Sunday, November 25, 2012

DAP JUARA LAGU POLITIK



Puas kita tengok DSAI lenggang kangkong lagu nyanyian MGR, puas kita dengar DSAI menyanyi lagu madu dan racun, nyanyi lagu AZIZAH di Jakarta dan puas kita tengok DSAI jadi sarkas politik.

Kini dia dilihat tidak diterima oleh akar umbi PAS sebagai layak jadi PM.

Namun DAP selaku parti yg hebat mengurus kebodohan PKR terus mendesak bahwa DSAI adalah PM kerana mereka mahu kawal DSAI. Orang yg paling tahu hal DSAI ialah Karpal. Kini DAP sudah tahu tembelang PAS. Mereka bukannya bahlol dengan melupakan kenyataan YB Mansor tentang taktik mahu lumpuhkan DAP. Kali ini DAP akan pastikan mereka dapat cukup kerusi dan mereka dilihat lebih ceria dan cekap mengurus dana dan jentera.

"PKR di gunakan utk promosi dan PAS digunakan utk kumpul dana rakyat"

Dalam percaturan ini advantage banyak memihak pada DAP.

Namun DAP masih risau dengan keutuhan UMNO dan kesetiaan rakan dlm BN. Itu sebabnya mereka masih guna buruh politik PKR utk lemahkan UMNO dulu, tapi nampak nya semakin menjadi sukar.

Dasar ekonomi semakin nampak kukuh dan keharmonian di bawah BN semakin mantap. Pada waktu yg sama akhibat suka menyanyi dan lirik-lirik yg tak popular PAKATAN menjadi semakin lemah dan masing masing sudah ada syak wasangka dan ternyata perbalahan mereka ternyata akan rugikan rakyat.

Justru PRU13 ini adalah penamat kepada permainan politik Putrajaya yg akan di semadikan dlm sejarah politik jalanan pembangkang. Ia juga nampak agak payah utk DSAI mengurus helah politik PAS dan DAP kerana mereka juga kenal siapa DSAI sebenarnya waktu di dalam UMNO dan kini dlm PKR.

"Mereka bukannya bangang bila lihat satu persatu orang kanan PKR tinggalkan kedudukan penting"

Saturday, November 24, 2012

PAS GEMAR MUZIK DARI MURTAD.


"PAS pun apa kurangnya"

Bila mereka dah mula mesra dgn artis, gaya bercakap pun mula berubah. Dulu caranya mesti berkobar kobar, kibar bendera, kibar skaf cap pedang, cerita neraka syurga saja. Ceritanya tak lain dari hentam sapa sokong UMNO sampai lubang kubor.

Tapi la ni mesti ada SOP utk ceramah.

Ada konsert, ada nyanyian dan barulah berucap. Waktu di SEREMBAN baru baru ini ada lebai yg mula goyang tangan macam dlm konsert bila ITO mulakan 'rok'nya. Nasib baik tak keterlaluan sebab sempat di tegur oleh rakan sebelah.

Yg paling diminati sekarang ialah Mat Sabu.

Dia serba boleh. Bila dia atas pentas dia tentu mampu bagi ramai yg senyum atau tergelak. Sebab tu dia terkenal dgn nama PELAWAK ALA SENARIO (PAS). Kini bila bercakap, tumpuan PAS bukan pada orang Islam saja tapi lebih kepada menarik perhatian orang Cina dan India. Maklumlah,kalau nak dapat crowd, PKR atau PAS tak mampu tanpa kesungguhan dari DAP. Dia yang mampu bawak orang Cina dan India hazir.

"DAP sebenarnya mengkoreografikan pentas politik pembangkang"

PAS kini kemana pergi utk pertunjukkan pentas,mesti ada BOB atau ABBY. Sesekali AISHAH, ITO. Mereka ini penghibur, boleh memukau dgn suara lunak, tapi adakalanya bila di atas pentas mereka terdorong mahu ambil kesempatan menarik perhatian bercakap hal ugama. Terkejut dan terpegun khalayak seolah olah macam mualaf yg petah dalam hal ugama. Dalam pada itu timbul selingan lawak jenaka. Pendek cerita TGNA dan HADI pun tak tergamak nak tonton mereka ini kerana PAS bukan lagi menegakkan hal Islam, tidak lagi menjadi tunjang ugama tetapi lebih mendorong kepada hal duniawi.

Tidak kira apa yg boleh dan apa yg dilarang, PAS tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan gila kuasa ke PUTRAJAYA. Walaupun PAS sedar ini bukan caranya tapi apabila di lihat sudah ada kesatuan gila kuasa, PAS sanggup meletak tepi perjuangan asli mereka, hukum hakam dan mereka sudah berani bertelagah sesama sendiri.

Kini yg bertepuk tangan ialah DAP kerana DAP boleh mendominasikan PAS dan PKR.

Dalam konteks ini DAP bukan saja menjadi 'designer 'politik tapi mampu mencipta satu saluran kempen yg secucuk dgn perjuangan asli DAP.

PAS baru selesai Muktamarnya.

Yg hebat ialah HADI mahu dijadikan PM dan Hadi pun secara seloroh sekadar mahu jadi khadam.

"Poodah!"

Lagi syok bila Anwar pula yg kata dia tak dak masalah kalau Hadi jadi PM. Tapi DAP masih bertegas mahukan DSAI. Ini bermakna HADI dan DSAI sudah ada masalah. DAP tak sokong Hadi dan PAS tak sokong DSAI. Soalnya adakah betul PAS sokong DAP? Dalam teka teki ini jelas mesej yg di beri oleh PAS ialah TOLAK DAP.

Rupanya PAS juga punya cita-cita dan agenda sendiri.

Penubuhan negara Islam, pelaksanaan hudud, antara matlamat parti itu namun punya halangan besar terutamanya daripada rakan dalam Pakatan. Tidur sebantal, mimpi tidak sama. Akibat terlalu berkiblatkan Buku Jingga, terhimpit antara dasar perjuangan dan cita-cita bersama, PAS akhirnya dlihat terpaksa akur dengan DAP. Mungkin PAS kini perlu bersedia memikirkan dan mengatur semula langkah mereka termasuk kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. 

Kebergantungan Pas kepada DAP demi memulihkan imej ekstrem dan pelampau parti itu dari kaca mata bukan Melayu ada hasilnya , tetapi ia dilaksanakan dengan harga yang cukup mahal iaitu dengan mengorbankan dasar perjuangan parti sendiri.

Pengakuan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad bahawa parti itu banyak bergantung kepada DAP bukan sahaja mengesahkan Pas kini ‘pak turut’ tetapi terhutang budi kepada DAP. Sebab itu kepimpinan Pas hari ini sanggup menukar perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara kebajikan, berdiam diri dalam soal murtad serta tidak berani menyokong Himpunan Sejuta Umat (Himpun) walaupun perhimpunan itu dilakukan demi menyelamat akidah orang Islam.

Apa yang dilakukan bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dam Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa adalah tepat kerana Pas kini jauh tersasar.

Friday, November 23, 2012

PKR TERAJUI BUDAYA PANDAI BORAK


Menyentuh hal borak atau pandai cakap atau lebih mudah difahami kaki kelentong politik di Malaysia ni memang ramai yg tahu kepetahannya bermula dari PKR. Siapa yg tak kenal dgn ketokohan putarbelit DSAI.

Tapi dlm PKR yg terbaik pun DSAI saja.

AZMIN, Chegu BAD, RAFIZI, IZZAH dan lainnya hanya cuba mengikut rentak DSAI. Yg menakutkan ZURAIDAH. Gaya nya saja tak macam wanita. Yg paling sedih ialah yg gagapnya tak boleh di ubati. Tak payah sebut nama ramai yg tahu.

Perlu dicatatkan bahwa pada awal pertumbuha nya, PKR memang ada jagoh pidato, jagoh demonstrasi ,jagoh jagohan, tapi kejagohan ini menjadi seolah olah pupus dlm tempoh 4 tahun yg lalu. Panglima-panglima pandai dan suka cakap rupanya telah meninggalkan parti secara berperingkat dan tanpa segan silu merekalah kini yg berentap melalak membalun PKR dari luar.

"Tak masuk akal kalau mereka dibeli oleh UMNO" 

Secara totalnya UMNO lebih beruntung dari mentransformasi strukturnya daripada menjaga panglima yg putus harap pada ketua yg boleh di anggap sebagai tak ada moral dan maruah bangsa Melayu. Kalaulah panglima ini barangan jual beli alangkah hapraknya panglima didikan DSAI.

DSAI tahu bahawa ada juak-juak yg cuba ikut cara dia, lalu dia ubah stail dengan cuba menyanyi. Dia nyanyi di mana ada keramaian yg boleh dia menarik sedikit senyuman. Dengan orang India dia naik sheikh, dia cuba menari bila lagu nyanyian MGR di mainkan. Lagu yg dia nyanyi dalam bahasa Melayu tidak ada anak muda yg suka.

Mungkin lagu lama seperti MADU DAN RACUN, AZIZAH seolah-olah macam DSAI tak boleh bawa lagu lagu baru yg trendi seperti KEONG RACUN, YANK. Pelik juga kenapa dia tak cuba walau pun kerap ke Jakarta. Sebab itu budak muda bosan dengan lagu ni.

SALAM SENGAT SAYANG MENJELANG PENGHUJUNG 2012


"Lama tidak menyengat"

Namun rindu kesayangannya masih kekal. Semakin hampir menutup tirai 2012. Antara tajuk yg paling di gemari ramai bagi tahun ini, ialah perihal PRU13. Tahun depan lagilah mendidih. Ramalan demi ramalan, semua nya tak menjadi bagi tahun ini. Yg menjadi, ialah pilihanraya di Amerika.

Obama menang.

Tahniah pd Americans yg dah buat pilihan. Nampaknya orang Amerika pun kalau dia puas hati dgn wawasan yg disebut maka pemimpin yg lama pun dipilih semula. Isunya bukan lama atau baru rupanya. Isunya apakah pendekatan dan pembaharuan yg mahu di bawa dan apakah yg disebut itu mampu dilaksanakan.

Itu adalah cara memilih.

Bukan di atas dasar populariti kosong. Bukan atas dasar siapa yg pandai bercakap dan doa yg mengarut. Bukan di atas pegangan minda kosong yg hanya sekadar mampu membuat pengunjung ketawa gembira.

Yg mutlak, faktor Ekonomi. Jika faktor ini tiada keupayaan mengurus dan mengatur maka sama sekali rakyat akan tolak idea atau pun kejinggaan alternatif. Ini telah dilakukan oleh pencerna dan kononnya pengamal demokrasi khusus di negara seperti Amerika.

Di Malaysia, belum tau lagi.

Bila sampai waktu kita tunggu keputusan. Kalau di negara ini sudah sampai tahap suka mencoba maka kelestarian polisi akan terganggu. Lihat saja kalotnya di Selangor dan Penang. Walau pun masing masing mendabik dada kata dapat menjalankan pengurusan negeri dgn baik tapi rupanya lebih banyak kalot dari prestasi yg baik.