Tuesday, December 28, 2010

SUARA SUMBANG

Waktu negara cemas mengharungi dan menghadapi krisis rakyat cukup bergantung pada kerajaan. Rakyat jelata termasuk Raja dan Pembesar menaruh harapan pada kerajaan. Mereka tenang dan mereka bersolat hajat dan sentiasa di belakang kerajaan. Ketika itu rakyat sedar mereka mesti bagi sokongan tidak berbelah bagi. Cina, India, Melayu, Iban, Kadazan semua mahu kerajaan lakukan sesuatu untuk selamatkan negara dari di serang dari di istihar bankrap dari di hujani dengan pelbagai najis dadah dan penyakit.

Ingat waktu komunis. Ingat waktu 13 Mei. Ingat waktu krisis mata wang. Ingat waktu penyakit H1N1. Ingat bagaimana cemas kita harungi hal dadah yang hampir lumpuhkan belia negara. Semua ini dilalui dengan tabah oleh pemimpin. Ada yang masih hidup dan ada yang dah mati. Yang hidup masih mewarisi amalan warisan. Amalan asas ialah menghormati.

Kita tahu apabila penghormatan susut maka mulalah rakyat berasa resah dan mudahlah kita jatuh ke lembah kurang ajar dan kepompong pergaduhan. Ini yang kita semua patut pelihara. Kita pelihara kestabilan. Kita pelihara budaya. Kita pelihara kesopanan. Ini penting. Sekarang kita semakin hampiri satu lagi krisis kesopanan. Pemimpin kita di serang dengan kata-kata sumbang. Mereka balas kesopanan dengan kata-kata provokasi.

Mereka semua mahukan sama rata sama rata. Mereka segan silu untuk cadang cara demi menyelamat dan membangunkan negara. Apa saja yang pemimpin kita buat semuanya salah. Mentang-mentang ada kekebasan bersuara mereka balon habis-habisan seolah-olah wujud di negara ini amalan yang kejam amalan yang sembelih kaum dan amalan menyekat budaya dan agama kaum.

Dari bangsa Portugis sampai ke kaum Dayak dan Iban kita bagi penghormatan dalam bersama mereka meraikan hari kebesaran. Melayu, Cina dan India pun tidak ketinggalan. setiap kepelbagaian kerajaan mencari titik persamaan. Itu rahsia warisan. Kita sentiasa elak dari mereka yang suka lepas geram. Kita kena berani menyatakan bahawa negara kita memang diwarisi oleh pemimpin yang diasuh.

Rakyat juga akhirnya berupaya menolak merka yang rakus. Mereka yang sasau politik. Mereka yang moralnya dipersoalkan bertubi-tubi. Beginilah cerita semangat 1 Malaysia yang dilahirkan. Kita bi;a bercakap 1 Malaysia kita bukan nak semua dirojakkan. Agama Islam mana boleh disatukan dengan Buddha dan Hindu? Marahkah kita kalau hari raya kita pasang Tanglong? Cina tak rasa songsangkah jika Tahun Baru Cina diraikan dengan lampu Punggal? Sebab itu kita kena cari apakah titik pertemuan yang dapat kita serasikan.

1 Malaysia ialah keserasian bangsa. 1 Malaysia bukan hal biasiswa, bukan hal PERKASA, bukan hal perkauman bengis. 1 Malaysia adalah pengurusan perkauman yang harmoni, pengurusan perpaduan yang perlu di ikat kukuh. 1Malaysia bukan untuk Ahmad, Ah Chong atau Alfred tapi untuk kita semua supaya amalan hidup sentiaas dijauhi dari kekejaman dan huru hara. Kita baliklah kepada amalan baik kita yakni doa dan berdiri kukuh di belakang pemimpin kita.

2 comments:

  1. Salam Ziarah,

    Mohon link dari blog Sengatsayang ke

    http://gerakantimur.blogspot.com

    SengatSayang.... GT followwww...

    Salam perjuangan dari Gerakan Timur!!!

    ReplyDelete
  2. Salam perjuangan Gerakan Timur...

    Rapatkan saff kita untuk membela dan mempertahankan agama, bangsa dan negara kita.

    Jika fahaman politik menjadi petualang menghalang silaturahim antara kita; kita lihat kepada cara untuk mempertahankan negara dan agama kita...jangan sesekali kita beri ruang kepada pengkhianat untuk menJAHANAMkan kita.

    ReplyDelete