Wednesday, December 15, 2010

PAS MOHON DAP ANUTI AGAMA ISLAM!!!


PAS DOA DAP : Ini yang kita tunggu. PAS dengan jelas tidak peduli haram halal lagi. Dia dah mula hujah dan cerita hal kemanusiaan sejagat. dia dah cerita yang manusia kafir di Malaysia ni patut didoakan supaya bila mereka undi PAS terpekak dan terlolong cerita hal undi PAS masuk syurga?

Nah sekarang kerana kemaruk undi Cina, PAS cuba main sandiwara dengan gunakan doa. Konon DAP akan dapat di Islamkan. Konon DAP satu hari apabila jadi Islam maka mereka akan rezakan Omar@ LIMKITMALAM jadi pemimpin agong negara ini.

Kita rakyat Malaysia harus sokong usaha PAS mengislamkan DAP. Orang Cina dan India dalam DAP tak lama lagi akan jadi saudara baru kita. Tentunya gereja dan tokong yang ada kan kita tukar kepada masjid, sebab tu di Kelantan dan Kedah atau pun di Selangor banyak gereja dibuat daripada masjid. Alhamdulillah. Semoga usaha murni PAS dikabulkan Allah.

Yang si PKR pun begitu. Mereka ke Sarawak bagi janji untuk bagi Otonomi. Ini pun sama nada dia macam PAS yang mahu Islamkan DAP. Mereka mahu orang Sarawak tolak BN. Mereka mahu rakyat Sarawak bersedia untuk jadi Islam sebab bila Pakatan Rakyat menang dan tentunya pribumi Sarawak akan diislamkan oleh Omar@LIMKITMALAM. Ini yang kita kata wawasan. Kalau inilah cara yang mahu diubah oleh Pakatan Rakyat kita harus fikir baik-baik untuk percaya atau tidak.

Nampaknya jika kita percaya maka kasihan DSAI yang mimpi di siang hari. Pakatan tahu yang DSAI ini hanya jurujual dan beliau akan diheret ke tempat yang sesuai dengan apa yang dilakukan. Mereka tahu yang DSAI ini semakin tertekan sebab kalau dia jadi PM pihak PAP di Singapura tak akan setuju. Sebab itu DSAI pakai Australia untuk dapat sokongan.

Ingat tak bila  LKY jumpa Nik Aziz. dia dah pakat untuk Nik bersama dengan DAP dan tolak saja PKR. LKY bukan bodoh untuk buat percaturan menolak DSAI. Suma terlari sana sini untuk tunjuk hebat. Tup tup dia tak tahu yang DAP dah Pakat dengan PAS untuk menolak PKR. Ini kehebatan tikam menikam politik kita. Akhirnya yang kalah ialah PKR. Yang akan ganti UMNO bukan PAS tapi DAP.

No comments:

Post a Comment