Friday, August 5, 2011

DR HASSAN vs MENTERI BESAR SELANGOR


Baru 5 hari perpuasa, kerajaan Negeri Selangor dengan tanpa usul periksa mengeluarkan kenyataan bahwa kerajaan kesal dengan tindakan JAIS ke atas sebuah tempat ibadat Kristian.Tindakan JAIS di lihat sebagai tidak hormati agama Kristian. Lantas Dr Hasan Ali yang merupakan EXCO bertanggungjawab kepada hal ehwal JAIS menegaskan bahawa ada sebab yang boleh dipercayai yang buatkan JAIS bertindak. Dr Hasan menegaskan yang JAIS bertindak kerana ada laporan yang mengatakan ada ajaran yang menyeleweng berlaku ke atas umat islam di gereja terbabit. Pihak gereja mula heboh bahawa tindakan JAIS itu keterlaluan dengan membawa sentimen bahawa perhimpunan itu sekadar majlis makan makan saja atas semangat 1 Malaysia.

INSIDEN ini menarik sekali kalau di ulas:

PERTAMA
Ini adalah KALI KEDUA Dr Hasan tampil dengan berani dan tegas menyatakan pendirian nya. Pertama, waktu kemelut perlantikan setiausaha kerajaan negeri yang ketika sebelum lantikan adalah ketua jabatan di JAIS. Apa yang di putar oleh MB di ulas dan di perbetulkan oleh Dr Hasan. Ramai yang melihat Dr Hasan ini lurus dan tepat pendiriannya. Ramai juga bercakap bahawa ia tidak sebulu dengan EXCO dan MB.Hal tentang azan, penjualan arak, maksiat yang di suarakan rakyat selalu sangat di pandang remeh oleh pentadbiran Khalid. Namun Dr Hasan masih menjadi orang yang tetap iman. Dr ini tahu antara politik dan tuntutan dan hisabnya di akhirat.Ia di lihat sebagai orang yang boleh pertahankan sesuatu yang mengancam islam.



Namun yang sedihnya beliau di lucutkan peranan oleh partinya sendiri kerana politik angka dan kerana kemaruk kuasa dan kerana Dr Hasan punya pendirian yang tidak goyah. Ramai yang tahu bahawa bila Dr Hasan tidak lagi memainkan peranan utama dalam parti PAS Selangor maka ini adalah tanda dan isyarat bahawa keretakan dan tanda kehancuran institusi agama Islam sudah berterusan. MB yang mentadbir negeri ini sedang dalam proses untuk
TRANSFORMASIKAN Selangor dari negeri yang cukup hebat menghasilkan ulama dan pemikir agama Islam kepada negeri yang terkenal dengan pelacur dan maksiat. Ada juga yang berpendapat bahawa dulunya ramai suka ke Selangor tapi sebab negeri ini sedang berubah coraknya maka mereka berpendapat elok berpindah ke negeri lain dari menduduki negeri yang akan terkenal sebagai pusat kegagahan maksiat. Kali kedua disabitkan dengan Hal JAIS juga. MB seolah-olah marah benar dengan JAIS kerana ini akan ganggu undi orang bukan Islam. MB merasakan tindakan berani adalah tindakan hilangkan 1 undi bukan melayu. Bagitu gamaknya bila Melayu yang rakus kuasa teraju negeri yang hebat dengan keislamannya.

KEDUA

Majlis makan makan ini semacam suatu yang kita tidak hairan lagi kerana waktu di Penang yang kecoh tentang hal semangat Kristian mahu ambil alih negara ketika itu juga pemimpin negeri Lim Guan Eng kata itu hanya majlis makan makan saja. Kali ini di Selangor pun didakwa majlis makan makan juga. Ada kita dengar insiden begini di lain negeri yang majoritinya melayu? Kita tanya di Kelantan kenapa tidak ada usul sebegini? Kita tanya Johor? Kita tanya Pahang, tanyalah Terangganu. Ini menunjukkan Selangor dan Penang rapuh dan semakin memasuki fasa untuk memusnahkan agama Islam. Jika tanda tanda ini tidak di awasi, kita bukan akan menghadapi tsunami politik tapi TSUNAMI AGAMA.

KETIGA

Kenapa waktu MB ini perintah dia selalu di katakan tidak tegas bila datang kepada hal ehwal agama Islam? Sebabnya ialah dia di kawal rapi oleh DAP,dan jika DAP gertak maka MB akan rujuk pada ANWAR dan nasihat anwar ialah INGAT
INGAT UNDI INGAT INGAT UNDI.itu yang di wiridkan oleh Anwar dan itu yang  menteri besar ini sasau dan bila mula perintah Selangor dia tergagap bila berbicara hal agama dan pengurusan kaum.Sepatutnya dia kena baik dengan Dr Hasan ini sebab Dr Hasan ini ada pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan bidang agama. Tapi yang berlaku ialah berlawanan sehingga Khalid ada terfikir untuk gugurkan Dr Hasan dari EXCO. Nampaknya, PR lebih berjaya dalam mengurus hal undi daripada hal asasi rakyat. PR adalah entiti untuk terus kekalkan undi tanpa berani menjadi benteng menjaga kepentingan bangsa dan agama. Ringkasnya PR selangor adalah DAP yang tidak banyak beza nya dengan penang.Bandingkan insiden di penang dan selangor.Kalau dulu tidak sama tapi kombinasi khalid dan guan eng adalah satu kombinasi baik untuk merudumkan kekuatan islam. UMAT ISLAM FIKIRKAN DENGAN BAIK BAGAIMANA KERUNTUHAN TIANG UGAMA BOLEH BERLAKU JIKA TIDAK BERMULA DENGAN PIHAK BERKUASA.

No comments:

Post a Comment