Sunday, June 5, 2011

ERDOGAN PAS



Barisan Baru PAS untuk realisasikan KABINET PILIHANRAYA
Muktamar 2 hingga 5 Jun 2011 di Taman Melewar, Gombak PAS memutuskan barisan Kabinet tertingginya. Dua hal dapat di rumus. Pertama kehadiran Mat Sabu dalam kabinet dengan jawatan Timbalan Presiden dan kedua kumpulan Erdogan menguasai kabinet PAS. Kumpulan ini dikatakan kumpulan Pro Pakatan Rakyat dan jika bagitu mereka ini adalah ANTI UMNO dan anti BN. Semua yang hadir mengulas bahawa ini kabinet untuk pilihanraya, ini kabinet untuk tumbangkan BN, ini kabinet untuk wujud lebih banyak demonstrasi jalanan, ini adalah kabinet yang MENUTUP PINTU PERPADUAN MELAYU.

TALQIN UNTUK PERPADUAN

Berperang atau bercakar? Soalan ini  perlu dihayati  oleh dua kumpulan Melayu, Melayu PAS dan Melayu UMNO. Jika mahu berperang, ayuh ke medan tempur sekarang juga, dan tak perlu teliti kiri dan kanan. Bila dua puak Melayu ini rebah Cina bawah DAP turut melahirkan simpati atas kepayahan Melayu untuk bersama, walaupun menganuti agama yang sama. Pernah juga pihak bertanya apakah jika Melayu tidak beragama, mampukah bangsa ini bersatu? Jawab mudahnya mungkin tidak. Tapi sekarang mereka seagama, kenapa masih tidak bersatu? Apakah Erdogan yang menjadi barua, atau UMNO yang jadi buta. Bob Lokman berpandangan PAS lebih tenteram bila dalam perhimpunan. PAS lebih nyaman bila bertanding sesama mereka. Yang aneh, inilah parti yang bakal akan tubuh BIRO DEMONSTRASI bila Mat Sabu mulakan tugas. Ini juga bermakna PAS yang ada kali ini akan giatkan demonstrasi jalanan, konon atas nama kebangkitan rakyat. Mat Sabun akan heret ramai anak muda melayu di jalanraya dan dia akan relakan ramai anak Melayu masuk Black Maria, dia akan berjuang untuk tunjuk yang dia adalah hero di jalan raya dan waktu waktu dimana melayu berkeliaran di jalan raya orang bukan melayu akan giatkan bisnes mereka. PAS ke depan ini kehilangan ideloginya, tidak kita lihat suasana ideologi lagi kerana  PAS terang terangan dakwa bahawa mereka parti yang perjuangkan kebajikan. Nah! Sekarang apa bezanya PAS dan UMNO?adakah kedua nya masuk 
neraka atau keduanya masuk syurga? 

TAHNIAH DAP BERJAYA JINAKKAN PAS

Congak dan sifir politik masa kini memang hebat. UMNO perlu undi Cina, PAS perlu undi Cina, PKR perlu undi PAS, manakala DAP perlu undi Melayu. Penentunya ialah Cina, bila PAS dan UMNO dipisahkan jauh ibarat bumi dan langit atau syurga dan neraka.Itu kehendak DAP yang menggunakan Anwar untuk mengesahkan bahawa UMNO dan PAS memang tidak boleh di beri ruang berbicara walau pun mereka seagama. Anwar telah berjaya membuktikan tugas nya. PAS juga berjaya membuktikan bagaimana mereka setia pada Anwar berbanding dengan golongan ulama PAS. DAP lega. PKR sudah boleh angkat muka. PAS kini ke hulu dan ke hilir perlu buat penjelasan kenapa perlu ada dalam konsep PAS, buat julung kalinya KABINET PILIHANRAYA.Jika PAS mengatur langkah ini maka perjuangan PAS sudah jauh menyimpang dan ternyata PAS di perkosa oleh nafsu kuasa duniawi,PAS ternyata sudah beri isyarat bahwa samarata dan samarasa tiada lagi isu,hal moral,hal ugama,ini semua boleh di bawa berunding dan boleh selesai.

ANTARA KERIS DAN BULAN

Siapa yang mula bezakan UMNO dan PAS dengan jelas? Tentunya PAS. Apa yang beza? PAS yang keluarkan kenyataan undi UMNO masuk neraka dan undi PAS masuk syurga. Siapa yang keluarkan fatwa haram syarii undi BN dan haram syarii sokong Najib? Dikala itu berduyun pengikut PAS akur formula KABINET ULAMA ketika itu. Segala laungan dan ceramah PAS ketika itu tiada lain dari cerita hal orang umno kotor sehinggakan kubur,majlis perkahwinan, bersolat semuanya patut diasingkan kerana HANYA PAS KETIKA ITU LIHAT UMNO KOTOR. Kini PAS tidak sanggup lagi lihat DAP dan PKR sebagai kotor dan mungkin juga laungan syurga neraka tidak dilakukan lagi sebab PAS tidak suka bawa hal agama dalam soal politik parti. Beza di mana PAS dan UMNO? PAS tergoda dengan slogan UBAH oleh DAP. Kini PAS BERUBAH. UMNO barang seinci pun tidak berubah, ia tetap sama walau pun dimaki hamun oleh saudara seagamanya sendiri. Kini bila pilihanraya diadakan ternyata PAS akan tidak lagi guna formula syurga neraka, mereka akan cakap hal kontrak, lesen, buat kondo, buat pusat riadah dan seumpamanya seperti yang akan di atur oleh DAP. Apakah PAS sudah tunduk pada prinsip unggulnya? Bukankah PAS boleh bertolak ansur jika mereka boleh ubah pada konsep kebajikan dan tinggalkan untuk sementara perjuangan negara islam. Kalau bagitu kenapa di lihat payah untuk dia masuk UMNO saja! Jelas yang PAS kemaruk kuasa dunia dan PAS pun ada keinginan nak letak Nik Aziz sebagai PM atau HADI sebagai PM.

ANWARINAS

Apakah mandrum Anwar pada PAS. Dia begitau yang kali ini undi Cina adalah cukup kritikal. Keputusan Sarawak yang kata Cina sokong hebat pembangkang adalah suatu kempen saja. Hakikatnya Melayu di Sarawak masih kekal teguh. Justeru nasib parti Cina Sarawak SUPP masih belum jelas dalam mewakili kaum Cina dalam kerajaan. MCA pula buat ketegasan. Jika MCA kalah mereka tidak letak hajat untuk jawatan dalam kerajaan. Orang Cina sudah mula fikir, orang Cina tahu mereka perlu di wakili dalam kerajaan, mereka tidak mahu rugi. Ini yang buat DAP gelabah dan mula kata MCA buat ancaman kosong pada orang Cina, walau apa pun,orang cina sudah mula merapatkan diri dengan MCA dan mereka pun tahu yang PAS dalam 4 pilihanraya lepas tidak bermaya kerana mereka hanya tahu cakap hal agama dari hal pendidikan sekular, lagi pun mereka tahu PAS bukan boleh bagi bisnes baik pada orang Cina kerana di Kelantan orang Cina pun tidak ada selera nak hidup kerana pembangunan yang cukup lembab. Itu sebab Anwar bisik pada Hadi bahawa PAS patut lebih dinamik, tidak dogmatik dan UBAH strategi, masa depan pembangkang bergantung pada PAS kerana majoriti Melayu ada dalam PAS bukan PKR. Bisikan ini ternyata dilaksanakan dengan baik oleh PAS yang pura-pura depan penyokongnya kata mereka tidak lihat langsung di mana ruginya PAS jika ubah pendirian pada KEBAJIKAN. Cara ini akan menarik orang Cina yang tentunya akan akur bahwa PAS sudah UBAH dan pimpinan DAP hari ini boleh menerajui negara kerana ketakutan pada PAS sudah susut.

Anwar tahu orang yang gemar cara politik nya ialah Mat Sabu. Walau pun Mat Sabu orang yang tahu hal JUBURI sehingga pada 90an dia yang gelar Anwar Al Juburi,tapi Mat Sabu macam perangai Anwar juga UBAH pendirian kata itu hanya gelaran masa Anwar dalam UMNO, dan Mat Sabu tak ulas kes SAIFUL bila Anwar dalam PAKATAN. Kelentong sebegini tidak sangat menyengat dipemikiran golongan Anwarinas tapi kepada ulama mereka tahu hukum dan mereka tahu beza yg baik dan yang jijik.

DO OR DIE

Anwar, Hadi, Mat Sabu, LGE, LKIT Siang, tahu PRU13 adalah Do or Die bagi mereka. Segala petunjuk hasil PRU akan datang ini tentunya menjadi ukuran untuk survival politik Malaysia yang bersifat jangka panjang dengan mengambil kira faktor usia pemimpin sekarang dan pemimpin pelapis. Ramai yang doakan PAS UMNO bersatu tapi segelintir mahu mereka bergasak. Maka datang PRU ini PAS dan UMNO akan bergasak habis habisan. Bukankah ini rugi yang Mahabesar? Tapi politik ala melayu dia apa peduli kerana ia lebih nafsu dari perjuangan tulin.Justeru yang selalu dibimbangi bakal akan menjelma, yakni Melayu di hanyutkan, Melayu rebah di tanah sendiri dan Melayu tidak boleh berkata yang mereka orang asal bumi ini. Ramai yang doa supaya UMNO dapat selamatkan masa depan PAS kerana PAS dalam genggaman DAP.Broker yang berjaya perangkapkan PAS ialah DSAI. Cerita benar ini perlu di bisik pada generasi melayu yang bakal bertanya kenapa melayu hina di tanah asalnya.   

No comments:

Post a Comment