Monday, February 28, 2011

KERDAU DAN MERLIMAU

BULAN atau LAMPU JALAN?


6 MAC pengundi di MERLIMAU Dan KERDAU akan menentukan siapa wakil rakyat mereka, PAS atau BN. Bulan atau Dacing. Jika BN menang di kedua dua tempat ini maka ternyata PAS sudah di pukul 3kali bertubi tubi. Tentunya ini satu kejutan untuk PAKATAN RAKYAT. Jika sungguhlah demikian makanya waktu malam sudah tiada bulan di MERLIMAU Dan KERDAU.

Yang mencerahkan jalan dan kampong ialah lampujalan. Pengundi sudah tahu apa yang bulan mampu lakukan dan apa yang lampujalan dapat lakukan. Pengundi tahu bahwasanya PAS ibarat PUNGGUK RINDUKAN BULAN. Mereka dalam suasana yang gerhana kerana menepis UMNO dan memuja DAP. Ada yang kata ianya di buat bukan dengan restu ahlinya. Ia adalah perbuatan NIK AZIZ yang semakin lupa makan ubat untuk kuatkan mental.Begitulah ceritanya dengan PAS akhir zaman.
 
SIAPA WiNNABLE?

Kali ini calon MERLIMAU ialah ROSLAN atau nama sms ialah RON. Untuk kerdau pula calon most winnablenya ialah syed ibrahim atau nama sms nya SYED IBRA. Kedua mereka ini ada kekuatan membawa perkhidmatan kerana di belakang mereka ialah Perdana Menteri dan Ketua Menteri dan Menteri Besar. Mereka punya latarbelakang yang istimewa. Kalau dari usia nya maka sudah jelas rakyat di kedua tempat ini bakal  mendapat tenaga yang muda dan segar.Memang pun kata orang dalam politik yang penting ialah stamina. Ramai juga pemimpin BN yang kurang stamina telah bagi peluang pada orang muda. Tapi PAS dan DAP masih kekal beberapa orang yang dah mula melalok. Ini tanda nya mereka mahu menongkat kuasa.Ini tandanya mereka mahu selesaikan Dendam Politik dengan menjadikan rakyat mangsa mereka.Mereka naik syok bila ada manusia macam DSAI yang tumpang semangkok.
 
SAYONARA? SIAPA?

Kali ini masuk kita di pusingan 16 siri PRK. Ini sungguh istimewa. PRK dalam tempoh pasca 2008 telah mencatatkan rekod dalam sejarah politik malaysia. Momentum politik,pakej kempen,latih tubi,bagi menempuh PRU 13 di kira semakin mantap. Kecuali Perlis semua negeri negeri yang lain telah mendapat peluang untuk menunjukkan kehebatan. Kedua dua parti mempunyai peluang yang sama untuk menang.Ada yang BN menang dan ada yang PR menang. Tapi bagi pusingan 7 PRK yang terkini, PAS dan PKR nampak nya semakin melalui liku liku kepayahan.Mereka semacam mengigau di sianghari angkara kemulut dalaman.

PKR setakat ini sudah ada 12 YB nya yang keluar parti dan 35 pemimpin hebatnya telah bertaubat untuk tidak lagi mahu menjunjung panji panji PKR.Entah berapa ramai lagi yang akan keluar dalam tempoh terdekat ini kita pun tidak tahu.Itu sebab nya mungkin DSAI sudah ada plan B. PAS pula dalam dilema.Mereka tahu yang Nik Aziz adalah penyebab PAS tidak popular di kalangan pengundi muda melayu maupun bukan melayu. Nik dah melalut dan Nizar semakin celupar. Tapi kerana terlalu taksub mereka tidak langsung dapat lakukan perubahan. Yang mereka sanggup lakukan ialah terhegeh hegeh menagih pengundi bukan melayu dengan menjilat jilat pemimpin DAP.
 
3 STOOGES POLITiCS

Dalam pergolakan 3 stooges ini yang untung ialah DAP. Mereka tetap akan bertindak untuk semaksimanya menggunakan PAS dan PKR untuk kukuhkan parti mereka. Misalnya mereka tidak minat dengan perancangan JIN-GGA.Mereka lebih tumpu pada TBH kerana TBH lebih menyentuh sanubari cina dan mereka lebih suka ajak orang India kejalan raya sebab Intelok boleh menyayat hati india.Kerja DAP ini bukan nya PAS tidak tahu. Tapi sebabkan geram,dendam,dan mahu hancur dan talqinkan UMNO maka PAS menjelma jadi penderhaka UMMAH.
 
JIN-JIN-GGA!!!

Kini mereka berkempen di kedua tempat ini. Mereka tahu bahwa mereka tidak punya modal bagi kawasan FELDA kerana PRK di TENANG jelas menunjukkan bagaimana FELDA menolak godaan PAS. Jika mereka bawa cerita jingga yang bersangkutan dengan felda maka mereka mungkin hilang deposit. Itu sebabnya kali ini mereka cuba mencari cari apakah isu yang dapat menggoda.

Barang di ingat bahawa sebarang aksi ada reaksi. Sesiapa yang lupa akan aksi dan reaksi mereka adalah golongan yang akan kalah. Kini PAS mula menggelabah kerana mereka tahu bahawa untuk mengurangkan majoriti yang lalu menjadi agak sukar kerana bukan melayu semakin selesa dengan cara najib urus negara ini. 

Buku Jin-gga sebenarnya telah menimbulkan syak di kalangan bukan melayu akan practicality dalam merancang program negara. Jin-gga adalah suatu tindakan hodoh dalam sejarah economic outlook negara. Ini secara jelas membuatkan orang Bukan Melayu dapat membuat Penarafan kepada keupayaan mereka.Bukan melayu  bukan buat bisnes dengan baca buku kecil ini.Mereka bila mahu bisnes mereka rujuk dari agensi yang berwibawa. Kini mereka kecewa dengan idea dangkal dan mereka meletakkan JIN-GGA sebagai program melumpuhkan ekonomi dan kesan nya sangat negatif bagi ekonomi serantau dan ekonomi antarabangsa.Maka orang bukan melayu mula bimbang hilang bisnes mereka jika JIN-GGA di teruskan.

No comments:

Post a Comment