Sunday, May 8, 2011

SIAPA BACUL?UMNO ATAU PAS ATAU KEDUANYA

PERTAMA

UMNO DAN PAS berikrar untuk perjuangkan agama. UMNO kata apa yang dalam Perlembagaan akan dipertahankan. PAS dulu sungguh-sungguh mahu islamkan negara ini melalui hukum hudud suatu yang tidak ada dalam Perlembagaan dan ini yang mempelawa Karpal Singh mengungkap over my dead body. Inilah cabang yang buat PAS dan UMNO berbeza dan berpisah,tapi lihat apa yang berlaku. Kini UMNO masih tidak tunjuk perubahan. Tapi,PAS yang tak tahu malu atau yang di baculkan oleh PKR dan DAP terus tutup hal hudud. Mereka langsung diamkan hal ini semata mata kerana politik permuafakatan.

PAS rela mengikut formula DSAI, mereka berfikiran bahawa jika mereka berkuasa mereka akan mulakan hukum ini tapi mereka alpa bahawa yang menular dan meluaskan empayar bukan PAS atau PKR tapi DAP. Sebarang teguran pada DAP, pihak PAS lah yang akan buat tafsiran untuk tenteramkan jiwa dan minda penyokong tegarnya. Apa yang di buat DAP sudah tentu di sokong PAS dan saudara kembarnya PKR. Hal ini bukan baru dan bukan suatu yang pelik sejak 2008. Rakyat sudah tahu rahsia kelemahan dan kekuatan PAKATAN RAKYAT yang ideanya di pelopori oleh hanya seorang manusia nama Anwar. Budak muda DAP tahu gerak ini, kerana selama Anwar hentam UMNO dan barisan selama itulah DAP ada ruang untuk kukuhkan kedudukan mereka. PAS  di sideline oleh DAP kerana bagi DAP mereka bukan nya percaya sangat dengan PAS tapi PAS yang terhegeh hegeh ikut buntut DAP.

KEDUA

UMNO dan PAS ada kesamaan tapi yang dipotretkan oleh pemimpin PAS ialah UMNO ini syaitan, kafir, setan, jahat, suka menganiayai orang. PAS pula digambarkan sebagai orang yang membawa obor kebahgiaan pada DAP dan PKR. Bila Anwar dikatakan pemimpin yang banyak skandal nafsu, PAS akan terus mendampingi Anwar dan PAS akan uar-uarkan kenyataan isteri Anwar bahawa Anwar ini anugerah tuhan. Di mana Anwar berceramah, pengikut tegar PAS akan bersama, jika majlis khusus di kalangan PKR sambutannya dingin tapi kalau di buat bersama PAS sambutannya hebat dan lebih hebat kalau PKR dan PAS tumpang ceramah DAP.

Penduduk Kg Buah Pala telah menerima nasib di bawah jajahan Lim Guan Eng, kini nasib yang hampir sama akan menimpa  penduduk India sekitar gereja St Xavier, Penang.

PAS sekarang mana mahu jadi agresif macam dulu, sebabnya mereka tahu bahawa mereka juga akhirnya kena dapat sokongan Cina dan India. Kita ambik contoh kemelut terkini di tapak tanah gereja ST XAVIER Penang. Tak lama akan jadi macam Kg Buah Pala. Bishop gereja mahu orang India keluar dari kawasan ini untuk tanah ini dibangunkan, dah tentu nak besarkan kompleks gereja, bukan nak buat nite club atau ofis. Lim Guan Eng akan jadikan Penang pusat sebaran kristian. Bangsa Melayu yang ada dalam kabinet DAP boleh kah tegur Omar Al Aziz ini?

KETIGA

PAS masih tidak sedar diri bahwa DAP sudah berjaya cekup ketua umum PKR. Contoh peguam DSAI ialah DAP. Kalau DSAI cakap terkasar, Karpal dan konconya akan jeling pada DSAI, sebab itu PKR terganggu di Sarawak, malahan DAP di Sarawak mula kata PKR Sarawak mabuk kuasa. UMNO pula berbeza, semakin kecoh  PAKATAN RAKYAT semakin pemantapan berlaku di kalangan mereka. Tak fahamkah kenapa PAS kalah dalam PRK dan kalah di Sarawak. Tambahan lagi mereka yng mengharapkan bantuan  DSAI nampaknya tak ke mana. SNAP dah tak minat masuk kaum pakatan, dan nampaknya PKR terpaksa minta Barubian mengaku bahawa untuk dia jadi KM agak sukar kerana DAP sekarang kerja keras untuk ambil hati melanau pula.

KEEMPAT

PAS kata UMNO Desparado kerana mempelawa untuk PAS keluar saja dari pakatan yang semakin kucar kacir.Hari ini ternyata DAP mahu ugama kristian mengatasi islam dan PM pun orang bukan melayu.Dsai mungkin tak sedar lagi,bagitu juga PAS. Kita boleh jangka yang PAS akan tenteramkan melayu dengan kata ini karut, tapi yang cerdik ialah DAP dalam ungkapan sandiwaranya..Tahukah kita sekarang ada berapa jumlah paderi dari luar negara di Malaysia?tanya polis atau imigresen berapa ramai dari Nigeria dan berapa kerap mereka adakan ceramah di Selangor? PAS mana nak nampak semua hal ini, yang dia ngerti ialah buat tabung letak di kedai kedai untuk kumpul wang dan kalahkan UMNO pada pilihanraya akan datang dan akan ambil peluang waktu  mengutuk dan menghukum UMNO saja.

Yang aneh UMNO sabar,tak tahulah samada UMNO semakin bacul atau UMNO anggap PAS yang bacul kerana tidur sekatil dengan kelompok yang mahukan Kristian lebih dari Islam. Nampak sah betapa HAPRAK PAS bila masih boleh biarkan rancangan DAP Penang untuk lakukan perkara yang bercanggah dengan perlembagaan. BILA CAKAP HAL BANGSA SENDIRI ,KITA PULA YANG DI KATAKAN RASIS TAPI MEREKA CAKAP HAL KRISTIAN ATASI ISLAM,APA PULA TAFSIRAN NYA? Sekarang siapa yang berjaya? UMNO dan PAS kena setuju yang berjaya ialah DAP dan yang bahlol ialah PKR.Ini lah rupa dan cerita nasib masa depan bangsa melayu dan islam.SIAPA PATUT MENCONTOHI SIAPA?bila PAS mahu ganti UMNO,adakah PAS mahu gadaikan melayu dan islam pada DAP?

KELIMA

Sekarang kita tengok SIAPA BACUL. Antara UMNO dan PAS bagaimana reaksi jihad mereka bila mana DAP di Penang bersiap siaga untuk ambil alih kuasa negara dengan membawa hasrat tersirat untuk menjadikan negara ini tanpa Raja dan Islam, menjadikan Kristian agama negara dan PMnya mungkin tidak lagi nama Melayu tapi nama lain. Bila Najib sebut 1malaysia, DAP ambil peluang untuk bidas siapa yang cakap hal Melayu. DSAI perlekehkan PERKASA, Nik aziz kata perempuan kafir boleh masuk masjid, semua ini gara gara tidak mahu mendalami ilmu 1Malaysia. Mereka mahu 1Malaysia untuk mereka, dan untuk dapat kuasa. Ilmu 3G yakni GOD,GLORY,GOLD memang tersemat di kalangan pastor dan paderi.Nik aziz telah di ingatkan berkali kali jangan sampai nasi jadi bubur. Perjuangan PAS sedikit pun tidak di gentari oleh DAP kerana mereka tahu yang PAS akhir zaman ini lebih dayus dan hanya mengaut populariti dari kehebatan DAP. PAS di Selangor hanya tinggal nama saja tapi sikit pun tak dapat lakukan perubahan.Yang berubah sekarang di selangor ialah lambakan maksiat,gengsterisme,bagitu jua di penang penuh dengan kegiatan judi.Cuba tengok perangai pemimpin PAS.Mereka hanya berkata kesat dengan najib,tapi dengan Jeff Ooi dan pemimpin muda DAP,mahfus hanya gigit jari.Memang sah BACUL.

KEBACULAN

PEMBELA sebuah pertubuhan NGO dengan lantang kata kristian adalah punca kepada ketidak tentuan islam. Nah,mana panglima PAS,mana kehebatan PAS sehingga tidak sanggup lagi buat pendirian berani.PAS hanya boleh bagi komen kepada pejuang islam, tapi hakikatnya bila berdepan dengan DAP, mereka adalah bacul no wahid. Peristiwa di Penang tentang perkumpulan pastor, adakah angkara UMNO? atau kebaculan TIMBALAN KETUA MENTERI Penang (melayu) yang kononnya jaga Hal Ehwal Islam. Kepada bekas pensyarah ini,kita rasa malu kerana dia adalah pemusnah bangsa pada awalnya tapi sekarang dia juga pemusnah agama. Lihat pula Dato Sri Rais seorang ahli UMNO yang terus kata negara ini majoritinya Islam dan di mana kesesuian Kristian yang mahu ganti tempat Islam. Rais juga mengingatkan yang tingkah politik ekstrim sebegini memusnahkan suatu pembudayaan dan pemukiman laluan tamadun 1Malaysia yang matang. Keberanian Rais memang dikenali. Dia mahu rakyat ada kebolehan. Dia mahu kembalikan KEBERANIAN yang selama ini hanyut angkara kebaculan PAS.

No comments:

Post a Comment