Showing posts with label Anwar vs Lelaki Y. Show all posts
Showing posts with label Anwar vs Lelaki Y. Show all posts

Monday, April 25, 2011

LELAKI Y ITU ANWAR:Cerita selanjutnya pada 16 MAY

PERTAMA

Apa lagi yang Anwar nak buktikan!!!!
Kita sekadar main agak agak pada waktu awal perbicaraan yang LELAKI Y itu agaknya DSAI. Hari ini SAH pihak pendakwa mengesahkan yang LELAKI Y itu DSAI. Ini jelas bahawa DNA yang di sebut adalah sama dengan yang di perolehi dari karung Saiful. Pihak peguam bela pula cuba mengatakan bahawa Saiful sengaja cuba buat cerita. Pelik juga jika dakwaan peguambela itu. Ini negara ada maruah, kalau kita nak godam dan hentam seseorang kita masih ada tertibnya. Kita tidaklah sampai ke peringkat jadikan buntut sebagai saksi untuk bukti salahlaku sesaorang. Dalam suasana sebegini, kes ini memang cukup memalukan tokoh terkemuka yang impiannya mahu jadi Perdana Menteri selepas Najib. APA PUN HAKIM PADA 16 MAY AKAN BUAT KETENTUAN.

Sementara hakim sibuk, rakyat juga berhak buat pemerhatian. Contohnya, kalau lah kita dakwa tokoh atau pemimpin itu ambil rasuah, curi tanah, tindas orang miskin, kita tahu bahawa tokoh itu kejam, dan tidak berjiwa rakyat. Dia rakus, dia lupa daratan, dia adalah jembalang.Tapi, kalaulah ada tokoh yang memimpin rakyat dan mengajak rakyat untuk berjuang menentang rasuah, penindasan, curi tanah, tapi pada masa yang sama balon pungkok rakyat, itu namanya apa? Dalam kes hari ini, pungkok rakyat itu adalah pekerjanya sendiri. Penderaan ini harapnya tidak wujud lagi selepas ini. Malaysia malu kerana kes seumpama ini. Malaysia patut terkenal kerana kejayaan nya dalam inovasi dan kreativiti,bukan terkenal dengan kes tokoh balon pungkok.

KEDUA

Hari ini bukan lagi cerita fitnah. Ratusan rakyat biasa yang lakukan jenayah di heret ke tali gantung melalui proses makhamah. Ribuan banduan hari ini menjalani hukuman di ratusan penjara,mereka juga melalui proses penghakiman yang sama.Jangan sesekali kita mula meragui proses penghakiman bila hakim membuat keputusan. Hakim akan buat keputusannya, tapi tak perlu ada pihak cuba menjadi hakim yang tidak bertauliah untuk mengatakan proses kehakiman kita berat sebelah.

Hari ini pendakwa kata Saiful di liwat dan ikut proses kimia dan teknikal terbukti anwar adalah orang nya dan tidak salah sebagai rakyat biasa kita punya kuasa dan suara untuk menegaskan bahawa Anwar sudah dicemari, sudah mencalarkan prestasi dan maruahnya. Rakyat berhak untuk menegaskan Anwar untuk memulakan proses pengundurannya dan tidaklah perlu dia terlolong dan melalak mengatakan dia di fitnah dan di konspirasikan. Kalau ini diizinkan,samalah dengan mengizinkan ribuan banduan berarak di atas jalan raya melalak dan melolong mengatakan mereka teraniaya dan di tipu oleh sistem penghakiman. Ingat, penghakiman tidak kira Dato Sri, Tan Sri , Tun atau Dato. Jika salah kamu semua yang berpangkat dan berbintang di kiri kanan perlu menjalanai hukuman yang lebih berat kerana kamu semua telah menyalah gunakan kedudukan dan penghormatan untuk mengheret seorang pemuda ke lembah yang jijik.Lagi pun cara bersumpah yang boleh membuatkan kita setuju akan kebenaran itu pun di lengahkan.Apakah selepas sekian lamanya dan dah sampai kepada kemuncaknya, Anwar akan bersumpah? atau dia masih terus berkata ini kerja busuk BN.

KETIGA

Anwar patut fikirkan bahawa dia mencipta sejarah jijik,amat memalukan. Dia telah buatkan rakyat berpecahbelah kerana perbuatan terkutuknya. Dia asyik mengaku yang dia tidak bersalah dan dia asyik minta supaya orang lain juga patut di hukum. Di Sarawak, di miri, dia sebut dengan jelas kenapa tidak di dakan suruhanjaya bebas untuk siasat kes Altantuya, kes Taib Mahmud, kenapa kes dia saja yang diketengahkan.

Dia juga kata yang dia dulunya pernah hiaskan badannya dengan bintang penghormatan tapi kini dia dilondehkan, dulu dia sihat tapi matanya di lebamkan, dulu dia di jamu dengan makanan lazat dan di hotel istimewa tapi dia hari ini di hina seperti binatang dalam lokap. Dia lupa pula nak cerita hubungannya dengan Saiful. Cerita buntut Saiful di lebamkan, cerita Saiful di londehkan, cerita di mana Saiful di balon, cerita saiful di Hong Kong, sedapnya nescafe Saiful, semua ini tidak diceritakan bila dia berada atas pentas. Apa nak di malukan, kalau berani kerana benar. Cakap saja. Biar rakyat puas dengar cerita ini.

KEEMPAT

Kes liwat ini cukup lama. Rakyat dah muak dengan penangguhan demi penangguhan. Kini semakin hampir kepada penutupnya. Jika makhamah kata Anwar perlu pertahankan dirinya selepas May 16, maka Karpal akan bekerja lebih keras, dan jika di takdirkan Anwar bersalah, maka dia akan kembali semula ke Sg Buluh. Sesekali fikir malang juga nasib orang yang bermimpi nak jadi PM Malaysia. Kalau tak kena gaya, jalan nya ke Sg Buluh dan bukan Putrajaya.


Namun,tentu selepas judgement pun akan ada pihak yang kata ini suatu fitnah,suatu niat jahat,suatu pakatan kotor,tapi barang di ingat yang rakyat malaysia tak semua buta huruf dan buta akal untuk buat pertimbangan.Mereka ada rasa malu kerana ini libatkan orang melayu dan islam,ini melibatkan seorang tokoh dengan pekerjanya.Ini memalukan.Kita pernah lalui cerita cerita dan kes kes yang melibatkan ahli politik dan tokoh tokoh tertentu.Ianya sekitar kes pembunuhan,kes rasuah,salahlakusex,tapi inilah kali pertama nya setelah negara merdeka selama 53 tahun kita di perkenalkan kes belakang kena balon.Kita doakan semoga ini menjadi pengajaran kepada tokoh politik sekarang dan akan datang supaya SELALULAH MENOLEH KE BELAKANG TAPI JANGAN MAIN BELAKANG.

KELIMA

Dalam ketidak tentuan ini PAS dan DAP semakin dilihat malu-malu kucing. Misalnya PAS sekejap semacam ada pendirian tapi bila diherdik oleh Azmin tersipu-sipu menafikan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Mustafa Ali. Begitu juga DAP, bagi DAP mereka apa peduli soal moral, soal agama kerana yang mereka mahu hanya berkuasa di Malaysia. itu sahaja sama ada tokoh Melayu rendah moralnya, itu tidak membantu mereka untuk menikmati kuasa yang mereka idamkan puluhan tahun yang lalu. Namun jika diandaikan Anwar bersendirian di Sungai Buluh maka tidak mustahil DAP dan PAS akan mula menjadi seperti anjing dengan kucing dan PKR seperti kucing hilang anak.

Wednesday, March 23, 2011

SEX,SEX,SEXY

DSAI buat laporan polis. Dia nafi yang DIA adalah lelaki yang terlibat dalam aksi sex yang di hebohkan. Wan Azizah pula naik bingong. Dia kata dulu DSAI dikaitkan dengan lelaki tapi kali ini dengan perempuan pula. Ada yang kata, kenapa hal adengan sex DSAI terburu-buru buat laporan polis tapi bila kes Saiful suka sangat TANGGUH. Ada juga yang kata ini perbuatan BN. Semua teka teki ini semakin menjadi bahan bicara semua lapisan masyarakat.YANG PANAS IALAH  DATO "T"

Ada yang tanya adakah Dato ini melayu,cina ,india atau arab,atau jepun? Dato ini yang jelas adalah manusia. Ia bukan makhluk halus sebab dia ada datukship dan pandai tulis dalam facebook. Dia pun ada otak punya datuk. Dia ada strategi. Dia nampaknya bersungguh untuk teruskan ceritanya dalam bab kedua. Ianya adalah bab membentuk suruhanjaya menyiasat adengan sex. Kita sebut saja SURUHANJAYA SEX. Negara ini tidak jadi hal kalau wujud suruhanjaya. Lagi pun seronok juga kalau kita ada kepelbagaian dalam suruhanjaya.


ADAKAH INI DRAMA DSAI


Kita yang belum tengok adengan SEX 2011 ini, kita hanya mampu buat imaginasi.Jika benar,maka hebat juga wakil rakyat kita. Ada yang kata mana mungkin DSAI yang jadi TIGER sebab perut DSAI tak buncit. Wan Azizah pun terus tunjuk yang perut DSAI tak buncit. Nampaknya isteri DSAI bagi sokongan yang perut dsai tak buncit tapi untuk MEMBUNCITKAN rasa nya DSAI masih mampu.

Ada juga yang kata,mungkin kah ini rancangan DSAI untuk mengalihkan isu yang semakin hampir di ketahui siapa itu "Y". Apa pun dsai ini memang hebat orangnya,dia akan di kenali dalam sejarah politik tanah air sebagai pemimpin yang SERBA BOLEH.


BAHAN BUKTI KES SAIFUL

Makhamah hari ini merumuskan bahwa bahan bukti seperti berus gigi,rambut adalah di terima sebagai bahan keterangan.Maka semakin dekatlah kita kepada mengetahui lelaki Y dan tidak lama lagi,bila polis buat siasatan,kita juga akan dapat lihat wajah kejantanan lelaki T.Bila makhamah buat keputusan,seumpama ini anwar akan bantah dengan pelbagai alasan,skrip drama nya bertukar menjadi skrip balon institusi.


MANA BEST SAIFUL ATAU NYONYA?

Pesan kawan,kalau kita ada AFFAIR dengan seseorang,kita tak perlu malu sangat dekat bini atau anak anak.Bini kita boleh pujuk,anak anak kita shut up saja.Yang paling kita malu ialah Mak dan Pak mentua.Gamaknya anwar kalau kita tanya dia adakah dia malu,apakah jawapan dia kepada kita?

Kita nak tanya,mana satu yang best?solo band ka atau dual band?walau apa pun ,lately ini peristiwa politik kita semakin colourful dan di anggap semakin keruh akhibat dari cerita cerita yang KOTOR dan cerita cerita ini kalau tak di bawa oleh DSAI ini kita yang punya budaya baik dan jernih tidak akan terjerumus untuk berbual bahasa yang busuk.Dsai bertanggung jawab dalam membawa politik busuk ke tanah air ini.Dia lah yang memulakan segalanya.Bila dia join UMNO,kita lihat badan politik ini  jadi kelam kabut,dia rosakkan imej dan rosak kan minda pejuang melayu.Sekarang dia mengerang kemaruk kuasa di luar,dan dia terus memaki hamun umno.Dia apa peduli,dia apa kisah,dia apa nak malu kerana demi kuasa dia akan teruskan politik busuk nya dengan meracuni semua minda baik yang muda mau pun yang tua.