Monday, August 1, 2011

RAMADHAN: APA ISYARATNYA?

SYUKUR kerana dengan limpah kurniaan ilahi umat islam seluruh dunia mula melakukan ibadah puasa.Inilah bulan yang di tuntut ALLAH untuk BERSIHKAN jiwa yang tercemar dan hati yang busuk. Syukur kita kerana negara ini masih berdaulat. Negara ini terus dalam kedaulatan kemerdekaannya kerana ia masih mampu memimpin rakyatnya untuk memacu kejayaan dan menggamit perpaduan yang luhur dan teguh. Syukur kita kerana kita berjaya atasi segala tipu helah,segala cubaaan menghuru-harakan negara,segala dakyah jahat,penuh dengan fitnah dengan lakonan yang paling memalukan khususnya di kalangan ummat Nabi Muhammad. Kesempatan ketibaan ramazan kita terpanggil untuk bersatu dan berpadu demi ugama bangsa dan negara.

DULU waktu umat islam bersatu,waktu kita kukuh kemesraan persaudaraan, Waktu kita erat permuafakatan,kita merasa amat pelik jika ada ada saranan yang mengatakan jangan kita bercerai, jangan kita berpecah, jangan kita bergaduh.Yang rugi ialah kita sendiri. Nah! Sekarang terpampang perpecahannya. Kita tidak segan untuk tabur fitnah,kita tidak malu untuk berlakon,kita tidak lagi peduli kesopanan dan budaya Melayu dan Islam. Di tambah lagi kita sudah dijadikan alat dan ummat yang boleh di tunggang,di beri arahan dan skrip.Umat islam kini sudah rapuh dan dalam kerapuhan inilah kita terus dihantui oleh kebingungan. Apakah dengan ramadhan ini kita dapat kekuatan,kita di suntik semangat baru,kita menjadi kuat?
Permuafakatan Ku Li dan PAS.

SEKARANG dalam meniti pergolakan politik yang semakin tebal polirasasinya,bangsa melayu di lihat lebih mengalami parahnya.Sudahlah dengan perpecahan yang tidak masuk akal,kini ternyata di kalangan pembangkang mereka masih belum puas untuk mengekalkan perpecahan melayu. Kini mereka mula meneropong KU LI. Secara senyap mereka merayap ke Kelantan mahu berbaik dengan KU LI kononnya boleh berunding untuk ganti anwar sebagai ketua pembangkang.Rata rata di laporkan bahwa ada pertemuan sulit bersama KU LI. Soal kesahihan nya tidak penting tapi yang lebihperlu kita fikir ialah kenapa KU LI?


Adakah ini gantian mantap pemimpin PR?

APA maknanya? Usaha untuk memporak perandakan perpaduan masih belum pupus tapi di giatkan dengan pendekatan pendekatan yang jelas bahawa melayu ini mudah untuk di pancing dan di peralatkan. Kenapa? Untuk menjadi ketua pembangkang mestilah dari mereka yang pernah dalam UMNO. Apa maknanya? Mesti dari orang yang UMNO tidak suka kerana kelemahan dan kesalahan. Kit Siang mana mungkin boleh memacu kerana majoriti ahli parlimen kerajaan masih UMNO. PAS mana mungkin kerana ramai pembangkang adalah DAP. Kenapa tidak PKR? Kerana PKR akan pupus bila ketiadaan ANWAR. Kenapa KU LI? Kerana ia ada pengalaman mahu ganti UMNO dengan menubuhkan SEMANGAT 46. Yang pelik nya kalau di Sarawak mereka kata pemimpin tua harus undur, tapi sekarang untuk ganti anwar nampaknya pemimpin tua semakin harga tinggi.

ANWAR semacam mula mengira tempohnya jika terbuktilah dia perlu menginap di Sg Buluh. Setahunkah, duakah, empatbelaskah,atau lebih lama dari itu. Kini balik kepada siapa yang akan LEAD sewaktu PRU 13. Kalau atas jalanraya kita dah tahu siapa jembalang betinanya tapi untuk menambat undi Melayu tanpa Anwar semakin di rasai sukar. Anwar dilihat oleh DAP sebagai
KUASA PEMERSATUAN.Jika ini hilang maka DAP dan PAS mula balik perangai lama mereka. DAP akan bagi amaran dan PAS akan mula menyanyikan lagu haram halal. PAS juga bimbang yang Nik Aziz semakin uzur. Ramai yang seangkatan dengan Nik Aziz telah undur diri tapi Nik Aziz semakin bimbang untuk undur kerana dendamnya belum selesai pada UMNO. Dia sungguh sungguh mahu  UMNO di kalahkan.
UMAT ISLAM,SEMOGA RAMADHAN INI CELIK MATA DAN BUKALAH MINDA, BERSATULAH DAN ELAKKAN BERCAKARAN, BERMAAFAN KITA. TIADA HILANG SEMANGAT KEISLAMAN DAN PERSAUDARAAN JIKA ISLAM BERADA DI JIWA.


Balik cerita ANWAR. Di akhir-akhir ini sepi dan katanya brother kita sibuk di Indonesia. Anwar tahu usia nya semakin senja tapi belum senja nan merah dan sebagai manusia biasa dia semakin letih. Letih dia godam orang dan orang godam dia. Siapa penggantinya yang setaraf sehebat Guan Eng. Yang ada pun ialah Azmin. Kita tanya ramaikah yang suka Azmin? Adakah Azmin minat Putrajaya atau Shah Alam? Bolehkah dia lakukan kehebatan Anwar depan belakang? Kata Ummi Hafilda Azmin tak pandai kawal bini,jadi bagaimana nak kawal DAP dan PAS?

AMBIGA sudah rasa lebih hebat dari ANWAR. Dia sudah rasa dia mampu melakukan sesuatu tapi dia hampir lupa bahawa rakyat yang diam selama ini semakin meluat dengan gelagat melalut dengan cerita pilihanrayanya. Taktik politik kumpulan ini memang diketahui. Ambiga cuba tunjuk yang dia tahu selok belok pilihanraya lebih dari Anwar dan pura-pura mengatakan yang dia neutral dan impartial. Ini satu punya penderhakaan minda. Minda kita adalah minda benar tapi mereka ini, yang ikut mazhab ambiga adalah minda menderhaka. Ya benar,keadaan berubah,politik dalam senario baru,ya benar DAP dah ada kuasa, Ya benar PKR dan PAS pun ada negeri yang mereka berkuasa. Ambiga tak pernah soal langsung hal bagaimana mereka dapat kuasa. Dia mana ada sentuh hal Kedah, Kelantan kerana dia takut yang Pas akan maki dia atau Mat Sabu akan tarik telinga perempuan ni.

RAMADHAN datang membawa satu isyarat yang mudah dilaksanakan. Bertaubat dan bersatu atas nama agama dan bangsa. RAMADHAN tuntut kekuatan melawan nafsu yang rakus, nafsu yang jahat, nafsu orang yang kegilaan kuasa,nafsu belotkan agama sendiri, bangsa sendiri.

No comments:

Post a Comment