Wednesday, June 15, 2011

FARID BAKAL MENTERI PENERANGAN?



 Membuat ramalan dan membuat jangkaan bukan suatu kesalahan besar jika ianya bagi maksud perbincangan dan pertukaran pandangan secara tertutup. Namun ada tajuk tajuk yang diramalkan bakal membawa padah sekiranya ramalan sedemikian dimuatkan di dalam majalah dan lebih teruk lagi kalau di dalam akhbar tempatan. Baru baru ini heboh cerita Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televesyen Media Prima Berhad Datuk Seri Farid Ridzuan bakal di lantik menjadi Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Ramalan seumpama ini adalah satu yang tidak functional malah dapat dianggap sebagai usikan tak bertempat.

 Dalam suasana yang masih tidak ada ketentuannya khusus dalam senario politik negara masa kini, yang diperlukan ialah Pemersatuan. Ini adalah kunci dan faktor penting dalam menghadapi suasana yang semakin kerap mencabar. Misalnya, dalam sebuah kapal terbang, dan apabila menghadapi suasana cuaca kurang baik apakah tepat jika penumpang di izinkan bertengkar dengan kepten? Yang baiknya ialah ketenteraman. Bagitu jugalah apabila ada orang yang buat ramalan untuk menggantikan Rais, ini juga di lihat sebagai suatu yang tidak tepat kerana penggantian bukan jawapan dalam mengurus sebuah kementerian yang besar yang mempunyai 18 jabatan. Kesemua jabatan-jabatan ini adalah Key Department dan bertindak sebagai barisan hadapan negara khusus  apabila negara masuk dalam zon untuk persediaan pilihanraya 13. Malahan dalam tempoh pilihanraya kecil selepas 2008 dan pilihanraya negeri Sarawak,jelas sumbangan dan prestasi baik kementerian di bawah pimpinan Rais tidak boleh di ketepikan dengan sekelip mata.

            Ada yang ghairah bahwa kelayakkan Farid dilihat dari aspek keupayaannya untuk mengubah RTM. Ini adalah satu andaian yang tidak tepat kerana RTM sudah pun dalam proses perubahan yang diharapkan. Tambahan, tiada teori yang menceritakan tentang keperluan mengubah secara total kerana ada juga struktur asas yang perlu dikekalkan supaya ianya menjadi suatu identiti. RTM adalah milik kerajaan dan dia harus di lihat kekal sebegitu.Jika mahu di ubah ialah cabang cabang programnya supaya sealiran dengan trend yang terkini.

            Rais adalah Menteri yang berhemah, penuh dengan stamina, tidak berhenti dari satu program ke satu lagi program. Ia juga, seorang penulis yang hebat, peguam yang bertauliah, pemidato yang tidak beremosi. Ini adalah aset rakyat. Rais adalah milik rakyat dan bukan milik koperat. Rais adalah model Winnable Candidate. Soalnya bukan membodek tapi menegakkan kebenaran dan perlunya menceritakan yang betul. Rakyat Malaysia bukan melihat pada usia tapi pada prestasi. Orang muda pun kalau prestasi merosot tidak mendapat tempat di hati rakyat. Rakyat Malaysia pun bukan semuanya minat perubahan melulu tapi yang mereka mahu ialah kesediaan untuk merubah dari takok lama ke takok yang baru.Kesediaan ini ada pada Rais dan ini di anggap memadai untuk sebuah negara seperti malaysia yang penuh dengan adab dan nilai yang murni.

            Rombakan kabinet hak Perdana Menteri. Sudah bertahun lamanya perkara ini difahami oleh semua sektor masyarakat. PM tentunya ada sebab mutlak untuk mengubah anggota dan struktur kabinet dan yang lebih menyukarkan ialah menggantikan yang baru yang belum pasti memiliki prestasi yang lebih baik dari sebelumnya. Pertimbangan PM kepada keputusan besar ini bukan di buat kerana sesuatu yang kecil,seperti juga kes nya dengan menggantikan farid bukan sebab RTM sahaja.
Tidak lama lagi negara akan menghadapi pilihanraya yang penting sebagai pengujian kepada populariti Najib dan Gagasan 1Malaysia. Waktu yang singkat ini negara tidak mampu untuk bermain dengan percubaan menukar menteri.Ramalan sebegini adalah tidak strategik malahan menunjukkan suatu yang remeh.Justru dalam laluan yang tidak semudah dulu,kita patut simpan saja ramalan hodoh sebegini dan tidak perlu kita ghairah untuk memaksa ianya menjadi bualan harian dan jika ini tidak di hentikan segera,ianya amat di kesalkan kerana tabiat ini tidak menguntungkan.Sayugia di ingatkan juga jika bahtera yang mudah di tukar nakhoda tidak akan sampai berlabuh di destinasi,malah lebih mudah karam di lautan dalam.


No comments:

Post a Comment