Thursday, December 30, 2010

KECOH LAGI


Tentu sekali di Selangor. Kali ini serangan adalah kepada kedudukan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Minggu lepas kedudukan 1 Malaysia. Memang hebat pentadbiran PR. Ketua perkhidmatan dan Ketua Setiausaha Negara telah buat keputusan siapa yang layak jadi Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bukan kali pertama Setiausaha sebegini dilantik. Sistemnya terpelihara, cara dan tertib juga telah diperhalusi sejak 6 bulan yang lepas. KSN pun bukannya lali dan suka cari pasal sebab beliau tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Untuk jawatan khas Ketua Negeri meti dimaklumkan akan kekosongan yang dijangka dan sebagai suatu tradisi dan amalan baik dengan Ketua Negeri atas semangat menjaga adat istiadat maka cadangan beberapa nama dimaklumkan pada Baginda Sultan. Ini disebut dalam bahasa perkhidmatan awam "acceptibility and suitability".

Kalau Sultan perkenan dan pegawai berkenaan tidak ada rekod yang buruk maka keputusan membuat penempatan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi satu yang sempurna. Ini hairan. Ada pula yang terkejut dan ada yang kata KSN sabotaj perihal perlantikan Dato' Khusrin sebagai SUK. Ini rezeki dan maruah pegawai tinggi. Bukannya Dato' Khusrin terhegeh-hegeh minta jawatan itu. Dia pun ikut perintah. Dia pegawai awam yang ada etika.

Kalau di kecoh-kecoh dengan lembaran yang tidak profesional maka pentadbiran awam negara ini akan kucar kacir cukuplah Selangor. Sejak PR perintah bukan saja kenegaraan dicemari tapi juga pentadbiran awam. MB nampak kelam kabut. Kenapa? Mungkin dia mahukan kroni dia pegang jawatan itu? Tak cukupkah dengan beberapa jawatan istimewa diberi kepada kroni-kroni? Sehingga jawatan protokol ini pun dia kemaruk tak kawal.

MB Selanhor ini mesti kepala batu. Bukannya dia tak diberi maklum oleh Bahaguan Sumber Manusia tentang kuasa mutlak dan konsep neutrality of the civil service. Apa hal yang keoh sehingga mahu menghadap Sultan dan minta Sultan pilih blue eye boy dia!!!! Inilah masalah kalau MB degil dan buta tuli dalam tindakan. Yang syoknya DAP pun tumpang semangkok. Dia dah lamageram kat KSN. Dia nak bela LGE. Maka bila kes ini meletup puak roket inipun kelam kabut bagi reaksi.

Barang diketahui bahawa politik boleh buat cara politik tapi jangan sampai nak campur aduk dengan perkhidmatan awam yang dah lama di negara ini. Kalau tanpa mereka poltik juga namak tergantung. MB Selangor di saran akur saja dengan keputusan menerima Dato' Khusrin. Tunjuklah sikit Impartial. Jangan berat sebelah, jangan kata orang Selangor ini selalu sangat flip flop. Macam mana nak majukan Selangor?

RONY vs 1MALAYSIA & FAEKAH vs PTD?

Di Selangor semacam berlaku porak peranda atau boleh di katakan juga kucar kacir. Kita sebut saja Versus(vs).Pertama Rony istihar mahu perangi 1 Malaysia. Kedua Faekah mahu bantah kehendak Sultan yang memerintah Selangor dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru yakni Dato' Khusrin yang berkhidmat di bawah Perkidmatan Tadbir dan Diplomatik atau PTD.

Perkhidmatan ini adalah Premier Service dalam perkhidmatan awam. Kedua vs ini jelik sekali kerana ini suatu di luar dugaan pencinta kemakmoran. Yang lebih dirasai  meluatnya ialah bila rakyat diajak besolat hajat atas hal perlantikan SUK. Sementara mereka akui yang mereka tidak mahu violence mereka minta ramai-ramai pergi gereja surau dan kuil buat ibadat hajat supaya orang "pilihan"yg jadi SUK.

Ramai yang sudah naik mual dengan tingkah politik yang membelakangi Sultan dan Menteri Besar.Seolah-olah Selangor ini untuk Rony & Faekah mirip Romeo & Juliet.Orang Selangor tahu bahawa pegawai awam ada hak utk memilih parti yang mereka mahu tapi apabila bertugas mana mungkin mereka berat sebelah sebab adalah menjadi kewajipan mereka untuk berkhidmat dengan kuasa yang dipilih rakyat.

Kalau semua tugas mesti ikut telunjuk parti memang susah lah rakyat dapat manfaat kerana pegawai di cucuk hidung.Cara RF buat kerja di Selangor memang tak langsung nampak impartialitynya. Mereka gurmal dan kata orang Indonesia mereka mereka BERGULAT dalam usaha membenci setiap detik dan setiap laku yang datang dari kerajaan malaysia yang pada waktu ini di perintah oleh BN. Rakyat bagi peluang PR utk jaga dan pupuk selangor bukan nya dgn kuasa yg ada di godam sini dan di balon sana sehingga menggugat tunggak produktiviti.

Cara berhujah tentang perlantikan Dato' Khusrin oleh Faekah memang hebat sampai kena buat seruan sembahyang hajat. Kalaulah Faekah ini pegawai PTD tentu dia tak jadi cacamarba sebab PTD faham kedudukan mereka. Jangan sangka bila sebut Khusrin tak  layak ribuan PTD lain akan setuju mudah. Kita tidak gemar campurtangan melampau.kita juga tidak suka memangsakan pegawai awam kerana nafsu politik dangkal.kita mesti tahu bahwa PTD adalah profesional.Kalau perlantikan nya mahu di goyah sampai anggap sultan pun tak guna hemah baginda maka PR adalah kerajaan katun

Tuesday, December 28, 2010

SUARA SUMBANG

Waktu negara cemas mengharungi dan menghadapi krisis rakyat cukup bergantung pada kerajaan. Rakyat jelata termasuk Raja dan Pembesar menaruh harapan pada kerajaan. Mereka tenang dan mereka bersolat hajat dan sentiasa di belakang kerajaan. Ketika itu rakyat sedar mereka mesti bagi sokongan tidak berbelah bagi. Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan semua mahu kerajaan lakukan sesuatu untuk selamatkan negara dari di serang dari di istihar bankrap dari di hujani dengan pelbagai najis dadah dan penyakit.

Ingat waktu komunis. Ingat waktu 13 Mei. Ingat waktu krisis mata wang. Ingat waktu penyakit H1N1. Ingat bagaimana cemas kita harungi hal dadah yang hampir lumpuhkan belia negara. Semua ini dilalui dengan tabah oleh pemimpin. Ada yang masih hidup dan ada yang dah mati. Yang hidup masih mewarisi amalan warisan. Amalan asas ialah menghormati.

Kita tahu apabila penghormatan susut maka mulalah rakyat berasa resah dan mudahlah kita jatuh ke lembah kurang ajar dan kepompong pergaduhan. Ini yang kita semua patut pelihara. Kita pelihara kestabilan. Kita pelihara budaya. Kita pelihara kesopanan. Ini penting. Sekarang kita semakin hampiri satu lagi krisis kesopanan. Pemimpin kita di serang dengan kata-kata sumbang. Mereka balas kesopanan dengan kata-kata provokasi.

Mereka semua mahukan sama rata sama rata. Mereka segan silu untuk cadang cara demi menyelamat dan membangunkan negara. Apa saja yang pemimpin kita buat semuanya salah. Mentang-mentang ada kekebasan bersuara mereka balon habis-habisan seolah-olah wujud di negara ini amalan yang kejam amalan yang sembelih kaum dan amalan menyekat budaya dan agama kaum.

Dari bangsa Portugis sampai ke kaum Dayak dan Iban kita bagi penghormatan dalam bersama mereka meraikan hari kebesaran. Melayu, Cina dan India pun tidak ketinggalan. setiap kepelbagaian kerajaan mencari titik persamaan. Itu rahsia warisan. Kita sentiasa elak dari mereka yang suka lepas geram. Kita kena berani menyatakan bahawa negara kita memang diwarisi oleh pemimpin yang diasuh.

Rakyat juga akhirnya berupaya menolak merka yang rakus. Mereka yang sasau politik. Mereka yang moralnya dipersoalkan bertubi-tubi. Beginilah cerita semangat 1 Malaysia yang dilahirkan. Kita bi;a bercakap 1 Malaysia kita bukan nak semua dirojakkan. Agama Islam mana boleh disatukan dengan Buddha dan Hindu? Marahkah kita kalau hari raya kita pasang Tanglong? Cina tak rasa songsangkah jika Tahun Baru Cina diraikan dengan lampu Punggal? Sebab itu kita kena cari apakah titik pertemuan yang dapat kita serasikan.

1 Malaysia ialah keserasian bangsa. 1 Malaysia bukan hal biasiswa, bukan hal PERKASA, bukan hal perkauman bengis. 1 Malaysia adalah pengurusan perkauman yang harmoni, pengurusan perpaduan yang perlu di ikat kukuh. 1Malaysia bukan untuk Ahmad, Ah Chong atau Alfred tapi untuk kita semua supaya amalan hidup sentiaas dijauhi dari kekejaman dan huru hara. Kita baliklah kepada amalan baik kita yakni doa dan berdiri kukuh di belakang pemimpin kita.

FLIP FLIP: HERO DAP DI SELANGOR

Rony kata kuatkuasa arahan meroboh atau meruntuhkan 1 Malaysia ditangguhkan. Banyaklah alasan yang kita semua boleh dengar. Alasan yang pelbagai dan buta tuli memang sedap kita dengar tapi pernah kita fikir bahawa kita yang dah dewasa bertanggungjawab membina tamadun bukannya suatu negara yang tidak bersama dan bersatu.

Jangan rosak minda. Jangan jadi rakyat yang tak tahu adab dan suka salahkan orang. 1 Malaysia kalau kita baca memang tak nampak UMNO atau BNnya mahupun DAP atau PR. Ia adalah tanda satu dan ada dengan gambar bendera. Memang ada nilai komersialnya dan cantik la. Tahun 2009 masa Najib lancar logo ini mana dia bijak pandai? Kenapa ketika itu semua sunyi?

Tapi bila DSAI digantung di parlimen baru-bari ini kerana hal 1 Malaysia makanya Selangor pun kata 1 Malaysia adalah polikal. Laju betul pemimpin Selangor buat peraturan dan hukuman. Mereka tak berunding pun dengan rakyat. Mereka buat keputusan tanpa fikir implikasi. Dia pakai HUKUM GERAM. Kanak-kanak suka, orang luar pun bangga tapi yang hairan puak-puak politik PR yang bijak pandai di Selangor khususnya tiba-tiba melenting nak runtuhkan 1 Malaysia.

Sedar tak sedar kerja DAP di Selangor dan Penang memang suka ROBOH. Bila kita kata rakyat suka dan faham 1 Malaysia mereka kata rakyat dah muak dengan slogan yang penuh dengan pembohongan. Halo!!!! Di mana dosanya satu ingatan yang murni? Di mana jenayahnya satu hajat yang murni? Di mana jenayahnya satu hajat yang bersih? Di mana merudumnya satu masyarakat kepada suatu pemetaan yang jelas? Kenapa menjadi 10 orang buta dengan gajah?

Memang yang hairan bila saja hal ini berlaku maka muncul beberapa ekor tukang komen yang ungkit-ungkit dan menghentam semua yang kerajaan buat selama 53 tahun tak kena. Kau orang sekadar cakap boleh dan kalau sangka kau orang boleh perintah dengan baik kenapa tak consentrate kat negeri masing-masing?  Banyak kebajikan boleh buat. Rakyat juga muak dengan gaya alih pandangan yang dilakukan oleh PR.

Mereka bukannya mengurus negeri mereka lebih gemar guna kuasa untuk menghentam-hentam semua orang kerana kalau mereka fokus pada kemajuan negeri mereka tentu akan berjaya tapi kerana ketidak cekapan pemimpin makanya rakyat di Selangor masih bergantung pada BN. Nasib baik BN masih rasional dan masih mahu bagi kebajikan kalau tidak tak tahulah nasib Selangor.

Monday, December 27, 2010

GERAM ATAU GERUN DENGAN 1 MALAYSIA?

Selangor sudah bagi isyarat yang mereka gerun dengan simbol 1 Malaysia. Mereka mula mahu nyahkan simbol ini dari Selangor dengan guna pihak berkuasa negeri. Mereka mahu lakukan seolah-olah 1 Malaysia adalah setinggan di Selangor.

Lihatlah bagaimana sasaunya pemimpin Pakatan Rakyat. Adakah mereka peduli dengan perasaan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Kenapa mahu pisahkan Selangor dari negeri lain secara simbolik. Sama ada arahan bertulis atai tudak kepada pihak berkuasa negeri ternyata jelas Kerajaan Selangor bersikap emosi dan semakin melampau menggugat perpaduan.

Bangsa Malaysia sudah tidak lagi mahu cara khianati negara. Rakyat bukannya bodoh. Kerana geram dan bengang yang tak menentu atas tindakan Parlimen kepada DSAI maka 1 Malaysia jadi sasaran. Ini memang tepat kata orang tua marahkan nyamuk kelambu di bakar. Kerajaan Selangor sudah lama mahu bermain api. Kita  minta Tan Sri MB kalau beliau insaflah dan jangan buat kromo atas nama kemaruk kuasa.

Cara gengsterism, cara koboi, cara politik baruk sudah diperhebatkan di Selangor. Mereka ini tidak lain dari golongan ciciwee. Ada yang cadang kita kursuskan MB dan exconya mengenai 1 Malaysia. Orang kampung pun mudah terima kerana 1 Malaysia itu perpaduan yang ada elemen keadilan sosial, kenegaraan dan penerimaan. Nah simple ini macam pun susahkah? Tak perlu politikkan benda baik. Tak perlu disasaukan fikiran rakyat. Tak perlu tunjuk geram buta tuli. Ada juga kata mungkin dah putus akal kerana gerun 1 Malaysia semakin di terima.

Nah lepas ini MB akan keluarkan kenyataan memesongkan hakikat. Beginilah jika ada kerajaan yang singkat akalnya. Harap rakyat Selangor sedar bahawa hasil pemerintahan 960 hari atau 33 bulan rakyat Selangor macam-macam dibuat mereka. Habis jadi kecoh. Memang sah Pakatan ni kalau lagi lama perintah benggonglah rakyat Selangor. Terserahlah!!!!!

Sunday, December 19, 2010

PAKATAN RAKYAT OH PAKATAN RAKYAT

Konvensyen yang diadakan di Kepala Batas telah memberi amaran pada UMNO untuk tidak merampas Perlembagaan. Mereka juga nak ambik tandatangan 1 juta orang dalam usaha menggubal 6 perkara dalam hal demokrasi.

Mari kita tengok strategi nak pikat undi bukan Melayu. Depa mula-mula balon UMNO untuk UMNO melenting. Bila UMNO melenting orang Cina dan India dikatakan akan kurang sokong BN. Ini kereana bukan tak sokong BN tapi tak sokong UMNO. Mereka mahu pecahbelahkan muafakat BN.

Cucukan seterusnya ialah mahu serang BN dengan kata 6 cadangan rakyat untuk basmi beberapa perkara termasuk undang-undang darurat. Mereka nak corner BN. Bukan mereka tak ada negeri yang diperintah. Bukan mereka tak boleh buat undang-undang negero. Kalau berani buatlah undang-undang di Penang untuk kebebasan akhbar.

Kita tak nampak pun satu undang-undang yang diperjuangkan dibuat di negeri-negeri yang depa perintah. Nah kita tahu merka bukan parti yang minat pada khidmat negeri. Mereka gelojohkan Persekutuan. Mereka peduli apa rakyat di Negeri. tengok saja di Kedah dan menggelupurnya Melayu di Penang. Mereka tak berani buat undang-undang berat yang mungkin timbul isu yang boleh membuat rakyat marah.

Apa yang buat mereka usul sedemikian? Ini sebab mereka tahu undi Cina dan India sudah semakin kembali kepada BN. Mereka mula menjanjikan pelbagai upahan dan sogokan temberang. Tak lama lagi mungkin hasil dari kerakusan mereka juga akan ada pihak yang menawarkan hadiah jika kalahkan Guan Eng. Mungkin ada hadiah untuk kalahkan DSAI.

Ini semua perbuatan mula dari siapa? Tidak lain dari kepala-kepala yang suka menyelewengkan pemikiran rakyat. Namun Hadi Awang nampak cemas bila dia mengaku ada lompang dalam PR. Maklumlah diakan orang alim manakan ada masa untuk tipu orang PAS. Kalau tipu PAS mungkin masuk nerakakah? Apa pun yang menggila sekarang ialah DAP.

DSAI nampak terkedu kerana mungkin juga mula fikir bahawa DAP kah yang betul-betul buka rahsianya kepada Singapura. Dia pun dah mula syak pada bapa Guan Eng. Jelingannya nampak macam marah pada puak DAP tapi kuasa punya hal manis muka pun kira ok juga. Mari kita tengok strategi DAP dan PR. Sebenarnya agenda yang di bawa PR adalah agenda DAP. Mana dia agenda PAS. Langsung lesap.

PAS pun dah tahu sebagai kekuatan parti PKR sudah hancur dan jika DSAI ke Sungai Buluh atau ke Turki DAP dan PAS akan jadi seperti anjing dan kucing. Akhirnya yang menang kerusi ialah DAP kerana semangat PAS dendam pada UMNO. Justeru itu PAS yang sekarang terasa dalam ancaman dan PAS mesti lakukan suatu reformasi jika PAS mahukan undi Melayu atau PAS juga kemaruk undi Cina dan tidak kisah dengan nasib orang Melayu. Kita saksikan tarian politik mereka yang semakin dikatakan keliru.

Friday, December 17, 2010

SARKAS : DARI JALAN RAYA KE PARLIMEN


Dua hari yang lalu Dewan Parlimen yang mulia menjadi tumpuan rakyat, media dalam dan luar negara. Isu usul penggantungan DSAI dan 3 kuncunya. kalau siapa yang ada di Parlimen mesti enjoy tengok sarkas beraksi dalam Parlimen.

Mereka tidak peduli lagi budaya dan tidak peduli lagi tatasusila yang jadi pegangan rakyat kita. Lagi hebat hari ini mereka keluarkan poster dalam dewan yang mulia. Mereka sudah mula perkenalkan budaya jalan raya ke parlimen yang kita hormati selama ini. Lihat saja kelakuan mereka.

Lihat saja cara mereka berpakat untuk merosakkan tatakelakuan dewan. Ini Pakatan terbaik oleh Pakatan Rakyat dalam Parkimen. Kata kawan mereka memang teruk dan mereka macam dalam sarkas. Itulah yang dipamerkan oleh mereka yang rakyat pilih. Adakah ini jenis kelakuan yang rakyat mahu mereka pamerkan. Sudah lebih 50 tahun mereka tak pernah kita tengok begini punya kecoh Parlimen yang dianggotai oleh Pakatan SARKAS.

Macam-macam yang mereka kata pada Speaker. Mereka cuba goncang Speaker supaya jadi celaru. Tahniah speaker kita memang bicara seperti seorang pendekar. Tak cukup dari itu mereka susun strategi untuk buat demontrasi. Lagi-lagi mreka marahkan BN atas segala kelakuan tindakan. Memang kita tahu parti pembangkang memang kena bangkang tapi mesti faham hemah dan tertib dewan. Ini bukan Dewan Masyarakat atau Dewan Orang Ramai.

Janganlah kerna kebahlolan dan kerakusan sifat pekerti orang Malaysia hilang dan muncul sifat-sifat yang hampir kepada kelakuan tidak sopan. Apa akan jadi jika mereka ini diberi peluang perintah. Generasi kita akan terpesong dan akan menggelunsur dalam budaya sarkas.

Wednesday, December 15, 2010

PAS MOHON DAP ANUTI AGAMA ISLAM!!!


PAS DOA DAP : Ini yang kita tunggu. PAS dengan jelas tidak peduli haram halal lagi. Dia dah mula hujah dan cerita hal kemanusiaan sejagat. dia dah cerita yang manusia kafir di Malaysia ni patut didoakan supaya bila mereka undi PAS terpekak dan terlolong cerita hal undi PAS masuk syurga?

Nah sekarang kerana kemaruk undi Cina, PAS cuba main sandiwara dengan gunakan doa. Konon DAP akan dapat di Islamkan. Konon DAP satu hari apabila jadi Islam maka mereka akan rezakan Omar@ LIMKITMALAM jadi pemimpin agong negara ini.

Kita rakyat Malaysia harus sokong usaha PAS mengislamkan DAP. Orang Cina dan India dalam DAP tak lama lagi akan jadi saudara baru kita. Tentunya gereja dan tokong yang ada kan kita tukar kepada masjid, sebab tu di Kelantan dan Kedah atau pun di Selangor banyak gereja dibuat daripada masjid. Alhamdulillah. Semoga usaha murni PAS dikabulkan Allah.

Yang si PKR pun begitu. Mereka ke Sarawak bagi janji untuk bagi Otonomi. Ini pun sama nada dia macam PAS yang mahu Islamkan DAP. Mereka mahu orang Sarawak tolak BN. Mereka mahu rakyat Sarawak bersedia untuk jadi Islam sebab bila Pakatan Rakyat menang dan tentunya pribumi Sarawak akan diislamkan oleh Omar@LIMKITMALAM. Ini yang kita kata wawasan. Kalau inilah cara yang mahu diubah oleh Pakatan Rakyat kita harus fikir baik-baik untuk percaya atau tidak.

Nampaknya jika kita percaya maka kasihan DSAI yang mimpi di siang hari. Pakatan tahu yang DSAI ini hanya jurujual dan beliau akan diheret ke tempat yang sesuai dengan apa yang dilakukan. Mereka tahu yang DSAI ini semakin tertekan sebab kalau dia jadi PM pihak PAP di Singapura tak akan setuju. Sebab itu DSAI pakai Australia untuk dapat sokongan.

Ingat tak bila  LKY jumpa Nik Aziz. dia dah pakat untuk Nik bersama dengan DAP dan tolak saja PKR. LKY bukan bodoh untuk buat percaturan menolak DSAI. Suma terlari sana sini untuk tunjuk hebat. Tup tup dia tak tahu yang DAP dah Pakat dengan PAS untuk menolak PKR. Ini kehebatan tikam menikam politik kita. Akhirnya yang kalah ialah PKR. Yang akan ganti UMNO bukan PAS tapi DAP.

Tuesday, December 14, 2010

AnWAR BARUA AUSTRALIA.... Pengkhianat BANGSA, AGAMA & NEGARA


DSAI...DSAI...DSAI.... Ini manusia memang tak faham erti malu. Ringkasnya dia sudah hilang akal. Ada 3 sebab. Pertama dia panggil orang Australia datang siasat di negara kita. Mereka pun naik minyak dan bagi komen buta tuli.

Adakah kita begitu kemaruk nak ke Australia untuk selak dan londeh hal rumah tangga dia? DSAI ni dah naik sasau. Malu sikit!!!! Ini negara kita. Awak tu orang Malaysia. Lain la kalau nak tukar warganegara untuk selamatkan diri lari ke Australia. Apa yang celaka Mat Saleh ni tak kata.

Depa kata DSAI dianiaya. Yang mat saleh ni pun ikut telunjuk DSAI. Apa punya bahlol punya wakil rakyat Australia. Nah hari ni lagi sekali Lee Kuan Yew pula dedahkan perihal liwat DSAI. Ini hal yang kedua. Orang tua spore ni pulak kata spy spore dah buat siasatan. Memang betul DSAI ada balon belakang.

Yang ketiga, hari ini adik Azmin pula yang minta Azmin bertaubat. Macam-macam punya cerita. Kelompok AA ini memang sasau politik. Semua orang tahu DSAI ini memang hebat auta. Baru-baru ini kajian Universiti Malaya menunjukkan yang PKR akan hancur dan DSAI tahu hal ini.

Cepat-cepat dia ubah cara dengan minta isteri tercintanya buat pengumuman hal ketuanan Melayu dan dia sendiri kata DAP dapat jadi TPM. Hello saudara DSAI kenapa brother Kit nak bagi jadi takat TPM. Dia punya standard dan bilangan kerusi dia tentulah dia layak jadi PM. Kalau DSAI benar-benar patriotik dan taksub dengan Pakatan bagi tau rakyat Malaysia yang DAP dan brother Kit akan jadi PM. Manakala jawatan TPM bagi dekat Brother Nik.

Saudara DSAI menjadi penasihat negara. Itu baru orang sokong. PAS akan sokong. PKR akan lintang pukang sokong. UMNO akan diam. Ini lagi best. Ini patut DSAI laungkan. Sekarang kita selak hal ketuanan Melayu. Wan Azizah ni bukan la bodoh piang macam kata orang Kedah. Dia tahu undi Cina dan India dah balik pada BN sejak PRK Batu Sapi dan Galas,

Dia tahu PKR kelam kabut. Maka dia cuba dapatkan perhatian Cina dan India dengan provokasi UMNO. Mereka mahu Cina dan India marah semula pada UMNO kerana hal ketuanan. Hello jangan ingat UMNO tak faham taktik PKR. sebenarnya PKR memang dah pening kerana marah semula pada UMNO kerana hal ketuanan.

Hello jangan ingat UMNO tak faham taktik PKR. sebenarnya PKR memang dah pening kerana mereka tahu yang rakyat pun da meluat dengan kes liwat yang puluhan kali ditangguhkan. Rakyat cuma nak segera tahu kebenaran. Apa yang DSAI dok tangguh-tangguh? DSAI ni memang sikit pun tarak guna punya manusia.

Tuesday, November 30, 2010

HAPRAK PKR!!!...... LAKNAT PKR!!!!

SEDIH... Sultan Selangor murka kepada individu Islam yang sendiri nak MENJAHANAMKAN agama dan bangsanya sendiri.

Azmin ikrar akan teruskan usaha hapuskan ketuanan Melayu. Wakil PKR masa kongres yang bangsa India terjemah ayat Al-Quran dengan sewenang-wenang sehingga makna asal jauh tersimpang. Pakar Islam kata Allah LAKNAT mereka yang buat demikian. Dulu mereka mahu mainkan kalimah sekarang mereka cuba mainkan ayat Allah.

Ini dibuat dihadapan puluhan wakil Islam yang hadir waktu konvensyen PKR. Mereka sama ada tidur waktu itu atau mengangguk-angguk saja. NAH!!!! Sultan Selangor pun sedih kerana ada cubaan hak Melayu mahu dihapuskan. Sultan juga murka kerna kita yang Islam tidak lakukan sesuatu untuk memberi isyarat bahawa merka yang cuba mempolitikkan ayat Allah adalah semua ini menguntungkan siapa?

Tentu sekali DAP kerana DSAI dah ikrar untuk kali pertama Cina akan jadi TPM. Apa lagi Bro KIT kita naik la setakuk. Malangnya lebai Nik kita pula tak dengar cerita nak jadi apa.. Nampak sah DAP lebih untung dan DSAI secara peribadi akan dapat kuasa. Mungkin ini yang buat Azizah kata DSAI ini istimewa. Nik Aziz kelam kabut setuju dengan kenyataan Azizah.

Nik kata DSAI ini dilanyak UMNO dan dia seorang yang sabar menghadapi dugaan. Begini sekali gelagat politik sasau yang diajar oleh DSAI. Politik ini sudah melampaui batas kesabaran Melayu. Kerana undi, kerana rakus, ternyata secara terangan DSAI dan Azmin menjual maruah bangsa. Patut mereka ini dihalau saja dari negara Melayu kalau mahu sangat Melayu dilenyapkan dibumi ini.

Dulu Ayah Pi di dakwa membawa ajaran agama sesat tapi kini Anwar Pin pula bawa ajaran politik sesat. Kerajaan tak perlu risau dengan makluk yang sangka dia macam SIVAJI THE BOSS. Makluk ini memang makhluk perosak. selangor yang dulu dah disebut maju kini jadi Medan Cacamarba. Ramai yang ketawa dengan rakyat di Selangor kerana gelagat pemimpin yang sasau politik. Khusus orang Melayu kita mahu mereka jangan apla bahawa DSAI ini memang seorang yang licik dan memang sedang berMAHARAJALELA di negara kita.

Bagi Azmin kita ucap tahniah atas ikrar yang mengkhianati bangsanya sendiri. Beliau memang disanjung sebagai wira-wira yang bahlol oleh DAP. Memang memalukan bila kita tengok ayat dan kalimah suci kita dibawah ke pentas politik dan didendangkan oleh seorang kafir. Orang Melayu yang Islam jangan biarkan kalimah dan ayat suci dibuat sebegitu mudah oleh orang kafir. Tiba masa kita berjihad.

Allah memerhati siapa yang hina dan siapa yang mempertahankannya. Maha suci Allah kita akan tentang mereka yang mahu mencaci dan mempolitik ayat kekasih kita. Allahu Akhbar!!!!!

Ayat Al Quran dipermainkan dalam Kongres PKR


LAKNAT KEPADA ORANG YANG MEMPERMAINKAN AYAT AL-QURAN. MARILAH KITA UMAT ISLAM BERJIHAD PERANGI KEBODOHAN DAN KESENGGALAN ORANG YANG CUBA MEMPERMAINKAN AGAMA SUCI KITA..... JIHAD!!!!!

DUA DHAJAL TAK SEDAR DIRI!!!!! JAHANAM MALAYSIA

RONNIE-DAP & AZMIN-PKR : Selesai sudah hal "party poll". Macam-macam terjadi. Dalam PKR gengsterism politik nampak jelas. PKR yang melaung-laungkan PRESS FREEDOM kini nampak terang terangan tidak ada kompromi dengan media.

Macam biasalah. Mereka akan kata yang media ini pro kerajaan. Entah siapa yang mereka percaya lagi kita pun semakin hari semakin naik meluat nak ambil peduli. Anak-anak muda pun nampak macam tak ada semangat nak bereformasi sebab nampak jelas PKR semakin hilang adab.

Mereka di lihat sebagai pro keganasan. semakin hari semakin ramai yang tunjuk penyesalan. Demontrasi, menurun bendera, keluar parti, tayang poster, semuanya semakin hari semakin ramai. Kalau dulu DSAI dipuji sebagai SIVAJI THE BOSS tapi hari ini sikatakan POORAH!!!. Inilah gelagat parti yang pemimpinnya mahu dipuji-puji sehingga kerakusan pun diterima sebagai amanat tuhan.

Apa tidaknya bila isteri DSAI kata DSAI itu anugerah tuhan. Itu dah semacam tenggelam punca namanya. Sampai nak sanjung gitu rasanya Nik Aziz kenalah bagi sikit nasihat apakah ini politik atau DSAI seorang yang anugerah tuhan? Yang lain anugerah siapa? Nik Aziz, Hadi Awang, Ust Asri, Husam, Dr Hassan Ali, Karpal Singh dan lagi 25 juta rakyat Malaysia anugerah kuasa mana?

Nampaknya PKR dah tak sesengat dulu dan kini jelas bahawa mereka mula mahu kaut sokongan kaum Cina kerana Melayu dah berpaling tadah. kata orang Cina pula apa dia dapat kalau sokong PKR berbanding dengan sokong DAP. Makanya ada yang cadang supaya DAP dan PKR bergabung dan ujud parti baru dengan nama baru. Mungkin cara ini orang melayu, India, Cina akan sokong parti baru.

Kalau tidak maka PKR akan hanyut dan karam sebab mereka tida ada REFORMASI DALAMAN. Dua tahun berlalu merka tunjuk caramahu urus parti. Itu belum lagi cara perintah negara. Ada yang sebut ini kali saja untuk PKR hidup. Pilihanraya akan datang merka akan diketepikan rakyat. Azmin sekarang jadi hero kroni PKR. Ramai yang suka. Kenapa? ini kerana Azmin akan mulakan belang HITLERnya dan DSAI hanya sekadar memikirkan nasibnya jika dia dijatuhkan hukuman.

HERO DAP
Ronnie pula lain kedudukannya. Orang ingat dia hero DAP. Malangnya DAPpula dah buka mata untuk tolak Ronnie kerana mereka tidak tahan lagi cara RONNIE mengurus. Nampak DAP mula menilai siapa perosak dan siapa penyelamat. kalau gitulah caranya mungkin keretakan juga mula terasa di dalam DAP. PAS pun semakin bimbang bila kajian 2009 menunjukkan strategi PAS lemah sekali. Nah sekarang bagaimana?

Ada yang cuba congak kalau-kalau dapat kekalkan kuasa dengan pilihanraya berasingan dibuat antara DUN dan PAR. Walau apa pun PAKATAN menuju liku-liku kusut dan kalut dalam mengekal 4 negeri dan merampas Putrajaya.

Sunday, November 21, 2010

HABUAN UBAH!!!

DHAJAL yang sentiasa pastikan keharmonian negara terancam.... Laknatullah DAP!!!!

Menghampiri 2008 begitu lantang kita dengar laungan BERUBAH dan tidak kurang juga kita didatangkan dengan risalah dan kain rentang yang terang terangan mencetak TOLAK atau BERUBAH: Ini semua adalah falsafah yang dipelopori oleh kumpulan reformis yang merasakan ada kegagahan dalam merubah struktur keUMNOan  dan melihat bahawa BN sudah hampir ke liang lahatnya.

UMNO dan PAS sering dijadikan buah catur mana pula PKR dan DAP???
Mereka lihat munculnya DSAI yang dianggap pahlawan mereka sebagai pemimpin abad akan datang. Mereka tikda kisah langsung hal penyakit belakang DSAI yang tidaj tahu bila akan pulih. Geram dan marah makanya demontrasi jalanan diadakan bagi mempamerkan pada kerajaan bahawa sudah sampai waktu kerajaan lain ambil alih.

Ketika itulah parti lainnya yang semakin melihat ini satu peluang hampir melupakan prinsip perjuangan dan terus dengan pantas buat satu pakatan mahu tumbangkan BN. Di tokok dengan kelemahan BN ketika itu BN tidak lagi mampu kekalkan popularitinya.

Rakyat juga bukannya semua yang terpengaruh dengan dakyah parti yang mengaku mahu membawa perubahan. Namun mereka sekadar mengizinkan showcase dengan memberi peluang DAP, PKR dan PAS memerintah 3 negeri yakni Kedah, Penang dan Selangor. Rakyat mahu tahu apakah alternatif ini dapat membaiki kehidupan.

Rakyat sekadar mahu bagi peluang. Tapi apabila puak-puak ini sudah dapat apa yang dihajati maka prinsip berubah dan reformasi menjadi suatu bahan ketawa rakyat. Kita lihat saja sifat gengterism politik telah menular di kalangan rakyat kita. Kita saksi bagaimana politik family mula dilaksanakan seolah-olah politik kita boleh sdn bhd.

Kita juga lihat bagaimana PAS goyah di antara perjuangan dan strategi yang mendapat bantahan pengikutnya. Apa tidaknya, golongan muda PAS dalam satu kajian pada 2009 menunjukkan reaksi negatif kepada strategi PAS. Tambahan di kalangan PAS hanya beberapa muka saja yang dikenali oleh pengikut. Begitu juga dalam DAP.

Bagi PKR tak perlulah disebut sebab muka-muka hebatnya sudah ramai keluar parti. Pakatan Rakyat sudah mula jadi Pakatan Rosak. Rakyat yang dulunya setuju dengan ubah dan setuju dengan tolaj mula gusar dan mula meluat dengan gelagat beberapa pemimpin yang semakin keletihan dan semakin menjadi bahan ketawa dan kutukan khasnya DSAI.

Mereka underestimate BN yang punya kebijaksanaannya. BN guna pendekatan transformasi. Mereka membuat pusingan dan membantu mencerminkan BN sebagai parti yang semakin releven dengan dasar yang mencabar dan mengajak rakyat untuk turut serta. Kepimpinan BN langusng tidak sangsi. Ini beza macam langit dengan bumi dengan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Semua perti mula bicara hal PRU 13. BN mendekati strategi PRU ini dengan lebih tersusun sehingga ada yang kata Pakatan sekarang sudah menampakkan keletihan. Konflik dalaman PKR adalah malapetaka besar. Keretakan dalaman bukan lagi unsur baik untuk berpakat. makanya kita tahu bahawa BN sajalah yang boleh bertahan dalam tsunami politik manakala Pakatan Robek ini disebut menuju ke laluan pusaranya.

Persoalannya bilakah waktu yang Pakatan ini boleh kita talqinkan. Ada yang kata masanya terasa cukup. Kita tunggu...... Tidak kurang juga ramai yang mula buat ramalan. Ada yang kata DSAI akan lari dan berada di satu negara pilihannya, ada yang kata bijak pandai AP akan mengkaji semula faedah dormula pakatan ini kerana mood rakyat semakin hari semakin menumpu pada wawasan.

Walau apa pun semua pihak memang menantikan waktunya. tentunya PRU 13 hebat dan akan menjadi sejarah unggul dalam politik Malaysia moden.

Thursday, November 18, 2010

Haiyaaaaa 153 lagi.... Talak ada meh ceta lain....


Lagi...lagi cerita hal 153. Ini semacam satu discovery oleh kaum Cina. Macam la sangat mereka ini baru tahu makna atau apa itu 153 dalam Perlembagaan. Kaum Cina ni jangan la dok mengada ngada lebih. Jangan pura-pura tak faham sejarah. Cina yang membesar di negara hidupnya lumayan dan nyaman.

Lu apa hal pulak nak cuba tunjuk pakar dalam hal 153 ni? Memang ini nampak macam kena rasuk dek DAP. Parti ni memang pandai cucuk sana cucuk sini. Mentang-mentang dia macam tahu yang BN perlukan dia maka dia pun mula naik minyak. Dia tahu yang Melayu sedang longlai maka dia pun cuba nak cakap hak Bumiputera.

Apa yang dia sebok hal kouta? Dia takkan nak dapat undi Cina dengan tibai kau....kau....hak Melayu. Ini nampak macam sudah agak keterlaluan. Ini mesti gurunya DAP. Perangai acam ni patut jangan tinggal di Malaysia lagi baik. Cuba bukti mai bangsa ni kat mana yang dia telingkup di negara ini. Bangsa terkaya di Malaysia 9 daripada 10 adalah bukan Melayu.

Apa lagi yang dia mahu? sekolah Cina tumbuh mcam cendawan, adakah Melayu marah? Tokong-tokong tumbuh di celah sana celah sini adalah Melayu marah? Wahai sahabat Tiong Hua sedarlah yang kita di sini mahu hidup aman ikut formula yang semua pun sokong. Apa hal yang mau ungkit ungkit macam orang Melayu pula yang curi hak hak mereka. Apakah orang Cina mahu Melayu hendak dia? Bila buat camtu dia kata rasis. Bila dia cungki hal perlembagaan kita Melayu kata apa dekat dia?

Orang Melayu zaman la ni pun tak dak kekuatan lagi. Semakin hari semakin kita diusik-usik. Kenapa suka hina hal Melayu? Melayu pun ada perasaan tau marah dan tau sedih. Jangan bagi Melayu pedih hati nanti lain cerita timbul. Pemimpin Melayu tak kira UMNO, PAS, PKR jangan jadi bacol. Jangan kerana merempatkan undi sanggup hak bangsa dicaci, dicanai dan digumral oleh bangsa Cina.

Apa guna masuk parti kalau hanya mahu jawatan dan takut hilang undi. melayu begini elok saja berundur dan bagi ruang perjuangan kepada mereka yang berani bersuara dan tahu fakta. Kita tidak mengatakan PERKASA itu hebat tapi cuba renung betul-betul apa yang mereka katakan. Adakah mereka salah tafsir? Atau susah sangatkag nak faham perjuangan PERKASA? Kalau Cina tak faham itu tak pa lah... Ini ada juga pemimpin tinggi parti yang boleh buat lawak bodoh hentam NGO yang banyak menyampaikan hasrat akar umbi.

Melayu tetap mempertahankan haknya. Jika mahu dan jika perlu atau sudah tiba masa pantun dan seloka tidak lagi bermaya maka beradu tenaga pun Melayu sudah biasa. Ini friendly reminder kalau mahu negara aman dan kalau mahu cucu cicit selamat jangan cuba nasib dengan hal yang memedihkan jiwa Melayu.

TAHNIAH ATAU TALQIN UNTUK LGE


Hari ini di Perak LGE dengan lantang mengatakan UMNO dan BN memang parti perkauman. Nampaknya terjemahan perkauman dan rasis perlu dilakukan oleh pihak berwajib. Jika dibiarkan LGE terus mendendang lirik ini maka jelas dia mempelawa orang Melayu untuk tampar LGE. Memang ini pun yang dinantikan oleh LGE.

Dari aspek teorinya dia kena faham yang di Malaysia parti politik bermula dengan mewakili kaum-kaum yang ada. Sehingga kita maju kita lihat UMNO berjaya mengurus parti-parti sedemikian dengan harmoni. Apa yang mahu diketengahkan oleh LGE ialah dia mahu UMNO tidak lagi mewakili Melayu. Dia tentunya mengidam untuk lihat UMNO dibubarkan.

Memang itu maksud yang mahu disampaikan oleh LGE yang menerajui parti yang bukan saja chauvinis tapi mirip kepada bintang tiga. LGE memang mahu Melayu lintang pukang. Bahagia yang dikecapi LGE memang hebat. Dia berjaya kautim DSAI da dia berjaya dikenali sebagai Omar Abd Aziz yang masih kafir.

Ini semua kerja PAS. Memang yang paling degil dan belum menggelarkan LGE dengan gelaran Maha Hebat ialah UMNO. Bayangkan betapa bahagia LGE jika UMNO pun memuja LGE. Memang LGE tahu paling payah dia mahu lenturkan UMNO. Dia juga tahu yang PAS pun sama-samar kata hati mereka pada LGE. Kalau tak fasal DSAI jelas PAS pun tak jadi harubiru macam hari ini.

LGE ini macam gunting dalam lipatan. Dia memang mahu talqinkan Melayu. Dia mahu Melayu di bawah dan dia mahu Melayu sujud pada dia. Kita lihat cara dia tadbir Penang. Dia buat secara diam-diam dan licin. dia tumpu kawasan Melayu untuk naikkan semangat dan sentimen Melayu.

Dia sedang test ground. Kalau Melayu layu maka dia boleh faham kuderat Melayu sejauh mana kekuatan mereka. LGE memang tidak akan lepaskan Penang dengan mudah. LGE memang akur banyak program untuk kecohkan Melayu. Setakat ini dia mahu menyekat dan menumpu sebarang yang mahu diterajui Melayu. Sikap kukubesi LGE memang kita tahu tapi elok kita bagi pesan pada LGE bahawa pelanduk boleh lupakan jerat tapi jerat tidak akan lupakan pelanduk.

Wednesday, November 17, 2010

DAP PANAS PUNGGUNG - BN MENANG 2 KERUSI

KENAPA DAP DIAM? Siapa sangka cempedak jadi nangka. DAP yakin pakatannya yang strategik boleh mendatangkan hasil. Kita ambil contoh Parlimen Hulu Selangor. Calon yang bertanding PKR tapi sokongan PAS dan DAP nampak cukup hebat.


Namun tewas juga di tangan BN. Kemudian di SIBU. Calonnya DAP. Sokongan PKR dan PAS tak kurang hebatnya. NAH!!! DAP Menang. Kemudian di Galas, calonnya PAS dan Batu Sapi calonnya PKR. Kali ini PAS dan PKR Kalah. DAP mestilah fikir bahawa bila dia letak calon dia makanya dia akan menang tapi membantu PKR atau PAS nampak macam asyik kalah aje.

Begitu juga PAS pun mula fikir congak dan sifir yang sama. Ketika kalkulator berfungsi PAS dan DAP tak terfikir pula kemelut dahsyat dari dalam parti PKR. Maka ada pihak yang lantang minta DSAI taubat. PAS juga kali ini tak dapat lagi nak berselindung. Mereka juga mengaku yang ada gangguan jika terus menyokong parti yang semakin hari semakin berkecai.

Dalam PAS pun begitu. Nik Aziz dilihat semakin tua semakin banyak pula kesilapan dan tafsiran yang melalut dibuatnya sehingga rata-rata berpendapat yang PAS juga akan mengikut jejak PKR kalau tak berhati-hati. Sekarang tinggal DAP. Mereka tahu tanpa PKR dan PAS mereka akan hilang pengaruh dan undi. Mereka juga tahu pengundi sedang menilai kehebatan mereka di Penang.

Macam-macam sedang berlaku di Penang. Demontrasi satu lepas satu. Di Selangor Sultan semakin naik berang dan di Perak Sultan juga semakin meluat dengan DAP. Jadi ke mana haluan DAP. Untuk DAP ke SABAH nampak sukar dan untuk ke Sarawak PKR dan PAS kena bagi laluan kerusi pada DAP. NAH!!!! Lepas ini PR akan bergaduh kerusi pula.

Aku mahu di sini dan aku mahu di sana. Nampaknya PR semakin mahu karam dan kuasa penyatunya ia itu DSAI semakin dilihat goyah. Yang menarik kita lihat mereka yang hentam DSAI bukan calang-calang ketokohannya. Mereka dari PKR juga. Jadinya kalau semakin hilang calon-calon yang bertokoh siapa lagi yang PKR akan letak calon?

Tengok saja di beberapa DUN yang PKR jadi wakil rakyat. Keberkesanan mereka memang tidak nampak langsung. Rakyat semakin meluat dengan gaya mereka yang hanya tahu mencerca tapi tak tahu membawa rakyat. Tengok saja cara mereka mengurus Selangor sampai nak hampir bankrup. Memanglah MBnya kata tidak tapi lihat saja cash flownya dan tanya berapa ramai kontraktor perkhidmatan sampah di Selangor yang nak bungkus kerna urusan bayaran yang tertunggak. Ini baru kesan sampingan W tahun berkuasa.

Kalau lagi lama entah macam mana pula. Tengok-tengoklah tanah PKNS yang mahu dilupuskan kerana mahu kaut untung segera sebagai nak jadikan tabung. Mungkin kali ini nak buat tabung pilihanraya kot? Namun kita nak tahu juga congak DAP. Mereka diam. Mereka sekarang kebingunggan tapi mereka kena buat pendirian jika mahu maju ke depan.

Monday, November 15, 2010

Bila Nak Sedar? Takut dah Terlambat!!!

MASIH TERGANGGUKAH MINDA MELAYU? Melayu nyata cacamarba selepas Mac 2008. Ragam politik parti cukup memberi kesan dalam membingungkan Melayu dalam menghitung masa hebatnya, dalam mengawal hak istimewanya, dalam menyuarakan budimannya mereka kepada bangsa bukan Melayu.

Melayu mula cemas pemikiran mereka. Mereka mula melihat Sultan dan Raja yang memerintah. Mereka rasa lapang dada kerana Sultan mereka bijak minda. Mereka tercari-cari siapa di pihak benar. Mereka mahu tahu siapa komander Melayu. Sesekali mereka lihat DSAI, sesekali mereka ternampak Nik Aziz dan kaum puaknya.

Mereka juga melahirkan rasa pelik kenapa DAP dalam suasaa porak peranda kesatuan Melayu terhegeh-hegeh berdampingan dengan pejuang Melayu yang bencikan UMNO. Mereka mau NGO bersuara bagi pihak mereka. Mereka tidak meminta hak lain tapi mahu hak mereka jangan dihakis.

Malangnya bila NGO lahirkan suara Melayu setiap kali itulah mereka di cap dengan pantas yang mereka ini rasis dan kenyataan mereka dianggap provokasi. Ada juga Melayu yang leka, Melayu yang tak lagi kisah hal asal usul dan mereka ini hanya fikir tentang diri mereka saja tanpa melihat nasib bangsa jika kuasa sudah di tangan lain.

Begitulah suasana minda Melayu dalam tempoh 2 tahun yang lalu. Namun dalam menutup tirai 2010 Perdana menteri muncul dari sifat lemahnya. Beliau brdiri tegak dan berani ketika berdepan dengan perwakilan UMNO. Beliau lantang dan mengajak Melayu semua mempertahankan Melayu. Melayu mula tunjuk kelegaan. Tambahan pula sebaik saja selesai sumpah keramat PWTC, UMNO mencorakkan kemenangan bergaya di Galas dan Batu Sapi.

Ini telah mencelikkan sebahagian lagi Melayu yang was-was. Kepimpinan Melayu rupanya masih segar. dalam mula merasa selesa kita mula menyaksikan porak peranda parti PKR dan kelam kabutnya Nik Aziz dengan tafsiran zakat rasuah. Bukti ini telah membuatkan Melayu semakin bosan dengan kepimpinan mereka dan semakin meluat kerana ulangan slogan dan cakap tak serupa bikin.

Datang menghampiri kita ialah 2011 satu tahun yang menguji kekuatan Jentera Kerajaan dalam menterjemah janji dan kenyataan. Ada yang kata PKR akan hanyut dengan hal kemalut kuasa dan PAS akan mula insaf bahawa Nik Aziz sudah di zone untuk direhatkan. Faktanya UMNO secara perlahan kembali segar dan UMNO mula tidak disangsikan. Jika ini yang kita setuju, maka mana mungkin minda Melayu masih terganggu.

Wednesday, November 10, 2010

Apa Dah Jadi - Tan Sri Dato' SM Salim (HD/Karaoke/HiFiDualAudio)




Apa dah jadi...apa dah jadi.. sampai sekarang tak SETTLE lagi. Begitulah yang dapat kita dendangkan kepada parti yang dihinggapi HINI.
Satu demi satu kenyataan dilemparkan. Yang cakap tu bukan calang orang. Semuanya ayam tambatan. Melayu pulak tu. Apa yang mereka tak kata tentang 2A. Mereka sebut jelas ada penyelewengan. Itu baru pilihanraya parti. Bayangkan kalau mereka yang merangka penyelewengan ini nak perintah negara. "Road to Putrajaya" adalah semakin ditakuti rakyat. Slogan ini ternyata apa yang ada dalam kalbu 2A.

Apa itu 2A? Ianya kroni dan pemimpin SDN BHD. Tak lain dari dua nama yang berjaya memukau pengikut yang marah pada kerajaan hari ini. Yang jelas mereka ini sekarang yang menelanjangkan PAKATAN SYAITAN dan PAKATAN yang mementingkan diri dan keluarga. Mereka sedar dan insaf bahawa doa mantan pemimpin PKR sebelum ini dimakbulkan. Semakin ramai yang serik dengan gelagat puak dan kroni.

Mereka mahu ke pangkal jalan. Sama ada PAS atau PKR mereka belum terlewat

Saturday, November 6, 2010

PR DALAM DELIMA


P.185: Faktor kejayaan BN ramai yang telah tahu. Antaranya ialah:-
  1. Kesombongan SAPP dan PKR dalam merangka strategi kempen memenangi  hati rakyat.
  2. Slogan "Sabah For Sabahan" memang ditolak
  3. PKR hanya menang simpati jatuh laut dan ia parti dari Federal dengan didalangi oleh DAP.
Sebab itu unti Cina ada juga di beri kepada PKR dan peratusan keluar undi Cina menurun kerana Cina mulai benci percaturan kerusi Pakatan Rakyat... Namun syabas pada Ansari yang jadi pak sanggup bahan percubaan sehingga lengannya retak.

Hari ini dia marah kerajaan kerana tak bagi layanan rawatan yang baik. Begitulah egonya Ansari sampai bila-bila. Tapi Luncai bila pulang dari Sandakan ke Kota Kinabalu ia hanya pulang seorang diri tanpa ada teman dan kawan. KAsihan pada si mamat ini. Dia hanya tahu buat statement murahan saja.

Bossnya DSAI kata orang sudah mencari ilham di luar negara. Yang syoknya SAPP sudah mula konvensyennya dengan menyatakan hasrat yang sungguh-sungguh nak tumbang BN dengan menyertai PR. Dari awal bicara Yong Teck Lee atau lebih dikenali di Batu Sapi sebagai yang tak lau mahu tahu dengan siapa dia mahu runding? Uncle ini pun da confuse. PR ni bossnya siapa? DAPP atau PAS atau PKR.

NAH!!! congak ini penting untuk pilihan kerusi bila pilihanraya. SAPP nampaknya memang nak sapu election akan datang tapi bolehkah dia terima formula DAP? Bolehkah ahli parti terima DSAI yang jelas bahawa sudah tidak banyak grip di Sabah.

Kenapa PAS tidak langsung dapat peluang? Ini persoalan politik kalkulatur yang memang paling rumit. Tambahan lagi DAP pun sedang menilai kenapa Cina di Kelantan khusus di Galas tolak PR. Apa untung DAP kalau Melayu dan Cina sudah mulai bosan dengan DAP. Mereka juga sedang adakan pelan B andaikata PAS pula yang menawar diri untuk bersama UMNO. Sebenarnya kejayaan BN di dua tempat mempelawa PR menilai masa depan sama ada perlu diteruskan atau perlu ditamatkan.

Penggabungan yang tidaj sekata hanya mempelawa keruntuha \n jika ada bukti penggabungan itu rapuh. PKR memang dilihat semakin hari semakin kesuntukan wakjtu untuk ditalqinkan. Kejadian Batu Sapi dan Galas memaksa mereka memikirkan untuk berpindah camp. Mereka selalu kata Road To Putrajaya. Sekarang adakah mereka akan kata perkara yang sama apabila fixed deposit di Sabah masih belum terungkai?

Mereka bersemangat tinggi bila Sibu DAP menang. Tapi cuba nilai dari segi majoriti berbanding Galas dan Batu Sapi. Dalam kepompongan ini yang mulai resah ialah DAP kerana mereka semakin terpaksa fikir banyak faktor yang akan membuatkan mereka bakal kalah.

DSAI dan PKR akan dianggap senagai gangguan. PAS semakin sedar bahawa sikap mereka menghalalkan DAP sudah semakin tidak diterima. DAP kena fikir ke mana halatuju? Adakah mereka akan fokus untuk perintah Negeri atau Persekutuan. Mereka tahu bahawa tanpa Melayu yang menyokong mereka tidak akan pergi jauh.

SOALNYA dengan sikap yang angkuh dan kurang adat adakah Melayu akan bersama mereka lagi? Melayu Penang dan Selangor sudah insaf bahawa PR adalah agen mempromosikan DAP. Sekarang tiba pula masa kita sebut PR DALAM DILEMA.

Saturday, October 30, 2010

Wayang Yong Teck Lee dan Anwar Ibrahim @ Ansari Abdullah

DEBAT CALON: Ansari dengan lantang dan cukup berani mahu adakan debat dengan Uncle YTL. Kita seronok dengar berita cabar mencabar ini. YTL memang hebat pidatonya. Begitu juga Ansari. Sebagai lulusan peguam tentunya pengundi tidak akan kecewa dengan debat yang dikatakan hebat dalam sejarah Batu Sapi.



Makanya, kita dapat simpulkan bahawa PKR memang sungguh-sungguh benggang dan berang dengan kehebatan YTL. Mereka mahu rakyat nilai bagaimana YTL mahu menjawab isu lapuk mengenai "Sabah or Sabahan" dan isu keadilan pada rakyat. PKR nampaknya tidak akan setuju dengan rancangan kaum Cina mahu beri sokongan pada YTL.

PKR macam di dalam satu perangkap. YTL pula anggap Ansari ini budak hingusan. Dia lebih suka dengan DSAI. Kata lawan kawan di Batu Sapi, DSAI pun agak segan dengan kehebatan YTL. DSAI ini kalau ada DAP atau PAS baru naik minyak. Jelas bahawa kedua parti ini kerakusan. Mereka tidak boleh tengok parti yang cuba mengatasi kelicikan mereka.

Yang bagusnya orang Cina pula naik benggong. Kalau bagi pada SAPP itu bukan menyambung seruan DAP di Sibu. Kalau sokong PR mereka tahu perangai Ansari dan mereka memang tak sokong calon Melayu pembangkang kalau ada calon jenis sama dari parti lain. Kelihatan juga beberapa pemimpin tertinggi PAS yang tidak diterima di kawasan Melayu.

Mereka tidak mahu syarahan kosong, mereka mahu masalah mereka dan keperluan mereka disempurnakan. Makanya jelas yang memang menyentuh kehendak rakyat ialah BN. Ramai dari PKR dan SAPP kata yang calon ini tidak pandai bahasa Melayu. Ini bukan isu besar. Ukurannya ialah kebolehan bukan kpetahan. Bila dah jadi wakil rakyat tahulah dia untuk baikinya.

Lagi satu ialah bila kita undi BN maka kita undi Perdana Menteri. Kita undi BN macam kita sokong kerajaan negeri. Makanya segala urusan berjalan lancar. Ini yang rakyat mahu. Ansari dengan lagenda jatuh ke laut di katakan sengaja mencari publisiti murahan. Memang kalau itu benar maka malu besar PKR. Takkanlah sebab nak dapat undi sampai kena terhumban ke dalam laut.

Rakyat Sandakan terus binggung dengan watak dramatis yang cuba ditonjolkan oleh calon PKR. Ada juga yang mengatakan bahawa lepas ini dia akan jatuh dari sampan bila melawat penduduk di pulau. Memang ini warisan DSAI, Ramai sudah pengundi di daerah Sekong yang menyebelahi BN tapinya bagi kaum Cina di kawasan Karamunting mereka masih keliru sama ada mahu sokong BN, PKR atau SAPP.

Mereka ada kemungkinan akan mengundi PKR sebab mereka tahu Yong ini mungkin akan sokong BN bola tiba waktunya. Mereka kena sokong PKR sebab PKR lebih ramai di KL. Orang Cina muda melihat PKR lebih hebat dari uncle Yong. Makanya besar juga kemungkinan undi bagi PKRakan lebih di kalangan pengundi Cina.

Tapi kalau ikut statistiknya separuh pengundi Cina adalah wanita. Semangat wanita jangan diperkecilkan. Walau apa pun kita tunggu keputusannya pada 4 November 2010.

Bila Batu Ada Udang Yang Tersembunyi!!!!

PAKATAN RAKYAT atau PAKATAN SYAITAN? Siapa firaun yang dikatakan arkitek perjanjian syaitan yang diumumkan oleh YB Zulkifli Nordin, bekas peguam PKR dan bekas penyokng tegar PKR. BUkan itu saja. Beliau tekad untuk dedah lebih terperinci pakatan syaitan ini apabila masa yang sesuai tiba.


Nah!!!! PKR perlu menjawab secara ikhlas dan terus terang kerana ia bukan dakwaan UMNO. Ini dakwaan bekas PKR kerana YB Zul ini orangnya jelas memperjuangkan semangat dan cita-cita Islam. Setakat ini beliau tidaklah mempunyai personaliti yang kontroversi tak pernah dengar macam pemimpin lain yang rakus dan kurang asam macam Azmin.

Jadinya kita tak perlu lagi meragui apa yang mahu disampaikan Zul. Kita tanya orang lama yang kenal DAP. Siapa saudara kembarnya dan kita tanya PKR itu siapa bapanya dan siapa ibunya. DAP tujuannya mahu secara halusan MERUBAH. Raja, mungkin agama, yang tentunya Melayu. Tengok saja jiran kita. Minta dia senarai kejayaan orang Melayu Singapura.

Tentu dia tidak ada. Kenapa? Sebab nak dapat jawatan kena cekap bahasa Mandarin. Ini rasis ka atau liberalisme? Nah kita tengok di negara kita sendiri. Mana orang Cina mahu tutup sekolah cina sebab dia tak mahu Cina hilang bahasa dia untuk pastikan bila dia berkuasa bahasa Melayu dikafankan.

Banyak lagi agenda yang Melayu hari ini tak nampak sehingga memerlukan cendiakawan negara, para ilmuan berpesan ratusan kali Melayu kena buka mata. Mari kita intai konspirasi DSAI. Dia guna pelbagai istilah seperti reformasi, ubah, konspirasi. Ini adalah untuk dia jadikan istilah dalam perjanjian syaitan PKR/DAP.

Dia terus tangguh kes liwat dia tahu yang lama-lama kes ini akan selesai selepas PRU-13. Dia juga tahu umurnya, umur Lim Kit Siang semuanya dah ranum-ranum belaka sebab tu PRU-13 adalah penentu. Dia juga ada plan B. Manalah tahu sesuatu berlaku maka anak-anak mereka akan take over. Tengok saa di Singapura, dan tengok anak Karpal, anak DSAI, anak Lim.



Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!!!

Semua ini semacam ada satu konspirasi dan inilah regim yang bakal memimpin negara. Merekalah arkitek dan jurutera memusnahkan nasib masa depan bangsa dan agama. Untuk negara, mereka akan pastikan kuasa yang mereka miliki tidak akan jatuh ke tangan Melayu lagi sampai kiamat. Untungkah Melayu ketika itu?

Friday, October 29, 2010

Ansari Jatuh Lagi di Batu Sapi

Malang tak berbau... jatuh di jambatan calon PKR P.185 Batu Sapi.
Pernah dengar lagu Indonesia???? Jatuh cinta lagi....lagi...lagi jatuh cinta", tapi lain pula ceritanya dengan Ansar yang jadi sapi di Batu Sapi. Baru hari Rabu dia jatuh dalam laut macam luncai. Ini dekat Kampung Gas dia jatuh lagi. Dia ikut buntut Khalid Ibrahim. Si Kalid tak jatuh tapi dia yang terhumban.

Tentu Ansar akan kata celaka punya BN. Tapi kalau tanya orang kampung, memang sumpahan-sumpahan lagenda memang ada di sini. Jelas percaya atau tidak anak si Abdullah ini nampak macam hampir kena sumpah. Apakah tidak, dia cakap bohong pada rakyat, dia kata itu pada rakyat yang baikbudi. NAH!!! Sekarang terhumban lagi dia. 
Tanya saja pada apek, abang, pakcik apa petanda kalau kerap begitu. Sesetengah orang kata ini Ansar ada pembawa sial. Ada amaran malapetaka kalau anak si Abdullah ini diberi waima undi simpati jatuh laut pun. Jadi orang lama di kampung sudah berunding dan mereka sebagai kaum nelayan faham yang Ansar ini ada bawa isyarat tidak baik.

Ke-2 kali calon PKR jatuh dijambatan...ni lagi la macam dirancang sedih sungguh!!!
Cara terbaik ialah minta dia balik saja ke tempat asal sebelum banyak lagi cerita misteri berlaku. Alahai anak si Abdullah ni. Kadangkala kasihan juga. Tapi apakan daya dia sudah termakan rasukan DSAI. Tengoklah nanti mesti ada lagi peristiwa yang akan berlaku padanya sehingga hari 4 November. Kita bukan doakan yang tidak baik tapi kita minta dia faham akan isyarat dan petanda tidak baik sudah kelihatann. Takutnya kalau kena pada diri dia seorang.

Batu Sapi reject Ansar. Itu rumusan kita. Elok saja dengan rela hati dia berundur dan jangan lagi datang ke sini.

Balu Dipandang Rendah - Batu Sapi

SAPI OH SAPI!!! Calon PKR di Batu Sapi, Ansari cukup simpati dengan balu Mendiang dan sekarang ia calon  BN. Dia kata kasihan pada balu ini dan biarlah dia  jaga keluarganya dari di pilih jadi wakil rakyat. Makanya ketahuilah balu-balu bahawa perjuangan tamat bila suami mati.
Inilah seruan PKR untuk mereka dapat peluang. Merendah semangat balu adalah penghinaan pada kaum wanita. Sri Kandi negara adalah wanita, ramai dalam sejarah melihatkan penerusan perjuangan apabila suami meninggal. Mereka teruskan semangat dan mereka teruskan khidmat. Sebagai dan semacam di bisik dan di takdir bahawa Datin Linda adalah penerus dan penyambung.

Lagi pun dia bukan orang luar Sandakan macam uncle Yong dan luncai PKR. Yang lawak PKR ini suka cari pasal dengan SAPP semalam dan hari ini dengan BN pulak. Cuba kita tengok parti SDN BHD ini. Kita pun boleh bagi nasihat pada PKR, kalau si DSAI hebat sangat kenapa bini dia pun terhoyong hayang ke sana sini?
Tak cukup itu kenapa anak beranak di heret sama. Ini politik apa? Kalau sekali pandang semacam mau tubuh satu Yayasan pulak. PKR ni parti yang tenggelam punca. Dia pergi ke MIRI bagi syarahan, orang mereka hadir dan akhirnya mereka kata DSAI ini dah tak nampak pemimpin dah.

Mimpi Mat Jenin tak kesampaian!!!
Semakin usianya meningkat dia semacam dilihat pelawak serius. Sesekali kita termenung memikirkan nasib pengikut DSAI. Masih ada yang bersungguh-sungguh percaya cerita "Road To Putrajaya". Mereka tak serik dengan buat cerita yang sebahagian besarnya bohong, bohong, bohong.

PKR semakin hari ternyata dikudakan oleh DAP. Kita rayulah kalau boleh PKR ini tutup kedai aje sebab rakyat dah sedar bahawa PKR tidak upaya dalam konteks 'deliverable'. Mereka kurang persefahaman dengan akar umbi yang hardcorenya PAS. Tambahan lagi DAP yang termonyeh-monyeh mahu tolong Melayu juga berjaya putar belit kecerdikan Melayu hanya melalui PKR.
Jadi tak salah kalau kita sebut bahawa Parti Pengkhianat Rakyat itu sebenarnya adalah parti yang patut di benam di bumi Sabah. Orang Sabah bukan orang yang mudah diperdaya. Mereka juga prihatin dan mereka tahu siapa yang boleh jaga, boleh bantu dan boleh memberi kedamaian pada negara ini.

Uncle Yong pula kita sampaikan salam padanya supaya dia jangan terlalu hebat tunjuk misainya. Kita ada simpan dia punya rekod yang membawa  Sabah kepada jumlah kerugian yang besar. Dia adalah arkitek untuk memperbodohkan pengundi. Dia ini berpengaruh kerana dia dikatakan boleh lantang bersuara. Itu silap teknik. Rakyat faham bahawa untuk mendapat sesuatu kita mesti berhemah, bermuafakat, bermesra, bersabar.

Rakyat pun bukan sangat suka orang yang tahu melalak tapi kerja kantoi. Untuk pengundi Batu Sapi kontrak undi adalah 5 tahun. Jangan diperdaya oleh mereka kerana akibat kematian. Jangan ambil kesempatan kerana kita mahu kesinambungan. Ramai yang sangka misai dan janggut boleh goncang tapi ingat tangan yang membuai anak itu lebih tajam dari misai dan janggut.



Thursday, October 14, 2010

PILIHAN RAYA KECIL DUN GALAS DAN BATU SAPI

GALAS dan BATU SAPI, antara PAS dan PKR. Mereka akan berhadapan dengan BN. PAS sama ada meletakkan calon orang asli Gua Musang atau tidak itu tak jadi hal asalkan dia warganegara cukuplah. PKR pula awal-awal dah declare yang kerusi Parlimen di sandakan ituasalnya hak PKR maka PKR akan rebut jawatan.
 

Keputusan DUN Galas semasa PRU-12.. mungkinkah ada keajaiban pada PRK ni?

Kasihan mendiang Edmund, belum lagi dikembumi PKR dah buat pengumuman yang itu adalah tempat untuk mereka lawan. Apa punya kemaruk kuasa PKR ni!!! Kalau ya pun takkan la tak boleh sabar sikit. Bagilah mendiang dikebumikan dulu. Sepatutnya jika PKR bersopan, ziarahlah mendiang dulu. Walau apa pun BN tetap menanti kehadiran panglima PKR di Batu Sapi.
 
Takziah kepada keluarga mendiang Edmund. Jasamu tetap dikenang
BN tentu akan terima tetamunya yang dah lama dia nantikan. Jika dia datang dengan berpantun maka BN jawab pantunnya tapi jika dia datang dengan cara yang dianggap kurang beradat maka orang Sandakan bersedia untuk usirnya dengan cara dan adat orang Sabah menghalau tetamu biadab. BN kali ini akan lawan habis habisan di Galas dan di Batu Sapi.

Nampaknya perang sudah bermula dan akan berterusan sampai PRU-13. Selepas PRK kita nanti saksikan Kenyalang Gempur dan lepas itu insya allah BN akan talqinkan DAP musuh yang memang DURHAKA pada raja dan agama. BN telah siap untuk bagi DAP satu pengajaran bahawa jangan hina Melayu dan jangan pengaruh Melayu untuk jadikan pemimpin mereka berkuasa.

Melayu Malaysia masih boleh berfikir, Melayu Malaysia masih berhati-hati, Melayu Malaysia tahu mereka telah lakukan kesilapan untuk memebri ruang bagi Cina DAP naik tochang. DAP yang sentiasa cabar Melayu akan bertemu dengan Melayu apabila waktunya tiba. DAP kena tahu yang kali ini Melayu akan talqinkan DAP dan akan mengkafankan PKR parti Talibarut yang tak kenal malu dan tak bawak faedah bagi orang Melayu. Tentu rakyat khasnya Melayu menanti waktu.

Lihat saja pemimpin UMNO bawah Najib yang ke sana ke sini mahu sungguh-sungguh bagi negara ini maju dan Najib akui kelemahan perlu dibaiki dan beliau jelas sedang lakukan. Tapi si DAP ni dengan budaya yang dianggap lebih JEBON dari monyet cuba menghuru hara negara ini selepas keputusan 2008. Depa ingat Melayu ni sebgitu mudah untuk menggodai macam PKR yang menggadai macam PKR yang menggadai ***tot dan PAS yang suka melePAS. kita tak sabar nantikan waktunya.

Monday, October 11, 2010

RAHIMI vs LATHEEFA (ANWAR AL-JUBURI)

Kenapa tidak ada orang yang tanya DAP apakah pendirian mereka mengenai kecohnya hal DSAI? kenapa tak ada pakar peguam dari DAP tolong leraikan kemelut RAHIMI & LATHEFFA? kasihan dibiarkan PKR termenung dan naik malu mengenai apa yang berlaku pada DSAI. Cuba baca paper mingguan hari ini. Teliti kenyataan Rahimi. dia kata dia dapat rasakan bagaimana DSAI tanganya menggeletar dan mukanya pucat.

Ini satu saat yang cukup cantik.... Sebab DSAI dalam ceramahnya selalu kata dia ditumbuk dia dilondeh tapi hal dia pucat dan menggeletar dia lupa nak cerita sehingga Rahimi bagitau. Rahimi juga kata yang Latheffa bertubi-tubi buat sesuatu yang bercanggah dengan soal aqodah dan mahu langgar dasar KEBENARAN.


Waktu ni mana paginya penasihat agama dari PAS dan mana pula kumpulan peguam DAP? Mungkin bila mereka dah tahu kebenaran mereka mula berundur perlahan -lahan. Kita cabar DAP dan kita cabar PAS kalau betul merka pejuang dan kalau betul mereka berpegang pada kebenaran maka bangkitlah dan bantulah DSAI yang sedang menyepi entah bersembunyi di EMBASSY mana kita pun tak tahu.

Pendedahan-pendedahan semia dibuat oleh orang-orang yang dekat sekali dengan Anwar. Pertama kita lihat bagaimana PKR SDN BHD mahu dibentuk dengan melibatkan keluarganya Azmin sebagai kudanya. Yang dedah dan yang kena balon ialah segala yang sulit (PEMBANTU SULIT, SETIAUSAHA SULIT,  BANCUH KOPI SULIT, TUKANG JAHIT SULIT dan semya yang sulit-sulit belaka.

Tahukah kita hampir 10 tahun kita dah belajar istilah LIWAT, SODOMY, BALON, BELAKANG. Ini semua siapa yang mula buat cerita? Masa DSAI didalam di Sungai Buluh kita rakyat harap hal ini selesai. Tapi bila dia keluat ada lagi sumbangan macam PART2. Yang lebih hebat dari PART1. Kita yang semakin berusia ni rasa tersipu dan malu kerna DSAI ini semakin hari sudah mula memahat sejarah sebagai RAJA LIWAT atau LIWAT KING semacam LAWAK KING.

Kita mohonlah pakar PAS dan DAP tolong bantulah DSAI yang sedang menyepi dan sedang dilambung derita. Barulah Pakatan namanya. Buatlah ceramah dan buatlah penjelasan tentang R & L.. Rakyat pun sedang menanti bagaimana penyudah cerita. DSAI pula janganlah dok tangguh-tangguh lagi kot-kot apa lagi yang nak datang tak tahu lak.