Saturday, November 24, 2012

PAS GEMAR MUZIK DARI MURTAD.


"PAS pun apa kurangnya"

Bila mereka dah mula mesra dgn artis, gaya bercakap pun mula berubah. Dulu caranya mesti berkobar kobar, kibar bendera, kibar skaf cap pedang, cerita neraka syurga saja. Ceritanya tak lain dari hentam sapa sokong UMNO sampai lubang kubor.

Tapi la ni mesti ada SOP utk ceramah.

Ada konsert, ada nyanyian dan barulah berucap. Waktu di SEREMBAN baru baru ini ada lebai yg mula goyang tangan macam dlm konsert bila ITO mulakan 'rok'nya. Nasib baik tak keterlaluan sebab sempat di tegur oleh rakan sebelah.

Yg paling diminati sekarang ialah Mat Sabu.

Dia serba boleh. Bila dia atas pentas dia tentu mampu bagi ramai yg senyum atau tergelak. Sebab tu dia terkenal dgn nama PELAWAK ALA SENARIO (PAS). Kini bila bercakap, tumpuan PAS bukan pada orang Islam saja tapi lebih kepada menarik perhatian orang Cina dan India. Maklumlah,kalau nak dapat crowd, PKR atau PAS tak mampu tanpa kesungguhan dari DAP. Dia yang mampu bawak orang Cina dan India hazir.

"DAP sebenarnya mengkoreografikan pentas politik pembangkang"

PAS kini kemana pergi utk pertunjukkan pentas,mesti ada BOB atau ABBY. Sesekali AISHAH, ITO. Mereka ini penghibur, boleh memukau dgn suara lunak, tapi adakalanya bila di atas pentas mereka terdorong mahu ambil kesempatan menarik perhatian bercakap hal ugama. Terkejut dan terpegun khalayak seolah olah macam mualaf yg petah dalam hal ugama. Dalam pada itu timbul selingan lawak jenaka. Pendek cerita TGNA dan HADI pun tak tergamak nak tonton mereka ini kerana PAS bukan lagi menegakkan hal Islam, tidak lagi menjadi tunjang ugama tetapi lebih mendorong kepada hal duniawi.

Tidak kira apa yg boleh dan apa yg dilarang, PAS tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan gila kuasa ke PUTRAJAYA. Walaupun PAS sedar ini bukan caranya tapi apabila di lihat sudah ada kesatuan gila kuasa, PAS sanggup meletak tepi perjuangan asli mereka, hukum hakam dan mereka sudah berani bertelagah sesama sendiri.

Kini yg bertepuk tangan ialah DAP kerana DAP boleh mendominasikan PAS dan PKR.

Dalam konteks ini DAP bukan saja menjadi 'designer 'politik tapi mampu mencipta satu saluran kempen yg secucuk dgn perjuangan asli DAP.

PAS baru selesai Muktamarnya.

Yg hebat ialah HADI mahu dijadikan PM dan Hadi pun secara seloroh sekadar mahu jadi khadam.

"Poodah!"

Lagi syok bila Anwar pula yg kata dia tak dak masalah kalau Hadi jadi PM. Tapi DAP masih bertegas mahukan DSAI. Ini bermakna HADI dan DSAI sudah ada masalah. DAP tak sokong Hadi dan PAS tak sokong DSAI. Soalnya adakah betul PAS sokong DAP? Dalam teka teki ini jelas mesej yg di beri oleh PAS ialah TOLAK DAP.

Rupanya PAS juga punya cita-cita dan agenda sendiri.

Penubuhan negara Islam, pelaksanaan hudud, antara matlamat parti itu namun punya halangan besar terutamanya daripada rakan dalam Pakatan. Tidur sebantal, mimpi tidak sama. Akibat terlalu berkiblatkan Buku Jingga, terhimpit antara dasar perjuangan dan cita-cita bersama, PAS akhirnya dlihat terpaksa akur dengan DAP. Mungkin PAS kini perlu bersedia memikirkan dan mengatur semula langkah mereka termasuk kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. 

Kebergantungan Pas kepada DAP demi memulihkan imej ekstrem dan pelampau parti itu dari kaca mata bukan Melayu ada hasilnya , tetapi ia dilaksanakan dengan harga yang cukup mahal iaitu dengan mengorbankan dasar perjuangan parti sendiri.

Pengakuan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad bahawa parti itu banyak bergantung kepada DAP bukan sahaja mengesahkan Pas kini ‘pak turut’ tetapi terhutang budi kepada DAP. Sebab itu kepimpinan Pas hari ini sanggup menukar perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara kebajikan, berdiam diri dalam soal murtad serta tidak berani menyokong Himpunan Sejuta Umat (Himpun) walaupun perhimpunan itu dilakukan demi menyelamat akidah orang Islam.

Apa yang dilakukan bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dam Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa adalah tepat kerana Pas kini jauh tersasar.

1 comment:

  1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete