Sunday, August 14, 2011

PEMBANGKANG SEMAKIN HAPRAK

JAIS DAN GEREJA

Semakin semarak kemarahan muslim bila semakin jelas terpampang kegelisahan Khalid Ibrahim. Kegopohannya dan terlalu mengikut telunjuk DAP maka JAIS terpaksa melalui proses terhakis kredibilitinya. JAIS semakin dipersoalkan, JAIS semakin mahu diperbetulkan kerana dikatakan keterlaluan. Ini bukan lagi persepsi tapi ini adalah kenyataan. Kini rakyat bangkit bukan atas nama parti atau pertubuhan tapi atas nama ALLAH kerana semakin hari kelihatan semakin tercicir kekuatan yang di miliki oleh orang islam di negara ini.

Rakyat menantikan PAS bangun untuk membentuk suatu pembetulan dan peringatan. Malangnya HAMPA kerana PAS semakin tercicir kejantanan nya sehingga terperangkap dalam permainan politik angka. PAS hanya sekadar mahu mencari suatu formula untuk melepaskan diri dari kekecohan pentadbiran di Selangor yang baru,yang berusia 3 tahun. Dalam tempoh sedikit ini terpampang kita kelemahan mengurus hal yang amat penting iaitu pengurusan sensitiviti ugama.Khalid perlu mengaku bahwa dia cukup lemah dalam hal ini dan dia juga tidak berupaya untuk melangsungkan penyelesaian. Dulu Khir Toyo dikecam kerana penyapunya. Itu pun sebab pengurusan kerajaan tempatan tapi kini kita tanya rakyat Selangor apakah yang layak dianugerahkan kepada Khalid jika
JABATAN ISLAM SELANGOR GAGAL DI URUSTADBIR OLEH so called PAKATAN HARAMJADAH.

PAS BERJUANG MEMBETULKAN NEGERI CINA

Ketidaktentuan PAS semakin jelas bila depan mata hal penghakisan keislaman sedang berlaku, pemuda PAS dengan segera mahu tunjuk hero dengan menghantar memo kepada kedutaan cina kerana laporan sebuah daerah di cina yang penduduk islam nya di larang berpuasa. Bila pula agak nya PEMUDA PAS ini mahu hantar memo kepada KERAJAAN NEGERI SELANGOR kerana ketua pemudanya telah menegaskan bahawa beliau perlu kekuatan untuk membaham kerakusan puak puak dan juak juak yang sedang merancang dengan halus untuk hakis kekuatan islam sediaada.

Tidak terfikirkah MEMO untuk satu lagi negeri Cina di Pulau Pinang? Ini pun ada suatu larangan berlaku. Apa dia? Berkuatkuasa mulai April masjid tidak lagi boleh menyiarkan melalui pembesar suara pada waktu subuh bacaan quran. Yang boleh setakat ini ialah azan. Entah bila pula larangan untuk tidak boleh di siarkan azan akan di kuatkuasakan? Seronoklah Selangor kerana mereka pasti akan desak Khalid untuk ikut cara Pulau Pinang. Tidak lama lagi peraturan ini akan di keluarkan sebagai langkah awal di Selangor. Ketika itukah rakyat Selangor yang termimpi mimpi tentang UBAH akan mula bercongak samada JOM UBAH oleh DAP adalah racun untuk orang melayu yang mahukan kemuliaan agamanya di pelihara.

DAP ATAU PEMBELAAN UNTUK ANWAR

Anwar sudah mulai terkedu kerana yang mengatur langkah ialah DAP melalui Karpal Singh. Pertama, tak masuk akal bila Karpal kata Najib dan Rosmah tidak mahu jadi saksi di pihak pembelaan iaitu Anwar. Apakah Najib yang minta Anwar lantik Saiful sebagai budak kopi, adakah Rosmah yang minta Anwar bawa Saiful ke Hong Kong? Apakah jadahnya yang Anwar lihat Najib dan Rosmah sebagai saksinya dalam pembelaan dirinya. Ceritanya ialah berlaku penetrasi di bahagian dubur saiful dan ianya di putuskan hasil dari Anwar melalui DNA. Buktikan yang itu bukan dari Anwar dan lainnya serah pada hakim. Kenapa nak dibawanya ramai dari kalangan yang tak terlibat tentang hal penetrasi ke meja rundingan.

Sebagai rakyat yang sayangkan PM kita, amat tidak sopan jika Karpal yang ada otak cuba berkias dengan PM kita. Akibat kita celaru maka inilah petunjuk-petunjuk yang buatkan kita rasa PM kita mahu diletakkan di tempat yang susah dan memberi tamparan bahawa DAP berjaya heret UMNO ke makhamah. Bukan kerana jenayah, bukan kerana rasuah, bukan kerana kejam tapi kerana seorang manusia yang rakus nafsu. Karpal akan mulai mainkan isu ini untuk lihat bahawa dia membela Anwar dan akhirnya DAP sebenarnya yang tentukan segala rentak. Inilah skrip politik DAP yang bagitu payah difahami oleh Melayu zamankini kerana terlalu di himpit oleh berita auta angkara Malaysiakini.

Yang lebih menarik ialah ramai juga yang menawar diri untuk jadi saksi. Mereka semua dakwa bahawa mereka kenal Anwar lebih dari yang lain. Zulkifli Nordin seorang yang ada agama, asalnya PAS, peguam Anwar, adalah calon saksi yang cukup baik, Ezam pun apa kurangnya, YB Gobalkrisna pun kata dia kenal Anwar segala galanya kecuali bahagian belakang. Kenapa Karpal hinggap pada yang lain dan tidak kenapa orang yang benar benar mahu jadi saksi? Kalau dulu perlukan 4 saksi tapi kini lebih dari 4 bersedia untuk jadi saksi.

Kini Anwar di minta
shut up oleh Karpal. Anwar akur. Tak lama lagi seluruh rakyat Malaysia akan tengok bagaimana Anwar akan mulai bersumpah di dalam kandang mahkamah. Jika Anwar yang selalu ini mengelak tapi kali ini dia di harap cakap benar dan jangan kelentong lagi.

No comments:

Post a Comment