Friday, May 13, 2011

UGUTAN,KRISTIAN DAN VIDEO SX18

PERTAMA: YB Nurul kata dia ada terima sms yang minta YB Nurul jangan sokong ayahnya dan jika dia teruskan perjuangan sokongan ini, mungkin mereka akan akan bertindak ke peringkat menjadikan anak Nurul semacam nasib sharline yang hilang. Penghantar sms ini cuba hubungi beberapa kali sebelum membuat ugutan.
 
Lapor Polis.......... Nurul bertindak cepat demi sms diakatakan ancaman serius.
UGUTAN

YB Nurul mohon media memahami tekanan yg ditanggung oleh nya dan menyifatkan ancaman ini memang tak tamadun. Kasihan YB Nurul. Politik Malaysia kotor dan jijik atas dasar peluporan siapa? Kalau tidak PKR, yang diterajui oleh Anwar. Waktu Anwar dalam penjara, keadaan politik sihat dan bila PKR menang 2008, Anwar dah naik minyak, dia merasakan peluang jadi PM semakin cerah. Waktu itu memang pun rakyat mempunyai hasrat yang sama. Namun Anwar lupa untuk bertaubat dari melakukan perbuatan kotor dan jijiknya sehingga di lihat bahawa Malaysia sudah kehilangan keaslian budaya dan ketamadunannya. Mana pernah sejarah kita, mana mungkin budaya kita, mana hilang pegangan agama kita bila kita di hadapkan dengan kepimpinan yang jijik. Bila kita bertolak ansur maka unsur lain, budaya lain, agama lain juga turut menyumbang kepada melunturkan budaya dan pegangan akidah kita.

YB Nurul dinasihatkan untuk muhasabah bahawa menjadi seorang ahli politik, risikonya pun hebat. Bukan di Malaysia saja malah di dunia pun bagitu. Ada yang kena tembak, di gantung, di bom, di cincang, di simbah cat, di bakar kereta dan macam macam lagi. Ini rencam politik. Itu sebabnya, ibu muda ini harus ada endurance dalam menempuh cabaran. Ada yang kata, kenapa takut pada bayang yang bengkok jika kita berdiri lurus. Masyarakat tidak akan bersimpati pada nurul jika nurul tunjukkan kelemahan, kerana ENEMY WONT INTRODUCE WHO THEY ARE. Musuh tidak ada waktu untuk bersms, kalau dia ugut itu adalah kerja orang nakal, mungkin perbuatan yang di reka oleh kumpulan geraksaraf PKR. Itu sebabnya Nurul kena semak betul betul sebelum mengizinkan peguam N Narendran mentomahkan bahawa ini kerja BN.

YB Nurul nampak jujur bila buat rayuan untuk hindarkan amalan kerja sms yang nakal, Nurul ajak supaya semua wakil rakyat BN atau bukan BN bersamanya dalam menangani kenakalan ini. Tapi kenapa dua orang peguam Nurul yang lebih lebih sangat menokok tambah, sehingga melarat mengatakan ini kerja politik BN. Siapa yang kotor? Ini yang Nurul kena perhatikan. Rakyat menonton video press conference, kak Wan dan Nurul diam saja, Nurul yang baca skrip pun teratur bahasanya, tapi peguam Nurul yang tak patut cakap telah bercakap dan rasa nya OVER.Ini Nurul kena baiki.                                                                                                         

KEDUA: Baru-baru ini kita heboh hal keagamaan, lintang pukang reaksi masyarakat. Ada yang kata bagitu dan ada yang kata bagini. Pokoknya mereka menafikan bahawa ada pakatan mahu kristiankan Islam. Dalam hal ini, biasalah, UMNO juga yang di hentamnya. Begitu juga utusan. Yang nak saman utusan, yang desak di pecat, yang nak saman menterilah, semua adengan dalca ini dah jadi lumrah sejak PAS bercampur dan melacur dalam kumpulan yang sesak nafas seperti PKR dan kumpulan yang disorongkan bantal iaitu DAP. Kini semua pihak naik minyak khusus DAP. Mereka dah tahu PKR dan PAS memang kena ikut formula kemenangan DAP.
                           
KRISTIAN
Bila Jeff Oii kumpulkan paderi untuk makan, melayu dan yang islam apa peduli. Dia makan steak ka atau dia makan tom yam ka atau dia makan babi panggang ka itu bukan masalah. Yang jadi masalah apabila perut mereka kenyang, mereka dapat ilham untuk lakukan sesuatu yang belum terfikir sebelum ini. Memanglah di Penang ini ajaran sesat memang dari dulu lagi telah dikesan. Tapi tak pula kita dengar komplot dari Kristian. Nasib baik juga ada di dorongkan Allah keberanian di kalangan umatnya. Kerana atas sifat seorang islam, seorang anggota DAP yang berada dalam majlis itu maju kehadapan untuk kemukakan kesaksian melalui laporan polis. Walau pun butirannya tak kita ketahui, memadai apabila beliau tampil untuk tegakkan agamanya. Dia tahu bahawa DAP sudah tidak boleh ditegur. Dia tahu PAS rakan mereka. Dia tahu PKR suka putar, makanya manusia ini walau pun ahli DAP dia tahu beza politik dan tuntutan allah.Itu sebabnya dia mahu penguatkuasa siasat dan dia rasa muak dengan penafian. Mana panglima PAS? Sah mereka hanya pandai buat orang ketawa lebih lebih lagi bila pelawak PAS mat sabu bakal di beri undi sebagai timbalan.

Kini semua diam untuk seketika. Polis minta kita tenang. PM minta kita tenang. Tapi di Pulau Pinang juga sudah ada akaun twitt yang kaitkan melayu dan babi.Siapa yang tidak erti makna tenang? Jika bangsa dan ugama menjadi taruhan, jika bangsa di acah dengan jijik, jika pemimpin islam di kaitkan dengan babi, apakah melayu perlu sentiasa tenang? Negara ini akan hancur jika kita melayu tidak bangkit dan tidak berani memberi kata dua kepada rakyat yang ibarat kacang lupakan kulit.


KETIGA: Video sex disahkan oleh pakar dalam dan luar negara, Korea dan Amerika yang video ini tulen. Video ini tidak di ubahsuai. Video ini ikut spesifikasi. Baiklah,kalaulah bagitu tomahan yang kata fitnah sudah tiada sebab ketulinan. Soal kedua ialah siapa pelakunya. Ada 3 orang, seorang yang tak buka baju, pakai cermin mata dan lelaki, seorang lagi lelaki dah siap siap pakai tuala, dan seorang perempuan yang datang dengan baju yang lengkap dan membuka baju di dalam bilik kemudian memakai tuala.
 
VIDEO SX18

Yang berani mengaku dia aktor pertama ialah Eskay. Siapa dia? Dia adalah kawan Anwar. Kita kaji dulu. Betulkah dia kawan Anwar dan kita kena setuju bahwa mereka berdua mengaku sebagai kawan. Tunjukkan bukti bahawa Eskay adalah kawan  akrab Anwar. Ini yang rakyat nak dengar dan ini lebih menyakinkan. Maka selepas itu barulah kita syabaskan Eskay bila berani melangkah ke masjid dan pegang quran bersumpah bahawa dia aktor pertama.

Bagaimana dengan aktor nyonya. Kita pakai agak-agak saja yang dia China Dol. Perempuan ini mesti diperiksa untuk tahu keaslian samada shemale, dah operate atau female. Sekarang ini macam macam ada.Tapi yang sahnya aktor ketiga sudah lebih awal dalam bilik dan yang kelihatan ialah Eskay bersekali dengan nyonya ini. Boleh dirumuskan Eskay boleh cam dan boleh pastikan siapa nyonya ini berbanding dengan aktor ketiga.

Aktor ketigalah yang jadi tanda tanya, samada dia Anwar atau tidak. Atau pun ia adalah seorang ahli UMNO atau PAS atau PKR yang mirip macam Anwar. Nampak macam melayu tapi kalau aktor ini siam atau burma atau indon bagaimana? Apa pun aktor ini sudah berada dalam bilik lebih awal dan tidak pula ditunjukkan waktu buka seluar. Yang di tunjukkan ialah bila dua aktor tiba,aktor ketiga ini di lihat keluar dari bilik air dengan tuala. Eskay dan nyonya ini boleh sahkan siapa aktor ketiga. Kawat cam dapat bantu,bukan setakat muka, kena semak perut,saiz kemaluan, boxer, singlet, cara pakai baju, cara lap bontot, lap betis, cara senyum, tak suka lap dengan tuala. Kalau gitu nyonya ini yang sengsara sebab dia kena test seorang demi seorang jika ada yang lebih dari satu yang semacam Anwar. Mungkin bila di iklankan  dengan tawaran lumayan ramaikah yang akan tampil mengaku dia aktor ketiga?

Video ada macam macam rating dia, SX18, SG18,ada yang XXX dan ada yang kata hardcore, dan ada yang kata porno. Ikut pndangan umum, video ini bukan porno atau lucah, kerana tafsiran porno dan lucah ialah apabila kemaluan lelaki jelas tegang nya dan kelihatan terang penetrasi ke kemaluan perempuan. Untuk video ini ,tak tahu kita samada masuk belakang atau depan. Yang jelasnya ialah video ini SX18 sahaja kerana yang di tunjuk ialah kebogelan dan aksi melakukan sex. Tidak jelas tentang ketegangan dan penetrasi.Justru ianya sesuai di tonton umum.

No comments:

Post a Comment