Friday, October 29, 2010

Balu Dipandang Rendah - Batu Sapi

SAPI OH SAPI!!! Calon PKR di Batu Sapi, Ansari cukup simpati dengan balu Mendiang dan sekarang ia calon  BN. Dia kata kasihan pada balu ini dan biarlah dia  jaga keluarganya dari di pilih jadi wakil rakyat. Makanya ketahuilah balu-balu bahawa perjuangan tamat bila suami mati.
Inilah seruan PKR untuk mereka dapat peluang. Merendah semangat balu adalah penghinaan pada kaum wanita. Sri Kandi negara adalah wanita, ramai dalam sejarah melihatkan penerusan perjuangan apabila suami meninggal. Mereka teruskan semangat dan mereka teruskan khidmat. Sebagai dan semacam di bisik dan di takdir bahawa Datin Linda adalah penerus dan penyambung.

Lagi pun dia bukan orang luar Sandakan macam uncle Yong dan luncai PKR. Yang lawak PKR ini suka cari pasal dengan SAPP semalam dan hari ini dengan BN pulak. Cuba kita tengok parti SDN BHD ini. Kita pun boleh bagi nasihat pada PKR, kalau si DSAI hebat sangat kenapa bini dia pun terhoyong hayang ke sana sini?
Tak cukup itu kenapa anak beranak di heret sama. Ini politik apa? Kalau sekali pandang semacam mau tubuh satu Yayasan pulak. PKR ni parti yang tenggelam punca. Dia pergi ke MIRI bagi syarahan, orang mereka hadir dan akhirnya mereka kata DSAI ini dah tak nampak pemimpin dah.

Mimpi Mat Jenin tak kesampaian!!!
Semakin usianya meningkat dia semacam dilihat pelawak serius. Sesekali kita termenung memikirkan nasib pengikut DSAI. Masih ada yang bersungguh-sungguh percaya cerita "Road To Putrajaya". Mereka tak serik dengan buat cerita yang sebahagian besarnya bohong, bohong, bohong.

PKR semakin hari ternyata dikudakan oleh DAP. Kita rayulah kalau boleh PKR ini tutup kedai aje sebab rakyat dah sedar bahawa PKR tidak upaya dalam konteks 'deliverable'. Mereka kurang persefahaman dengan akar umbi yang hardcorenya PAS. Tambahan lagi DAP yang termonyeh-monyeh mahu tolong Melayu juga berjaya putar belit kecerdikan Melayu hanya melalui PKR.
Jadi tak salah kalau kita sebut bahawa Parti Pengkhianat Rakyat itu sebenarnya adalah parti yang patut di benam di bumi Sabah. Orang Sabah bukan orang yang mudah diperdaya. Mereka juga prihatin dan mereka tahu siapa yang boleh jaga, boleh bantu dan boleh memberi kedamaian pada negara ini.

Uncle Yong pula kita sampaikan salam padanya supaya dia jangan terlalu hebat tunjuk misainya. Kita ada simpan dia punya rekod yang membawa  Sabah kepada jumlah kerugian yang besar. Dia adalah arkitek untuk memperbodohkan pengundi. Dia ini berpengaruh kerana dia dikatakan boleh lantang bersuara. Itu silap teknik. Rakyat faham bahawa untuk mendapat sesuatu kita mesti berhemah, bermuafakat, bermesra, bersabar.

Rakyat pun bukan sangat suka orang yang tahu melalak tapi kerja kantoi. Untuk pengundi Batu Sapi kontrak undi adalah 5 tahun. Jangan diperdaya oleh mereka kerana akibat kematian. Jangan ambil kesempatan kerana kita mahu kesinambungan. Ramai yang sangka misai dan janggut boleh goncang tapi ingat tangan yang membuai anak itu lebih tajam dari misai dan janggut.



No comments:

Post a Comment