Sunday, March 6, 2011

BERBALOIKAH BILA TIDUR SEKATIL DENGAN DAP

GALAS,TENANG,MERLIMAU,KERDAU



Sekatil TAPI mempunyai mimpi berlainan... Inilah Pakatan Rapuh.
4 DUN ini menyaksikan PAS tumbang berturut turut dalam siri PRK. Kata orang ibarat jatuh tangga timpa tangga. Slogan PAS GANTI UMNO dan PAS FOR ALL banyak bawa bencana dari kejayaan. Niat untuk mengurangkan majoriti BN tidak tercapai malah BN semakin memacu tinggi dengan majoriti yang bertambah. Niat PAS gabung DAP untuk undi cina bawa banyak kerugian. Niat DAP kawan dengan PAS untuk undi MELAYU juga banyak rugi dari untung. Lagi pun PRK pasca 2008 adalah pertandingan negeri dengan negeri.Contoh kelantan lawan johor,pahang dan melaka. Jelas kelantan kalah dan ini adalah negeri yang melayu majoriti.Apa yang dapat kita rumuskan?

PERTAMA: DAP perlu memikirkan kekuatan rakannya seperti PKR dan PAS. Tsunami dah berakhir. Hakikat ini mesti di terima PR. Rakyat semakin tahu yang PR belum cukup umur untuk mengurus negara ini. Cubaan mengurus negeri dengan bersedekah dan bersanta klaus adalah suatu yang kurang menyengat kerana ianya memiliki unsur politikal dan taktikal.DAP yang akan banyak rugi jika terus berpaut pada PAS.

KEDUA: KEDAH dan KELANTAN adalah sasaran BN.Ini perlu di akui oleh PAS. PAS harus mulakan persediaan untuk menerima serangan dari BN yang sudah mula pulih dari demam tsunami. Dulu PAS mendapat penghormatan ,tapi sejak intim sangat dengan DAP sehingga sanggup pegang lilin dan sanggup bersama mereka di masjid,maka pengundi lihat ada semacam tidak kena dengan pakatan yang masih rapuh. Tindakan DAP untuk menyoal PAS mengenai loteri yang di haramkan di kelantan adalah suatu langkah yang memberi kesan negatif pada PAS ketika PAS bertongkos lumus melawan BN di dua DUN yakni merlimau - kerdau. DAP dengan lantang minta Kelantan lebih fokus kepada pembangunan dari tumpu pada hal remeh seperti loteri.ini di anggap tikam kawan dari belakang

KETIGA: Tindakan DAP memperkudakan PAS dan juga usaha DSAI mengalatkan PAS juga tidak membawa hasil kerana yang rugi akhirnya PAS. PAS juga semakin sedar bahwa DSAI sudah jadi liabiliti dan DAP telah mengalihkan sokongan melayu PAS kepada MELAYU UMNO.

KEEMPAT: Didalam piliharaya kecil yang melibatkan calon PAS ternyata ada KETIDAKSERASIAN di kalangan parti DAP dan PKR. Hujah mereka,isu mereka,gaya mereka semakin hari semakin menunjukkan ketidakaslian PAS.Rakyat umumnya seolah olah memberi isyarat supaya PAS segera berpisah dengan PKR dan DAP kerana rakyat semakin tidak yakin PKR parti yang tiada prinsip dan rakyat terasa amat malang apabila PAS semakin menjadi liberal apabila bersama DAP berbanding waktu dulunya PAS dalam BN bersama dengan MCA.

PAS FOR ALL

Slogan ini mengecewakan orang cina kerana mereka tahu yang akhirnya PAS dan UMNO itu Melayu dan Islam.Pertelingkahan mereka adalah pertelingkahan tradisi.PAS FOR ALL adalah untuk sementara,sehingga PRU 13.Sebab slogan inilah ramai yang telah MENCEMARI KETULUSAN PAS.

Pengantian parti yang wajar...


PAS GANTI UMNO

Ini lagi satu slogan yang tidak menyengat kerana mereka menjadi riak dan menjadi lebih sombong dari kerakusan DAP. Bila slogan ini di lagukan,ternyata ia memberi ruang untuk DAP.Memang ada anggota yang dulu UMNO sekarang PAS tapi itu tidak jadi isu,hanya bila PAS buat pendekatan lebih  DAP dari UMNO maka rakyat tolak PAS.Slogan ini memberi isyarat MAUT bagi PAS kerana kafir mengkafir dan haram halalnya.Semakin mereka berkata itu dan ini semakin melayu terasa jijik dan terus mahu menjauhkan diri dari PAS.

PKR

DSAI tidak lagi berupaya untuk membawa gelombang MESIR ke negara ini. DSAI semakin di lihat tidak mendapat kepercayaan. Selangor semakin goyah dan selangor sebaiknya lebih bersiap siap untuk menyerahkan kuasa pd BN yang semakin hari semakin memahami jiwa rakyat.Semua cerita PKR tentang SELANGOR tidak membanggakan rakyat pahang,dan melaka,dan johor.

DAP

DAP akan mula membuat perhitungan. Lebih untungkah jika PAS keluar saja dari PR kerana hakikatnya mungkin rakyat lebih mahukan UMNO BERSAMA PAS.Kekalahan PAS memberi isyarat menyekat kemaraan DAP.Memang benar rakyat marah UMNO tapi belum tentu rakyat khususnya MELAYU yang majoriti nya di kelantan,terangganu,kedah,pahang,johor,melaka cintakan DAP.
                           
JINGAY GAGAL ROUND1


Secara umumnya dapat dikatakan bahwa JINGAY gagal mendapat sokongan rakyat di pahang dan melaka.Walau pun nampak JINGAY simple tapi mempromosikan  JINGAY adalah kesilapan besar PR.Ini memberi isyarat bahwa rakyat lebih mahukan WAWASAN 2020 dari  JINGAY.Dalam kempen walau pun ramai yang hazir bila ikon ikon PR hazir tapi mereka hazir untuk mendengar dan apabila mereka selesai mendengar mereka lebih yakin untuk menolak JINGAY. PR semakin tidak realistik dalam TOUCH POINT mereka. Ada juga yang mengatakan ceramah DAP dalam bahasa cina lebih fokus kepada perjuangan DAP daripada perjuangan PR.Itu sebabnya cina juga semakin meningkat sokongan pada BN.India langung REJECT PR di melaka.Bagi orang india kebajikan mereka di tunaikan,dan mereka memang cukup serik dengan pengalaman KG BUAH PALA.jelas waktu kempen di merlimau,kaum india tidak mahu bendera PAS masuk ke kawasan mereka khusus yang kerja di ladang.

TEORI RAHMAN

Rakyat menolak saranan LIM KIT SIANG bila menyatakan bahwa teori RAHMAN adalah teori untuk robohkan BN.Semakin DAP bercakap ini dalam bahasa cina,orang cina yang baik merasakan negara ini dah tentu tidak setabil jika RAHMAN runtuh dan timbul teori DAPigs. Orang melayu harus ikuti kempen PRK ini khusus apabila DAP dapat ruang berkempen,mereka guna kesempatan kempen ini bukan untuk promosi PR tapi lebih menarik orang cina masuk DAP.PAS kena nilai dan teliti hal ini baik baik,lebih lebih lagi bila mereka cakap dalam bahasa cina.



POLITIK KAUM ATAU ANGKA?

Rakyat mahu parti yang REALISTIK,parti yang ada pengalaman,parti yang di hormati dan ada reputasi,rakyat menolak POLITIK ANGKA dan rakyat semakin insaf bahwa selagi tidak ada persaingan yang setanding dengan BN selagi itulah BN sentiasa di lihat RELEVAN dan selagi UMNO setia pada prinsipnya maka selagi itulah UMNO relevan.Politik kaum memang kuat dan di perlukan rakyat negara ini.Politik samarasa tidak di anggap sesuai.PAS patutkan fikirkan ini dengan serius.

Saturday, March 5, 2011

"PEOPLE HAVE FREEDOM OF CHOICE"...Tony Pua

Rakyat ada kekebasan untuk memilih. Ini adalah terjemahan dari rangkaian kata di atas yang di sebut oleh TONY PUA. Tony adalah anak muda DAP. Ini adalah bintang yang akan mengambil alih kepimpinan DAP jika sesuatu berlaku ke atas kepimpinan yang ada sekarang. Anak muda ini memang membawa pemikiran politik yang menarik .Maklumlah ia graduan dari Oxford universiti. Dia merasakan yang DAP dan PAS boleh bergandingan kerana mungkin seperti kata DSAI, pemimpin MCA tidak baik berbanding dengan pemimpin DAP.Ramai juga orang PKR puji PAS dari puji UMNO.Orang yang cukup marah pada UMNO ialah Nizar orang hebat PAS dari Perak.
Soalannya rangkaikata tadi di rujuk atas hal apa?

Ini adalah merujuk kepada hal pengharaman tiket loteri oleh kerajaan negeri kelantan. Tindakan penguatkuasaan telah di ambil oleh pihak berkuasa negeri keatas beberapa kedai yang beroperasi di kelantan.DAP tergamam.

Tony berpendapat tindakan sebegini menafikan kekebasan orang cina dan kekebasan ini sepatutnya tidak di rampas dengan tergesa gesa.Tony akan mendesak PR untuk selesai dan beri penjelasan.NATIJAH NYA?

PERTAMA: DAP memberi isyarat bahwa dia adalah BIG BROTHER.Semua negeri negeri di bawah PR secara teorinya mesti rujuk pada DAP dulu sebelum buat polisi  atas perjuangan politic of numbers.Kini ramai pemimpin muda DAP menegaskan undi cina akan menurun jika tatacara membuat polisi tidak di patuhi PAS.

KEDUA:PR ini tak macam BN,misalnya BN di melaka,ketua menterinya nya ialah pengerusi UMNO negeri dan juga pengerusi BN negeri.Ini sistem yang mudah di selaraskan tapi PR di negeri kelantan siapa PENGERUSINYA?mungkinkah nik aziz?jika tidak,kenapa yang DAP nak sangat PR campurtangan. Kalau bagitu terlalu jelas PR ini hanya sekadar satu PAKATAN NIAT saja,lebihkurang macam LETTER OF INTENT dan bukan LETTER OF AWARD. Makanya selagi PAS tidur setilam dengan DAP maka selagi itulah PAS MESTI SENTIASA BERHATI HATI kerana jika orang cina tak undi PAS maka peluang PAS ke putrajaya jadi tipis.Nak jihad pun kena hati hati kerana takut,kerana risau,kerana bimbang.ITUKAH JIHAD??

KETIGA:PAS terpaksa berkira kira samada mahu jaga hati cina atau mahu jaga keahlian rakyat PAS yang di janjikan syurga oleh pemimpinnya.Jika PAS tunduk pada tekanan DAP maka jelas yang PAS adalah subsidiary pada DAP.PAS sekarang sudah ada BRANDING baru.Kita panggil FEWER PAS.

KEEMPAT:Kenapa Tony selalu bangkit hal cina jika mereka tidak mahu soal kaum dalam urusan politik malaysia masa hadapan.Bila hal judi,kepentingan cina,bila hal pendidikan,kepentingan cina,bila hal kebajikan,kepentingan cina.Mana kepentingan melayu dan india?Kalau kita kata yang DAP ini chaunisme cina, mereka naik angin.Tapi cara mereka mendesak PAS seolah olah mereka mempertahankan hak cina saja dan inilah cara mereka mendidik PAS untuk belajar A,B,C dari DAP.Kalau PERKASA cakap hal melayu yang berlandaskan perlembagaan PAS akan turut diam dan membisu apabila PERKASA dikatakan suka pada hal perkauman.

KELIMA:Tony mahu nik aziz dan rombongan PAS baca skrip DAP.Sanggupkah?Yang cekap siapa?mungkin juga PAS sebab dia main silap mata dengan ahlinya kerna tak lama lagi ada pemilihan jawatan parti PAS,nik akan akan kata PAS sudah buat REFORMASI.Atau PAS bakal akan mengesahkan gadaian prinsip perjuangan nya untuk tempoh terdekat sebab nak bersubahat dengan DAP.Subahat dengan DAP masuk syurga atau masuk neraka jahanam????

KEENAM:Tony anak muda peliharaan DAP mesti sedar bahwa negara ini ada tunjang politiknya.Negara ini ada sejarah nya dan negara ini terpahat kesejahteraan nya melalui permaufakatan.Jika HAK di letak pada rakyat,itu sudah pun tidak di pertikaikan,tapi tanggungjawab rakyat pada hak pemerintah juga mesti di tegaskan.ini bukan negara yang semuanya di tentukan rakyat.Politik bukan sekadar menjaga harga barang,politik itu bukan sekadar dapat kuasa dan guna kuasa untuk boroskan nafsu.,politik itu memelihara kedaulatan negara.Politik dan kuasa itu adalah melakukan apa yang COMMON yang di perlukan oleh rakyat seperti jalan,sekolah,tempat ibadat,pengangkutan.Politik itu suatu pemeliharaan untuk kebaikan dan politik itu juga adalah bukan menjadikan seseorang itu mendapat jawatan.Sementara kita tahu generasi tony adalah generasi serba ringkas tapi politik tanah air ini tidak semudah itu untuk diringkaskan.

Thursday, March 3, 2011

MATANGKAH PENGUNDI MERLIMAU?

Gambar Hiasan
6 MAC pengundi yang berjumlah hampir lebih 10,000 di DUN Merlimau akan menggunakan hak mereka untuk mengundi calon yang akan mewakili mereka. Sejak 26 Feb banyaklah aktiviti yang di langsungkan kerana undang undang negara ini bagi ruang untuk berkempen secara berhemah dan mengikut ketetapan yang di sebut dalam peraturan pilihanraya. Justeru kita lihat sepanduk, bendera, khemah, risalah, ceramah di kawasan pilihanraya ini berjalan dengan baik tanpa keganasan melampau.

Di Merlimau ini atau sebutan lucunya harimau kerana di  kerdau di sebut kerbau, calon yang bertanding ialah BN dan PAS. Ianya serentak dengan di Kerdau dan calon nya juga ialah BN lawan PAS. Maka buka saja lambaran MAC maka di saksikan Pahang dan Melaka satu sejarah piliharaya kecil yang menarik. Cuba kita lihat sedikit kematangan mereka dalam 7 Aspek.

PERTAMA: Ini adalah piliharaya kecil yang ke 16. Selepas 3 tahun pilihanraya umum.satu rekod malaysia boleh yang patut di muatkan dalam buku rekod politik dunia.Dalam siri16 ini piliharanraya berjalan lancar dan tidak dengan cara paksaan dan huruhara macam negera lain.ini menunjukkan rakyat dan parti politik negara ini memahami sistem pilih wakil.

KEDUA :Tidak semua Siri 16 ini di menangi oleh satu parti saja. Ada yang dimenangi oleh parti lawan dan ada yang di menangi oleh parti pemerintah. Jadinya sistem pilihanraya tidak memihak kepada mana mana parti. Maka ketelusan sistem adalah jelas dan tidak perlu satu reformasi baru untuk sistem pilihanraya

KETIGA :Pengundi tahu membezakan akan piliharaya umum dan pilihanraya kecil.Sekiranya mereka telah memilih sebelum ini calon dari parti yang boleh mewakili mereka maka kali ini mereka akan teruskan memilih calon yang sama kerana ianya satu kesinambungan kecualilah kalau calon dulunya tidak memberi  perkhidmatan yang memuaskan.Dalam hal ini pilihanraya kecil di buat kerana kematian.Peristiwa ini di tentukan ilahi dan kita rezai ketentuannya.Yang penting ialah suatu sambungan.
KEEMPAT: Ada yang ambil kesempatan untuk menggunakan ruang berkempen bagi mempromosikan idea ubah kerajaan dan idea simbolik untuk menunjukkan bahwa ada penentangan kepada kerajaan sekarang dengan meminta undi majoriti di kurangkan sebagai tanda protes,tidak perlu keluar mengundi,buang masa mengundi.Kempen ini tidak sehat kerana ianya mengabaikan hak individu.

KELIMA: Kerajaan yang memerintah akan melakukan yang terbaik.Tentunya waktu kempen mereka beri segala ruang untuk menjayakqn muka baru dalam pilihankali ini.Ia menerangkan bahwa calon pemerintah mempunyai kelebihan kerana dia boleh menawarkan perkhidmatan.Pilihanraya bukan untuk melepaskan geram tapi lebih pada kewibawaan calon,kekuatannya,kemantapan jentera nya untuk bagi perkhidmatan.Yang meramaikan majlis ada juga orang dari luar dan mereka tidak akan bersama selepas pilihanraya.bagitu juga penceramah mereka juga dari luar.Makanya sebarang keputusan yang di perolehi akan di pikul oleh rakyat bukan oleh penceramah.Maka ini adalah penting kerana dendangan dan gendang yang di palun waktu pilihanraya harus di samakan dengan prestasi parti,reputasi calon dan keupayaan dalam melestari dan melangsungkan kewajipan.Jangan ada calon yang di pilih nanti jadi terkedu kedu dalam memikul tanggungjawab.

KEENAM: Jika di dalam sesuatu kawasan pilihanraya tidak ada isu besar maka tidak perlulah isu luar di impot masuk ke kawasan yang di tandingi.Isu luar tetap isu luar tapi dalam menetukan calon yang berupaya pengundi mesti menilai apa yang mereka perlukan dan apa yang masih belum di selesaikan dan seterusnya menilai siapakah yang layak untuk menyudahkanya.

KETUJUH: Sepanjang penilaian di merlimau,nampaknya pengundi sudah buat ketetapan bahwa mereka mahukan kesinambungan.Mereka tahu bahwa melaka menuju dan mahu kembalikan semula ketamaddunan nya dan membawa kembali sejarah kegemilangan nya sehingga melaka akan di kenali di seluruh pelusuk dunia.Pengundi merlimau mahu isyarat ini di fahami oleh pemerintah dan merwka sebagai warganegara akan senentiasa menyokong wawasan kebanggaan MELAKA.Makanya di rumuskan bahwa sepanjang pilihanraya lepas dan sekarang ini pengundi merlimau tidak pernah lakukan kesilapan.MERLIMAU MATANG.

CERITA UMMI HAFILDA

                                             

                                                    SIAPA UH?

Wanita ini ialah adik kepada YB Azmin Ali. Siapa pula AA ini? Ia budak Ulu Klang dan masa di Amerika ia aktivis dan bila selesai belajar balik bekerja dengan DSAI di MOF sebagai setiausaha sulit kanan. Semua orang koperat kenal siapa AA. Dia adalah anak malaysia yang menghina Tun M sewaktu Tun menjalani pemeriksaan kesihatan di luarnegara..Isterinya yang comel ialah Samsidar. Samsidar memang cukup feminine kata mereka yang kenal secara dekat dengan samsidar tapi cerdik dan pintar orang nya. Sama seperti AA.

Hari ini AA ibarat isi dengan kuku dgn AI (Anwar Ibrahim), AA dan AI memiliki keakraban yang menakjubkan. Mungkin keserasian ini hasil dari semangat bekerja, mungkin serasi dalam perjuangan dan banyak lagi sebab yang boleh di sebut yang boleh cetuskan keserasian.Bagitulah hebatnya AAAI. Si UH ini adalah dari keluarga yang baik dan berbakat.Dia ada abang nama azman,dan adik Azwan Ali pengacara TV yang hebat. Ringkasnya keluarga arwah pak ali ini memang popular dan bukanlah dari keluarga yang susah.



                                                   CERITANYA?
UH dalam siri BONGKAR sewaktu kempen di MERLIMAU menceritakan beberapa hal. Dia bersumpah di hadapan khalayak bahwa apa yang di ceritakan adalah benar. Dia cukup insaf akan natijah kepada pengucapannya dan ia lakukan semua ini untuk menyelamatkan rakyat dari di nodai dan di tipu oleh manusia bernama ANWAR IBRAHIM.Dia guna nama DAJJAL dan nama ini di tujukan kepada AI.

                                                     CERITA 1
ISTERI AZMIN menjalin hubungan intim dengan AI.Isteri orang dengan suami orang.isteri seorang setiausaha MENTERI dengan suami seorang doktor. AI ketika itu menteri kewangan dan TPM yang semakin hampir jadi PM. UH bercerita bagaimana beliau memiliki bukti hubungan intim ini dan penglibatan nallakarupan dalam menyusun atur pertemuan di TIVOLI VILLA.Setiap rabu jam 5 hingga 7.30 mlm Samsidar akan di jemput di bangsar dan di eskotkan ke villa ini.Yang melukakan UH ialah perkara ini ada dalam pengetahuan AA.

                                                     CERITA 2

Kekayaan yang dimiliki oleh Samsidar dan Azmin adalah luarbiasa. BERJUTA JUTAAN jumlah nya.Ini adalah habuan yang di beri oleh seorang menteri kewangan kepada lakibini ini untuk puaskan nafsu.Wow untuk seorang perempuan mahaljuga kalau kepuasan nafsunya perlu di beri jutaan ringgit.Ini macam cerita INDICENT PROPOSAL. Sanggup kah kita gadai isteri untuk mengejar impian dunia? Bermaruahkah kita jika kuasa yang ada di gunakan untuk memuaskan nafsu dengan isteri orang? Adilkah kita jika duit rakyat di gunakan untuk menyimpan rahsia kelakuan sumbang dua tiga kerat manusia? Apakah kita patut sanjung orang yang memalukan ugama?mereka ini masih hidup dan hari ini di beri penghormatan sebagai wakil rakyat.

                                                    CERITA 3
Penderaan yang di lalui oleh UH. wanita ini yang di dera oleh AI ketika itu berumur 28 tahun. Apabila dia mula memperjuangkan kebenaran dia telah di tangkap dan di kurung.Ini adalah arahan AI. Dia dipaksa di seksa untuk membuat pengakuan dan di minta tarik balik segala dakwaan yang di tulis oleh UH. Rupa-rupanya ada juga di waktu itu penderaan wanita dan mengeksploitasi wanita oleh regim AI

                                                    NATIJAHNYA?
Natijahnya kepada cerita UH,janganlah sesiapa mengambil mudah.Jangan kerana taksub dengan AI kita menyingkir pendedahan UH dengan mudah.Kita tahu bahwa nallakarupan juga ada rahsia AI dan mereka semua tunggu masa untuk dedah dan ramai lagi yang tunggu waktu untuk dedah tapi mereka menunggu kerana perbicaraan liwat ini pun sebahagian yang mereka mengetahuinya.

Bagus pendedahan yang di buat oleh UH dan harus di bukukan.Jika kita mahu maju dengan budaya yang baik kita harus lenyapkan segera orang orang yang menjadi pengotor rakyat dan jika ada pendedahan terbuka yang di buat oleh mana mana pihak kita jangan biarkan ianya dengan mudah.Ambil tindakan dan bicarakan ia.

UH kata dia ada dokumen mengenai jumlah kekayaan luarbiasa Samsidar.UH ada sebut azmin waktu pertandingan UMNO masa AI lawan Gafar duit yang di simpan azmin seperti biskut banyaknya.Rakyat marhain mahu perkara ini di siasat jika mahu keadilan.Jika apa yang di sebut oleh UH di anggap GILA maka harap pihak penganjur jangan biarkan perempuan ini berceramah lagi.Tapi jika UH sedia menghadapi keadilan KITA DESAK PIHAK BERKUASA LAKSANAKAN KEADILAN kerana rakyat dan kerana ugama dan kerana maruah bangsa!!!

Wednesday, March 2, 2011

SERONOKKAH CERAMAH DI MERLIMAU?

Semalam di Merlimau, ada ceramah perdana yang di anjurkan pembangkang. Orang ramai di Merlimau naik seronok dan tidak sabar untuk hazir kerana DSAI akan hazir dan berucap dan terus mendendangkan lagu. Satu lagi sebab ialah mereka mahu lihat DSAI lebih dekat kerana lama sungguh mereka tidak dapat bertemu muka dengan orang ini. Malangnya kehadiran orang tidak ramai di sekitar 400 sahaja di kawasan Merlimau Pasir. Ada yang kata separuh hazirin adalah dari johor.

Di kawasan Merlimau Pasir ini boleh di katakan ramai juga yang diberi peluang untuk berucap untuk tempoh singkat selama 10 minit seorang. Antara yang berucap ialah wakil wakil rakyat PR. Nik Nadzmi contohnya bercerita kepada rakyat Merlimau bagaimana bahgianya dan bagaimana sentosa nya rakyat di selangor dewasa ini.Cara cerita nya seolah-olah menganggap yang rakyat merlimau ini berada cukup jauh dari Selangor macam berada di london. Cara beritanya tentang hebatya Kedah macam orang Merlimau ini tak pernah baca surat khabar dan macam tak pernah tengok TV sewaktu banjir melanda Kedah.


Dia anggap macam yang dengar ucapan nya adalah kelompokan rakyat buta, pekak dan butahuruf. Semasa dia berada di atas pentas kecil dia bercakap dengan lirik ucapan  yang sungguh menggusarkan rakyat Merlimau. Rakyat yang hazir berminat nak dengar betulkah JIN JIN GGA ini boleh memberi kekayaan pada negara, bolehkah warna ini seperti warna baju yang di pakai oleh nik ini memberi pertumbuhan ekonomi yang cemerlang, kenapa dia yakin sangat yang semua yang di buat BN adalah menciplak segal yang terkandung dalam JIN-JIN GGA. Budak muda ini memang tidak respect orang yang hazir. Mentang-mentang dia graduate dan yang datang pasang telinga ialah lebai lebai tua tapi barang di ingat bahwa lebai lebai ini  lebih awal graduate dari dia,sebab tu bila dia mula ngobrol dan kelintung sesetengahnya hazirin yang terasa di perbodohkan meninggalkan majlis.

Tian Chua selaku anak kelahiran melaka pun tidak lepas peluang untuk bercakap. Di kalangan sedikit orang cina yang hazir mereka sangka Lim Kit Siang akan hadir tapi mereka tengok yang berucap ialah TC. Yang seronok TC kata rakyat melaka tak perlu sangat fikir sejarah.Yang penting ialah mereka perlu fikir reformasi dan perubahan. Banyaklah ucapan yang menjurus kepada pembaziran oleh negeri melaka tentang lapangan terbang dan hutang negeri pada federal, dan bagaimana di selangor dalam tempoh 3 tahun rakyat di selangor hidup bahgia?ah ha! betul kah ini? Nampak nya PR sungguh bangga dengan Selangor dan mereka selalu sangat cerita hal hebatnya selangor sedangkan yang hazir dengar pun ada juga muka muka dari selangor.Orang yang hadir dari selangor tenyunya dah tahu samada PR ini cerita benar atau auta saja bila di luar selangor.

Ceramah DSAI pun menarik perhatian ramai.Penduduk Merlimau tak kering gusi dengan lakonan dan kelucuan DSAI. Mereka memang telah di hiburkan dengan cerita cerita oleh DSAI,soal benar dan sahih itu perkara kedua dan yang penting penduduk puas mendapat hiburan,tak tahulah rating yang di beri tapi nampak sangat yang DSAI harap PAS menang kali ini sebab dia juga mengaku jika kalah PAS kali ini agak gusar juga PR. Begitulah ceritanya bagaimana nak pancing undi. Tapi orang merlimau sudah tahu bahwa mendengar dari orang luar agak lain dari dengar orang negeri sendiri.Justru kita tengok apa jadi pada 6 MAC ini.

Monday, February 28, 2011

KERDAU DAN MERLIMAU

BULAN atau LAMPU JALAN?


6 MAC pengundi di MERLIMAU Dan KERDAU akan menentukan siapa wakil rakyat mereka, PAS atau BN. Bulan atau Dacing. Jika BN menang di kedua dua tempat ini maka ternyata PAS sudah di pukul 3kali bertubi tubi. Tentunya ini satu kejutan untuk PAKATAN RAKYAT. Jika sungguhlah demikian makanya waktu malam sudah tiada bulan di MERLIMAU Dan KERDAU.

Yang mencerahkan jalan dan kampong ialah lampujalan. Pengundi sudah tahu apa yang bulan mampu lakukan dan apa yang lampujalan dapat lakukan. Pengundi tahu bahwasanya PAS ibarat PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Mereka dalam suasana yang gerhana kerana menepis UMNO dan memuja DAP. Ada yang kata ianya di buat bukan dengan restu ahlinya. Ia adalah perbuatan NIK AZIZ yang semakin lupa makan ubat untuk kuatkan mental.Begitulah ceritanya dengan PAS akhir zaman.
 
SIAPA WiNNABLE?

Kali ini calon MERLIMAU ialah ROSLAN atau nama sms ialah RON. Untuk kerdau pula calon most winnablenya ialah syed ibrahim atau nama sms nya SYED IBRA. Kedua mereka ini ada kekuatan membawa perkhidmatan kerana di belakang mereka ialah Perdana Menteri dan Ketua Menteri dan Menteri Besar. Mereka punya latarbelakang yang istimewa. Kalau dari usia nya maka sudah jelas rakyat di kedua tempat ini bakal  mendapat tenaga yang muda dan segar.Memang pun kata orang dalam politik yang penting ialah stamina. Ramai juga pemimpin BN yang kurang stamina telah bagi peluang pada orang muda. Tapi PAS dan DAP masih kekal beberapa orang yang dah mula melalok. Ini tanda nya mereka mahu menongkat kuasa.Ini tandanya mereka mahu selesaikan Dendam Politik dengan menjadikan rakyat mangsa mereka.Mereka naik syok bila ada manusia macam DSAI yang tumpang semangkok.
 
SAYONARA? SIAPA?

Kali ini masuk kita di pusingan 16 siri PRK. Ini sungguh istimewa. PRK dalam tempoh pasca 2008 telah mencatatkan rekod dalam sejarah politik malaysia. Momentum politik,pakej kempen,latih tubi,bagi menempuh PRU 13 di kira semakin mantap. Kecuali Perlis semua negeri negeri yang lain telah mendapat peluang untuk menunjukkan kehebatan. Kedua dua parti mempunyai peluang yang sama untuk menang.Ada yang BN menang dan ada yang PR menang. Tapi bagi pusingan 7 PRK yang terkini, PAS dan PKR nampak nya semakin melalui liku liku kepayahan.Mereka semacam mengigau di sianghari angkara kemulut dalaman.

PKR setakat ini sudah ada 12 YB nya yang keluar parti dan 35 pemimpin hebatnya telah bertaubat untuk tidak lagi mahu menjunjung panji panji PKR.Entah berapa ramai lagi yang akan keluar dalam tempoh terdekat ini kita pun tidak tahu.Itu sebab nya mungkin DSAI sudah ada plan B. PAS pula dalam dilema.Mereka tahu yang Nik Aziz adalah penyebab PAS tidak popular di kalangan pengundi muda melayu maupun bukan melayu. Nik dah melalut dan Nizar semakin celupar. Tapi kerana terlalu taksub mereka tidak langsung dapat lakukan perubahan. Yang mereka sanggup lakukan ialah terhegeh hegeh menagih pengundi bukan melayu dengan menjilat jilat pemimpin DAP.
 
3 STOOGES POLITiCS

Dalam pergolakan 3 stooges ini yang untung ialah DAP. Mereka tetap akan bertindak untuk semaksimanya menggunakan PAS dan PKR untuk kukuhkan parti mereka. Misalnya mereka tidak minat dengan perancangan JIN-GGA.Mereka lebih tumpu pada TBH kerana TBH lebih menyentuh sanubari cina dan mereka lebih suka ajak orang India kejalan raya sebab Intelok boleh menyayat hati india.Kerja DAP ini bukan nya PAS tidak tahu. Tapi sebabkan geram,dendam,dan mahu hancur dan talqinkan UMNO maka PAS menjelma jadi penderhaka UMMAH.
 
JIN-JIN-GGA!!!

Kini mereka berkempen di kedua tempat ini. Mereka tahu bahwa mereka tidak punya modal bagi kawasan FELDA kerana PRK di TENANG jelas menunjukkan bagaimana FELDA menolak godaan PAS. Jika mereka bawa cerita jingga yang bersangkutan dengan felda maka mereka mungkin hilang deposit. Itu sebabnya kali ini mereka cuba mencari cari apakah isu yang dapat menggoda.

Barang di ingat bahawa sebarang aksi ada reaksi. Sesiapa yang lupa akan aksi dan reaksi mereka adalah golongan yang akan kalah. Kini PAS mula menggelabah kerana mereka tahu bahawa untuk mengurangkan majoriti yang lalu menjadi agak sukar kerana bukan melayu semakin selesa dengan cara najib urus negara ini. 

Buku Jin-gga sebenarnya telah menimbulkan syak di kalangan bukan melayu akan practicality dalam merancang program negara. Jin-gga adalah suatu tindakan hodoh dalam sejarah economic outlook negara. Ini secara jelas membuatkan orang Bukan Melayu dapat membuat Penarafan kepada keupayaan mereka.Bukan melayu  bukan buat bisnes dengan baca buku kecil ini.Mereka bila mahu bisnes mereka rujuk dari agensi yang berwibawa. Kini mereka kecewa dengan idea dangkal dan mereka meletakkan JIN-GGA sebagai program melumpuhkan ekonomi dan kesan nya sangat negatif bagi ekonomi serantau dan ekonomi antarabangsa.Maka orang bukan melayu mula bimbang hilang bisnes mereka jika JIN-GGA di teruskan.

Sunday, February 27, 2011

JINGGA:DONT RATIONALISE THE IRRATIONALITY OF IT.

JINGGA ADALAH ILUSI

JINGGA atau program keramat milik pakatan rakyat adalah rancangan tidak rasional kerana jika ada 10 fakta,8 darinya adalah politikal. Ia adalah satu ilusi malah tidak keterlaluan jika ada yang berpendapat ianya satu peniruan kepada langkah transformasi yang sedang di lakukan oleh kerajaan. Ini menjurus kepada hakikat bahawa JINGGA satu lagi cerita menarik pakatan dalam memperkosa rakyat yang kini di  anggap mereka  POLITICAL CONSUMER.
 
JINGGA MENGHURUHARAKAN NEGARA

Rakyat perlu diingatkan bahwa dalam apa jua sistem faktor kelasterian adalah penting.Ini di kukuhkan dengan faktor keunggulan.Contoh ialah mengenai pengurusan. Dalam pengurusan elemen prudent dan kelasterian amat perlu kerana ianya akan memberi lebih jangka hayat dan dapat kekal pada paras yang memuaskan.Kita ambil contoh yang lebih mudah. Jika bapa kita memberi apa jua yang di minta pada waktu awal bulan dan pada masa dia mendapat gaji maka tentu tidak akan ada lagi simpanan kerana sikap mudah MEMBERI. Jika ditakdirkan wujud sesuatu yang luar jangka maka si bapa ini perlu pinjaman dan jika pinjaman ini tidak di urus dengan baik maka timbul huruhara dalam keluarga.Jingga adalah memimpin rakyat kearah HURUHARA
 
JINGGA MENGGODA JIWA

Jingga mahu reformasi atau dalam kata lain ianya mahu sebut bahwa kerajaan kini dalam suatu penyakit kejumudan yakni tidak rela membawa perubahan.Ini sengaja di jadikan sebagai kunci utama tugas mereka kalau mereka mendapat kuasa. Mereka apa peduli dengan reformasi SPRM dan bagaimana JABATAN PEGUAM NEGARA di nobatkan rating 5 bintang dalam hal perundangan. Ignorance adalah penyakit yang telah menghinggapi pasukan pembangkang negara kita.Mereka kata mahu beri 500 rm pada guru kerana guru adalah penjaga taman didikan yang penting.Naik lawak pulak.Pernah kah kita dengar cerita siapa penting?cerita siapa penting ini di sebut untuk tubuh manusia.ada kata mulut,ada kata gigi,ada kata perut dan ada kata dubur.Jadi meletakkan guru sebagai terpenting adalah satu sogokan politik kerana dua sebab.Pertama,guru ramai akan terlibat waktu urusan pilihanraya dan mereka mahu guru tolong mereka.Kedua,mereka mahu guru ceritakan pada murid murid bahwa pembangkang baik dan murah hati.Bila anak anak balik mereka akan cerita pula pada keluarga akan pesanan guru.ITU SAJA.
 
JINGGA BUTA


Hari ini tahukah kita bahwa INDONESIA mahu meneliti bagaimana SPRM di Malaysia beroperasi sebab mereka mahu belajar.Tahukah kita bagaimana Singapura mahu meneliti sistem keselamatan di Jabatan Peguam Negara.Tahukah kita bahwa banyak negara di luar sana yang mahu belajar cara kita mengurus masyarakat majmuk,tahukah kita bahwa ramai juga wargaasing yang cemburukan kita kerana kita tidak mahu dan tidak mengizinkan pergolakan dan huruhara.MALAYSIA IS HEAVEN.Itu kata mereka yang melihat Malaysia.Yang anih orang kita pula yang nampak pelik tentang negara sendiri.Mereka mahu semuanya di rombak,termasuk perjanjian konsesi,pengambilalihan syarikat,pembatalan syarikat dan seumpanya.Mereka tidak langsung fikir bagaimana Malaysia mencatatkan pertumbuhan 7.2%.Ini mereka tidak fikir.Tidak malukah DSAI untuk berhujah dengan PM kerana waktu DSAI dulunya menjadi menteri kewangan dialah yang hampir membawa negara kita melutut meminta ihsan bank dunia?Kalau tidak kerana tindakan pintas Tun Mahathir negara hari ini tidak ada maknanya untuk berbangga kerena negara terikat dengan hutang yang
Mengizinkan kuasa besar buli negara yang penuh keberkatan ini.
JINGGA BAHAN KEMPEN POLITIK

JINGGA adalah bahan kempen.Jingga adalah idea untuk tidak melupakan otak otak pembangkang untuk terus menerus menggoda jiwa jiwa yang tidak berdosa. Di mana jua mereka pergi mereka kata mereka adalah the best dalam menawarkan solution. Jingga mendakwa negara perlu di selamatkan. Ini pun satu cerita katun. Pakej katun ini patut kita buang saja dan tidak perlu di pedulikan kerana sesiapa saja boleh kata apa tetapi apabila di beri peluang ianya tidak seperti yang pernah di sebut sebelumnya.Tengok apa jadi di Selangor,apa jadi di Kelantan,apa jadi di Kedah?
 
LIHAT SAJA DI SELANGOR,KELANTAN PENANG

Di Selangor mereka bergasak dengan setiausaha kerajaan.Sekarang ini mereka mahu sepak Dr Hasan ALI.Kasihan EXCO ini kerana dia di katakan orang yang tidak serasi dengan PKR dan DAP.Itu pun PAS masih menjilat dengan DAP.

Di Kedah, masalah air, tidak di urus dengan baik, tarif air naik rakyat Kedah menggelabah. Perbandaran lintang pulang,kebersihan lagi teruk kerana Ustaz Aziziah walau pun baik orang nya tapi bukan pengurus negeri. Bila banjir dia naik gelabah dan jadi tak tentuhala.

Di Kelantan sudah 20 tahun orang tua Nik Aziz perintah. Apa yang dia dah buat selain dari merapu itu dan ini.Apa yang hebat untuk pembangunan Kelantan???

DI PENANG lagi teruk kerana memang jahanam orang Melayu.Sikit pun dia tak peduli nasib bangsa Melayu.Sedih kalau kita perturunkan satu persatu apa yang DAP lakukan di Penang.

NAH! Sekarang mereka berpakat dengan JANJI MANIS JINGGA.Rakyat harus tolak JINGGA kerana ia adalah racun negara.