Showing posts with label MB Selangor vs KSN. Show all posts
Showing posts with label MB Selangor vs KSN. Show all posts

Monday, January 24, 2011

24-34-20 SELANGOR

Nombor di atas semacam nombor unit kondominum, tapi yang benarnya ialah pada hari ini 24hb Jan dalam sejarah, undi tergempar di Dewan Undangan Negeri Selangor gagal di luluskan apabila tidak mendapat undi majoriti 2/3. Sejumlah 34 menyokong pindaan dan 20 membantah. Apa natijah nya?


Politik semata-mata... MB Selangor telah mengiktiraf  jawatan Kushrin
1) KERAJAAN YANG MEMERINTAH: Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bersama kerajaan negeri. Ia akan berkhidmat pada kerajaan yang memerintah. Malah dia juga akan menasihati kerajaan dari segi teknikalnya mengenai sesuatu isu yang memerlukan input pentadbiran. Ia adalah rakan sejawat dengan MB. Ia adalah orang penting bagi kerajaan PR.

Yang hairan rakan sejawat cuba mengusirnya dari jajahan Selangor. Ikut lojik akal, pembangkang yang patut bawa isu ini tapi ia sudah terbalik. Yang bawa ialah kerajaan dan yang membantah ialah pembangkang. Ini menunjukkan bahawa agenda kerajaan negeri terhadap jawatan dan penyandangnya sudah ada prejudis. Sangka buruk yang bermula sebelum dato khusrin memegang jawatan adalah suatu pencabulan kepada "civil service neutrality."

2) USUL TERGEMPAR: Ini dilakukan jika ada isu yang kritikal dan jika tidak di lakukan ianya memuzaratkan rakyat. Apakah yang akan memuzaratkan kerajaan negeri jika Khusrin teruskan tugasnya di Selangor. Agak pelik, khusrin yang berbelas tahun bertugas di negeri yang sama tanpa masalah tiba-tiba menjadi satu isu kecoh sehingga mengheret sultan yang memerintah dalam hal PERLANTIKAN.Ini adalah satu kerakusan, ini di buat bukan atas dasar rakyat tapi nafsu dan kemarukan pada kehendak diri. Ringkasnya PR mempolitikkan jawatan KERAJAAN khusus setiausaha kerajaan negeri.

3)HIMPUNAN RAKYAT: Perkumpulan sekelompok kecil membantah khusrin di stadium adalah suatu yang lucu. Pilihan stadium yang sepatutnya memuatkan puluhan ribu orang hanya tunjuk kehaziran 500 orang sahaja. Bukankah ini dianggap pembaziran? Ini juga isyarat yang rakyat bosan. Namun tidak cukup dengan itu, masih bergelora semangat nak terus bantah khusrin. Mereka mahu di teruskan dan mungkin kali ini dengan agenda yang lebih besar. Sebenarnya rakyat faham antara isu, politik, dan pentadbiran. Rakyat lihat ini adalah hal pentadbiran maka selesaikan saja ikut saluran pentadbiran.Apa perlu sampai nak berhimpun di stadium?

PENYAPU: Satu ketika dulu pentadbir Selangor hiba dan syahdu bila di anugerah penyapu sehingga isu ini mempengaruhi rakyat dan menjadi bualan ramai. Rata-rata yang kata tingkah sedemikian sudah melebihi paras toleransi. Kali ini bukan saja penyapu tapi kerajaan secara kolektif nya mahu SAPU KHUSRIN dari bumi selangor. Etika dan MORAL pegawai sudah tidak menjadi pertimbangan. Rakyat yang kurang arif tentang pentadbiran, cukup keliru, manakala sekelompok kecil yang pekat sokong kerajaan negeri turut sama hentam dan pertikai khusrin.

Pernahkah kita fikir pengorbanan seorang pegawai, pernahkah kita terasa keterlaluan mengheret Khusrin sampai beliau di masukkan dalam dewan dan seluruh anggota dewan berbahas mengenai diri dia.Ini kah yang di sebut keadilan? Kempen selamatkan itu dan selamat kan ini selalu sangat kita dengar tapi ia adalah satu slogan yang hodoh apabila ternyata kesanggupan menghina,memperlekeh,memperkecilkan seorang pegawai kanan kerajaan.Lebih malang sekali yang mengusulkan ialah DATO MENTERI BESAR MELAYU bertugas di bawah sultan melayu MENYUMBAT seorang pegawai kanan melayu sebegitu rupa.Rakyat dan lebih khusus pengundi akan menilai nya apabila sampai waktu.MB sekarang adalah seorang yang di anggap BONEKA dan rakyat semakin menjadi BOSAN dengan stailnya yang tidak professional.Cara MB membuat Azmin gelisah dan menanti nanti saat untuk minta MB berundur.

Tuesday, January 4, 2011

KERAJAAN SELANGOR vs Pegawai Tinggi Kerajaan



Zalim.Itu yang dapat digambarkan apabila Kerajaan Negeri Selangor menghukum seorang pegawai tinggi kerajaan. Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah Ketua kepada kakitangan kerajaan yang bertugas di Negeri Selangor. Dari peringkat ibu pejabat di Shah Alam hingga ke 9 daerah dan ke peringkat penghulu dan termasuk JKKK. Bagitu latarbelakang dan tanggung jawab jawatan.

Dato Khusri seorang yang tidak ada kontroversi sepanjang beliau berkhidmat di Selangor. Dia yang paling lama berkhidmat di Selangor. Orangnya peramah,baik budi dan tahu membawa diri sebagai kakitangan awam. Menjadi Setiausaha Kerajaan bagi beliau adalah jawatan kenaikan pangkat. Ia adalah rezeki.

Nah apa jadi?dia disebat dengan kata-kata yang demoralising. Dikatanya dia agen BN, dia nak sabotaj PR, dia bahaya orangnya dan segala macam kata kata negatif. Belum lagi dia bertugas sudah dilemparkan dengan kata-kata yang tidak beretika. MB pula kata Selangor boleh ditadbir tanpa Setiausaha Kerajaan. Nah ini satu lagi pendekatan yang jelek. Bayangkan Kerajaan Negeri diperintah tanpa adanya Pegawai Awam untuk melaksanakan tugas. Mana dia prinsip amalan demokrasi dan di mana dia pembahagiaan kuasa.

Dengan sebab tidak suka Khusrin sistem pun mahu di tukar. Bayangkan bagaimana 'delivery system' akan di buat jika kekecohan sebegini mengambil tempat di Selangor. Bukan itu saja.MB buat keputusan yang dia tidak benarkan Dato Khusrin hazir mesyuarat EXCO dan mesyuarat yang sulit. Bagaimana kita mahu lihat Dato Khusrin bawa administrative input dalam sistem yang kita telah lama warisi.Jika tidak ada input ini di mana kah administrative accountability? Political control yang keterlaluan akan melumpuhkan sistem. Ini telah terbukti di berbagai negara dan yang akan menjadi mangsa ialah rakyat atau pelabur. Kuasa-kuasa yang termaktub mahu di ubah jika Khusrin masih di Shah Alam.

Kerajaan Selangor mahu beliau ditukar terus keluar dari Selangor. Bukankah ini kekejaman nama nya. Pegawai awam selama ini memang taat dan tidak derhaka. Hari ini jelas bahawa mereka sudah di cap sebagai agen dan di katakan perosak negeri Selangor. Makanya perlu buat perubahan untuk puaskan nafsu golongan yang kecewa kerana kroni mereka yang boleh dicucuk hidung tidak di terima oleh sultan. Kasihan kepada Dato' Khusrin yang di hukum sebelum membuktikan perkhidmatannya. Jika begini ditafsir sebagai keadilan makanya kita bukan maju ke hadapan tapi semakin mundur. Mengancam penjawat awam bukan kerja yang wajar.

Thursday, December 30, 2010

KECOH LAGI


Tentu sekali di Selangor. Kali ini serangan adalah kepada kedudukan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Minggu lepas kedudukan 1 Malaysia. Memang hebat pentadbiran PR. Ketua perkhidmatan dan Ketua Setiausaha Negara telah buat keputusan siapa yang layak jadi Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ini bukan kali pertama Setiausaha sebegini dilantik. Sistemnya terpelihara, cara dan tertib juga telah diperhalusi sejak 6 bulan yang lepas. KSN pun bukannya lali dan suka cari pasal sebab beliau tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Untuk jawatan khas Ketua Negeri meti dimaklumkan akan kekosongan yang dijangka dan sebagai suatu tradisi dan amalan baik dengan Ketua Negeri atas semangat menjaga adat istiadat maka cadangan beberapa nama dimaklumkan pada Baginda Sultan. Ini disebut dalam bahasa perkhidmatan awam "acceptibility and suitability".

Kalau Sultan perkenan dan pegawai berkenaan tidak ada rekod yang buruk maka keputusan membuat penempatan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi satu yang sempurna. Ini hairan. Ada pula yang terkejut dan ada yang kata KSN sabotaj perihal perlantikan Dato' Khusrin sebagai SUK. Ini rezeki dan maruah pegawai tinggi. Bukannya Dato' Khusrin terhegeh-hegeh minta jawatan itu. Dia pun ikut perintah. Dia pegawai awam yang ada etika.

Kalau di kecoh-kecoh dengan lembaran yang tidak profesional maka pentadbiran awam negara ini akan kucar kacir cukuplah Selangor. Sejak PR perintah bukan saja kenegaraan dicemari tapi juga pentadbiran awam. MB nampak kelam kabut. Kenapa? Mungkin dia mahukan kroni dia pegang jawatan itu? Tak cukupkah dengan beberapa jawatan istimewa diberi kepada kroni-kroni? Sehingga jawatan protokol ini pun dia kemaruk tak kawal.

MB Selanhor ini mesti kepala batu. Bukannya dia tak diberi maklum oleh Bahaguan Sumber Manusia tentang kuasa mutlak dan konsep neutrality of the civil service. Apa hal yang keoh sehingga mahu menghadap Sultan dan minta Sultan pilih blue eye boy dia!!!! Inilah masalah kalau MB degil dan buta tuli dalam tindakan. Yang syoknya DAP pun tumpang semangkok. Dia dah lamageram kat KSN. Dia nak bela LGE. Maka bila kes ini meletup puak roket inipun kelam kabut bagi reaksi.

Barang diketahui bahawa politik boleh buat cara politik tapi jangan sampai nak campur aduk dengan perkhidmatan awam yang dah lama di negara ini. Kalau tanpa mereka poltik juga namak tergantung. MB Selangor di saran akur saja dengan keputusan menerima Dato' Khusrin. Tunjuklah sikit Impartial. Jangan berat sebelah, jangan kata orang Selangor ini selalu sangat flip flop. Macam mana nak majukan Selangor?