"Lama tidak menyengat"
Namun rindu kesayangannya masih kekal. Semakin hampir menutup tirai 2012. Antara tajuk yg paling di gemari ramai bagi tahun ini, ialah perihal PRU13. Tahun depan lagilah mendidih. Ramalan demi ramalan, semua nya tak menjadi bagi tahun ini. Yg menjadi, ialah pilihanraya di Amerika.
Obama menang.
Tahniah pd Americans yg dah buat pilihan. Nampaknya orang Amerika pun kalau dia puas hati dgn wawasan yg disebut maka pemimpin yg lama pun dipilih semula. Isunya bukan lama atau baru rupanya. Isunya apakah pendekatan dan pembaharuan yg mahu di bawa dan apakah yg disebut itu mampu dilaksanakan.
Itu adalah cara memilih.
Bukan di atas dasar populariti kosong. Bukan atas dasar siapa yg pandai bercakap dan doa yg mengarut. Bukan di atas pegangan minda kosong yg hanya sekadar mampu membuat pengunjung ketawa gembira.
Yg mutlak, faktor Ekonomi. Jika faktor ini tiada keupayaan mengurus dan mengatur maka sama sekali rakyat akan tolak idea atau pun kejinggaan alternatif. Ini telah dilakukan oleh pencerna dan kononnya pengamal demokrasi khusus di negara seperti Amerika.
Di Malaysia, belum tau lagi.
Bila sampai waktu kita tunggu keputusan. Kalau di negara ini sudah sampai tahap suka mencoba maka kelestarian polisi akan terganggu. Lihat saja kalotnya di Selangor dan Penang. Walau pun masing masing mendabik dada kata dapat menjalankan pengurusan negeri dgn baik tapi rupanya lebih banyak kalot dari prestasi yg baik.
No comments:
Post a Comment