Monday, November 7, 2011

PENGIKLANAN, PUBLISITI DAN PROPAGANDA POLITIK PR


Pasca 2008 meletakkan PR dalam keadaan yang payah nak mulakan pengurusan. Sekadar melempar tuduhan,serapah dan fitnah memang pun senang tapi nak urus kuasa memang depa dah celaru. Mereka sememangnya opposisi yang berpengalaman tapi tidak ada kemahiran mengurus negara. Di Kelantan, pernah sekejap Umno sekejap PAS.

DAP: MENGANTUK DI SORONGKAN BANTAL

BN tak pernah kongsi dgn DAP dan PKR. Gamaknya perlu juga dipersoalkan DAP. Kenapa PBS, SUPP, MCA, GERAKAN, MIC, PAS, Semangat 46 sebelum wujud PKR tak terfikir untuk bergabung? atau ada rancangan nak berpakat? Tiba-tiba saja bila ada PKR maka DAP dan PAS dengan mudah mahu berpakat dengan PKR, parti yang tidak ada grassroot dan tidak ada pengalaman. Segalanya kerana DSAI. Ini yang buat DSAI naik minyak. Dia tahu yang PAS, dan DAP sampai bila pun tak kemana tanpa kombinasi. Lagi pun DSAI tahu PKR mewakili juak dan puak yang bengang dengan BN.  Itu sebabnya ada India Melayu dan Cinanya dalam kepimpinan PKR. Itu sebabnya bila kurang bilangan pemimpin yang nak kukuhkan regim Anwar maka diheretnya anak beranak masuk dalam kancah politik. Kita tak boleh salahkan sangat Anwar sebab dia pun dapat sokongan dari DAP dan PAS yang juga gemar bawa anak anak masuk gelanggang, kecuali Anwar, dia bawa bini dia, mungkin sama macam LIM GUAN ENG.
 UBAH,UBAH,UBAH

Jadinya apakah pengiklanan mereka? Mereka bawa satu tema. UBAH. Mereka mahu ubah BN. Idea ini digunakan sepenuhnya oleh DAP. Lagi-lagi DAP yang untung. Di Sibu mereka guna di kalangan orang cina, di Pilihanraya Negeri Sarawak pun sama. Tapi yang sedihnya PAS pula secara sedar atau tidak, menukar haluan dari HUDUD kpd KEBAJIKAN. Cuba fikir, UBAH sebenarnya disasarkan pada PAS. Kini PAS dah tunjukkan ciri-ciri ubahnya.Itu sebabnya hal hal tentang ugama semakin di cabar dan ternyata ramai di peringkat puak pembangkang menjadi KURANG AJAR. Secara tersirat,yang sedang berubah akhibat ubahnya PAS, ialah hal keugamaan dan kesultanan. Bila ini BERUBAH maka senang DAP mem perkasa ideologinya. Itu sebabnya kalau kita teliti 3tahun yg lalu NGO yg paling di benci oleh DAP ialah PERKASA.

PUBLISITI POLITIK PR

Dari awal pakatan ini dimaktubkan oleh DSAI, mereka telah tetapkan keperluan untuk perluaskan beberapa pointers. Antara yang penting ialah hal korupsi, hal kepimpinan Najib, hal pengagihan, hal kronisme dan kepincangan dan kesombongan BN. Selama 3 tahun mereka langsung tidak pedulikan apa jua langkah yang telah diambil utk menambahnilai.

                                 
SPRM

Contoh,SPRM. Apa jua yang di lakukan, tetap mereka menuduh ada korupsi sedangkan dalam SPRM sendiri ada wakil dari pembangkang. Bagitu jualah tentang hal Najib dan Altantuya. Najib dah bersumpah tapi tentang DSAI dia kata tiada siapa minta dia bersumpah. Ringkasnya DSAI ini selagi tidak di asak oleh ulama penting seperti Nik Aziz atau Yusuf Qardawi atau pimpinan seperti Al-Gore selagi itulah dia tidak akan bersumpah. Kalau setakat rakyat, atau Ezam, atau YB Zulkifli Nordin atau yang menyokong BN minta dia sumpah, dia senyum saja sebab bagi dia itu tidak relevan.

TEO BENG HOK

Kes Teo Beng Hock digendangkan sehingga masa dan kos di laburkan utk dapat kepastian. Bila saja proses yang di minta dipenuhi maka ternyata ada yang tak puas hati. Bila keputusan telah dimuktamadkan ada saja yang tak puas hati. Seolah- olah negara ini macam bapak dia yang punya undang undang. Haramjadah mereka mahu jadikan ikon rasis,abahwa pentadbir telah menganiayai pimpinan cina. Teori ini ramai yang boleh baca tapi yang tongongnya ialah melayu PAS yg buat buat biul tak faham.

BALON NAJIB & ISTERI

Najib kini telah berjaya. Najib memang ada kekuatan. Kini mereka balon isteri Najib. Bermula dengan pelbagai kata kata lucu dan biadap mereka mahu lemahkan kepimpinan najib dgn hentak bini najib.Tak cukup dgn itu mereka mula sasar anak Najib. Mereka cuba semua corner utk merudumkan Najib. Kini mereka diam seketika sebab najib dan isteri di tanah suci.
HARGA BARANG NAIK

Semua orang tahu hal tentang harga barang, teori naik dan turun harga pun depa faham. Barang kawalan, bukan kawalan,asubsidi, bukan subsidi, semua rakyat faham. Tapi PR adalah penghasut utama yang mahu rakyat celaru terutama penasihat ekonomi mereka yang gatai sangat nak tunjuk juara ekonomi. Dia suka sangat kata bahawa kerajaan BN memang suka menyeksa rakyat dengan menaikkan harga barang. Kita pasti ingat pada 5 Jun lalu - ungkapan "harga petrol naik lagi" diluahkan dengan emosi marah. Tetapi kenapa situasi hari ini, kita tidak menyambut pengumuman penurunan harga petrol dengan ungkapan "harga petrol turun lagi" bersama nada gembira? Semua orang tahu, ini kali ke empat kerajaan menurunkan harga runcit petrol dan diesel. Daripada kenaikan sebanyak 78 sen empat bulan lalu, kini harga runcit petrol misalnya sudah diturunkan sebanyak 55 sen menjadi RM2.15 manakala harga diesel dikurangkan kepada RM2.05 sekarang.

Sambutan dingin dan kurang memberangsangkan ini ada sebabnya.  Hakikatnya masyarakat pengguna masih menunggu para peniaga menurunkan harga jualan ke paras yang munasabah atau kembali ke harga asal ketika harga petrol RM1.92 seliter .Ketika harga minyak meningkat pada 5 Jun lalu, harga bagi hampir semua barangan naik antara 15 peratus dan 30 peratus. Kos operasi turut naik antara 30 dan 40 peratus. Daripada barang makanan hingga kepada tambang pengangkutan, semuanya mengalami kenaikan harga atas alasan harga petrol dan diesel telah naik. Peniaga naikkan harga secepat kilat. Tetapi kini, setelah harga petrol dan diesel diturunkan oleh kerajaan sejak lebih dua bulan lalu, terlalu banyak peniaga yang masih enggan menurunkan harga barangan dan perkhidmatan kepada pengguna.Penurunan harga bahan api mungkin tidak disenangi oleh golongan peniaga. Mereka akan beri seribu satu alasan. Tetapi sikap tamak dan tidak bertimbang rasa kepada pengguna mungkin sukar dinafikan jika peniaga terlalu mengira dari sudut untung rugi. Apa yang pelik, kita langsung tidak mendengar ada peniaga yang menyokong Perdana Menteri ketika pengumuman kenaikan harga minyak dahulu. Begitu juga ucapan terima kasih, tidak pun dinyatakan ketika penurunan harga bahan api diumumkan.Sikap degil dan tidak sensitif terhadap tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat cukup 'meletihkan' kita.


YANG BENAR DI SOROK

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mendapati sebanyak 165 jenis barang mengalami penurunan harga manakala 135 lagi mengalami kenaikan.“Banyak pihak mempersoalkan harga barang naik, namun keadaan sebenarnya adalah lebih banyak barang mengalami penurunan harga.“Contohnya yang turun harga ialah bawang merah dan beberapa lagi barang. Para pengguna boleh memeriksa harga barang-barang tersebut di portal kementerian  di
http://www.kpdnkk.gov.my,” katanya. Hah semak lah..Keadaan ini sama macam hal perlembagaan dan undang undang pilihanraya.Baca nya tidak tapi cakap hebat tentang hal tersebut.

   


PROPAGANDA POLITIK PR


JINGGA konon nya MASTERPIECE.Kata mereka ini adalah SUARA PAKATAN.Kata mereka inilah waktu utk PAKATAN memberi sumbangan.Hakikatnya sekali lagi JINGGA adalah sogokan minda dan JINGGA atau JA adalah kepintaran putar memutar minda rakyat,kerana mereka tahu rakyat hari ini mudah menerima temasya menabur janji.


Dakwaan Buku Jingga

Setelah 53 tahun merdeka negara kini berada dalam krisis. Cita-cita untuk membina sebuah bangsa yang bersatu padu dan negara yang makmur telah gagal. Demokrasi dan hak asasi rakyat terus dinodai oleh pemerintah UMNO/BN. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa membarah. Kekayaan negara telah dibolot oleh segelintir elit berkuasa. UMNO/BN tidak mempedulikan rakyat terbanyak yang dihimpit oleh kos sara hidup yang tinggi. Pendapatan rakyat tidak meningkat kerana dikekang oleh pemerintah. Daya saing negara dan rakyat terhakis akibat dasar yang lemah, pelaksanaan yang tidak berkesan dan kebijakan (dasar) yang tidak berjiwa rakyat.

Ulasan:

Sepanjang tempoh lebih 50 tahun Kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara, BN telah membuktikan pelbagai pencapaian cemerlang dalam membela nasib rakyat dan membangunkan negara. Kadar kemiskinan di negara ini telah menurun kepada 3.8 peratus sahaja pada 2009 berbanding 49.3 peratus pada 1970.

Kadar kemiskinan kaum bumiputera juga telah menurun sehingga ke paras 5.1 peratus sahaja ketika ini berbanding 64.8 peratus pada 1970. Pendapatan bagi 40 peratus isi rumah berpendapatan paling minimum telah mencatatkan peningkat drastik sehingga 324% pada 2008 berbanding tahun 1980. Kadar pengangguran pula telah menurun kepada 3.2% pada 2007 berbanding 5.8 peratus pada 1984.



Najib yang mengulas mengenai Anwar Ibrahim dan buku jingga Pakatan Pembangkang mereka dan manifesto kehancuran negara itu hanyalah penipuan untuk rakyat Malaysia agar mereka dapat menakluk Putrajaya.Percayalah, jika Putrajaya dalam genggaman mereka, pasti janji-janji manifesto dan buku jingga mereka tidak dikotakan, dan jika buku jingga tersebut digunakan, maka hancurlah Malaysia di bawah tampuk pemerintahan mereka.

“Tunjukkan dulu bayangan Kabinet mereka, siapa yang memgang jawatan Perdana Menteri Malaysia, siapa yang pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri”? jelas Najib.“kita baru mintak bayangan Kabinet, jawatan apa dia nak bagi kat Mat sabu, Menteri apa? Jawatan apa pulak untuk Tian Chua, Menteri apa nak bagi kat dia?“bagaimana pulak dengan Hadi Awang? Bagaimana Pulak dengan Karpal Singh? Nak bagi dia Menteri Undang-Undang? Kata Najib.

Jelas Najib lagi, sehingga kini Bayangan Kabinet Pakatan Pembangkang masih tidak nampak bayang, mereka gagal untuk menunjukkan siapa calon-calon yang akan memerintah dan memegang jawatan tertinggi Kerajaan.BACA LAH KOMEN SEORANG PENULIS DI BAWAH INI.

SATURDAY, FEBRUARY 12, 2011

Bicara Rakyat : Buku Jingga
Salam,
Sayed Munawar,  Hos Bicara Rakyat
Pada 4 Februari 2011 yang lepas, RTM melalui TV1 telah menyiarkan rancangan secara langsung "Bicara Rakyat". Rancangan ini yang dihoskan oleh Sdr. Sayed Munawar menampilkan 3 orang ahli panel yang dijemput khas bagi membincangkan "Buku Jingga" yang dikeluarkan oleh (so called) Pakatan Rakyat. Ahli panel yang dijemput ialah Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P. Kamalanathan, Pengarah ISIS, Datuk Mahani Zainal Abidin dan Sdr. Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR.

Forum seperti ini telah menarik ramai pihak untuk mengikutinya. Tentu sekali samada mereka yang ahli politik, ahli ekonomi, peniaga, pelajar malah sesiapa sahaja yang bergelar rakyat Malaysia pasti ingin mengetahui samada apa yang ditampilkan oleh Buku Jingga ini benar-benar logik dan boleh menjadi kenyataan atau hanya suapan angan-angan yang menjadi modal politik bersifat populis semata-mata demi meraih undi di dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Baik, bagi yang belum berkesempatan, sila saksikan rakaman rancangan ini  :

Secara keseluruhan, perjalanan forum kelihatannya berlangsung dalam keadaan dan suasana yang baik. Kesempatan yang diberikan RTM kepada pemanggil telefon dan pengguna Facebook untuk turut serta menambahkan lagi keghairahan ahli panel untuk menjawab soalan. Ini komen aku bagi setiap panelis.

1. YB P. Kamalanathan - Beliau memulakan perbincangan dengan nada yang baik. Bersetuju ada perkara yang boleh digunapakai di dalam Buku Jingga tetapi mempersoalkannya kerana terdapat perkara yang dinyatakan di dalam buku tersebut merupakan dasar yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh BN. Beliau juga menempelak perkara di dalam buku tersebut seperti janji PR ingin mempertahankan kedaulatan raja-raja, tetapi berlaku sebaliknya seperti krisis lantikan SUK Negeri Selangor baru-baru ini dan krisis pertukaran kerajaan Perak 2 tahun lepas. Beliau juga membangkitkan isu kegagalan Kerajaan Selangor membayar bil tiang lampu di kawasan Hulu Selangor dan mengaitkannya dengan keupayaan Kerajaan Pakatan Rakyat ingin melaksanakan janji-janji di dalam Buku Jingga dalam masa seratus hari.

2. Datuk Mahani - Kehadiran Datuk Mahani sebagai seorang ahli dan pakar dalam bidang ekonomi sedikit sebanyak membantu di dalam hala tuju forum ini. Datuk Mahani membangkitkan isu keupayaan PR untuk melaksanakan apa yang dijanjikan dalam masa 100 hari sebagai sesuatu yang mustahil dan tidak berasas. Beliau juga mengulas mengenai tuduhan PR bahawa subsidi kepada IPP tidak memberi manfaat kepada rakyat dan membidasnya dengan idea yang bernas. Beliau juga menegaskan bahawa pengumuman pemansuhan tol dan pembekuan kenaikan kadar tol di Lebuhraya Timur-Barat sebelum ini bukanlah keputusan yang dibuat selepas Buku Jingga diperkenalkan, malah ianya telah lama dirancang iaitu semasa pengumuman Bajet 2011 yang lepas. Datuk Mahani juga mempersoalkan kecacatan plan Buku Jingga ini yang tidak menyatakan dari mana harus Kerajaan menjana sumber pendapatan untuk membantu rakyat selain daripada bergantung hanya pada Petronas. Beliau juga membidas buku tersebut kerana telah terlepas pandang akan peranan swasta dalam menjana ekonomi negara.

3. Sdr. Rafizi - Sdr. Rafizi adalah contoh klasik anak murid Anwar. Gaya percakapan beliau persis seperti Azmin Ali dan Ezam Md Noor -- Kedua-keduanya mengambil gaya percakapan Anwar. Hujahnya nampak bernas, tapi sebenarnya apa yang dihujah itu hanyalah "tai-chi" ala Anwar. Menjawab satu persoalan dengan persoalan lain, beliau tidak menjawab soalan YB. P. Kamalanathan berkenaan Kedaulatan Raja-Raja malah memberikan fakta yang salah mengenai isu tiang lampu tidak dibayar bil elektrik. Namun dengan ketenangan menjawab soalan dan riak muka yang senyum dan lemah gemalai (skill Anwar) ramai yang tidak perasan akan hal ini dan menganggap beliau menjawab dengan sempurna. Huraian beliau mengenai kira-kira penjualan PLUS kepada kerajaan dan perbelanjaan mengurus yang lebih sedikit daripada pampasan yang perlu dibayar dibuat dengan secara oversimplified atau terlalu mudah tanpa mengambil kira isu-isu berkaitan perjanjian dan perundangan. Menjawab persoalan mampukah 100 hari tempoh untuk melaksanakan semua itu, "tai chi" ala Anwar dengan mudah diaplikasikan dengan menyatakan tidak semua akan dilaksanakan dalam 100 hari dan hanya ada beberapa perkara sahaja yang akan ditumpukan di dalam 100 hari. Bagi aku ini sama macam "tai-chi" Anwar bila "16 September" nya gagal dan pada malam tersebut di dalam suatu rapat umum yang diadakan. Anwar pada malam itu menyatakan 16 September itu hanya titik permulaan sedangkan heboh sebelum tarikh itu beliau mendakwa beberapa Ahli Parlimen BN akan melompat ke PR untuk diwujudkan kerajaan baru.

Jadi, hampa semua kena tonton dulu sebelum nak terima atau tak pendapat aku ni. Aku tak kata pendapat aku ni neutral dan tak berat sebelah sebab memang aku ada kecenderungan kepada pihak tertentu dalam forum tu, tapi cuba fikir balik bila dah selesai tengok. Ada kebenaran tak apa yang aku cakap?

Wassalam..

Nukilan: Azhar
Pada: 6:00 PM
Reactions:    
2 Komen:
Anonymous said...
tak payah la nk menangkan BN.Kalo yang tgk malam tu pakai mata,kalo pikir pakai otak sume pon tau yg Kamalanathan lnsung x sama standard dgn rafizi.Buat malu jela.
11:17 AM

Azhar said...
kalau yang baca buku jingga tu gunakan akal, pasti mereka sedar betapa cacatnya perancangan buku tersebut... menjana pendapatan melalui pengurangan isu rasuah serta menghapuskan subsidi IPP (seperti yang Rafizi sendiri cakap dalam video ni) adalah tidak realistik kerana kedua-dua perkara itu bukan 'core' dalam penjanaan pendapatan negara. Ditambah pulak dengan janji-janji manis kununnya untuk membela rakyat, perancangan buku jingga ini sebenarnya membawa Malaysia ke laluan seperti Greece dalam masa beberapa tahun selepas PR (sekiranya menang) memerintah.
9:15 PM

(Terima kasih kepada mereka yg menulis dan memberi pandangan yg ikhlas demi kebenaran)

No comments:

Post a Comment