Sunday, September 26, 2010

SIRI 42: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

PELBAGAI KAUM - Malaysia sentiasa dicemburui akan kemakmuran dan perpaduan yang dinikmati lebih 53 tahun selepas MERDEKA. SAYA ANAK MALAYSIA!!!!

Seorang kawan bertanya, adakah orang Malaysia cintakan negaranya? Jawab kita 'YA'. Cinta membawa maksud apa? Maksudnya cintakan kedamaian, keharmonian, kemajuan dan keselamatan. Adakah negara ini mampu mengekalkannya? Kalau tidak dengan pemerintah yang betul maka mungkin negara ini yang pertama di Asia akan huru hara.

Maksud betulnya bagaiamana? Pemerintah dari parti yang punya trackrecord, parti yang ada toleransi. Inilah yang buat Malaysia dihormati selama 53 tahun. Ada ancaman? Ya seperti mana-mana negara ancaman ini terus ada terpulang kepada cara bagaimana kita handlenya. Itu sebab perlu pengalaman. Contohnya di Jakarta macam-macam nak dibuat oleh rakyatnya kepada perwakilan kita.

Trafalgar Square London - Kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan rakyat di merata dunia.

Di London waktu yang sama di Trafalgar Square London, 20 ribu manusia mengunjungi Karnival Malaysia. Gilang gemilang sekali.Cuba fikirkan negara ini memang dicemburui. Namun yang sedih rakyat kita jugalah yang jadi talibarut di Indonesia dan mereka juga tidak sunyi untuk temberang kepada dunia. Mereka tumpu di London. Mereka bagi ceramah, kutip derma, dan macam-macam lagi untuk memburukkan imej negara kita.

Terutamanya yang miang di luar negara ialah DSAI dan konco-konconya. Di London DSAI nampak sering sekali datang. Banyak pulak duit dia atau ada orang yang sponsor dia. DSAI apa dia mau peduli, janji dia dikenali, janji dia dapat cerita buruk tentang negara sendiri. tak lama lagi DSAI dan TIAN C akan datang ke London untuk memberi talk hal buruk BN dan pemimpinnya. Orang di London pun dah meluat dengan ceramah DSAI yang liriknya sama aje.

Orang dah sedar mereka buang masa dengar ceramah yang puny6a agenda peribadi.. Yang Untung Siapa??!!!! Bukannya DSAI tapi DAP yang akhirnta akan singkirkan DSAI bersama konco-konconya. Waktu itu tak tahu kita nak kondem siapa? Mungkin untuk DSAI riwayatnya akan dideklamasikan oleh DAP. Dah tentu PAS akan meluat dengan DSAI sebab dalam apa keadaan pun DSAI selesa dengan DAP.

SIRI 41: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

PERTAHANKAN JALUR GEMILANG KITA!!!!
Bendera kita. Jalur gemilang kita. Belum pun habis kehangatan kita meraikan kemerdekaan. Masih dilihat bendera kita berkibar lagi menandakan bagaimana identiti negara kita punya kedaulatan. Ada bendera besar dan ada bendera kecil, begitu ada ramai yang gembira kibar bendera.

Tapi disebalik hal bendera, kita lihat kurang ajarnya BENDERA di Jakarta. Mereka bertindak liar. Bendera mahu USIR duta KITA. Mereka mahu GANYANG Malaysia. Baguslah gitu. Negara ini depan belakang mahu ditaruhnya. Yang dalam negeri balun habis habisan pemerintah yang mahu kedamaian yang di luar negara mulakan provokasi demi provokasi. Ini angkara siapa?

Strategi siapa? Hah!!!! Kita tahu pelupornya tidak lain dari mahaguru REFORMASI. Jahanamkan kita kalau kita diam. Baru seorang amah di dera 500 di Jakarta bangun dan bertindak liar. Kita bila 4 Melayu di bunuh, di bunuh, di bunuh Melayu masih bersopan dan sabar memegang paksa petua dan ajaran agama. Kesabaran kita diuji. Baru seorang Cina mampuih. Seluruh negara dicahayakan dengan lilin.

Mereka berkabung tanda protes kezaliman. NAH!!!! Sekarang nilai sendiri erti kezaliman. Mana pakar pejuang kemanusiaan. Ayuh maju ke depan dan jawab di mana saja apakah perbuatan BENDERA itu suatu yang perlu dihormati? Mana Hindraf? Mana dia gerakan jalanan yang dulunya hero yang mahu tumbangkan negara? Kenapa perlu kita hormati rakyat kalau mereka tidak hormati kita? 

Jawabnya kita ada budaya kita ada RUKUNEGARA yang kita amalkan. PANCASILA mereka sudah rosak, robek dan tidak segar. Cuma akhir-akhir ini banyak sungguh biawak dan lintah yang berkeliaran mahu jahanamkan negara ini. Kita yang akan tentukan langkah. Kalau kita rasa perlu kita bertindak kita sediakan payong sebelum hujan. Ayuh kita maju ke barisan depan untuk nyatakan kepada sesiapa saja sama ada BENDERA, atau parti BARUA AMERIKA bahawa kita akan menentang mereka dalam apa jua cara yang perlu. Kita jangan harapkan PKR dan DAP untuk skong kerana kita rasa mereka ini parti yang memang gemarkan huru hara minda.

Berpaut pada mereka yang memimpin kita. Banyak keuntungan jika kita taruhkan masa depa kita pada parti yang dihormati oleh dalam dan luar negeri. Memang kita kalau guna Pakatan Rakyat untuk pertahankan negara kita akan dilenyek macam lempeng tapi kegerunannya akan ada bila BN yang diterajui oleh UMNO dengan barisan NGO yang cintakan Melayu merapatkan saf-safnya kita boleh dilindungi dari huru hara. Kita masih boleh k surau dengan aman, kita boleh hantar anak ke sekolah tanpa takut, kita boleh santai tanpa was-was.... AMIN....

Friday, September 24, 2010

SIRI 40: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Pasti PAS menerima LAYANAN BARU daripada DAP!!!!
Kenapa DAP nak sangat bersama PAS? Adakah kerana banyak persamaan atau banyak perbedaan dalam perjuangan parti? DAP ni kalau kita ungkap latarbelakangnya memang kita tahu akar umbinya. Mereka memang memperjuangkan nasib satu bangsa yang dianggap mereka telah ditindas atau perlukan pembelaan.

Mereka hanya mahukan suatu jaminan untuk tidak diapa-apakan kerana mereka tahu kalau tak kena gaya mereka akan diusir atau dihentam. Yang PAS pula adalah ranting perjuangan Melayu. Mereka pada awal penubuhan menentang tidak mahu bergabung dengan mana-mana parti yang bukan Melayu. Mereka tak setuju dengan UMNO atas sebab mereka tahu yang UMNO mempunyai kecenderongan untuk memahami semangat kemajmukkan di Tanah Melayu ketika itu.

Perjuangan??? Atau SURVIVAL POLITIK semata2... kebajikan rakyat tetap diABAIkan

Seharusnya kita faham yang asal usul PAS dan UMNO adalah parti yang berjuang untuk Melayu. Yang PKR ni pun, selaku parti serpihan, majoritinya datang dari ahli UMNO juga. Yang ada sikit sikit muka bukan Melayu tu adalah dari parti Sosialis yang tidak sehebat DAP. Kesimpulannya UMNO adalah ibu kepada beberapa parti yang ada hari ini kecuali parti sosialis  dan DAP.

Malangnya PAS hari ini tidak iktiraf UMNO sebagai ibunya. PAS lebih rela memilih DAP untuk berjuang menegakkan Islam. Ini yang agak pelik. DAP yang dari awal lagi menentang idea negara Islam sesekali naik bingung apabila ahlinya mahu Islamkan. Sebelum itu berlaku merka hantar ahli mereka untuk LIBERALKAN islam yang tebal semangatnya. Mereka masuk masjid, naik taraf nama kafir kepada khalifah, baca doa.

Yang PKR ni dapat sogokan dari CIA, melalui pertubuhan antarabangsa mereka dikehendaki menaikkan imej Amerika. PKR mahu negara yang majoritinya Islam tidak kutuk Amerika. Ini termasuk Malaysia. Itulah peranan DSAI yang ramai faham yang dia ni talibarut Amerika. Amerika mahu DSAI buat gerakan LIBERALKAN Islam dengan cara begini orang Islam tidak benci Amerika dan menyokong apa jua yang dilakukan oleh Amerika ke atas negara-negara Islam.

Cuba kita lihat apabila ada saja pergolakkan hal yang bersabit dengan orang Islam, PAS semacam reluctant untuk memulakan gerakan. PAS dah tak macam dulu lagi. Tapi kalau ada yang kaitan dengan UMNO lintang pukang mereka di barisan hadapan. Banyaklah contoh yang boleh diberi. DAP tahu PAS akan melakukan sesuatu bila mereka dapat kejayaan. DAP selalu sangat ada kabinet bayangan. DAP akan lakukan dengan membeli pemimpin PAS. Sekarang ni pun dah diajar macam mana mau bikin wang.

PAS pun secara terbuka sekarang cuba dalam lemah gemalanya kaut sikit sikit. Ni semua kerna DAP yang jadi tauke. Dulu PAS bukan camtu. Sekarang PAS kata apa peduli itu hal. Dia memang setuju habis untuk lingkupkan BN dan sapu bersih harta rakyat. Kalaulah PAS buat gitu kita ucap syabas tapi bayangkan jika PAS ketika itu disepak oleh DAP. Adakah orang Melayu yang sokong PAS akan ucap TAHNIAH pada DAP!!!!??????

Thursday, September 23, 2010

SIRI 39: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

SELANGOR FOR AUCTION & KELANTAN FOR SALE!!!! Ini adalah rumusan rakyat bagi 2 negeri. Negeri di bawah PKR bakal kena LELONG sebab bajet dan pendapatannya semakin tenat sebab terlalu hebat dengan usaha bagi rebet dan ehsan yang buta tuli.

Kelantan yang di bawah PAS telah terima derma RM4 billion kerana sumbangan atas bayaran tanah. WOW!!! Pertama kali dalam sejarah Malaysia (mungkin juga dunia) kerajaan secara terbuka terima duit yang maha besar. Hanya orang bahlol bin bangang yang akan bagi duit banyak itu kalau pulangannya tiada. Jumlah itu cukup untuk beli Kelantan. Lagi pun tanah di Kelantan tak la mahal sangat.

Hishh....hish.....!!!! Apa nak jadi dengan politik parti PKR dan PAS. Baru dapat peluang dan gadai segalanya. Apa nak hairan kerana penasihat ekonominya siapa?? Pakar bank dunia, DSAI!!! Ini mesti dia yang kata orait baru Nik Aziz bagi restu. Bila orang bising Nik kita mula buat gelabah. Orang gila pun tahu cara sumbangan diberi dan peraturannya.

Apa lagi kalau jumlah yang maha besar. Pemimpin-pemimpin begini memang mahu jual negeri. Siapa Untung??? Tentu sekali rakan JV mereka yakni DAP. Cuba rakyat Kelantan fikir apa yang PAS nak sangat dengan duit yang maha besar kalau tidak untuk kroninya. Jangan asyik cakap KOMISYEN KAPAL SELAM saja, sumbangan RM4 billion ini lebih dari HARGA 3 kapal selam secondhand. NAH!!!! mana dia haram halalnya. Tentu lepas ni banyak fatwa akan keluar tentang hal halalnya sumbangan diterima.

SPRM nampaknya tentu kena segera fikir siapa yang patut dipuji dan siapa yang patut ditaji. Yang di Selangor pula duit semakin habis tanpa rakyat mengetahuinya. Sekadar belanja beli tanglong bolehlah diteruskan tapi belanja mengurus rasanya untuk 2011 ni pegawai pun kena berhati-hati takut nak bayar gaji  tak dak duit maka terpaksa pinjam kat Kelantan yang mahakaya dengan duit songlap.

Silap-silap Nik kita ni yang semakin nyanyok akan beli Selangor melalui pelelongan. Kenapa? Tak percaya? Kenapa tidak kerana ini boleh dibuat melalui kerajaan dengan kerajaan. entah kenapa senario politik ini jadi begini punya cacamarba kita pun tak faham. Yang ulama dan alim banyak suka AUTA RAKYAT yang simple minded.

Yang berjiwa rakyat asyik bagi bagi free tu dan free ini. Akhirnya bila nak bayar penyelenggaran kantoi. Kedua-dua negeri ini bila lingkup ekonomi dia akan guna tanah untuk tebus kebodohan pengurusan negeri. Maka tanah yang ada akan jadi milik orang lain. Tak lama lagi orang akan lagi banyak datang negara ini untuk beli negeri.

Baguslah PAS dan baguslah PKR, ini yang dikatakan pejuang Agama, Negara dan Bangsa, Mungkin ini yang paling diminati oleh orang Melayu bila lihat negeri dijual.

Tuesday, September 21, 2010

SIRI 38: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Ramai orang Sarawak naik hairan. Kenapa tidak? PKR yang tahun lepas sunyi nampanya berTENAGA sungguh tahun ini dalam berjabat tangan dan memenuhi musim hari raya. Beberapa pemimpin tempatan mengiringi pemimpin PKR ibu pejabat untuk berjumpa dengan rakyat.

Mereka ke kawasan pendalaman untuk beberapa maksud. Pertama nak tunjuk mereka berjiwa rakyat. Kedua nak pancing undi untuk pilihan raya parti akan datang. Mereka juga buat tinjauan untuk pilih calon bagi pilihan raya negeri. Apa lagi, ramai yang ambil kesempatan terhegeh-hegeh nak tonjolkan diri, manalah tahu kot kot Azmin pilih mereka atau Zaid pilih mereka.

Sekarang ni join saja PKR pelung cukup baik untuk jadi calon. PKR apa peduli kualiti. Dia hanya nak hentam BN saja. Kalau nasib baik maka adalah beberapa CALON JALANAN yang dipanggil YB. YB dari PKR ni mana tau sangat nak handle hal masyarakat. Misalnya hal tanah. Dia tak tau pun details. Cuma yang dia cekap ialah maki hamun orang. Begitu juga DAP. Dia pun terhegeh-hegeh mengikut BUNTUT PKR.

Tak hairan ramai yang kata pilihanraya negeri akan datang satu pesta parti yang rakus. NAH!!! DAP dan PKR akan guna tektik REDAH. Mereka akan serang macam tebuan dengan propaganda yang kita semua boleh agak. Mereka akan kelirukan rakyat Sarawak yang cukup sopan. Apa saja yang dianjurkan kerajaan dianggap mahu menipu rakyat tapi apa yang dia orang cerita semuanya benar.

Kalau pun kita meragui mereka akan paksa kita habis habisan untuk setuju dan percaya dakyah mereka. Pelik betul DAP dan PKR. Masalah mereka di Selangor, Perak pun bergolak tak mampu nak handle ini nak jelajah Sarawak. Bukan apa, mereka ingat bila mereka dapat handle SIBU mereka boleh handle lain-lain tempat juga. Takkanlah semua orang Sibu semacam atau senada. Mereka orang budaya tinggi. Mana ada yang ditindih.

Di semua kawasan wakil rakyat BN lebih di terima rakyat keranai inilah wakil yang mereka pilih. Kalau wakil ini dah buat kerja, apa hal yang rakyat Sarawak nak ubah ubah. Mereka pun bukan bodoh untuk ikut seruan DAP. Mereka tahu PKR ni parti yang suka temberang rakyat. Kita tahu masalah utama rakyat uialah hal tanah, hal pembangunan, bukan sangat hal sosial kerana rakyat Sarawak baik budi dan lembut bahasanya.

Mengenai hal tanah penjelasan dan tindakan aktif dilakukan. Mungkin bila kita cakap dengan rakyat mereka lebih cepat faham daripada cakap dengan orang-orang atau ejen ejen  DAPPKR. Rakyat Sarawak tahu yang pilihanraya kali ini ialah DAP akan lawan BN. Pasti lain hanya tunjuk sibuk saje. Kita pun nak cabar DAPPKR apa lagi manifesto yang mereka mahu beritahu? Semua yang mereka bakal akan kasitau dah pun tertunai oleh kerajaan BN.

Rakyat Sarawak tidak akan lakukan seperti apa yang dah berlaku di Selangor dan Penang. Mereka ini dari golongan beruntungkah?

Monday, September 20, 2010

SIRI 37: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

WELL DONE MALAYS, WHAT NEXT? Ini kata-kata LEE KUAN YU bagi Melayu Singapura. Kalau realitinya PADAN MUKA MELAYU. Yang di Kelantan pula tak bangga jadi Melayu. Nik kita ni lebih DAP dari Melayu. Kemelayuan Nik kita ni dah macam kulit bawang. Akhir-akhir ni Nik teruja sangat dengan DAP.

Dia ni macam CINTA PERTAMA... Ayat-ayat CINTA begitu indah sehingga akhbar ROKET milik DAP terang dan bangga menyebut Melayu semakin dekat dengan DAP. Cerita hebatnya PAS pun tenggelam. Mungkin PAS tahu apa yang ada arahan jangan hebatkan falsafah PAS sangat takut DAP terkelincir dari dapat undi Melayu.

Parti Pakatan ini memang hebat pakatan mereka. Mereka ambil kesempatan berpakat bukan untuk majukan negara tapi pakat nak kutip undi, UNDI. Bukankah ini membosankan? Nah!!! Tengok saja kempen merosak minda Melayu ini. Hebatkan? Di Penang LGE dah dinaik taraf jadi OMAR AL AZIZ, sehinggakan Hadi Awang pun tak da sapa pun mahu naik tarafnya. Lantaran Melayu hari ini suka tidak suka dah diketahui jelas oleh DAP yang mereka ini boleh di beli, di goda, dan di cucuk hidung.

Melayu keletihan, Melayu berkecamukkan, melayu bukan semua sokong satu parti, Melayu EK lebih tapi masih khayal dalam dunia rempit mereka, dunia buang anak, dunia yang takut pada persaingan. apakah benar? Jawapan ialah jika kita terus bertubi-tubi di asak maka Melayu akan layu dan Cina akan bangkit dengan megah dan jadikah persatuan ini tamadun mereka, suatu tamadun yang ibunya ialah tanah besar Cina.

Tengoklah Melayu Singapura, tanya setiap mereka apakah bahagianya mereka sama rata dengan Cina? Jawapannya kita dah boleh agak.. Apa hebatnya Melayu disana?Yang ada pun Fendi pemain bola sepak. Itu saja, yang menarik kenapa dalam suasana Melayu Malaya ni tuntut pertahankan hak mereka. Singpura lak tanpa diundang mahu dunia tahu di Singapura Melayu sudah capai kejayaan!!

Ini jelas bahawa geraksaraf menerkam minda Melayu sudah aktif dengan gabungan Singapura dan DAP Penang. Kalau bolehlah minta Omar Al Aziz kita buat rombongan lawat Singapura. Bawak peniaga gerai Kompar, gerai DO RE ME, penduduk Jelutung. Bagi sat peluangMelayu ni belajar dari Melayu Singapura yang dikatakan telah berjaya. Sedarlah Melayu yang mereka ini kata Inggeris "VIRGIN SURROUNDED BY PROSTITUDE".

Sunday, September 19, 2010

DAP TUNJUK SIFAT KEMELAYUAN DALAM ROKET!!!!

HEBAT BILA MELAYU DALAM DAP!!! PENGKHIANAT BANGSA LUPA AKAN ASAL USUL DAP!!!!  


BAGI LA KEPERCAYAAN ANDA DENGAN DAP PASTI ANDA AKAN DIKUBURKAN!!!

Saturday, September 18, 2010

SIRI 36: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Pesta TANGLUNG di sibu, ramai yang meraikan. Cuba teliti dimanakah perasaan patriotik? Apa tidaknya, tak nampak pun KeMALAYSIANNYA. Tidak langusng ditulis bahasa tempatan atau bahasa Malaysia maka pakah makna pesta rakyat yang terlalu chauvinistik di Sibu???

Bukankah ini tempat DAP? Sebab tu mana dia peduli hal PERPADUAN dan PATRIOTISME. Yang dia  tahu ialah dia yang kawal bandar ini. Kenapa pencinta bahasa diam? Kenapa mereka pilih untuk langusng tidak guna bahasa Malaysia dalam apa jua kain rentang, poster, tanglong, t-shirt dan apa jua yang menunjukkan mereka cintakan tanah air ini? Inilah enjin DAP yang mahu tranformasikan sedikit demi sedikit negara ini kepada negara yang dimiliki oleh satu kaum.

Mereka yang memerintah, mereka yang berkuasa, mereka yang akan tentukan arah negara ini. Tinggallah Bumiputera terbiar, diasingkan, disisihkan dan apa lagi yang ada untuk Bumiputera miliki kerana DAP berada di atas. Mereka yang menyokong DAP tentulah gembira dan tentunya orang Cina. Ini open secret. Tapi bagaimana kalau talibarut DAP itu Melayu atau Bumiputera??? Bukankah malang bagi bangsa ini kerana membiarkan KUASA MEREKA DIBOLOSI dengan mudah oleh DAP akibat ketidak seriusan dan kehilangan cintakan bangsa.

Apa lagi yang ada bagi orang Melayu dan Bumiputera jika DAP memerintah minda mereka dengan semangat ala sosialis? DAP ini memang akan hancurkan satu demi satu hak dan milik Bumiputera. Jika Bumiputera di Sarawak majoriti kenapa perlu takut dengan DAP? Bukan orang Sarawak tak sedar akan kerakusan DAP tapi mereka di gasak dan digoda oleh agen DAP terutamanya PKR.

Tanya apa nasib Melayu yang menyokong DAP waktu pilihan raya kecil Sibu? Adakah mereka dibela nasib mereka oleh DAP? DAP ini setakat melalak dan membakar semangat memang pandai. Ini kerana mereka mahu lemahkan pegangan dan ketaatan pada bumi ini. Mereka tidak akan henti-henti berpura-pura mengatakan yang mereka pejuang. Pejuang apa? Di mana orang Melayu di Pulau Pinang, Bukit Bintang, Kepong, Kuching, Sibu, Butterworth dan banyak lagi tempat yang orang Melayu tersilap menyokong mereka.

Ingat bahawa kita dipersimpangan jalan. Jika emosi dan amarah lenyap cerita warisan dan cerita asal usul. Sedangkan mereka apabila berkumpul di mana jua tempat yang orang Melayu tak suka bersama mereka akan mengingati satu sama lain yang mereka perlu tumbangkan kuasa yang ada di tangan Melayu dan Bumiputera jika mereka mahu memegang kuasa.

Hitler of the EAST siapa? Rasanya kita dapat teka. Siapa lagi kalau bukan ***....

SIRI 35: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Suasana hari raya selalu menarik. Semua merayakan dalam suasana kesederhanaan. Rata-rata kita mewarisi sikap mengunjungi rakan dan taulan untuk bertanya khabar dan menyampaikan salam serta bermaafan satu sama lain. Bukankah ini satu tamadun yang kita mahu teruskan? Kita juga lihat kaum-kaum lain pun uturt serta dalam mengunjungi rakan muslim mereka.

Itulah PERPADUAN, itulah KEHARMONIAN. Bukankah itu sudah menjelaskan prinsip atau teras 1 Malaysia? Soalan yang ditanya sekarang kenapa susah nak bersatu? Siapa yang rosakkan atau siapa yang mahu meretakkannya? Adakah aktiviti sukan? Adakah aktiviti sosial dan kebajikan? Adakah aktiviti kesihatan? Tentunya tidak semua ini. Yang buat kelam kabut ialah politik parti.

PAS hentam UMNO. PKR hentam BN, DAP balun UMNO, MCA dan MIC. Kenapa PAS tak mahu maafkan UMNO? Adakah UMNO boleh maafkan PAS? Di musim raya ni parti politik masih tidak mahu balik ke fitrah. Penyatuan ummah apa kalau musim baik ini kita tak nampak tanda-tanda baik budi parti. Selepas syawal tentunya masing-masing jadi maam anjing dengan kucing. Apa salah jadi seperti aur dengan tebing?

Ini pun perlu seruan? Ini pun perlu diberitahu ka? Adakah dalam Perlembagaan parti mengatakan UMNO dan PAS adalah musuh sampai akhirat? Itu sebabnya umat kita digoda dengan dakyah DAP yang sengaja tidak suka cari jalan damai. Mereka boleh bersekongkol dengan PAS tapi mereka cop dan hina pemimpin Melayu UMNO. Anak-anak juga nak tahu pesan datuk mereka adakah warisan mereka ialah haram mengadakan majlis rumah terbuka UMNO-PAS?

Dalam kesempatan kita saksikan Quran di bakar, masjid di ceroboh dan dokotorkan, nama Allah dikelirukan apakah adil bagi generasi kita mewarisi hukum manusia yang rakus kuasa sehingga pendamaian tidak mungkin berlaku antara dua parti ini. Siapa UNTUNG?

Friday, September 17, 2010

SIRI 34: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Baca surat khabar sehari dua ini semua tertumpu pada TOLERANSI KAUM. Semua cakap hal perpaduan. Pihak berkuasa bagi amaran tindakan tegas pada yang ekstrimis. Baguslah kalau kita bagi amaran sebegini. Tapi di negara ini amaran selalu tinggal amaran. Selepas beberapa minggu dia mula balik perangai lama.

Tapi sebelum itu kita berhak tahu siapa yang benar-benar mahukan isu perkauman ini. Cina? India? Melayu? Setahu kita Melayu ni bangsa yang AKOMODATIF. Datang bangsa Arab dia lebih Arab dari Arab, datang bangsa Jepun dia lebih dari Jepun, darang dari India dia ebih BOLLIWOOK, datang dari Cina dia melayan lebih dari itu, datang dari Britain dia lak yang lebih British. Apa yang Melayu tak bagi? WARGANEGARA? HAK TANAH? HAK PENDIDIKAN? semua dia bagi dan diam kemudian hepi? 

Tapi bila dia bersuara maka Melayu ini dikatakan rasis. Patut ka? Bila Sosilawati dan rakan mati kenapa Cina tak sensasikan hal ini. Bila Kugan mati kenapa diam saja? Tapi seorang mati tanpa tahu sebab musabab di semua tempat dan di semua keadaan DAP menyemarakkan kes ini. NAH!!! Anak Cina NAMAWEE yang maki hamun pekerja Melayu TNB kelihatan DAP turut hepi. Bila guru Melayu mahu disiplinkan pelajar hal itu dibesarkkan dibulikan guru ini seolah-olah dosanya cukup hebat pada Cina.
Dia mahu semua hal termasuk biasiswa, kerja, permit tapi bila minta daftar sekolah jenis kebangsaan dia enggan! Siapa Rasis? Sehingga guru ajar bahas Melayu pun dia mahu dari bangsa Cina jua. Siapa Rasis? Apakah keadilan ini hanya untuk Cina semata-mata kerana merrka berada di sini dengan aman tanpa diganggu oleh Melayu? DAP adalah punca yang menggengterismkan pemikiran bangsanya sehingga keharmonian bangsa kini mula meluap-luap.

NAH!!! sekarang parti ini mahu jadi jaguh Melayu pulak!!! Cukuplah DAP oi!!! Jangan lagi memperbodohkan Melayu dengan meniup hal perkauman sebagai mahukan undi Cina kekal dan jangan cuba kaburkan minda Melayu dengan janji manis. Yang untung kita tahu akhirnya Cina juga. Melayu nak ke mana??? Belum tentu Indonesia terima, belum tentu Filipina terima, belum tentu Siam terima. Mesti ingat ini tempat sudah sah yang Melayu terima semua orang dari Thailand, Filipina, India, Cina.

Sekarang adakah tuan rumah nak di halau???? Ibarat kata Belanda minta tanah atau bagi betis nak paha. Siapa RASIS???

Tuesday, September 14, 2010

SIRI 33: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Tergamam sekejap bila baca tabloid SINAR selasa 14 September di muka surat 10. Beritanya adalah mengenai seorang Melayu yang jadi Ketua Cawangan DAP Lembah Kinrara. (Artikel penuh - Nafi dakwaan DAP Melayu Terkubur).

Beritanya mengenai seorang Melayu yang jadi Ketua Cawangan DAP Lembah Kinrara. Dia kata dia bosan dengan UMNO. dia puji Teresa Kok (ratu****). Dia cabar bila-bila saja kalau buat undian BN akan kalah.

"Haron yang mengulas laporan akhbar ini kelmarin berkata, menyertai cawangan itu bukannya bertujuan untuk memecahbelahkan masyarakat kampung tetapi kerana sudah bosan dengan karenah politik UMNO yang tidak mahu mengambil tahu hal penduduk yang majoritinya berbangsa Melayu."

Ish... ish...ish...!!!! Hebat gak, lebai kita ini. Dulu waktu lebai ini kecik...kecik... tentu bapa dia juga ahli UMNO dan mesti bapa dia melaungkiang DAP musuh UMNO atas alasan yang tak perlu lagi kita huraikan. Nah!!! Lepas saja 2008, lebai ini dengan mudah tanpa banyak buat kajian, mempengaruhi minda orang Melayu dengan menyokong DAP.

Kita tanya lebai ini, kenapa pilih DAP dan TIDAK parti PKR atau PAS??? Sementara dia cerita buruk UMNO tentu lebai ini dirasuk dek TERESA. Apakah yang dibisikkan oleh TERESA? Tentunya hal keburukan PKR dan PAS. Atau pun PKR dan PAS meluat dengan perangai lebai ini. Jadi ada dua ulasan. Satu memang lebai ini pungutan jalanan DAP. Kedua, lebai ini semua parti Melayu singkirkan dia.

Ish!!Ish!!!! Ish!!!.... Lebai oh lebai. Dah sampai begitu mudah memperjuangkan ideologi yang memihak pada agama bangsa dan negara. Kita harap lebai ini balik la kepangkuan bangsanya. Fahami objektif politik TERESA yang memang mahukan undi Melayu.  Dia datang bukan tanya hal Melayu. Dia datang begitu bagaimana dia dari bangsa bukan Melayu lebih baik dari Melayu dan dia mahukan lebai ini perjuangkan ideologi DAP lebih dari parti PAS, mahupun PKR atau UMNO.

UNTUNGKAH LEBAI INI???  Gamaknya apa pesanan lebai ini pada cucu cicit dia ye!!!!!



Sunday, September 12, 2010

SIRI 32: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Kalau tengok  BERITA AWANI hari ini kita boleh ucap tahniah pada DAP kerana parti ini diramalkan akan menang pada Pilihan Raya akan datang. Tambahan lagi Nik Aziz pula mahukan orang Cina Islam dakwah Orang Melayu: NAH!!! Ini amat jelas orang Melayu sudah sampai ke tahap yang mempunyai risiko.

PERTAMA - Kehebatan orang Cina di Penang dilihat terserlah dengan sokongan Melayu. Jika asas ini benar maka Melayu memang di bawah telunjuk orang Cina atau Melayu sudah letih, sudah tiada stamina, sudah terkikis fahaman tentang politik. Anak Melayu akan hilang arah dan mereka akan meracau macam peleset yang mengamuk.

Begitu zombienya orang Melayu di Penang. Sekarang setujukah kita bahawa minda Melayu telah ditawan oleh DAP. Kita tak nampak bagaimana UMNO mahu atur strategi menam bat hati orang Melayu Penang. Kita tahu Melayu akan menjadi minoriti, kita tahu yang Melayu akan menjadi peminta sedekah, kita tahu nasib anak Melayu, nasib cucu cicit mereka akan tersisih.

Apa guna Penang menjadi mutiara tetapi yang meleset dan merempat ialah Orang Melayu. UMNO mesti memikirkan bahawa orang Melayu tak setuju dengan pemimpin yang pentingkan diri sendiri. UMNO memang telah menjiwai hati orang Melayu tapi kekentalannya menjadi rapuh bila DAP mengasak dengan sogokan minda.

KEDUA - lihat bagaiaman PAS mula mengikut dendangan DAP. Nik Aziz sendiri meletakkan bagaimana orang Melayu perlu belajar Islam dengan lebih baik dari saudara baru. Memang satu kenyataan yang memihak pada DAP. Kita paling bersyukur bila nak tengok bagaimana apabila DAP di Islamkan maka DAP akan mendakwah PAS. Apa cam? Kalau teori Nik Aziz ini benar boleh berlaku maka seluruh umat Islam yang dari bangsa Melayu patut sokong Nik Aziz kerana Nik Aziz akan pastikan LIM GUAN ENG menggunakan nama OMAR IN ABDULLAH.

Syukur kita jika ini berlaku. Kita sudah ada kekuatan dalam Islam. Manakah tidak, selepas kita mengislamkan DAP kita akan menjelajah ke spura untuk Islam kan LEE KUAN YEW.. Ketika itu tidal lagi kita risau JEWS OF THE EAST. Atas hujahan yang sama PAS harus istihar bahawa mereka ada strategi dan blueprint untuk mendakwa DAP.

Kalau macam inilah cara PAS maka yang untung memang orang Islam. Kita tengok apa langkah LGE tentang cadangan mendakwah UMNO apabila dia masuk Islam dalam masa terdekat ini. Kita boleh lihat dalam masa terdekat HAJI KARPAL bersama kita sewaktu solat Jumaat dan jika PAS masukkan Lim Kit Siang dalam sekolah pondok maka satu hari nanti ustaz Lim ini akan baca khutbah Jumaat. Hebat idea Musyidul KITA!!!!

Saturday, September 11, 2010

SIRI 31: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Ramai yang berkunjung ke rumah sahabat handai, taulan dan rakan dan saudar mara untuk bertemu mesra dan  bermaafan. sambil makan minum, perbualan teru merancakkan suasana pertemuan. semunya bercakap hal nasib dan masa depan anak cucu. Baik dari segi pelajaran, peluang pekerjaaan, kadar jenayah, buruh, harga makanan dan masa depan kestabilan politik yang semakin membimbangkan.

Apa tidaknya, terakhir ini telah menjelma ramai syaitan politik yang mahu hancurkan segala yang diwarisi, dimiliki dan dipersetujui. Sasaran syaitan politik ini ialah MINDA. Minda yang mudah digoda tentunya Melayu dan peribumi. Lemah lembut dan kesopanan mereka membuka ruang untuk mudah digoda dan dicelarukan. Pelbagai pendekatan dibuat, melalui sogokan, melalui fakta yang tidak benar dan banyak lagi ramuan yang dimasukkan dalam usaha menanam semangat bencikan pemimpin dan parti yang diwarisi.

Ada yang tanya apakah syaitan itu DAP? Lantas, ramai yang jawap siapa lagi? Mereka ini tersusun langkah kerana perjuangan melenyapkan Melayu sedang dalam progress yang baik. Mereka hentam UMNO tapi gunakan PKR dan PAS sebagai penyampaiannya. Mereka godam pemimpin kita dengan tema rasuah... rasuah...rasuah...

Mereka mencemari agama kita dengan menguji kekebalan ualama dan jawatankuasa surau. Syaitan ini tidak tamat disitu saja. Dia pura-pura gelabah bila mereka tutup pintu rezeki Melayu. Caranya menghalau mereka dan roboh ....roboh....roboh... gerai dan kediaman mereka. Tapi bagi kaumnya apa jua dibuat boleh dihalalkan. Buatlah temasya atas jalan raya dengan stall yang penuh dengan juadah daging dan binatang yang dibunuh.

Itu boleh, kita tanya wakil rakyat Jelutung dan wakil rakyat lain kawasan kenapa diam. Mereka juga DAP. Mereka juga PKR. kenapa membisu???? Sekarang rakyat nak menghala nasib mereka kepada seiapa lagi. Mereka awalnya ingat ada pilihan. Mereka ingat perlu perubahan. Mereka ingat perkara baru semuanya bagi hasil baik. 

NAH!!! Sekarang sudah berubah. Kenapa orang Melayu menjadi gugup dan mula membicara nasib anak cucu? Adakah mereka menyesal di atas kebebasan yang ada pada mereka? Apakah mereka mahu silap lagi election akan datang? Kalau mereka ini sedar yang Melayu ke zaman telingkupnya maka perlu ada segera kebangkitan. Sebab tu bila PERKASA sebuah badan NGO mula kan suaran lantang, cepat....cepat mereka label, mereka tampal, mereka kata apa jua yang kesemuannya, mirip hal rasis. 

Siapa rasis? DAP atau UMNO atau PERKASA? DAP bimbang kehadiran PERKASA kerana mereka bukan maki buta tuli. Pakai otak siskit-sikit. Pernahkah mereka kata yang bukan bukan macam yang dilakukan DAP? Mereka adalah NGO yang mempertahankan HAK MELAYU. Itu pun salahkah? Yang DAP nak sepak hak hak Melayu ini macam mana?

Itulah sebabnya orang Melayu semakin berang dengan kerenah syaitan ini. Ada yang kata kalau besoklah election mereka akan tentang habisan DAP atas nama dan perlindungan anak cucu mereka. Mereka sudah bosan dengan penindasan MINDA. Mereka kata lagi, mereka juga ada hak dalam menghitung untung atau rugi menyokong syaitan politk. Kita tunggu waktunya!!!!






Friday, September 10, 2010

SIRI 30: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Terkejut lagi saya bila berbincang dengan beberapa anak muda di Penang. Mereka beritahu di kawasan majoriti Melayu di Pualu Pinang ramai orang jadi broker nak jual tanah pada orang Singapura. Tumpuan sekarang di Telok bahang dan Balik Pulau. Habih la Melayu dari pulau ini dalam masa yang tidak lama lagi.

Orang Singapura ini memang dah lama tunggu peluang ini. Bila LGE bagi ruang depa akan sapu abih. Mereka akan lakukan apa saja untuk Melayu sudah hilang tempat berkumpul di mana jua kita pergi tanah di jual pada Cina. Mereka akan cari jalan untuk tanah ini berterusan di tangan mereka walaupun BN ambik alih selepas ini.

Anak muda ini kasitau yang mereka kesal dengan sikap orang Cina yang baik kepala, gerai Melayu di roboh tapi stail jual babi di merata jalan sehingga orang Melayu sukar untuk pergi jalan-jalan di kawasan Gorgetown. Anak muda ini bukan ahli UMNO atau menyokong BN. Cuma kata mereka BN memang patut diberi peluang kerana mereka sudah insaf.

Lepas ini mereka akan lebih baik jika calon-calonnya bukan dari golongan kemaruk dan makyei. Mereka tanya adakah BN ada peluang? Sebenarnya mereka dah meluat dengan LGE yang tak tunjuk sesuatu yang hebat. Dia asyik dengan sembang kosong. Kalau pun ada perancangan ianya bukan untuk orang Melayu tapi faham-faham sajalah siapa yang akan dapat untung?

Mesti sedara mara mereka dari spore..... anak-anak muda ini setuju bahawa mereka menyaksikan kebodohan Melayu Penang kerana di sogok seringgit dua untuk puji puja. Orang Melayu pin la ni tak malu pergi rumah ke rumah minta duit raya. Kalau tak di rumah minta duit raya. Kalau tak diberi depa marah-marah. Kalau budak-budak tak pe jugak.

Ni dah dewasa dan mereka kerja angkut sampah. Inilah wira yang dicanang oleh LGE. Anak muda ini bersedia untuk berdepan dengan Melayu yang disongsangkan kerana mereka tahu dengan sikap Melayu di Penang yang tidak ada prinsip. Anak muda ini sedar Melayu sudah di beli dan Melayu Penang sudah merosot semangat juang.

SIRI 29: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

LGE berkata dalam 'RISALAH CAT' "BN ni manusia pun dia, hantu pun dia". Apa macam BN? Betulka? Dia cakap sedemkikian bila mengulas kes nasib 200 penduduk jalan Pokok Assam Jelutung yang mendapat perintah mahkmah untuk keluar dari tanah atas tujuan pembangunan. Kerajaan DAP ini hanya berjaya tangguh hingga Oktober nak fikir apa langkah yang dikatakan "WIN WIN".

Dalam pada itu LGE seperti biasa kata masalah ini masalah dulu di bawah BN. Apa punya mangkuk hayun LGE ini. Semua yang masakah mesti rujuk hal dulu. Tunjuklah kreativiti, tunjuk kehebatan. Kalau setakat bole tangguh 3 bulan tak payah tunggu kerajaan negeri campur tangan, Penolong Pegawai Daerah pun boleh buat.
Apa yang Melayu Jelutung nak tengok ialah hal kebajikan, kehebatan Omar Al aziz, kenapa nak perlu kata perlu cooling off lagi??? Nak sekarang baru LGE tahu betapa rumitnya hal kemasyarakatan. Dulu masa pandai menyalak macam-macam idea dia bagi. La ni camna???? Dia kata dia akan bagi amaran supaya tuan tanah masa depan kena fikir hal setinggan sebelum buat pembangunan.

HELLO LGE, tahukah sejarah kependudukan Melayu di Jelutung? Pernah pada 1979 kita cuba tinjau bagaimana mahu selesai hal mereka tapi kerajaan BN biarkan dulu sebab priority bukan di Jelutung ianya mesti fikir tapak penempatan terlebih dulu. Sebab itu Jelutung memang pendudukannya begitu. Dah lama mereka hidup tanpa diusik.

Ini baru 2 tahun perintah sudah tidak mahu campur tangan peringkat awal. Cuma yang berani pun ialah lepas dapat keputusan mahkamah. Ini makna LGE lepas tangan peringkat awal-awal lagi. sekarang dia kata kalau buat sesuatu itu pelanggaran perintah mahkamah. Ingat orang Penang tunggu sampai macam tu ka? Cuba hal ini kita buat dekat Kampung Pulau yang penuh dengan Cina berani LGE cakap macam dia cakap kepada 200 penduduk.

RM10,000 itu upah pindah tapi kerajaan negeri harus cekap buat tawaran penempatan. Hai, kata hebat jaga kebajikan kenapa lembab bertindak. Dia kata di tanjung tokong bawah UDA kita roboh tak bising pun. HELLO LGE!!!! di sana adalah penempatan semula, penduduk tak dihalau , kita ada skim, kita ada pelan penempatan.

Itu yang bezakan antara BN dengan PR. Entahlah apa nasib Melayu Penang. Baru 2 tahun perintah di sana sini kita dengar hal roboh!!! Roboh!!! Roboh!!! Cub buta renungan sikit, budaya siapa yang suka minta mahkamah selesaikan masalah sosial. Ini semua kerja PR. Ingat, mereka mahu kuasa, bukan setakat negeri malah federal. Mereka tahu mereka tak bijak urus hal sosial takut gagal sebab tu depa suruh buat melalui mahkamah supaya depa dapat rujukan mudah.

HELLO LGE!!! Ini trick kita semua sudah faham. Apa salahnya kalau di Jelutung kerajaan negeri istiharkan penempatan Melayu seperti di Kampung Baru KL? Atai Kampung tradisional? Ah susahkan?Kalau setakat semu itu ini jadi susah apa guna ada alternatif punya kerajaan. Jangan ingat kita tak perhati chauvinisme kamu wahai LGE. kami tahu yang untung itu akhirnya siapa!!!

SIRI 28: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Kerajaan negeri Penang memang dah gubra tentang persepsi rakyat yang kata DAP di bawah LGE anti Melayu. LGE resah dan dia pun guna media negeri untuk semaikan benih cintai DAP. Nama rislah depa ialah CAT (bahasa Inggeris yang ikonnya "KUCING" yang kita tahu kucing tu di Sarawak, di Penang dah lama terkenal dengan MUTIARA. Siapa yang hebat akal yang pilih CAT?

Kononnya CEKAP, AKAUNTEBAL, TELUS. Hah!!!! Hebatkan? Kalau sebut baik-baik roket! roket! roket! dah hampir dengan nama cat! cat!. Cuba tengok CAT dan DAP hampir dekat kan? Ini impresionistik. Dalam berita yan hampir 30 muka surat dengan memuatkan 3 bahasa LGE telah menipu pembaca Melayu. Dia tak cerita tentang pelajaran, pendidikan dalam bahasa Melayu tapi yang dia sebut dalam bahasa Melayu ialah tentang gera-gerai yang datanya dianggap lucu sekali.

LGE pun ambik kesempatan mengadu kenapa orang anggap dia anti Melayu, dia setuju kalau orang kata dia anti BN. Hah!!! Bijak.....bijak... Risalah CAT ini tunjuk hal hal fringes yang menunjukkan propaganda untuk memenangi segera hati Melayu dan mententeramkan hati India dan Cina. LGE tunjuk bagaimana akrab dia dengan timbalannya dengan cara berpelukan, tunjuk bagaimana TYT hadir function agama.

Nah CAT ini adalah "ALAT NEUTRALISE" sentimen yang paling direstui oleh LGE. Semua yang dia cerita tak ubah macam kempen sayangkan LGE. Itulah harapan LGE. Namun rakyat harus faham anak dan baca CAP ini tidak akan insaf dan merasa bersalah jika Melayu junam dalam lembah yang tak lagi boleh dihormati. Tunggu masanya di mana LGE akan jadi firaun yang terkenal di rantau ini.

Jadinya begitu adalah sokongan orang Melayu. Ketika itu berlaku adakah generasi masa depan menjilat LGE  atau mengutuk kita yang tahu sejarah DAP tapi tak lakukan apa apa. Untungkah Melayu ketika itu?????

SIRI 27: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Duit raya pada hari raya adalah kegembiraan anak-anak, yang jadi warga emas, yang kurang bernasib baik. Di Penang kita tanya LGE banyakkah DAP bagi duit raya? Tentu depa jawab ada tapi tak banyak la macam parti lain sebab depa baru dapat kuasa. Baru 2 tahun. Lagi pun kata LGE depa memang dah dok bagi duit setiap bulan untuk mereka umur 60 ke atas.

Kalau ada kematian, tak hairanlah apa bangsa dan agama asalkan umur 60 tahun ke atas dia bagi RM1,000. Hebat juga LGE mengurus Negeri Pulau Pinang. Orang Penang pun apa lagi, tak kira apa bangsa dan apa parti pun lintang pukang tunjuk muka kat pejabat ROKET. Bila nama dah daftar setiap bulan pungut dari Malayan Banking.

Itu kot sebabnya ulama ka, cikgu ka, buruh ka, semua seronok dengan LGE sampai doa dekat dia. HEBAT!!! Cuba kita fikir kenapa kerajaan sebelum ROKET tak fikir itu semua. Sebab cara pembangunan bukan bagi duit semua darjat. Kita bagi kepada yang perlu, bukan pancing cara membazirkan cash flow. LGE faham hukum ekonomi. Dia bukan bodoh. Dia melabur untuk KUASA. Dia sanggup jadikan negeri ini penuh hutang tapi untuk hanya 2 tahun lagi.

Pancing dengan bagi duit lagi tingkatkan kesetiaan pada LGE berbanding dengan parti yang bagi longkang, psar, masjid, sekolah. Ini dia nanti kata kerja parti satu lagi. Bila satu lagi parti bagi duit depa nanti kata rasuah politik. Kalau depa bagi rata-rata kata itu duit rakyat. Hebat tafsiran: LGE tahu kalau dia tak lagi berkuasa maka parti akan datang akan menghadapi masalah untuk menghentikan amalan dia.

NAH!!!! LGE sudah tawan minda rakyat Penang. Nampaknya semua mesti jadi setia hanya dengan duit. Tak kira sama ada 20 sen ka 10 ringgit ka atau berapa pun jumlahnya. Tak hairan dulu lagi orang Cina selalu kata ini Melayu boleh beli punya. Kasi sikit wang dia mesti kautim. Ingat tak dulu dulu kita sebut duit kapi tapi la ni LGE tak nampak langusng untuk menghentikan amalan sogok minda dengan wang.

Apam lagi Melayu Penang pun buat kenyataan. Cukup lama depa tak makan duit gomen. Baguih Cina Guan Eng dia yang mula bagi duit gomen kat rakyat. Rakyat sudah jadi kabur antara duit dengan subsidi, antara 20 sen dengan insentif, antara 20 ringgit dengan bantuan persekolahan. Entahlah berapa lama hal yang tak ekonomikal ini akan diteruskan??!!!

Nanti bila dana negeri hampir bankrup depa akan kata federal tak sokong bagi geran, depa akan pujuk bagilah depa peluang lagi untuk terus perintah. Jangan langsung kita lupa ekonomi. kalau kita lupa maka kita tak akan tahu yang LGE mahu KUASA, KUASA, KUASA. Itu saja.

Dia apa peduli hal ekonomi ka atau apa jua hal mengenai urusan negeri. Kuasa bagi dia hanya melalui wang yang mustajab dalam pemikiran rakyat khusus orang Melayu. HEBAT. Cuba tanya siapa yang UNTUNG?

Wednesday, September 8, 2010

SIRI 26: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Terkejut gila!!!!! Rasa macam tak percaya!! Kenapa? Untuk kali pertama dalam sejarah penulis, beliau berbicara dengan orang Melayu Penang yang mengaku akhlak Cina lebih mulia dari akhlak Melayu. Yang lebih dikesali bila ada yang sebut kita patut bersyukur bahawa kain putih yang diperbuat di negeri China itulah yang mengkapankan mayat orang Islam.

Mana ada kain cap Melayu?Apa masalah kalau orang Cina masuk masjid berbanding dengan akhlak orang Melayu yang semakin teruk di bawah pemerintahan UMNO. Baru 2 tahun DAP perintah Penang, orang  yang dulunya pejuang Melayu hari ini tukar pendirian mengatakan betapa buruknya Melayu berbanding dengan Cina.

Adakah prinsip perjuangan membela bangsa lebur atau semakin kita hilang ketebalan membela tradisi bangsa? Siapa yang membasuh dengan FEB atau BREEZE semangat orang Melayu Penang? Yang lebih mengelirukan kenapa UMNO yang dikaitkan dalam menciptakan satu persepsi yang serba kelainan?

Wahai orang Melayu, kenapa daya penganalisian menjadi begitu dangkal semata-mata wujud kemarahan pada UMNO? Adakah UMNO sebusuk itu? Rasanya kita jangan terikut-ikut rasionalisasi dakyah yang liberal dan dakyah anti UMNO. Jangan kita persoal harapan ulama, jangan kita pertikai harapan orang lama bahawa Melayu sudah hilang arah.


Tidak ada hebatnya dan tidak ada manfaatnya jika kita hukum UMNO buta tuli sehingga kentut DAP pun kita mengaku wangi. Rupanya Melayu Penang sudah sedia untuk diKUBURkan semangat KEMELAYUAN. Ya mereka bangga dengan OMAR AL AZIZ yang dicelupkan. Soalnya dengan temuduga dua tiga ekor Melayu ini adakah cukup untuk kita buat satu andaian bahawa Melayu di Penang sudah terperangkap.

Untuk hidup senang di Penang adakah Melayu di Penang dimahukan mengaku yang DAP itu pejuang bangsa? Untuk tidak diusir keluar Penang adakah orang Melayu perlu puja udaya dan akhlak Cina. Fikirkan baik-baik supaya kita tahu beza yang palsu dan tulen. Malang jika arah tuju kita sudah ditetapkan untuk menyokong membabi buta. Untung besarkah kita bila kita mendewakan DAP dan menghina UMNO?????

SIRI 25: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

CARDINAL Theodore McCarrick (tengah) dan presiden Persatuan Islam Amerika Utara Dr Ingrid Mattson (kanan) serta beberapa pemimpin agama lain mengutuk meningkatnya sikap tidak tolerans terhadap Islam di sidang akhbar di Washington, semalam. Sumber: Berita Harian 9 Sept 2010
 
Sejak kecil kita diajar bagaimana menghormati kesucian agama. Bersuci dan berwuduk sudah jadi amalan yang perlu dilakukan bila lakukan ibadat. Itu saja tidak cukup. Tempat ibadat mesti bersih kerana di tempat sedemikian kita lakukan ibadat. Begitu juga apabila menyentuh al-Quran dan bila kita mahu membacanya kita mesti bersih diri.

Kita dilarang meletakkan Al-Quran di tempat yang tidak sesuai dan beitu juga Al-Quran adalah rujukan agama yang memuatkan kata kata Allah. Beginilah kesucian diukur dalam mengamalkan prinsip dalam peraturan keagamaan. NAH!!! Sempena 11 September di Amerika satu perancangan yang biadap dan penuh sialan diumumkan.

Orang Amerika sediakan tempat khas untuk bakar Quran. Bayangkan betapa hebat kita menempuh satu cabaran. Allah tentu murka mahluknya sedemikian kurang ajar. Walaupun ramai yang bantah cadangan ini tetapi sudah cukup kita tahu bahawa agama kita langusng tak dihormati.

Dulu kalimah Allah, semalam rumah Allah  dan sekarang ayat allah. Kenapa kita BERDIAM? TERKEJUT? Sudah sekian lama penulisan ini membayangkan bagaimana kita perlu sekata dan berjuang atas nama agama, bangsa dan negara. Kita tak pernah diajar untuk lakukan kebiadapan pada agama lain tetapi kenapa agama Islam asyik asyik menjadi sasaran.

PAS patut tahu apa yang nak buat. Jangan asyik tafsir dan melayan politik murahan DAP. PAS patut segera berdemontrasi ramai-ramai dan keluarlah tafsiran dan hukum pada kelakuan sedemikian. Rakyat menanti nanti  apakah panduan yang akan ditunjukkan oleh PAS.

YA!! sekarang bakar Quran besok apa pula yang akan diciptakan untuk melenyapkan Islam. Mereka telah menyambut seruan mahu hapuskan Islam, kerana rujukan Quran dianggap kekuatan Islam. Ya Allah kau turnkan bala pada mereka yang tidak menghormatimu.

Tuesday, September 7, 2010

SIRI 24: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKRIAN ANDA?

Kenapa dewasa ini orang Melayu diseru supaya BERSATU? Adakah orang Melayu sudah mengisytiharkan perang SESAMA MEREKA? Atau adakah orang Melayu sudah ada tanah jajahan sendiri yang mahu mengasingkan dari Melayu yang tidak ada jajahan? Adakah sudah wujud diskriminasi antara Melayu lama dan Melayu baru atau Melayu moden dengan Melayu Glokal?

Apakah yang nak DISATUKAN? dan apakah yang perlu ada untuk bersatu? Rakyat Melayu diliihat berpecah tidak lagi sehaluan. Melayu berjaya dipecahbahagikan. Melayu diperalatkan. Jika ini terus menular maka ianya akan membuka ruang untuk Melayu yang lemah mudah dipengaruhi dan mereka akan mudah bersetuju bila keistimewaan mereka mahu diketepikan.

Idea ini dipelopori oleh DAP. DAP mereka terasing. Habis paling kuat pun mereka mampu perkukuhkan  bangsa Cina yang hanya 24%. Mereka langusng tak dapat menembusi Melayu melalui UMNO dan PAS. Tapi bila PKR wujud dan bergandingan dengan PKR maka DAP melihat ini satu ruang baik untuk INFILTRATE pemikiran Melayu.

Mereka lakukan melalui tokoh Melayu seperti DSAI. Mereka lagi bersemangat bila mana DSAI menghampiri PAS dan mahukan PAS bergabung dengan DAP. Penyatuan pada PAS dan DAP ialah PKR. DAP melihat ini satu lagi ruang kerana PAS adalah seratus peratus Melayu. Konsep 3 lawan 1 adalah harapan DAP bila UMNO mahu dihapuskan atas alasan yang pelbagai.

DAP dapat memahami apakah pemikiran dan kelemahan PAS. Begitu jugalah dengan PKR. Bagi PKR, DAP lebih cepat faham hasrat mereka. Mereka perlu jawatan, jawatan dan jawatan. Yang DAP masih samar-samar ialah PAS. Sebab itu mereka mencuba kehebatan dan keampuhan PAS melalui hal agama. Hasilnya PAS menyokong gerakan gempur masjid.

Nampaknya PAS cukup serasi dalam tolak ansur.Maka ternyata PAS ini pun tidak ada pegangan kukuh malah hampir juga samanya dengan PKR yakni jawtan, jawatan dan jawatan. Kemudian DAP mahu lihat samada UMNO masih kuat atau tidak Maka dikemukakan isu Melayu. Jika UMNO diam dan tersipu-sipu apabila diperlekehkan maka DAP sekali lagi tahu yang Melayu punya pendirian yang tidak menentu dalam hal agama dan bangsa.

Jika ini berlaku dan dapatdisahkan maka DAP akan mengatur strategi mengukuhkan pengundi Cina untuk ambik alih kuasa Melayu. Sekarang faham kenapa Melayu diminta bersatu? Lagak DAP ini mudah. Mereka tahu mereka parti yang tidak mewakili majoriti rakyat tapi tahukah kita yang DAP adalah parti yang terbesar di Malaysia!!!...

Apa tidaknya mana ada parti yang mewakili semua negeri? UMNO pun tak dapat kerusi di Sarawak, tapi DAP ada. Melayu tidak sedar rancangan strategik DAP. Kalau pun ada yang sedar mereka sekadar menyepi bahasa saja sebab kurang mahu peduli hal politik. DAP pun tahu hal longlainya Melayu masyarakat Starbuck ini. Sebab tu dia cuba cucuk buka hal biasiswa lagi tapi kali ni lebih dari itu. Teori "hit the head" adalah tindakan berani DAP.

Bila ini berlaku maka kemusnahan tetap dapat dihasilkan. Itulah sebabnya agama dan hak keistimewaan dipertaruhkan. Nampaknya DAP is not going to waste their GOLDEN MOMENT. Itulah yang ramai penganalisis segera menyarankan peri pentingnya Melayu memahami taktik ini dan BERSATU!!!!

SIRI 23: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKRIAN ANDA?

Memang membosankan kalau kita ulang-ulang hal yang sama. Misalnya hal rasuah, jika di ulang-ulang ianya ibarat suatu yang teruk sekali di sesebuah negeri. Begiulah seterusnya mngenai ketidakadilan, ketidakupayaan, ketirisan, kepincangan dan ketamakkan.

Memang betul ianya perlu atas dua penjuru. Pertama, ianya memang sudah mejadi satu wbak dan tak lagi ada tanda untuk membaiki atau memulihkan. Kedua, ianya suatu peringatan ikhlas supaya kita tahu gejalanya. Jadi mengulangi sesutau perihak itu harus dikaji dan dinilai dari dua sudut.

Namun apa yang kita lihat dewasa ini ialah provokasi yang berulang-ulang dalam hal perlembagaan dan agama. Kita tanya di mana pula wujud hal negatifnya dua perkara ini? Yang pelik 53 tahun lalu tak menjadi isu sekarang dah jadi satu yang perlu "review".

Misalnya, debat mengenai hak istimewa orang Melayu. Apa yang kita nak kaji? Di mana rosak dan cacatnya hal ini? Inilah sifat orang yang kemaruk. Perkara yang tidak rosak mahu dibaiki. Akibatnya? Memang boleh jangka. Kelau sekadar cetusan pergeseran lidahlah ia serius sangat tapi perlu juga ingat mereka yang tak pandai menulis dan bicara punya semangat.

Mereka ini kalau disengat sesuatu yang mereka fikir melampau maka darah dan airmatalah yang kita bakal saksikan. Begitulah juga hal yang sama dengan agama. Satu ketika kita semua terkejut tentang Kalimah Allah yang jadi bahan perbahasan intelektual. UNTUK APA? Adakah sekadar mahu tunjuk kalimah ini perlu ditukar atau kalimah ini bukan milik Islam?

Ini semua perbuatan BAHLOL. Gaya bijak pandai kita sudah tersasar matlamat. Ada yang kata apa salahnya kalau kita ketengahkan hal ini. Memang sekadar bertanya ianya dibenarkan tapi kalau ilmu tak kemana hebatnya jangan mengenepikan nasihat ilmuan yang memang bernas.

NAH!! Sekarang dah melarat nak ceroboh tempat ibadat. Seolah-olah ada suatu yang pelik sedang melanda. Bukankah benar kalau kita kata sudah ada ancaman!!! Kita sekadar bertahan dan mampu menasihati. Tapi kita juga mesti terima hakikat bahawa ramai sekali yang menganggap ancaman ini sudah melepasi sempadan kesabaran.

Pihak berkuasa harus tegas. Jika ada yang cuba nak kurang ajar kita cepat-cepat asingkan mereka. Pengasingan ini bukan nak hancurkan malah yang penting untuk pulihkan mereka dari terus menjadi sesat dan alat mereka yang mahu menghancurkan suatu yang kita bina. Malangnya yang membuka ruang dan peluang untuk menyebarkan dakyah sebegini adalah orang dalam sebangsa dan seagama.

Dengan sedikit ilmu yang ada dab dirasuk dengan nafsu yang menggulung tinggi. Bangsanya sendiri mahu diperbodohkan di khalayak ramai. Inilah yang mengundang ramai yang tertanya mengapa dan apa yang sebenarnya yang menghimpit kehidupan. Adakah masjid? Adakah Allah? Adakah hak Melayu? Adakah hak kesopanan dan adakah semuanya ini dianggap ditahap yang negatif sehingga perlu diungkit dan diulangi..

Dengki dan khianat serta fitnah adalah NAJIS yang amat JAHAT. Kita perlu bangun segera kerana jika hak dan kepercayaan dicabul, diusik, diperlekeh maka jihadlah kita atas nama kekasih kita ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR!!!!!


DAP : NIAT YANG TERANG LAGIKAN BERSULUH!!!!

Agenda kristianisasi DAP sudah lama wujud. Mereka bergiat cergas di univerisiti-univerisiti dan kolej. Mereka menggunakan pengaruh kehidupan bebas dan pegangan liberal barat yang dicanai menerusi media popular dengan fokus utama generasi muda.

Antara strateginya menonjolkan kehebatan budaya barat. Lantaran mencetuskan benih-benih persoalan yang membawa kepada perbandingan apa yang dianggap kekakuan dan sifat kuno budaya Melayu dan Islam dalam pemikiran anak Melayu yang terlalu taksub dengan budaya barat, termasuk mereka yang tidak berdaya mengimbangi sifat intrinsik luar duniawi Islam. Mereka mudah dipengaruhi. Merekalah sasaran agenda kristianisasi itu.

Apabila semakin ramai anak Melayu terdedah kepada pengaruh ini, semakin mudah mereka mengerakkan jejari melalui strategi lain. Golongan UMNO yang tua sedar hakikat tersebut, tetapi dalam diri mereka, dalam keluarga mereka sendiri mereka tidak berdaya untuk menyekat penularan virus liberal barat yang menjangkiti pemikiran isteri dan anak-anak, setelah didedahkan saban hari kepada nilai-nilai barat yang diserap seperti span (sponge).

Apakah PAS mampu menahan gelombang DAP ini? Rasa tidak, kerana buat masa ini kepimpinan PAS lebih mementingkan hasrat untuk ke Putrajaya dan melingkupkan BN dan UMNO. Lihat saja pendirian Nik Aziz berikutan isu surau dan lain-lain.

DAP berjaya mengelirukan, menghanyut dan memecahbelahkan PAS di antara kumpulan erdogan dan ulama. Dalam konteks ini kumpulan liberal erdogan yang disokong kuat oleh DAP pasti lebih gagah kerana di belakang mereka berdiri jutaan anak muda Melayu, Cina dan India dengan minda yang telah pun terbuka untuk mesej emansipasi halus agenda Kristian DAP.


Monday, September 6, 2010

SIRI 22: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

7Pernah tengok wayang bertajuk SHINJUKU INCIDENT? Filem itu tunjuk bagaimana pelarian dari negeri China ke Jepun dan menetap di sana. Mereka datang dari pelbagai pelususk daerah di China. Cerita mereka juga pelbagai. Tapi memang memilukan. 

Semasa di Jepun mereka menghadapi masalah untuk wujud permuafakatan sesama mereka kerana orang tempatan juga tidak menyukai mereka. Namun berasaskan prinsip mahu survive dan kerja kuat dalam membentuk ekonomi mereka ketepikan perbezaan daerah.

Akhir cerita mereka kukuh ekonomi dalam daerah Shinjuku dan telah berkuasa di daerah itu dalam mengawal selok belok masyarakat. Cerita ini sama saja kalau kita rujuk kepada sejarah. Bangsa ini memang bangsa yang diusir atau patut diusir oleh pemerintah. Sesama mereka memang ada kelainan tapi matlamat awal ialah EKONOMI dan keduanya KUASA.

Ada kita dengar... no money no talk? Maknanya prinsip kuasa adalah bukan dari keturunan atau dinasti tetapi penguasaan ekonomi. Ini satu teori yang betul. Bagi orang yang beragama Islam pula, ekonomi adalah tuntutan dan menyebarkan serta mempertahankan agama adalah suatu jihad.

Kekuatan Islam adalah nilai-nilai yang ada. Kelembutan Islam cukup jelas sehingga dalam tanah Melayu majoriti bangsanya bersopan dan berbudaya. Ini ajaran agama. Melayu tidak diusir. Apa yang selalu menganggu Melayunya ialah fitnah dan tamak. Ini dari segi sejarahnya keruntuhan kehebatan Melayu. Mereka cepat excited dan mereka akan wujudkan perasaan tidak percaya satu sama lain.

Dalam kekalitan inilah British terutamanya dengan disokong oleh pendatang mengambil kesempatan dan Malayan Union adalah satu ruang untuk menjatuhkan Kesultanan tapi mujur ada anak-anak Melayu yang insaf dan sedar bahawa jika institusi ini hilang maka tanah Melayu adalah terbuka untuk segala yang mungkin.

Ketika kekalutan itu Tanah Melayu, orang Melayu dan ulama Melayu semacam kata orang "a virgin surrounded by a prostitude"  Syukur dengan kebijaksanaan dan hidayah orang Melayu mempertahankan semua institusi. Keampuhan dan kerapuhan institusi adalah tanda keruntuhan tamadun bangsa.

Ancaman ini sekarang pun berlaku. Di negara kita pun berlaku. Kedaulatan yang bersandar pada agama dan Kesultanan sentiasa menjadi sasaran. Ekonomi yang dulunya telah diblot oleh bukan Melayu begitu sukar untukdiambil sedikit dan diberi pada peribumi. Ianya dikatakan sensitif. Basib kita masih baik sebab permuafakatan kaum masih menjadi prinsip perpaduan.

Namun itu pun sudah ada tanda keretakan. Jika inilah yang kita rasa dan kitda dapat nilai aka bayangkan bagaimana payah untuk kita menuju wawasan? Kemajuan minda dan kepandaian yang ita miliki bukan untuk meroboh ketahanan kita. Kita patut ada kesungguhan pelihara dan pupuk generasi.Gerakan mengubah ketahanan yang diwarisi dan melumpuhkan sendi-sendi kemajuan negara.

Rakyat hendaklah memahami makna penindasan dan makna pembangunan. Rakyat mesti faham antara perjuangan dan pengkhianatan.... Rakyat di harap dapat menilai kehancuran dan kehebatan. Sebarang kegoncangan tidak akan menguntung penduduk asal. Jika mereka lemah maka mereka tidak ada lagi ruang untuk menjuarai tampuk kuasa.

Jangan kita ada parasangka pada mana-mana pihak untuk seketika, elok kita insaf dan bina semula kekuatan sebab yang terguris dan terluka adalah orang Melayu. Tidak guna menuding jari jika badan sudah penuh dengan calar dan cakaran. Inilah waktu kita bersatu. Penyatuan Melayu semasa menyambut hari yang mulia adalah bermaafan dan bina kekuatan ummah.

Gunakan secara terbaiknya. Jangan gadaikan dan jangan pertaruhkan kuasa asal yang kita miliki. Kepada yang mencabar kita tetap akan lawan demi generasi pewaris. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR BATIN...

Sunday, September 5, 2010

SIRI 21: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Bila dapat kemerdekaan kita rakyat Malaysia bangga yang negara ini bukan lagi di bawah naungan mana-mana kuasa luar. Kita mungkin tidak bayangkan bagaimana negara-negara lain sedang menderita kerana masih tidak bebas dari cengkaman kuasa luar.

Bagitu jugalah ada negeri yang telah merdeka, punya bendera sendiri, barisan kabinet sendiri tetapi mereka perlu selalu rujuk kepada kuasa luar kerana jika tidak maka akan berlaku sesuatu sekatan atau denda dari mereka. Dunia amat cemburukan negara yang kecil ini. Kita kebarat pun tidak ke timur pun tidak.

Kita canai politik sendiri. Kita nyatakan kepada dunia tanpa takut pendirian kita. Adakalanya terasa semacam kita diancam tapi hanya dengan kekuatan minda dan taktikal kita berjaya mengkendorkan tension. Yang lebih diamati oleh dunia ialah kekayaan bangsa yang bijak mengatur perpaduan.
Rakyat kita harmoni, gigih, mahu maju. Ini berkat sumbangan semua kaum. Tapi apabila akhir-akhir ini kita dilanda oleh anasir dalaman, porak peranda mula dilihat wujud, kekecohan mula terjadi, maka terdedah kita kepada kuasa luar untuk mencuba kekentalan negara ini. Dalam dan luar kita diuji. Di kawasan sempadan, di kawasan perairan semua menjadi sasaran negara jiran.

Mereka juga semakin tidak pedulikan aspirasi ASEAN. Mereka termakan cucukan dan percikann fitnah. Mereka melihat negara ini kotor pemerintahan ini sehingga kedutaan kita bukan disimbah asid atau cat tetapi najis. Begitu nasib negara yang baik budi, negara yang suka membantu yang susah.

Malangnya mereka di luar menganggap sebaliknya. Di dalam negara pun begitu, dulu harmoninya kaum menghormati adat, kalau ada kekalutan pun yang kita dengar itu sekadar pertelingkahan antara parti tetapi sekarang entah bagaimana pula kita lihat ada yang mahu merombak perlembagaan, ada yang mahu derhaka titah Sultan, ada yang mahu pencemar agama, ada yang mahu menyekat keistimewaan, ada yang berani mencarut, ada yang mahu perubahan yang buta tuli.

Mereka ini adalah diperalatkan oleh DAP dan PKR. Parti ini mahukan segala-galanya tapi mereka tidak akan sama sekalu berjaya jika tidak ditemani oleh parti PAS. Maka bermesralah mereka atas nama PAKATAN RAKYAT. Matlamat mereka bukan rakyat dan perjuangan tapi pakatan untuk tumbangkan BARISAN NASIONAL.

Selepas berjaya mereka akan bercakaran kembali untuk meneruskan agenda masing-masing termasuklah memuaskan kehenddak menjadi PM. Termasuklah kehendak chauvinisme, termasuk melunturkan institusi agama dan Sultan. PAS ketika itu akan diketepikan, seperti tanda-tanda awal yang sudah ada di Selangor dan Penang.

Ketika negara huru hara maka kuasa luar menjelma untuk mencengkam tampuk kuasa. Tentunya sekutu barat atau timur. Boleh anda bayangkan? Sudah 500 tahun kita dijajah, baru 53 tahun kita merdeka, enta berpa lama lagi kita akan dijajah semula jika kita buta sejarah dan buta segala hal. Masyarakat yang dulu bersemangat kini kita tanya adakah mereka masih yang sama? Untung besarkah Melayu ketika itu? Siapa yang menikmati kekayaan. Percayalah, ianya orang luar.