Friday, December 17, 2010

SARKAS : DARI JALAN RAYA KE PARLIMEN


Dua hari yang lalu Dewan Parlimen yang mulia menjadi tumpuan rakyat, media dalam dan luar negara. Isu usul penggantungan DSAI dan 3 kuncunya. kalau siapa yang ada di Parlimen mesti enjoy tengok sarkas beraksi dalam Parlimen.

Mereka tidak peduli lagi budaya dan tidak peduli lagi tatasusila yang jadi pegangan rakyat kita. Lagi hebat hari ini mereka keluarkan poster dalam dewan yang mulia. Mereka sudah mula perkenalkan budaya jalan raya ke parlimen yang kita hormati selama ini. Lihat saja kelakuan mereka.

Lihat saja cara mereka berpakat untuk merosakkan tatakelakuan dewan. Ini Pakatan terbaik oleh Pakatan Rakyat dalam Parkimen. Kata kawan mereka memang teruk dan mereka macam dalam sarkas. Itulah yang dipamerkan oleh mereka yang rakyat pilih. Adakah ini jenis kelakuan yang rakyat mahu mereka pamerkan. Sudah lebih 50 tahun mereka tak pernah kita tengok begini punya kecoh Parlimen yang dianggotai oleh Pakatan SARKAS.

Macam-macam yang mereka kata pada Speaker. Mereka cuba goncang Speaker supaya jadi celaru. Tahniah speaker kita memang bicara seperti seorang pendekar. Tak cukup dari itu mereka susun strategi untuk buat demontrasi. Lagi-lagi mreka marahkan BN atas segala kelakuan tindakan. Memang kita tahu parti pembangkang memang kena bangkang tapi mesti faham hemah dan tertib dewan. Ini bukan Dewan Masyarakat atau Dewan Orang Ramai.

Janganlah kerna kebahlolan dan kerakusan sifat pekerti orang Malaysia hilang dan muncul sifat-sifat yang hampir kepada kelakuan tidak sopan. Apa akan jadi jika mereka ini diberi peluang perintah. Generasi kita akan terpesong dan akan menggelunsur dalam budaya sarkas.

No comments:

Post a Comment