Thursday, May 5, 2011

APA KATA PENGIKUT ANUAR SETIA (PAS)

Sumpah Laknat Eskay dikatakan tidak SAH - HADI

ANWAR senyum, sengeh, semacam seronok, separuh berani bila mengatakan hal berkaitan dengan sex sebagai NON ISSUE.Tapi dalam dirinya Anwar cukup gubra dengan keberanian Eskay. Dia paling gentar kalau PAS desak beliau untuk bersihkan namanya. Namun Anwar boleh tarik nafas lega sebab Hadi dalam sifat kepura-puraan buat ketegasan untuk tidak pedulikan hal ini dan mengatakan PAKATAN akan fokus pada hal memerintah negara. Hadi juga menyampuk dengan bagitau bahawa pegang quran tapi tak ikut hukum tidak di anggap betul bila melafazkan sumpah,yang peliknya Hadi mana dia berani bagi nasihat tepat pada Anwar, sekadar balon Eskay boleh lah.

Seruan ini di sambut baik oleh konco konco pakatan dan kelihatan Lim Guan Eng bagitau yang mereka akan tumpu untuk pilihanraya kali ini pada kawasan pendalaman di Sarawak, Barubian bagitau yang PKR akan tumpu di kawasan winnable sahaja, Selangor dengan megah berani sebut yang  mereka akan dapat majoriti 2/3, PAS dengan bongkaknya kata Najib sudah gemuruh kerana lemah dan tawaran pada PAS adalah ibarat pungguk rindukan bulan.

Permuafakatan melindungi Anwar ini ternyata satu lagi kelemahan PAS, yang semakin hari di cemari oleh kebusukan moral Anwar. Memang dulu PAS bersama UMNO tapi tidak lah sampai bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermoral seperti Anwar. Pas tidak pedulikan kelakuan PKR di masjid, PAS langsung tak minat nak cakap hal keperluan mensucikan diri dari kekotoran berdampingan dengan pemimpin yang pelik kelakuanya.

POLIGRAF

Anwar buatlah sekali poligraf kalau takut sangat nak sumpah laknat!!
YB HUSAM MUSA cabar ujian poligraf digunakan untuk tahu samada sesaorang itu cakap benar atau berbohong. Cabaran ini ditujukan kepada Dato Eskay sahaja. Inilah dikatakan saranan dari puak yang berilmuan, puak yang mewakili pemikiran PAS. Dato Eskay terima cabaran. Yang aneh wakil PAS ini tak pula sebut Anwar untuk ujian ini, sehingga Dato Eskay pula yang minta Anwar jalani bersama ujian ini. Dengan PAS dan PKR ini boleh buat rakyat semakin meluat dengan mereka. Dulu sumpah, kemudian DNA, sekarang poligraf. Untuk anwar ini,kesemua teknik ini ada yang bersedia lakukan nya.Yang seronok  mengelak ialah Anwar,dia elak sumpah,dia elak DNA,tak tahu pula selepas ini dia berani kah untuk poligraf.

FOKUS

YAB NIK AZIZ pula kata hal video ini angkara UMNO. Ini tuduhan atau ada bukti? Jika tidak benar adakah Nik akan dilaknatkan tuhan? Nik juga kata kenapa kamera tu tidak fokus? Timbul keraguan samada Nik Aziz semakin terasa ada nikmat dan mulai semangat tengok Video? Dia fahamkah yang ini adalah rakaman CCTV bukan blue film. Bila cctv mana ada pengarahnya, skrip pun tak ada. Kita rasa macam tidak yakin yang Nik Aziz tak faham antara cctv dengan blue film atau Nik Aziz terlalu sangat dengan filem filem lain selain dari cctv. Namun Nik ini semakin sasau kerana walau apa pun yang berlaku pada anwar maka dia akan kata ini semua kejadian UMNO.Tak tahulah kenapa dia cukup marah dengan UMNO tapi amat mencintai DAP. Mencintai DAP adalah pilihan Nik Aziz. Dia sanggup lakukan apa saja demi DAP. Itu sebab DAP semakin rancak mengatur starategi untuk segera ambil kuasa waktu melayu macam nik aziz masih hidup dan masih ber
pengaruh.

NIK AZIZ lantang. Nik yang sudah longlai masih dijadikan pemerintah.Rakyat Kelantan tidak ada pembelaan. Nik hanya guna hal agama untuk tenteramkan mereka. Pembangunan dan kebajikan semuanya bukan penting, yang penting ialah di akhirat.Kalau itu cara nya bagimana pula fitnah tuduh menuduh nik aziz pada umno atas angkara yang di cetuskan oleh Anwar?

PUNGGUK RAYUKAN BULAN

PAS kata gesaan PM untuk PAS tinggalkan PR dan harapan untuk join UMNO adalah pungguk rindukan bulan. PAS merasakan yang UMNO sudah lemah. PAS semakin lupa bahawa rakyat semakin cemas dengan kelakuan PAS yang semakin songsang dan semakin dijauhi oleh orang muda sebab PAS tidak lagi ada kredibiliti bila bersama musuh tradisinya. PAS nampak tertekan waktu ini kerana mereka bersubahat dengan sesaorang yang di ragui kelakuan sumbangnya. Langsung PAS melalui Hadi Awang kata kami dalam PAS pandang pada hal ehwal memerintah negara bukan sangat individu. Hadi pun dah pandai putar belit. Hadi tahu Anwar raja putar alam, Hadi tahu yang Anwar bahaya dan Hadi tahu bahawa DAP itu cara nya tidak di sukai Melayu bukan hari ini tapi sejak 13 mei 1969. Apa pilihan yang ada pada Hadi yang umurnya semakin senja. Dia dan Nik Aziz semakin digarisan akhir dan mereka tahu yang anak muda PAS lebih trendi dan lebih realistik,tapi mereka berdua ini masih di takok lama dan hanya tunduk dan bergantung pada apa yang yang di sebut oleh Nik Aziz saja.


Hadi Awang mahu Anwar berjaya. ITU SAJA. Jika Anwar berjaya PAS  juga berjaya. Yang mereka lupa ialah yang berkuasa ialah DAP.Teori bagi DAP dapat kuasa ialah dengan buatkan rakyat simpati pada Anwar melalui kaldai PAS. Sebab itu waktu PAS membentengkan Anwar, DAP dalam diam atur strategi. Contoh,bila DAP menang besar di Sarawak mereka tubuhkan kabinet bayangan. Tengok saja siapa dan di mana di letakkan Barubian dan seorang wakil PAS. Ini adalah harga membantu DAP. Bila di umumkan kabinet bayangan ini, Anwar cepat cepat kata ini belum dimuktamadkan. Ternyata bagi DAP siapa yang kalah dan siapa yang menang harga nya di tentukan kemudian.Barubian waktu di heboh mahu jadikan KM, DAP diam saja tapi bila DAP menang lebih dari PKR,baru bian sekadar jaga tanah adat saja,dan si PAS ini jaga hal ehwal ugama,sama macam yang di buat di penang. Hal ini PAS tidak sedar dan masih samar,bagi mereka mungkin melingkupkan UMNO lebih penting dari bergaduh dengan DAP tentang hal melayu dan kuasa.PAS sudah menyerah pada DAP.Bersyukur kah kita?

No comments:

Post a Comment