Friday, September 23, 2011

PANGGUNG PAKATAN RAKYAT


Kalau berbual dengan penduduk Bahagian Utara Semenanjung, mereka lebih mudah faham perkataan Koyak Rabak, atau terlondeh, atau hapsere... ini semua menuju kepada suatu maksud iaitu BERKECAI. Selepas berkecai maka berpatah aranglah. Bagitu jualah ceritanya dengan PR. Mai kita teliti cerita depa!
CERITA 1
Kenapa DAP dan PAS macam anjing dengan kucing? Ini kerana pertentangan dua fahaman yang berbeza.Fahaman DAP ialah Malaysian Malaysia dan kemahuan untuk pinda perlembagaan sedia ada khusus kepada hak keistimewaan. Hak keistimewaan ini adalah pada orang bumiputera dan beberapa hak yang mendaulatkan institusi raja dan ISLAM.Manakala PAS berpegang kepada ISLAM mahu supaya bumi allah ini menyaksikan hukum allah yakni HUDUD. PAS kata kalau hukum ini tak diamalkan maka ianya tidak Islamik. PAS juga sangat taksub sehingga UMNO pun dikafirkan kerana tidak mampu untuk laksanakan HUDUD. Karpal dalam kemarahan yang amat dahsyat terus melaungkan "over my dead body" jika PAS mahu atau berpeluang melaksanakan HUDUD.
CERITA 2
DSAI hadir dalam kegarangan PAS dan DAP. Melalui parti kroni dan anak beranak, PKR, DSAI di terima oleh PAS dan DAP sebagai parti yang mempunyai “magical stick” dalam merealisasikan mimpi mereka. Dia, apa peduli dengan Malaysian Malaysia atau Hudud. Bagi dia yang penting kuasa dulu,yang penting jawatan,yang perlu ialah gelaran Perdana Menteri dinobatkan pada beliau. Maka tepatlah kalau di katakan tidur sekatil mimpi lain lain. DSAI diberi posisi dan PAS dan DAP mulai ikut skrip PKR dan kesetiaan serta etika ini termuat dalam PAKATAN RAKYAT. Dengan semboyan ini, maka kempen kempen samada dalam pilihanraya umum 2008, 16 pilihanraya kecil, pilihanraya negeri Sarawak, kelihatan etika dan permuafakatan ini berjalan dengan hemah. Namun di sana sini keretakan, ibarat kata orang retak mencari belah sudah ada kelibatnya bila berlaku pilihanraya negeri Sarawak. PKR nampak tamak dan PAS dapat kerusi terkecil bilangan nya.
CERITA 3
Selepas 2008, masing masing parti ada sharenya untuk mereka berpeluang memerintah. PKR di negeri maju yakni Selangor, PAS di Kedah, PAS di Kelantan dan DAP di Penang. PRESTASI pentadbiran mereka goyah dan kucar kacir. Bermula dengan krisis mereka lintang pukang.Krisis dengan istana, krisis air, krisis maksiat, dan yang lebih menarik ialah Kelantan yang mundur tapi ada peningkatan dalam statistik pengidap AIDS.
CERITA 4
Entah X-Ray sape yang dipinjam.... seram ni!!!!
Dalam keghairahan dan berahi kuasa,DSAI di laporkan sudah terbabas. Dia balon Saiful dan sekarang sedang di bicarakan. Ada yang marah katanya itu hal peribadi. Ya betul, kalau suka sama suka. Ini dia balon punggung Saiful, Saiful tak rela. Ha! Cerita tak rela ni yang kita marah pada Anwar. Kalau dia gasak punggung siapa pun kita peduli apa, ada juga pembesar di luar negara yang suka buat cam ni. Tapi yang kita tak tahan ialah KETIDAKRELAAN. Nah,sekarang polis pula sedang siasat video yang dia balon pompuan cina. Kita tunggu apa outcome lepas ini. Dalam pada kegahirahan ini, MAT SABU, PELAWAK PAS, pula di pilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Dia pun ada balon isteri orang, tapi PAS mungkin mudah lupa dan PAS dalam kemabukan kuasa peduli apa hal itu. Mat Sabu pula main drama waktu BERSIH 2, dia langgar kereta polis, tapi melolong kata polis langgar dia dan lutut dia masuk paku dan kena buat pembedahan, kemudian buat tuntutan bil dari bekalan air Penang.Leoas itu Mat Sabu ni belajar sejarah dari Hishamuddin Rais, seorang sosialis, lalu Mat Sabu pun sibuk kata komunis pejuang negara dan perlu di sanjung. Kini dia dihadapkan ke makhamah dan akan dibicarakan. Manoharan dari DAP pula satu lagi cerita, dia mahu ubah bendera Malaysia. Inilah gara gara semangat UBAH. Segala galanya ikut TEORI UBAH.
CERITA 5
Perjuangan belum selesai......
Nik Aziz yang semakin uzur, dan lemah dan di katakan semakin diketepikan oleh pengikutnya masih cuba mengatakan dia bertenaga untuk pimpin negeri Kelantan. Dari kes menantunya, kes dia bagi duit, kes rampas tanah, pentadbiran negeri Kelantan semakin longlai. Lama juga Nik Aziz diam, tapi baru baru ini mungkin dia sudah insaf, atau cuba mahu taubat, dia buat kejutan. Dia kata HUDUD tetap akan di adakan.ANWAR sokong. Karpal cukup marah. Maka,yang menarik ialah PAKATAN SUDAH TIDAK BERPAKAT. Yang mereka pakat ialah bagaimana tipu rakyat untuk kuasa dan bukan untuk kesejahteraan rakyat.
 RUMUSAN CERITA
  1. PKR akan hancur kerana ia adalah parti Sdn Bhd.
  2. DAP dengan kekuatan kecinaannya akan tempelak PAS dan akan keluar dari PAKATAN.
  3. PAS akan kecundang dalam pilihanraya akan datang kerana kekalutan dan kecelaruan.
  4. Orang india dan melayu akan menyokong BN.
Tentang DSAI biarlah dia dengan mimpi nya dan usahanya kerana rakyat sudah bosan dan malu dengan perbuatannya. Mungkin dia dihukum dan jika berlaku maka tidak salah kalau kita mengunjunginya untuk bertanya khabar.Karpal pula akan terus duduk atas kerusi roda sampai dia maut,cuma waktu bicara kes anwar dia mungkin terkilan sikit dengan perkembangan terkini.SEKIAN.Ops! Mat Sabu bagaimana? Dia seperti biasa masih bertenaga buat lawak......

Monday, September 19, 2011

TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

DATARAN MERDEKA

Hari ini 16 September 2011, bertempat di Dataran Merdeka, ribuan rakyat dan pembesar berkumpul menyaksikan persembahan menarik sempena sambutan Hari Malaysia dan sambutan kemerdekaan ke 54. Sudah puluhan tema sebelum ini ditetapkan, ada yang sudah kita lupakan dan ada kalanya sedikit teringat bila di cuit. Tema tahun ini ialah transformasi berjaya rakyat sejahtera. Transformasi yang sudah ditetapkan landasan dan tertibnya sedang dalam perjalanan dan di dalam proses membuahkan hasil, dari aspek kerajaan, ekonomi dan politik segalanya sudah di pahat falsafah dan teorinya. Pentadbiran awam juga suka atau tidak perlu awas bahawa jika ada cacat celanya maka rakyat tidak akan sejahtera. Sejahtera rakyat bukan saja dari aspek harga minyak, bukan dari sudut bonusnya tapi yang ulung ialah dari aspek kebahagiaan yang sederhana dan keupayaan untuk maju kehadapan. Hal keselamatan, kemudahan, pasarana, kurang kepayahan, sihat tubuh dan akal semua ini adalah jurusan dan bidang bidang yang melengkapkan ertinya sebuah makna kesejahteraan. Kerajaan adalah enjin nya dan rakyatlah yang menjadi penumpangnya manakala pimpinan tertinggi adalah pemandunya. Jadilah pemandu yang berhemah dan penumpang yang beradab.

 
ADAB RUKUNEGARA

Apakah benar kita beradab dan adab kita boleh disisip melalui kefahaman ikrar yang telah lama dilaungkan. RUKUNEGARA. Itu ciptaan kita. Itu adalah warisan kita. Itu adalah rakyat Malaysia. Minda RUKUNEGARA perlu di serlahkan dan jika minda ini semakin kemas dan segak maka hilanglah sedikit demi sedikit kebusukan dan pengkhianatan. Busuk yang menjatuhkan moral, fitnah yang menganiayakan rakan, pengkhianatan yang mencaci dan melukakan pengorbanan lampau. Kita pada saat ini tidak mahu lagi terjebak dengan perbahasan yang sempit dan saranan yang tidak produktif. Kita patut sedar politik gila dan politik pasar malam ini selalunya merenggangkan keakraban rukunegara, politik oleh orang gila pangkat dan gila kuasa ini bukan politik yang segar. Jika segalanya dikatakan salah, jika segalanya dikatakan tidak betul, jika segalanya dikatakan kroni, maka ketahuilah bahawa kesejahteraan yang kita mahu bentuk sebenarnya akan berubah kepada sifat kejahilan. Pada hari ini kita rayakan satu pembebasan, suatu yang diperlukan. Allah telah menetapkan pembebasan ini tanpa kita mengenal pembunuhan yang merugikan ribuan nyawa.Ya,kita ada pertarungan tapi itu adalah demi mempertahankan kedaulatan dan demi hak sebuah negara yang berdaulat.                           

                         
SIAPA WIRA?

Bila ziarah mendiang TBH ahli parti pembangkang muslim dengan penuh sopan, dengan penuh tertib, memberi penghormatan pada mendiang TBH. Maklumlah bukan selalu penghormatan sebegini diberi kecuali kalau benar benar perlu. Bagi pembangkang ini adalah WIRA mereka. Justeru tanpa kira hukum hakam, pemimpin muslim tunjuk bagaimana mereka mengangkat TBH ketaraf yang tinggi. Cuma soalannya apakah taraf ini semacam mati shahid? Mungkin juga bagitu, sebab dia di dakwa di bunuh secara kejam oleh pemerintah BN. Dia di katakan tidak di beri layanan baik kerana TBH adalah berketurunan cina.

Tanggapan ini telah di semai dan di semat di kalangan pengikut setia pembangkang khususnya DAP. Bagi PAS dan PKR kita belum dapat menduga, tapi tentunya sebab kedua parti ini memilih untuk berjuang bersama DAP maka mereka jua akur akan hakikat bahawa TBH di bunuh. Nah, setelah siasatan dan demi siasatan, tidak ada bukti lengkap yang merujuk bahawa kekejaman berlaku yakni TBH di bunuh. Laporan merujuk bahawa dia membunuh diri. Tapi masih ada yang was was dan mereka terlolong lolong seperti pelesit kehilangan anak masih membawa sentimen TBH di kejami. Dalam menyelami hakikat ini,cerita di sebalik penahanan TBH semakin di lupai. Soal kenapa dia di soal, kenapa TBH gubra semakin perlahan di bicarakan kerana hakikatnya DAP mahu kes penahanan bersabit dengan kes rasuah di ketepikan. Cuba tanya kerajaan PKR Selangor, mana mereka mahu berjuang menegak keadilan dalam hal rasuah yang bersabit dengan TBH?
TIDAK ADA SATU PUN YANG KITA LIHAT MEREKA TELUS DALAM HAL RASUAH.MEREKA LEBIH TERUK DARI KERAJAAN DULU NYA, YANG BEZAKAN MEREKA IALAH MEREKA LEBIH BERHATI HATI,BUAT TETAP BUAT.

Sambil kita seronok berhari raya, jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, maut akibat terkena tembakan curi di Somalia, adakah dia di sanjung pembangkang sebagai seorang wira Malaysia sebenar? “yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan”.

Najib berkata, lawatannya ke Perth disingkatkan dan akan pulang ke Kuala Lumpur bagi membolehkan beliau berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk ketibaan jenazah Noramfaizul dari Mogadishu, esok.

Noramfaizul, 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di di Somalia.
“Beliau seorang yang berdedikasi dan individu yang tidak mementingkan diri yang bersedia untuk bertugas di kawasan persekitaran yang mencabar dan ganas seperti di Gaza dan Pakistan,” kata Najib.

“Bagaimanapun, kita telah kehilangan seorang yang sangat baik, rakyat Malaysia yang sebenar, seorang wira yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan,” katanya.

Ketika ini ada suara sumbang yang mengatakan bahawa ini angkara UMNO. Ada yang kata kenapa ke sana di negeri sendiri pun perlu pembelaan, ada yang kata ini bukan satu Malaysia dan ada yang kata bahawa umno perlu bertanggungjawab.Ini semua rekaan jahat,sedangkan faktanya memang jelas misi ini bukan misi umno tapi sukarewalan berbagai bangsa,ini misi kemanusiaan. Yang pedihnya sewaktu sembahyang mayat terkial kial juga kita mencari Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Hadi Awang , Husam, Nik Aziz. Jika sesiapa dapat sahkan mereka hadir kita rasa bersyukur sekali tapi kalau semua kata mereka tidak di lihat dalam saf solat maka ketahuilah umat islam bahwa wira puak puak ini adalah TBH dan bukan anak muda yg terkorban dalam misi kemanusiaan.

BAPA TRANSFORMASI

Apakah kita akan ketawa jika DSAI di pahat di makam nya kelak sebagai BAPA TRANSFORMASI, apakah AMBIGA itu IBU REFORMASI, adakah MAT SABU pejuang transformasi. Sudah tentukah LGE peneraju transformasi.Kalau bukan mereka SIAPA? Kenapa dalam keheningan sebegini rasa terlalu malu untuk mengakui bahawa kita dirahmati mendapat pemimpin yang berjiwa baik, berhemah dan berani dengan akal yang bijak melakukan transformasi. NAJIB selalu di cemuh oleh golongan yang tidak gemar dengan kerja baiknya. Tapi Najib tahu bahawa mereka ini adalah segelintir yang tahu cakap dan tak pandai bikin yang betul.

Dalam kesediaan kita menerima bahawa pengacau jalanan memang berkeliaran, kita harus mengangkat martabat minda untuk bagi ruang NAJIB lakukan sebab dia tahu bahwa bila dia dengar denyutan nadi rakyat dia akan lakukan demi kehendak rakyat. Malam sebelum perayaan yakni 15 september najib umumkan bahawa undang undang yang sekian lama digunakan perlu dimansuhkan, perlu di perkenalkan undang undang baru, perlu di batalkan dan di ubahsuai. Ini cebisan ucapannya di angkasapuri dalam siaran langsung mula jam 8.45mlm.

"Seperti yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya ketika mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secarasubstansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.

Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

Kajian semula komprehensif ini akan membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa."

Ini langkah yang di anggap tidak lewat dan bukan benda yang sukar mahu di gubal. Yang penting NAJIB ada di setiap denyutan kehendak rakyat.Baru berusia 2 tahun lebih kehadiran Najib tidak sia sia, dia di uji dengan belasan pilihanraya kecil dan pilihan raya negeri. NAJIB kekal teguh malah semakin mara kehadapan kerana rakyat semakin yakin.Rakyat semakin meluat pada sandiwara dan lawak jenaka.Justru siapa bapa transformasi?

BERTERIMAKASIHKAH KITA?

Yang mendukacitakan ialah terlalu pantas puak puak yang benci transformasi membuat teguran dan rumusan. Ada yang kata mereka kesal,ada yang kata itu hanya ucapan politik,ada yang kata mereka tidak percaya,ada yang kata mereka mahu lebih dari itu spt pepatah bagi betis nak paha.Bila reaksi begini di muatkan terutama dalam portal kita yang moden teknologi berpendapat mereka ini semakin ketandusan dan mereka semakin kelihatan pupus tamaddun. Nafsu mereka jelas terkangkang dengan pengaruh kalutan dan pichisan.Soalnya nya ialah apakah kita mahu dan apakah yang kita perlu halang atau bendung?
             

Sunday, September 11, 2011

DARI PENYAPU KEPADA KERAS KEPALA

SEJARAH   
Jatuhnya kerajaan negeri Selangor pada 2008 ke tangan pembangkang adalah satu sejarah. Waktu itu pemimpin terakhirnya ialah Khir Toyo. Dia juga terkenal dengan raut muka yang tampan kerana ramuan tempe. Dia juga dikatakan sebahagian punca kekalahan kerana menganugerahkan penyapu kepada pentadbir kerajaan tempatan. Ramai juga yang setuju bahawa ini adalah puncanya. Rata-rata di sebut bahawa pentadbir ini ibarat sarang tebuan. Jika di jolok maka buruk padahnya. Tambahan lagi di Selangor pegawai-pegawainya ada yang terdiri dari pegawai Negeri dan pegawai Persekutuan. Pegawai negeri ramai yang bertugas di peringkat kerajaan tempatan dan daerah. Mereka sudah lama berkhidmat dan suka berkhidmat di negeri asal mereka, tapi bila mendapat satu pencemaran,dikatakan mereka mula terasa sensitif dan menghayunkan jari jemari untuk memprotes. Ada yang mendakwa mereka menyokong pembangkang ketika itu. Mereka mahukan perubahan. Makanya, perubahan pun berlakulah.

PERUBAHAN
Realiti atau Fantasi??
Selepas 2008 mereka lega. Harapan mereka tercapai agaknya. PR jadi pemerintah dan Khir Toyo dalam perbicaraan. Pentadbir gamaknya mulai segar kerana buat kali pertama mereka berurusan dengan muka dan fikiran baru. Setelah 3 tahun 8 bulan, mereka tentunya layak membuat penilaian. Beberapa peristiwa berlaku, antara yang menarik perhatian ialah kes curi pasir, Teoh Beng Hock, perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil rakyat wanita bukan islam ke mimbar masjid, kes azan, yang terakhir yang melibatkan JAIS ialah cerita tindakan mereka di sebuah gereja. Sehingga sekarang, laporan tentang hal gereja pun masih sukar di buat sehingga perlukan masa tambahan 1 bulan lagi. Yang terkini ialah kenyataan seorang EXCO yang membidas pentadbir.ianya seperti berikut:


DR Xavier Jayakumar ganti Khir Toyo
Malaysia kini memetik "Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menghadapi masalah dengan "kakitangan awam negeri yang keras kepala” berbulan-bulan lamanya setelah mengambil pemerintahan negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 lalu. Kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa anggota EXCO kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri menghadapi kesukaran ketika berurusan dengan kakitangan awam yang degil itu."

MUSLIHAT

Nah! Dari cerita penyapu, pentadbir kini di sebat dengan kenyataan bahawa mereka adalah KERAS KEPALA. Soalnya ialah apakah percaturan pentadbir itu tepat. Mengharap pagar, pagar yang makan padi. Meletakkan pentadbir negeri dan persekutuan kepada satu tahap KERAS KEPALA bukan satu remarks yang sihat jika perlu satu keharmonian antara pentadbir dan ahli politik. Pentadbir ada kuasanya untuk lakukan tindakan. Campurtangan politik berlaku tapi jika sampai ke tahap pendominasian maka sistem mulai rekah dan akan merundum akhirnya. Inilah kehebatan faktor pengalaman dan penyesuaian. Untuk PR ujudkan satu keharmonian mereka akan lakukan perkara berikut;
  1. Lakukan banyak kesalahan dan khilaf.
  2. Mohon untuk perintah lebih lama



AKAUNTABILITI POLITIK

Walaupun masih belum ada kajian  tentang prestasi Khalid atau negeri negeri di bawah pembangkang diumumkan, namun jelas bahawa negeri Selangor semakin kucar kacir. Pentadbiran adalah tunjang utama dan jika tunjang ini tidak mesra dengan tunjang politik maka tentunya yang menderita ialah rakyat dan status MAJU tidak lama akan bertahan. Jika merudumnya Selangor apakah ahli politik waktu itu bebas dari akauntabiliti. Adakah memerintah dan kuasa politik untuk tujuan yang di anggap trial n error?

Sementara tidak ada usaha memulihkan semangat pentadbir, kerajaan masa ini dilihat semakin
BERANG dengan pentadbir. Mereka hanya tahu menuding jari tapi tidak BIJAK DAN BERHEMAH. Kerajaan negeri kini mencari scapegoat dan masih mahu mengelak dari membuat pengakuan bahawa permuafakatan di kalangan ahli politik dari pelbagai parti apabila digandingkan dengan pentadbir akan wujudkan masalah. Justeru jika di tinjau pada awal merdeka, kombinasi BN tidak ada masalah kerana ketika itu semua yang bertugas menuju satu matlamat, tapi kini dibimbangi bahawa kerajaan Selangor mempunyai matlamat halus yang hanya Khalid tahu jawapannya kerana dia bersama dengan DAP dan begitu bimbang dengan PAS. Tanya saja Dr Hasan dia lebih mengetahui perasaan pentadbir kerana sebelum beliau terjebak dalam politik masakini beliau adalah seorang pentadbir yang di hormati.

Friday, September 2, 2011

KARPAL OH KARPAL !


 PERTAMA

Karpal singh adalah orang yang pertama di Parlimen pada akhir tahun 90an yang kata DSAI terlibat dalam perihal liwat. Susulan dari itu MAT SABU pula beri gelaran AL JUBURI pada Anwar. Tapi itu dulu. Sekarang Karpal anak beranak menjadi peguam bela pada kes liwat Anwar. Kenapa? Semuanya gara gara politik mahu menang. Begitu juga Mat Sabu, sekarang tak berani sebut lagi Aljuburi. Kenapa? Semua ini gara gara politik mahu menang. Yang di tipu ialah RAKYAT. Mereka ini memang raja segala putar dan pelawak. Apa kurangnya Anwar. Dia pun hebat. Juga raja putar. Justeru RAKYAT hari ini didendangkan dengan raja putar dan raja lawak.Harap rakyat enjoy cerita cerita yang di bawa mereka.Kenapa? Ini saja kehebatan mereka.
KEDUA
Karpal adalah orang yang mengungkap perkataan taubat. Rasanya Karpal tahu apa maksud TAUBAT. Jika dia faham, maka Anwar patut merasa malu kerana seorang bukan Islam pun pandai mengguna ungkapan tepat pada gelagat dan perilaku Anwar. Tapi Karpal pula kini dah jadi peguam bela Anwar. Kenapa? Ini gara gara mahu menang dalam politik angka. Sebab itu Anwar paling kecut dengan DAP. Jika Karpal naik angin, mungkin Anwar tidak dapat orang yang boleh berpakat dengan nya dalam kes makhamah. RAKYAT juga yang senantiasa diperdayakan. Namun Rakyat masih seronok dengan dramatisnya anwar walau pun Saiful 2 kali sumpah tapi anwar masih lagi mahu berkokok bukan di kandang saksi.
KETIGA

Karpal hari ini membuat kenyataan mendesak MAT SABU untuk tarik balik kenyataan Mat Sabu tentang komunis jadi hero dalam kes bukit kepong yang karpal anggap cukup melampau. Dia mengaku yang dia tidak lagi dapat bersama bersekongkol dengan kenyataan serius. Dia insaf bahawa walaupun ianya adalah satu internal matters tapi kenapa pula Karpal pilih media? Karpal semakin berusia dan nampaknya dia adalah orang pertama yang akan bertaubat dan tidak mahu lagi bersekongkol dengan penyangak bangsa seperti mat sabu.

Rasanya selepas ini PAS akan mula menilai bahawa bukan saja polis, tentera marah tapi DAP pun marah sebab DAP kalau boleh tidak mahu dikaitkan dengan komunis. Kekecohan ini buatkan DAP menjadi target dan sokongan Melayu yang diharapkan dari orang Melayu selama ini di terlingkup oleh MAT SABU. Atau apakah Mat Sabu mahu ceritakan bahawa berkawan dengan DAP memang berkawan dengan komunis. Sebab itu Mat ini mahu agongkan komunis di waktu kita raikan kemerdekaan dan menyambut hari raya.


Tapi apa yang penting sebagai
ORANG MELAYU MAT SABU HARUS MALU APABILA DIA DI TEGUR OLEH SEORANG BUKAN MELAYU.MAT SABU PATUT MALU BILA RAKAN POLITIK NYA SUDAH NAIK BERANG DAN MINTA DIA TARIK BALIK KENYATAAN.APAKAH INI JUGA ANGKARA DAN KONSPIRASI UMNO.?

DSAI SENYUM LEBAR


Setelah agak lama DSAI kusut dengan kes makhamahnya, kes JAIS di bawah teraju PKR, kes sandiwara sakit tengkok selepas bersih, sesekali nak tergelak juga bila Malaysiakini tunjuk gambar DSAI senyum. Senyuman ini memang menawan sehingga sesiapa yang rapat atau di rapati dengan nya akan tergoda dengan seloka dan pujukannya. Justeru kepada yang belum serik atau mahu mencuba nasib, mereka memang bebas buat pilihan untuk rapat dengan Anwar. Setakat ini lebih 35 orang yg rapat dengannya resah. Kepada yang terlepas dari cengkamannya di ucapkan syabas tapi mereka yang sempat dia cekup kita doakan mereka selamat. Jika tidak mereka juga adalah orang seterusnya mahu keadilan di makhamah seperti Saiful.

KAJIAN MERDEKA CENTRE

Kajian Merdeka Center yang diumumkan di ambang kemerdekaan dan pada hari yang mulia sempena ketibaan syawal adalah langkah bijak untuk memperlekehkan Najib. Orang pertama yang sangat gembira ialah DSAI. Apa kisahnya?

"Kemerosotan tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang jatuh enam mata kepada 59 peratus adalah petanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim" rujukan MALAYSIAKINI.

SOALAN 1:Kenapa Anwar SENYUM

JAWAPAN: Orang yang paling DSAI resah ialah NAJIB. Bukan kerana Najib tak pernah sebilik dengannya tapi Najib adalah orang utama yang tahu perencanaan dan pemikiran DSAI. Sebab itu najib "cool" walau pun di sebat dengan tuduhan yang tak masuk akal. DSAI memang memerlukan kenyataan sebegini untuk dia mendapat oksijen kerana sekian lama dia asyik kena karbon dioksidan. Namun pada  masa yang sama dalam senyuman itu DSAI tahu bahwa kenyataan kajian itu akan buatkan ramai pekerja parti mula relax dan BN pula akan pulun untuk tingkatkan usaha. Mengenali orang Malaysia, bila di puji sedikit, mereka akan mula terlelap dan bila mereka mula mengantuk ketika itu lawan nya ambil kesempatan. Kejadian 2008,ialah kealpaan BN bukan kekuatan PR.
SOALAN 2:kenapa Anwar mula memecah kesunyian

JAWAPAN: Dekat sangat dengan hari kemerdekaan, Timbalan Presiden PAS, MAT SABU buat lawak bodoh. Dia kata dia tak ingat dan tidak menyatakan bahawa Tunku dan  Dato’ Onn bukan pejuang kemerdekaan. Kenyataan ini di buat di Penang. Ini adalah sisipan laporan yang buatkan MAT SABU lupa lupa ingat:
"Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. Selain itu, Utusan melaporkan, Timbalan Presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British."


Mat Sabu cuba mahu menjadi DAP yang memang mahu menafikan bahawa UMNO adalah pejuang kemerdekaan. MAT SABU bukan sejarawan seperti tokoh lain, dia hanya mahu mencuba populariti murahan. Bayangkan bila dia bersama Guan Eng dia bayangkan Melayu sebenarnya tidak boleh bermegah, Melayu yang selama ini bangga dengan pencapaian kemerdekaan cuba di putar oleh manusia ini, supaya mereka yang buta sejarah setuju kepada apa yang mahu diketengahkan. MAT SABU dan DSAI sudah serasi dengan SKRIP DAP. Dua manusia petualang ini bakal di catat dalam ingatan rakyat betapa murah perjuangan mereka. POLITIK PASAR MALAM ini bakal mengundang tentangan melayu khususnya.

Langkah Mat Sabu mengundang kemarahan rakyat yang sangat terlibat dalam pencapaian kemerdekaan. DSAI mesti selamatkan keadaan ini.Justeru, Anwar ambil kesempatan laporan merdeka centre untuk pulihkan senario dan alihkan pandangan.

SOALAN 3: Kenapa Anwar Menaruh Harapan.

JAWAPAN: Anwar tahu sejak 3 bulan yang lepas, Najib telah lakukan hal bersangkutan dengan rakyat. Produk Najib yang mengambil alih pucuk pimpinan mulai APRIL 2009 memang dapat dibuktikan. Klinik, kedai runcit, memiliki rumah, mendapat bantuan guaman, bonus, wang raya, peruntukan orang bukan Melayu, perjuangan untuk pengusaha Melayu, keupayaan mengurus potensi rusuhan, semua ini membuatkan anwar bagitu resah.

Bila saja ada peluang, Anwar mula ambil kesempatan HIGHLIGHT untuk tunjuk ini adalah peluang baik. Kini tenaga Anwar berkurangan kerana ditumpukan pada hal makhamah yang tidak lama lagi tahulah kita keputusannya. Bagi Anwar ini peluang untuk dia counter. Sebenarnya di Selangor, prestasi kerajaan sudah menurun, Anwar sedar ini, di Kedah anwar tak dapat mencelah, di Kelantan Anwar tidak ada ruang, di Penang, PKR dan DAP semakin menunjukkan ketidakpuasan hati bila DAP mulai mengintai untuk ambil syer kerusi PKR kerana DAP mahu sangat meletakkan calon melayu bertanding atas tiket DAP.

KOMEN UNTUK MERDEKA RESEARCH CENTRE.

Kandungannya dapat dirumuskan bahawa prestasi Najib semakin menurun dan sebab utamanya ialah hal bersih dan agensi pilihanraya. Soalan yang menyusul:

  1.  Kenapa Merdeka Centre tak tanya hal bonus, hal bantuan guaman, hal klinik, hal wang raya. Bukankah ini di rasai oleh seluruh lapisan rakyat tanpa perlu berdemonstrsi di atas jalan?
  2. Kawasan yang majoriti di pilih di katakan tidak ada internet jadi tentunya mereka di luarbandar, bagaimana mereka tahu hal bersih ini kerana bagi orang kampung bersih ini adalah temasya orang yang di anggap perosak ketenteraman dan hanya melibatkan segelintir manusia.?
  3. Sampling yang tersangat kecil yang di dakwa mewakili seluruh negara tidak dapat di terima sebagai meningkatkan LEVEL OF CONFIDENCE. Kajian ini tidak mampu di pakai sebagai rumusan. Laporan ini tidak membawa banyak erti kerana ianya hanya sekadar laporan kecil dan rujukan kecil. Laporan sebenar yang di nantikan ialah apabila ada pilihanraya.
  4. Kita tak perlu buat kajian yang hebat dan buat pengumuman hebat sebab rakyat melayu cina india terima Najib. Mereka tahu dalam tempoh singkat najib dengan pendekatan nya membuat rakyat lega. Najib berupaya MENGEMBALIKAN KERESAHAN RAKYAT KEPADA SATU KONDISI YANG LEGA. Cara dan pendekatan nya sudah di anggap cukup baik.Mungkin nerdeka centre kena buat rujukan pada agensi lain sebagai REVIEW dan soalan nya juga harus tidak bias!Tengok saja dalam 8 pilihanraya kecil terakhir,dan pilihanraya negeri sarawak.Kalau tidak dengan populariti najib mana mungkin,majoriti baik di perolehi?