Sunday, February 20, 2011

APA LAGI LU MAU!!!!

KELUARGA TBH BOIKOT RCI

Dulu keluarga TBH desak kerajaan untuk adakan Royal Commission of inqury (RCI) . Bila kerajaan setuju mereka diam. Bila kerajaan umumkan nama nama orang yang jadi panel RCI mereka diam. Ini menandakan yang mereka berpuas hati dan sepatutnya bersyukur bahawa negara ini tidak pilih bangsa dan tidak diskriminasi bangsa. Hakikat ini mesti jelas. Bukan orang Cina saja yang mati, ada juga orang Melayu, orang India yang mati dan jika di perlukan mereka juga ada hak untuk desak.Tapi mereka tidak berbuat demikian mungkin mereka mempunyai pendirian tersendiri. Mungkin juga bagi yang Islam mereka anggap kematian ini kuasa tuhan dan sesiapa yang mengangkarakannya akan di adili oleh yang maha esa.

Berlainan dengan TBH. Mereka mahu tuntut keadilan hingga ke liang kubur.Mereka memang mahu yang bersalah di beri hukuman cukup berat. Baru mereka puashati. Mereka rasa mungkin apabila waktunya sampai baru roh yang terlibat tenteram. Bagitulah istimewa keadilan di negara ini.....Tapi bagaimana pula perasaan rakyat negara ini yang terdiri dari Melayu, India dan kaum kaum lain jika setelah kemudahan sebegini hebat diberi, mereka dengan angkuh boikot RCI. Mereka mahu apa lagi? Mereka mahu keadilan atau mereka yang mahu mengadili sendiri? Boikot itu dan ini,kerja orang yang tak ada otak. Ini kerja bodoh.Walau pun hujahan yang di sebarkan ialah tentang hal teknikal tapi apabila "memboikot" ini sudah di anggap tidak bersantun dan tidak bersungguh.Sia sia tindakan kerajaan.Sia sia usaha kerajaan untuk cari kebenaran!

                      JUSTICE HURRIED JUSTICE BURIED
Makhamah Shah Alam putuskan yang ADUN Port Klang masih sah sebagai ADUN.Dengan lantang speaker Selangor kata bahawa penghakiman kita tidak telus. Ini satu lagi cerita orang bodoh. Mentang-mentang kamu Speaker dan pernah menjadi peguam terkenal kamu ingat kamu boleh jadi hakim?Kamu faham kah sistem negara ini? Kalau dah di buat keputusan jangan pula cuba memandai kata justice hurried justice buried.Ini bukan hak kamu untuk kata. Hak kamu mesti selari dengan tanggungjawab kamu.Tugas speaker ialah akur dan jika tidak setuju ada ruang untuk rayu. Kamu tak perlu ragui. Kamu tak perlu pertikai. Mentang mentang kamu seorang peguam tak semestinya kamu boleh mengadili sesuatu kes.Tak pun semua peguam hebat!!!

Tindakan speaker ini betul songsang. Bila memihak padanya dia akan diam tapi kalau tak memihak padanya atas apa jua alasan mereka akan kata keadilan negara ini tidak betul. Kalau dah semua nya patut memihak pada suara hati kamu makanya negara ini akan sasau.Siapa kata penghakiman makhamah itu memalukan? Kita jangan bawa unsur luar untuk cerita hal dalaman negara ini.Sudah bertahun lama negara ini merdeka dan sekian lama kita patuh pada keadilan.Jangan cuba cemari apa yang telah sedia ada. Kalau semua mahu di ubah dan semua nya perlu reformasi ,negara tercinta ini akan menjadi bahan ketawa.

No comments:

Post a Comment