PAS dalam genggaman DAP.Broker yang berjaya perangkapkan PAS ialah DSAI. Cerita benar ini perlu di bisik pada generasi melayu yang bakal bertanya kenapa melayu hina di tanah asalnya.