Saturday, November 6, 2010

PR DALAM DELIMA


P.185: Faktor kejayaan BN ramai yang telah tahu. Antaranya ialah:-
  1. Kesombongan SAPP dan PKR dalam merangka strategi kempen memenangi  hati rakyat.
  2. Slogan "Sabah For Sabahan" memang ditolak
  3. PKR hanya menang simpati jatuh laut dan ia parti dari Federal dengan didalangi oleh DAP.
Sebab itu unti Cina ada juga di beri kepada PKR dan peratusan keluar undi Cina menurun kerana Cina mulai benci percaturan kerusi Pakatan Rakyat... Namun syabas pada Ansari yang jadi pak sanggup bahan percubaan sehingga lengannya retak.

Hari ini dia marah kerajaan kerana tak bagi layanan rawatan yang baik. Begitulah egonya Ansari sampai bila-bila. Tapi Luncai bila pulang dari Sandakan ke Kota Kinabalu ia hanya pulang seorang diri tanpa ada teman dan kawan. KAsihan pada si mamat ini. Dia hanya tahu buat statement murahan saja.

Bossnya DSAI kata orang sudah mencari ilham di luar negara. Yang syoknya SAPP sudah mula konvensyennya dengan menyatakan hasrat yang sungguh-sungguh nak tumbang BN dengan menyertai PR. Dari awal bicara Yong Teck Lee atau lebih dikenali di Batu Sapi sebagai yang tak lau mahu tahu dengan siapa dia mahu runding? Uncle ini pun da confuse. PR ni bossnya siapa? DAPP atau PAS atau PKR.

NAH!!! congak ini penting untuk pilihan kerusi bila pilihanraya. SAPP nampaknya memang nak sapu election akan datang tapi bolehkah dia terima formula DAP? Bolehkah ahli parti terima DSAI yang jelas bahawa sudah tidak banyak grip di Sabah.

Kenapa PAS tidak langsung dapat peluang? Ini persoalan politik kalkulatur yang memang paling rumit. Tambahan lagi DAP pun sedang menilai kenapa Cina di Kelantan khusus di Galas tolak PR. Apa untung DAP kalau Melayu dan Cina sudah mulai bosan dengan DAP. Mereka juga sedang adakan pelan B andaikata PAS pula yang menawar diri untuk bersama UMNO. Sebenarnya kejayaan BN di dua tempat mempelawa PR menilai masa depan sama ada perlu diteruskan atau perlu ditamatkan.

Penggabungan yang tidaj sekata hanya mempelawa keruntuha \n jika ada bukti penggabungan itu rapuh. PKR memang dilihat semakin hari semakin kesuntukan wakjtu untuk ditalqinkan. Kejadian Batu Sapi dan Galas memaksa mereka memikirkan untuk berpindah camp. Mereka selalu kata Road To Putrajaya. Sekarang adakah mereka akan kata perkara yang sama apabila fixed deposit di Sabah masih belum terungkai?

Mereka bersemangat tinggi bila Sibu DAP menang. Tapi cuba nilai dari segi majoriti berbanding Galas dan Batu Sapi. Dalam kepompongan ini yang mulai resah ialah DAP kerana mereka semakin terpaksa fikir banyak faktor yang akan membuatkan mereka bakal kalah.

DSAI dan PKR akan dianggap senagai gangguan. PAS semakin sedar bahawa sikap mereka menghalalkan DAP sudah semakin tidak diterima. DAP kena fikir ke mana halatuju? Adakah mereka akan fokus untuk perintah Negeri atau Persekutuan. Mereka tahu bahawa tanpa Melayu yang menyokong mereka tidak akan pergi jauh.

SOALNYA dengan sikap yang angkuh dan kurang adat adakah Melayu akan bersama mereka lagi? Melayu Penang dan Selangor sudah insaf bahawa PR adalah agen mempromosikan DAP. Sekarang tiba pula masa kita sebut PR DALAM DILEMA.

No comments:

Post a Comment