Saturday, June 18, 2011

MUSLIHAT PILIHANRAYA MASJID

 PULAU PINANG :Ini adalah negeri asal mantan Perdana Menteri, Ketua Pembangkang DSAI, ayah Mahathir pun asal dari sini dan sekarang pulau ini di perintah oleh DAP. Beberapa kali DAP cuba tawan pulau ini dan akhirnya mereka berjaya. Negeri yang satu ketika dulu indah dengan laut dan enaknya makanan nasi kandaq sekarang menjadi kubu kuat DAP. Soalnya  adakah apabila DAP berkuasa, BN ada peluang untuk rampas kembali? Ada yang jawab, kenapa fikirkan tawan, yang penting ialah mereka juga hampir-hampir menakluki PERAK, dan di Selangor merekalah yang lebih suara dari yang lain. Ini adalah hadiah orang melayu pada DAP. Hadiah yang tidak akan di beri ucapan terima kasih oleh DAP. Hadiahnya ialah PERPECAHAN MELAYU. Jika ini jalan ceritanya, maka sekali DAP bertapak mereka tidak akan sama sekali memberikan apa yang mereka ada dengan mudah. Sekolah cina, nama cina budaya cina semua ini akan terus dikekalkan dari dulu hinggalah bila-bila saja. Yang banyak goyah ialah UMNO bila saja di gertak tentang interlok lintang pukang kita ubahsuai, begitu juga PAS bila digertak bahwa Cina takut pada perkataan Islam lintang pukang tukar konsep berkebajikan kononnya ini teknik pengurusan parti kerana ikut kata Nik Aziz konsep ini menuju ke syurga dan yang di buat oleh UMNO tak ke mana. Bahlolnya Melayu masa kini menjadikan DAP semakin hebat pengaruhnya.





Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim (kiri) berkata keputusan menangguhkan pemilihan itu dibuat selepas perjumpaan di Istana Negara pagi ini.

Di Pulau Pinang adalah tempat ibadat semua bangsa. Kalau Kristian mereka ada gereja yang bersejarah, kalau India mereka ada kuil yang setiap tahun tumpuan Hindus dalam Thaipusam, kalau cina nya ada goddess of mercy. Bukan itu saja, ada tokong ularnya, di air itam saja tersergam tokong tokong. Yang Buddhistnya ada sleeping buddha di pulau tikus,semua ini tidak pernah di marah oleh orang melayu. Apa yang orang melayu ada? Hanya sebuah masjid di kenali sebagai masjid negeri. Semasa Anwar jadi Timbalan Perdana Menteri dan 8 tahun Menteri Kewangan, dia langsung tak kisah dengan hal hal seumpama ini. Walaupun Pak Lah orang ulama tapi Penang dibiarkan bagitu saja. Ringkasnya, kedua pemimpin ini tidak semacam Mahathir yang berjaya mengubah Langkawi. 

Soalnya, ialah melayu tak pernah langsung usik hal hal sebegini. Tapi bila saja DAP ada kuasa, pertama mereka tumpu ialah hal agama. Mereka sasar MASJID, selepas mencemari masjid, hal baca khutbah, menjadikan Ketua Menteri Umar Al Aziz kini mereka mula campurtangan dalam hal jawatankuasa masjid secara pilihanraya. Kenapa tidak mulakan dengan agama lain? Adakah agama lain tidak ada jawatankuasa? Jawab mudah ialah, Cina dan India tiada masalah yang ada masalah ialah faktor Melayu, jika masjid dapat di kawal maka pemusatan kuasa dapat di tawan kerana masyarakat melayu hormat jawatankuasa masjid dan untuk terus dapat sokongan undi undi melayu, DAP akan pastikan konco-konconya diserap dalam masjid dan akhirnya mereka ini akan patuh pada arahan kerajaan negeri.Apakah ini hasrat DAP?jawab nya TIDAK.Agenda mereka lebih hebat dari itu. Apa dia? Yang di Pertuan Agong.

MUSLIHAT: DAP tahu bahwa mereka telah dibalon cukup cukup sebelum ini kerana DAP juga ketika itu tidak mahu berdakap dengan PAS. Tapi bila broker Anwar berjaya mendakapkan PAS DAP maka mulalah DAP tunjuk belangnya. Kini waktunya DAP buat baikpulih. Mereka ada sifir politik yang patut diberi pujian kerana kali ini melayu seperti Timbalan Ketua menteri dan beberapa sahabat dari PKR dan PAS cukup di lihat membantu mereka.Mereka tahu bahwa kekuatan negara ini ada pada melayu dan ugama. Melayunya ialah perdana menteri dan agamanya ialah agong. Mereka tahu Anwar semakin mengasak untuk jadi PM dan jika di takdirkan betul, Anwar dengan usia nya tidak lama, DAP tahu sampai bila pun mereka tidak ada peluang jadi PM jika agong tidak di ketepikan. Itu sebab nya sementara  anwar sibuk dengan hal Putrajaya mereka secara diamnya mula masuk jarum dalam masjid. Mereka mahu ubah agama sebenarnya.

Tanpa ada guruh dan kilat dan tanpa di minta oleh rakyat, satu amalan turun temurun orang islam cuba di ubah. Mereka mahu adakan pilihanraya. Kononnya mahu telus, mahu adil. Kenapa orang Islam? Balik kita kepada muslihat. Mereka bukan tak tahu yang Agung akan tidak setuju. Mereka tahu ini semua. Jadi bila agong tidak setuju ternyata di kaca mata cina dan india bahwa OBSTACLES unggul ialah Agung. Ini yang mahu diketengahkan oleh DAP. Justeru nanti dalam kempen berbahasa Cina mereka akan kata orang Melayu tidak akan faham ketelusan, tidak faham keadilan selagi Agong dan raja raja bersama mereka. Cara sedemikian akan mengajak cina dan india berdiri teguh sambil terus menerus memecahbelahkan orang Melayu dengan pelbagai kaedah yang bersandarkan Islam. Cara ini mereka boleh terus berkuasa dan sementara itu segala kekayaan yang ada akan terus di kaut dengan senyap. Caranya? Beri saja peluang pada orang singapura. Inilah nasib melayu di pulau pinang. Negeri ini satu hari akan di ubah kepada nama lain supaya identiti asalnya hilang. Tidak mustahil kalau satu hari usaha pembetulan sejarah di lakukan maka akan adalah bukti bukti yang memberi ruang untuk DAP membuat usul tukar nama negeri.

MELAYU PULAU PINANG: Ramai yang berkata kenapa negeri ini menerima hukuman yang hebat? Dua orang pemimpinnya di lihat kecundang dalam pembelaan melayu. Salah seorangnya adalah perosak kekuatan Melayu. Apakah dosa negeri? Negeri yang cantik, ternama, kini merupakan negeri pertama disaksikan, orang melayu meratap, dan menangis. Soal bangsa ini bolehlah dikatakan sejarah lalu tapi bagaimana pula dengan agama. Kini Melayu negeri ini di timpa pula dengan kemelut campurtangan DAP. Semua ini berlaku di negeri yang sepatutnya dapat pembelaan, tapi memang benar seperti kata orang bila saja mereka sudah genggam kuasa mereka pula yang menjadi TUAN. Percaya atau tidak itu hak masing masing tapi proses kehancuran sudah ada tanda tanda nya kerana pepatah dan pesanan orang tua tua dulu kita sudah mula abaikan. DAP adalah parti yang berjuang untuk UBAH semua dan there is nothing straight about them accept for their hair.

No comments:

Post a Comment