Sunday, December 19, 2010

PAKATAN RAKYAT OH PAKATAN RAKYAT

Konvensyen yang diadakan di Kepala Batas telah memberi amaran pada UMNO untuk tidak merampas Perlembagaan. Mereka juga nak ambik tandatangan 1 juta orang dalam usaha menggubal 6 perkara dalam hal demokrasi.

Mari kita tengok strategi nak pikat undi bukan Melayu. Depa mula-mula balon UMNO untuk UMNO melenting. Bila UMNO melenting orang Cina dan India dikatakan akan kurang sokong BN. Ini kereana bukan tak sokong BN tapi tak sokong UMNO. Mereka mahu pecahbelahkan muafakat BN.

Cucukan seterusnya ialah mahu serang BN dengan kata 6 cadangan rakyat untuk basmi beberapa perkara termasuk undang-undang darurat. Mereka nak corner BN. Bukan mereka tak ada negeri yang diperintah. Bukan mereka tak boleh buat undang-undang negero. Kalau berani buatlah undang-undang di Penang untuk kebebasan akhbar.

Kita tak nampak pun satu undang-undang yang diperjuangkan dibuat di negeri-negeri yang depa perintah. Nah kita tahu merka bukan parti yang minat pada khidmat negeri. Mereka gelojohkan Persekutuan. Mereka peduli apa rakyat di Negeri. tengok saja di Kedah dan menggelupurnya Melayu di Penang. Mereka tak berani buat undang-undang berat yang mungkin timbul isu yang boleh membuat rakyat marah.

Apa yang buat mereka usul sedemikian? Ini sebab mereka tahu undi Cina dan India sudah semakin kembali kepada BN. Mereka mula menjanjikan pelbagai upahan dan sogokan temberang. Tak lama lagi mungkin hasil dari kerakusan mereka juga akan ada pihak yang menawarkan hadiah jika kalahkan Guan Eng. Mungkin ada hadiah untuk kalahkan DSAI.

Ini semua perbuatan mula dari siapa? Tidak lain dari kepala-kepala yang suka menyelewengkan pemikiran rakyat. Namun Hadi Awang nampak cemas bila dia mengaku ada lompang dalam PR. Maklumlah diakan orang alim manakan ada masa untuk tipu orang PAS. Kalau tipu PAS mungkin masuk nerakakah? Apa pun yang menggila sekarang ialah DAP.

DSAI nampak terkedu kerana mungkin juga mula fikir bahawa DAP kah yang betul-betul buka rahsianya kepada Singapura. Dia pun dah mula syak pada bapa Guan Eng. Jelingannya nampak macam marah pada puak DAP tapi kuasa punya hal manis muka pun kira ok juga. Mari kita tengok strategi DAP dan PR. Sebenarnya agenda yang di bawa PR adalah agenda DAP. Mana dia agenda PAS. Langsung lesap.

PAS pun dah tahu sebagai kekuatan parti PKR sudah hancur dan jika DSAI ke Sungai Buluh atau ke Turki DAP dan PAS akan jadi seperti anjing dan kucing. Akhirnya yang menang kerusi ialah DAP kerana semangat PAS dendam pada UMNO. Justeru itu PAS yang sekarang terasa dalam ancaman dan PAS mesti lakukan suatu reformasi jika PAS mahukan undi Melayu atau PAS juga kemaruk undi Cina dan tidak kisah dengan nasib orang Melayu. Kita saksikan tarian politik mereka yang semakin dikatakan keliru.

No comments:

Post a Comment