PETANDA
Pernah pandu kenderaan ke Putrajaya dari Damansara? Ada macam macam route. Kalau benci sangat TOL pakai jalan yang banyak lampu isyarat tapi lambat sangat sampai, dalam hal RTP ni elok guna aje highway. Apa yang anda nampak di kiri kanan selain dari bangunan dan pangsapuri. Ianya papan iklan. Ada yang panggil STREET FURNITURE. Di Malaysia bukan saja ada macam macam street, tapi ada juga, termasuk street politician.
DESIGNER RTP
Tiada yang kecoh bila PR buat pelbagai macam slogan untuk dapatkan kuasa, dan yang paling digemari ialah RTP atau ROAD TO PUTRAJAYA. Idea sebegini tentunya tidak datang dari Nik Aziz kerana tentu sekali Nik dan konco-konconya hanya tahu Road to Heaven atau HELL, dan tentu juga bukan Lim Kit Siang kerana dia lebih suka Highway To Singapore. Jadi idea ni sape yang pelopori? Ini adalah idea cemerlang DSAI. Kenapa? Pertama, dia yg terlibat dalam rekabentuk Putrajaya. Dia juga design bangunan yang macam istana, supaya ketika itu jika dia jadi PM itulah yang gantikan istana negara, dia juga terlibat dalam design bangunan PM lorong nak cabut lari waktu kecemasan.
AT ALL COST
Cuba kita tengok macam mana dia cabut lari berlindung di kedutaan TURKI. Idea cabut cabut memang dalam kepala DSAI. Tengok macam mana masa election Sarawak, jam 5 petang dia sibuk kasi tahu yang PR menang tapi bila keputusan PR kalah dia lari KELUAR NEGARA. Kedua, dia hampir untuk menduduki tempat pertama dalam kerajaan, yang ketika itu dia memang hanya akan tahu bertindak bila ada kuasa. Jelas politik DSAI bukan suatu wadah malah suatu kerakusan untuk memuaskan NAFSU POLITIKnya. Dia buat Azizah setengah sasau dalam banyak hal, menjadikan Azizah terjerumus dalam kancah politik, konon nak jadi macam Sonia Gandhi di India, dia seret anak dia, dia melutut dekat Lim Kit Siang, dia melutut dekat Karpal untuk cover kes-kes makhamah, dia lakukan apa saja. Kenapa? Sebab based dia lemah di akar umbi. Sebab dia mahu AT ALL COST. Dia selalu laungkan"fight them,and fight them hard"slogan ni mirip macam HITLER.
KENCING POLITIK
RTP dicanang dan di laungkan bukan saja dari Kangar ke KK tapi sudah ke United Kingdom dan banyak lagi benua di dunia. Yang peliknya mereka tidak langsung bincang hal liku- liku ke Putrajaya, mereka hanya tahu bahawa rakyat mudah di pengaruhi apabila dilakukan satu corak kebangkitan seperti BERSIH,slogan JOM UBAH dan tanpa henti mensasarkan Najib kerana jika Najib di lemahkan maka UMNO tidak akan bertenaga dan bila tenaga di lihat bertaburan maka cara yang mudah ialah dengan menjanjikan segala macam HADIAH POLITIK. Bila rakyat lena dgn janji maka DSAI tahu rakyat boleh di pukau.
AKU TERBAIK!!!
Sejak diperkenalkan slogan ini,DSAI selalu di barisan depan, dia mahu di lihat sebagai pemimpin yang LEBIH TAHU SEGALANYA malah fungsi kerajaan, selok belok kerajaan semuanya di dakwa di ketahui khusus tentang DANA kerana dia adalah orang yg cukup pengalaman dalam kendali dana kerajaan. Tempoh 8 tahun dia jaga dana kerajaan, dia tidak pula sentuh hal rasuah, kepincangan pegawai dalam tadbir urus, seolah-olah semacam tiada laporan audit sepanjang musim dia sebilik dengan kerajaan BN dan menjaga dana kerajaan. Tak payah kita bongkar siapa kroni, siapa yang dikayakan DSAI,siapa yg telus melus.Itu adalah sejarah dan sekarang ini di depan mata kita org yang sama. DSAI yang sama malah lebih haprak dari dulu. Lebih kemarok nafsu dari dulu. Dulu dia tak lah nampak gadai ugama,tapi skrg semua nya di HALALKAN oleh pengajaran ANWARISME.
IKLAN!!
Sebaik saja slogan ini memberi kesegaran kepada pasukan PR maka laluan kempen sepanjang musim berlangsung dengan semangat yang tidak padam. Awal persimpangan dan liku jalan RTP ialah satu papan tanda LIWAT, ini adalah kes saiful,kemudian papan tanda CHINADOLL,jauh sedikit ada iklan OMEGA.Perjalanan ini tidak perlu GARMIN kerana yang menentukan papan tanda ialah PR sendiri. Speed limit di tetapkan oleh PR.Ikut suka dia.
Temasya yang menjijikan dan lari daripada ajaran agama!!! |
Apabila dalam perjalanan sewaktu persinggahan di R&R,aternyata papan tanda bertentangan satu dgn lain iaitu NEGARA KEBAJIKAN & HUDUD.Bila mula kilometer seterusnya terserempak dengan temasya BERSIH dan nampak orang memprotes langkah JAIS tentang MURTAD. Semakin lama perjalanan di hidang pula dgn iklan JINGGA dan tidak ada yang menarik kerana JINGGA ini tidak dihiasi dengan muka Nik Aziz dan Kit Siang yang ada semua gambar DSAI. Semakin diketahui dekat dengan kawasan Putrajaya terlihat papan TAHUN LIWAT MALAYSIA dan ada juga sepanduk MALAYSIA SPRING,tidak kurang hebat bila ada papan tanda KEMPEN KURANGKAN PENTADBIR KERAJAAN. Bila semakin hampir dgn Putrajaya ada DIVERSION, kerana temasya SEKSUALITI MERDEKA.Maka ternyata ada papan tanda terakhir meminta pemandu nya memandu ke arah SG BULUH.
SIAPA MELINGKUP SIAPA?
Soalnya ialah apakah PKR telah membosankan PAS dan DAP pula telah memesongkan PAS. Apakah rakyat suka dengan pesta yang dianggap SONGSANG POLITIK ini? Rakyat semakin sedar bahawa sudah 3 tahun, perubahan yang dinantikan tidak banyak yang baik malah penuh dgn cerita yang MENAKUTKAN. Penuh dengan cerita yang tidak pernah kita dengar sebelum ini. Isu Kalimah Allah, isu murtad, isu seks bebas, pemimpin skandal, janji sana janji sini,sekejap kebajikan sekejap halal pula kalau tidak beraurat masuk ke mesjid, raja dan sultan dicarutkan dengan mudah,Islam yang di atas jalan yang bukan islam berholiday, semuanya atas nama menuntut perubahan.
MELAYU LAYU!!!
Yang lebih dahsyat lagi ialah usaha utk merubah SEJARAH.Yang jadi kambing hitam ialah MAT SABU,dan ketika di katakan komunis itu adalah pejuang kemerdekaan, DAP sepatah pun tak bagi komen, mereka gembira melihat MAT SABU dihentak dan MAT SABU hanya sekadar boleh kata yang dia tak ingat apa dia kata,dan dia nak saman, Itu saja? Tapi dalam sedar tak sedar ternyata yang DAP sudah mula sebarkan idea yang jika PR dapatkan kuasa mereka tak minat sangat kuasa PM. Mereka mahu sepak pentadbir yang majoriti melayu (sumber : http://youtu.be/rSFSaeRrjU8). Soalnya kenapa kempen ini tidak dihadapkan kepada CEUPAC,yang dia berani hanya kepada akhbar cina saja.Isu siapa yg masih rasis? Kecoh fikiran MELAYU. Harap PERKASA saja cakap hal Melayu, lainnya gugup bila berwacana hal melayu. HIMPUN pun tak ramai yang sambut. PAS parti islam pun dah bercelaru,apa tidaknya. Ambiga dia sokong masa cadang buat kecoh,orang yang sama sekarang bila nak resmi seks bebas dia tak sokong, dulu dia hudud sekarang dia kata kebajikan,bila anggota PAS mula bantah dia hudud pula. Hal perjuang akidah dlm HIMPUN dia kata tak sokong sebab ianya PENDIRIAN PARTI, siapa yang nak hadir itu hak perbadi.Yang FLIP FLOP dalam politik pasca 2008 ialah PAS yg tentunya melayu.Yang semakin naik minyak ialah penyokong DAP.PKR adalah ANAI ANAI POLITIK.Jika mereka yg inginkan Putrajaya,rakyat perlu tahu dulu PAPAN IKLANnya.
No comments:
Post a Comment