Wednesday, June 15, 2011

BERSIH YANG KOTOR

Demontrasi Haram: Pemimpin PR/PAS pelopor demontrasi haram di Malaysia
 
                                                       PERTAMA

Terlalu bangga kumpulan yang menggelarkan diri mereka dalam gerakan BERSIH. Hero-hero nya juga dah tentu dari golongan pemerintah kerajaan negeri pembangkang. Ada Melayu, ada Cina, ada India. Mereka naik semangat bila Mat Sabu dan Anwar dikatakan akan turut hadir. Nik Aziz pun kata dia akan hadir sama. Tarikhnya pada 9 Julai. Ketuanya Ambiga dari kumpulan peguam. Gendang yang di palu mereka menggegarkan nadi pekerja pekerja gerai, pemandu pemandu teksi, pengusaha dan pengunjung dari negara luar.

Soalnya Nak BERSIH apa? Mereka kata sistem pilihanraya tak telus. Kepelikan ini semakin menjadi jadi dan orang orang yang kotor seperti Anwar dan nyanyuk seperti Nik Aziz melihat ini peluang baik bawa rakyat di jalanraya dan mereka mahu rakyat  di tangkap polis dan kemudian menyatakan bahwa polis kejam dan tidak berhati perut. Yang rakyat tak faham ialah sudah ada 4 negeri bawah pembangkang. Kotor atau besihkah negeri yang mereka perintah? Kedah penuh dengan sampah,Kelantan masih di takok lama,Penang parit dan sungai semakin busuk,selangor kotor dengan maksiat.Apakah ini tidak perlu di bersihkan?apa yang di bersihkan di ibukota yang memang jadi tarikan pelancong?Bukan kah niat puak ini untuk kotorkan imej kebersihan ibukota?

                                                          KEDUA

350 laporan polis membantah demonstrasi telah di kemukakan dan hampir 35 NGO sudah sepakat untuk menentang perarakan BERSIH dan yang lantang ialah PERKASA. Namun Ambiga dengan berani mengatakan beliau tidak gentar, Nik Aziz kata rakyat tak rugi kerana ini demonstrasi aman, Mat Sabu kata rakyat tak perlu bimbang. Ini semua bukankah mengundang masalah? Sejarah telah mencatat bahawa di Malaysia tidak ada perarakan seumpama ini aman tanpa kekecohan. Kali pertama perarakan besar besaran di buat ialah 1969 dan akhirnya berlaku pertumpahan darah, ramai yang mati, dan cukup ramai yang menyesal. Tidak cukupkah pelajaran ini di ambil oleh generasi masakini? Sesiapa pun bila mendengar demonstrasi akan terfikir kekecohan. Jika rakyat terlalu mengidam sangat kekecohan dan bermimpi untuk bertemasya di atas jalanraya perhimpunan ini memang tepat waktunya tapi bila di gari, dimasukkan dalam black maria jangan buat dakwaan yang polis kejam. Kalau setakat 100,000 orang nak berkumpul itu bukan suara rakyat yang bertamaddun. Itu adalah suara orang utan. Jadi apa yang nak di buktikan oleh Mat Sabu.
Ambiga: tink tank PAS
Apa yang nak di buktikan oleh Ambiga. Lebih baik rakyat yang gemar perhimpunan ini di kumpulkan di stadium shah alam untuk tunjuk bagaimana kita menentang kezaliman israel,menentang AIDS dan Berhenti merokok.


 
                         KETIGA

Selepas 2008,sebanyak 16 kali pilihanraya kecil di adakan dengan menyaksikan ada yang pembangkang menang dan ada yang pemerintah menang. Pilihanraya negeri Sarawak di katakan yang paling bersopan dan terbaik. Justeru amatlah diragui apabila ada saekor dua kumbang hitam dan anai anai masyarakat yang heboh dengan hal pilihanraya. Singapura pun buat pilihanraya yang coraknya sama, jadi  apa lagi yang mahu di hebohkan. Agak gila untuk kita bersama dengan orang yang mahu menang cara mereka? Siapa Mat Sabu untuk bagi tahu pemerintah cara menjayakan pilihanraya ala PAS, siapa Ambiga? Kalau Ambiga teruja dengan pilihanraya masuk saja politik dan  bertanding untuk tengok samaada rakyat sokong dia atau tidak.

                                                          KEEMPAT

Kerajaan hari ini terlalu bagi muka pada mereka yang gemar bawa rakyat ke jalanraya. Sudahlah di jalanraya kita saksikan ribuan manusia hilang nyawa kerana kemalangan, ini pula penganjur mahu heret rakyat yang tidak tahu hujung pangkal bersama untuk bertemasya atas jalanraya. Andai kata kerajaan tidak menghentikan ini dan andai kata kerajaan tidak bertindak pantas, tentunya dapat di jangka pada tarikh tersebut akan adalah peristiwa hitam di laporkan kerana rakyat ummnya di malaysia bukan nya pengecut tapi mereka adalah orang yang cintakan kedamaian tapi kalau sudah keterlaluan dan biadap pada pemerintah, rakyat yang diam akan bangun untuk habiskan mereka yang dianggap pengacau dengan penyapu atau dengan apa jua peralatan  yang sesuai.

                                                  KELIMA

Penganjur BERSIH adalah golongan tidak bersyukur. Mereka dilayan dengan baik tapi bila nafsu jahat memuncak mereka rasa mereka sudah menjadi kerajaan dan mereka sudah rasa mereka berpengaruh.Apa lagi yang kita mahu dalam saat negara bakal menempuh kesan krisis luar,Pemerintah berhempas pulas mahu dekati rakyat dan mmberi yang terbaik tapi ambiga dan konco konconya tidak langung hayati kesungguhan ini.Rakyat juga di sarankan supaya tumpu saja pada perkara yang lebih bermanfaat dari bersama kumpulan yang suka di kejar oleh polis.



No comments:

Post a Comment