Showing posts with label PRK Merlimau. Show all posts
Showing posts with label PRK Merlimau. Show all posts

Wednesday, March 2, 2011

SERONOKKAH CERAMAH DI MERLIMAU?

Semalam di Merlimau, ada ceramah perdana yang di anjurkan pembangkang. Orang ramai di Merlimau naik seronok dan tidak sabar untuk hazir kerana DSAI akan hazir dan berucap dan terus mendendangkan lagu. Satu lagi sebab ialah mereka mahu lihat DSAI lebih dekat kerana lama sungguh mereka tidak dapat bertemu muka dengan orang ini. Malangnya kehadiran orang tidak ramai di sekitar 400 sahaja di kawasan Merlimau Pasir. Ada yang kata separuh hazirin adalah dari johor.

Di kawasan Merlimau Pasir ini boleh di katakan ramai juga yang diberi peluang untuk berucap untuk tempoh singkat selama 10 minit seorang. Antara yang berucap ialah wakil wakil rakyat PR. Nik Nadzmi contohnya bercerita kepada rakyat Merlimau bagaimana bahgianya dan bagaimana sentosa nya rakyat di selangor dewasa ini.Cara cerita nya seolah-olah menganggap yang rakyat merlimau ini berada cukup jauh dari Selangor macam berada di london. Cara beritanya tentang hebatya Kedah macam orang Merlimau ini tak pernah baca surat khabar dan macam tak pernah tengok TV sewaktu banjir melanda Kedah.


Dia anggap macam yang dengar ucapan nya adalah kelompokan rakyat buta, pekak dan butahuruf. Semasa dia berada di atas pentas kecil dia bercakap dengan lirik ucapan  yang sungguh menggusarkan rakyat Merlimau. Rakyat yang hazir berminat nak dengar betulkah JIN JIN GGA ini boleh memberi kekayaan pada negara, bolehkah warna ini seperti warna baju yang di pakai oleh nik ini memberi pertumbuhan ekonomi yang cemerlang, kenapa dia yakin sangat yang semua yang di buat BN adalah menciplak segal yang terkandung dalam JIN-JIN GGA. Budak muda ini memang tidak respect orang yang hazir. Mentang-mentang dia graduate dan yang datang pasang telinga ialah lebai lebai tua tapi barang di ingat bahwa lebai lebai ini  lebih awal graduate dari dia,sebab tu bila dia mula ngobrol dan kelintung sesetengahnya hazirin yang terasa di perbodohkan meninggalkan majlis.

Tian Chua selaku anak kelahiran melaka pun tidak lepas peluang untuk bercakap. Di kalangan sedikit orang cina yang hazir mereka sangka Lim Kit Siang akan hadir tapi mereka tengok yang berucap ialah TC. Yang seronok TC kata rakyat melaka tak perlu sangat fikir sejarah.Yang penting ialah mereka perlu fikir reformasi dan perubahan. Banyaklah ucapan yang menjurus kepada pembaziran oleh negeri melaka tentang lapangan terbang dan hutang negeri pada federal, dan bagaimana di selangor dalam tempoh 3 tahun rakyat di selangor hidup bahgia?ah ha! betul kah ini? Nampak nya PR sungguh bangga dengan Selangor dan mereka selalu sangat cerita hal hebatnya selangor sedangkan yang hazir dengar pun ada juga muka muka dari selangor.Orang yang hadir dari selangor tenyunya dah tahu samada PR ini cerita benar atau auta saja bila di luar selangor.

Ceramah DSAI pun menarik perhatian ramai.Penduduk Merlimau tak kering gusi dengan lakonan dan kelucuan DSAI. Mereka memang telah di hiburkan dengan cerita cerita oleh DSAI,soal benar dan sahih itu perkara kedua dan yang penting penduduk puas mendapat hiburan,tak tahulah rating yang di beri tapi nampak sangat yang DSAI harap PAS menang kali ini sebab dia juga mengaku jika kalah PAS kali ini agak gusar juga PR. Begitulah ceritanya bagaimana nak pancing undi. Tapi orang merlimau sudah tahu bahwa mendengar dari orang luar agak lain dari dengar orang negeri sendiri.Justru kita tengok apa jadi pada 6 MAC ini.

Wednesday, February 16, 2011

SKRIP DAP,PAS,PKR


Pernah tengok Pi Mai Pi Mai Tang Tu? Ini ialah siaran drama komedi bersiri dalam TV.Parti politik 3 Sepiling ini pun macam tu juga. Mereka mcam ada lawak sikit, Misalnya Pi Mai Pi PAS,Pi Mai P KR,DAPig juga yang untung,!!           

                            MERLIMAU KATA MAI
Bila saja Tenang kalah, PAS bergelora lagi kerana lagi 3 minggu penamaan calon DUN MERLIMAU di Melaka. Bahang kekalahan belum selesai. PAS kena fikir baik-baik siapa calonnya kerana di sini kubu kuat BN dengan 64% Melayu 21% Cina dengan 16% India.Jumlah pengundi 10,600.

                                  SIAPA MANGSA SETERUSNYA?DUN ini juga pernah ditandingi PKR pada 2004. Sejak 2004 lagi pembangkang kalah dengan penyandang sama. PR mesti hati-hati sebab pada 2004 PKR kalah dengan majoriti lebih 5,000 undi dan pada 2008 PAS kalah lebih 2,000 undi. Nah sekarang bersandarkan kekalahan di Tenang yang lebih 3,000 adakah PAS akan serah beban ini di galas oleh PKR? Mungkin juga ya sebab dulu PKR nya dari bangsa india,sekarang mungkin diletakkan bangsa Melayu. Lihat saja pertaruhan mereka.Mangsanya ialah Melayu.

                                                  SIAPA UNTUNG?Tenang bila kalah ,DAP ambil peluang untuk bangga kononnya dia menang di satu saluran mengundi. Menang maksudnya ialah di kawasan 90% Cina ini bagi daerah mengundi Labis Tengah . Memang pun BN kalah dengan majoriti 200. DAP dia langsung tak hirau daerah mengundi lain, bagi dia DUN TENANG ialah DAERAH MENGUNDI LABIS TENGAH, sehingga kempen setiap malam di buat dalam bahasa Cina dan terkial-kial penyokong PAS Melayu mencangkung di celah celah kedai semata mata atas nama PAKATAN. Lihat saja percaturan DAP. Dia mahu undi Cina saja dan untuk Melayu dia minta PAS buat kerja. Kenapa PAS tak mahu berkempen di kawasan Cina? Yang anih pada waktu penamaan calon, PKR lebih hebat rombongan nya berbanding dengan DAP sehingga bendera DAP pun di pikul oleh orang PAS.Ringkas nya KECELARUAN telah berlaku dalam PAKATAN PEMBANGKANG,mereka bukan lagi PAKATAN RAKYAT.

                                    MIMPI DAP
Jelas bahwa PAS memikul tugas untuk menghuru-harakan pemikiran Melayu, PKR memikul tugas mengganaskan jiwa Melayu dan bila Melayu sesama Melayu bergasak makanya DAP akan untung sebab bukan mudah nak huruharakan minda cina.Mereka mana ada hukum syrie itu dan ini.Mereka apa peduli syurga atau neraka.Yang mereka mahu ialah ekonomi dan sekarang kuasa.