Thursday, November 18, 2010

TAHNIAH ATAU TALQIN UNTUK LGE


Hari ini di Perak LGE dengan lantang mengatakan UMNO dan BN memang parti perkauman. Nampaknya terjemahan perkauman dan rasis perlu dilakukan oleh pihak berwajib. Jika dibiarkan LGE terus mendendang lirik ini maka jelas dia mempelawa orang Melayu untuk tampar LGE. Memang ini pun yang dinantikan oleh LGE.

Dari aspek teorinya dia kena faham yang di Malaysia parti politik bermula dengan mewakili kaum-kaum yang ada. Sehingga kita maju kita lihat UMNO berjaya mengurus parti-parti sedemikian dengan harmoni. Apa yang mahu diketengahkan oleh LGE ialah dia mahu UMNO tidak lagi mewakili Melayu. Dia tentunya mengidam untuk lihat UMNO dibubarkan.

Memang itu maksud yang mahu disampaikan oleh LGE yang menerajui parti yang bukan saja chauvinis tapi mirip kepada bintang tiga. LGE memang mahu Melayu lintang pukang. Bahagia yang dikecapi LGE memang hebat. Dia berjaya kautim DSAI da dia berjaya dikenali sebagai Omar Abd Aziz yang masih kafir.

Ini semua kerja PAS. Memang yang paling degil dan belum menggelarkan LGE dengan gelaran Maha Hebat ialah UMNO. Bayangkan betapa bahagia LGE jika UMNO pun memuja LGE. Memang LGE tahu paling payah dia mahu lenturkan UMNO. Dia juga tahu yang PAS pun sama-samar kata hati mereka pada LGE. Kalau tak fasal DSAI jelas PAS pun tak jadi harubiru macam hari ini.

LGE ini macam gunting dalam lipatan. Dia memang mahu talqinkan Melayu. Dia mahu Melayu di bawah dan dia mahu Melayu sujud pada dia. Kita lihat cara dia tadbir Penang. Dia buat secara diam-diam dan licin. dia tumpu kawasan Melayu untuk naikkan semangat dan sentimen Melayu.

Dia sedang test ground. Kalau Melayu layu maka dia boleh faham kuderat Melayu sejauh mana kekuatan mereka. LGE memang tidak akan lepaskan Penang dengan mudah. LGE memang akur banyak program untuk kecohkan Melayu. Setakat ini dia mahu menyekat dan menumpu sebarang yang mahu diterajui Melayu. Sikap kukubesi LGE memang kita tahu tapi elok kita bagi pesan pada LGE bahawa pelanduk boleh lupakan jerat tapi jerat tidak akan lupakan pelanduk.

No comments:

Post a Comment