Friday, February 4, 2011

MANA DAP? KENAPA PKR DAN PAS SAHAJA BERARAK?

BERARAK DI JALANRAYAHari ini adalah hari kedua masyarakat cina merayakan tahun baru cina.Tahun Arnab.Tahun yang akan bagi untung besar.Hari ini masyarakat cina mengziarahi keluarga mereka manakala kaum kaum dari bangsa lain turut berkunjung kerumah rakan dan taulan berbangsa cina dengan mengucap selamat dan memberi kata inspirasi pada rakan dan keluarga berkenaan.Mereka dalam parti DAP yang majoritinya cina pun  merayakan tahun baru ini di bandaraya ini atau pun balik kampong.Sedang DAP sebok dengan hari kebesaran nya PKR &PAS melakukan demonstrasi jalanan.Selepas solat jumaat mereka berarak dan setelah berhenti di embassy amerika mereka beri  memorendum dan penyuraian mereka hanya dapat di lakukan dengan meriam air dan ada beberapa tangkapan di buat.
Pakatan sentiasa inginkan publisiti murahan tanpa mengira Hari Kebesaran Kaum Di Malaysia!!!!
KENAPA BERARAK?PAS dan PKR memang kegemaran mereka ialah laungan dan berkumpul ramai ramai di kawasan terbuka.Mereka menjadi lebih seronok bila boleh ramai ramai berarak atas jalan raya.Mereka rasa ada kekuatan bila kereta dan motosikal berhenti dan bagi laluan untuk mereka.Ini TABIAT.Ini adalah satu yang telah di pamirkan.Demonstrasi sebegini di katakan ok oleh nik aziz.Jadi tidak hiran kalau dalam menyusun atur perarakan PAS dan PKR boleh di nobatkan JUARA.

Kali ini secara bersungguh sungguh mereka kumpul orang untuk tunjuk sokongan pada rakyat di mesir yg mahu presiden mereka letak jawatan.Ini hal politik dalaman Mesir. Ini tidak kena mengena dengan surau di malaysia, tidak kena mengena  dengan kemanusiaan, tidak kena mengena dengan penindasan, kekejaman,  penderitaan,  pembunuhan, keagamaan. Di Mesir berlaku ketidakstabilan politik. Itu saja. Rakyat mahu presiden nya letak jawatan kerana beberapa tindakan presiden itu di katakan tidak popular.

Semua ini tidak kena mengena dengan malaysia atau pun perkara sejagat.Yang penting ialah pada keadaan ini,Malaysia harus fikirkan bagaimana menyelamatkan puluhan ribu pelajar kita di sana.Jika kerajaan kita gagal atau lalai atau tidak pedulikan mereka maka sesuailah diadakan demonstrasi.Hakikatnya kerajaan cukup sensitif dan proaktif.Tindakan kerajaan mendapat perhatian rakyat dan ketika mana kerajaan dan rakyat bersusah untuk lakukan operasi bantuan pada rakyat kita di sana, PKR,DAP,PAS sebok dengan hal politik mereka.

Secara tiba tiba mereka mendapat ilham berdemonstrasi,mesej mereka jelas.Mereka mahu menginspirasi rakyat malaysia,merangsang rakyat kita tentang cara dan gaya mahu tumbangkan kerajaan.Mereka tahu cara pendemokrasian tulin tidak memihak mereka.Mereka mahu kerajaan kita di tumbangkan ala mesir.Mereka mahu tunjuk yang kuasa rakyat di atas jalan,kuasa yang memegang sepanduk,kuasa jalan kaki ramai ramai lebih hebat untuk runtuhkan kerajaan.Ini suatu kursus dan latihtubi yang di pelopori oleh ANWAR KHAN.

KENAPA SEMASA CUTI AWAM?PKR dan PAS apa peduli waktu. Mereka tidak kira waktu bekerja atau waktu cuti. Yang penting mereka berpesta atas jalanraya.Kita di Malaysia patut hormati kaum lain, kaum cina yang sedang berhari raya.Teruk benarkah kalau di pilih minggu depan. Kenapa waktu ini. Ini kerana mereka mahu tunjuk kepada Cina bahawa mereka tidak ada perasaan untuk memikirkan hal hari kebesaran atau tidak. Cuba bayangkan kalau cina pula berdemonstrasi waktu kita berhari raya?

PKR dan PAS sudah mahu huru harakan keindahan dan ketenangan Malaysia. Nak balon kerajaan sudah kurang modal,maka mereka cari  modal luar untuk tunjuk di negara ini.Kegiatan ini  nama nya BODOH.

Kita mahu maju kehadapan membina tamaddun,suatu kebanggan,kita tengok PKR dan PAS pula semakin suka dengan huru hara di depan.


No comments:

Post a Comment