Sunday, September 11, 2011

DARI PENYAPU KEPADA KERAS KEPALA

SEJARAH   
Jatuhnya kerajaan negeri Selangor pada 2008 ke tangan pembangkang adalah satu sejarah. Waktu itu pemimpin terakhirnya ialah Khir Toyo. Dia juga terkenal dengan raut muka yang tampan kerana ramuan tempe. Dia juga dikatakan sebahagian punca kekalahan kerana menganugerahkan penyapu kepada pentadbir kerajaan tempatan. Ramai juga yang setuju bahawa ini adalah puncanya. Rata-rata di sebut bahawa pentadbir ini ibarat sarang tebuan. Jika di jolok maka buruk padahnya. Tambahan lagi di Selangor pegawai-pegawainya ada yang terdiri dari pegawai Negeri dan pegawai Persekutuan. Pegawai negeri ramai yang bertugas di peringkat kerajaan tempatan dan daerah. Mereka sudah lama berkhidmat dan suka berkhidmat di negeri asal mereka, tapi bila mendapat satu pencemaran,dikatakan mereka mula terasa sensitif dan menghayunkan jari jemari untuk memprotes. Ada yang mendakwa mereka menyokong pembangkang ketika itu. Mereka mahukan perubahan. Makanya, perubahan pun berlakulah.

PERUBAHAN
Realiti atau Fantasi??
Selepas 2008 mereka lega. Harapan mereka tercapai agaknya. PR jadi pemerintah dan Khir Toyo dalam perbicaraan. Pentadbir gamaknya mulai segar kerana buat kali pertama mereka berurusan dengan muka dan fikiran baru. Setelah 3 tahun 8 bulan, mereka tentunya layak membuat penilaian. Beberapa peristiwa berlaku, antara yang menarik perhatian ialah kes curi pasir, Teoh Beng Hock, perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil rakyat wanita bukan islam ke mimbar masjid, kes azan, yang terakhir yang melibatkan JAIS ialah cerita tindakan mereka di sebuah gereja. Sehingga sekarang, laporan tentang hal gereja pun masih sukar di buat sehingga perlukan masa tambahan 1 bulan lagi. Yang terkini ialah kenyataan seorang EXCO yang membidas pentadbir.ianya seperti berikut:


DR Xavier Jayakumar ganti Khir Toyo
Malaysia kini memetik "Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat menghadapi masalah dengan "kakitangan awam negeri yang keras kepala” berbulan-bulan lamanya setelah mengambil pemerintahan negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 lalu. Kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat yang bocor mendedahkan bahawa anggota EXCO kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar berkata kerajaan negeri menghadapi kesukaran ketika berurusan dengan kakitangan awam yang degil itu."

MUSLIHAT

Nah! Dari cerita penyapu, pentadbir kini di sebat dengan kenyataan bahawa mereka adalah KERAS KEPALA. Soalnya ialah apakah percaturan pentadbir itu tepat. Mengharap pagar, pagar yang makan padi. Meletakkan pentadbir negeri dan persekutuan kepada satu tahap KERAS KEPALA bukan satu remarks yang sihat jika perlu satu keharmonian antara pentadbir dan ahli politik. Pentadbir ada kuasanya untuk lakukan tindakan. Campurtangan politik berlaku tapi jika sampai ke tahap pendominasian maka sistem mulai rekah dan akan merundum akhirnya. Inilah kehebatan faktor pengalaman dan penyesuaian. Untuk PR ujudkan satu keharmonian mereka akan lakukan perkara berikut;
  1. Lakukan banyak kesalahan dan khilaf.
  2. Mohon untuk perintah lebih lama



AKAUNTABILITI POLITIK

Walaupun masih belum ada kajian  tentang prestasi Khalid atau negeri negeri di bawah pembangkang diumumkan, namun jelas bahawa negeri Selangor semakin kucar kacir. Pentadbiran adalah tunjang utama dan jika tunjang ini tidak mesra dengan tunjang politik maka tentunya yang menderita ialah rakyat dan status MAJU tidak lama akan bertahan. Jika merudumnya Selangor apakah ahli politik waktu itu bebas dari akauntabiliti. Adakah memerintah dan kuasa politik untuk tujuan yang di anggap trial n error?

Sementara tidak ada usaha memulihkan semangat pentadbir, kerajaan masa ini dilihat semakin
BERANG dengan pentadbir. Mereka hanya tahu menuding jari tapi tidak BIJAK DAN BERHEMAH. Kerajaan negeri kini mencari scapegoat dan masih mahu mengelak dari membuat pengakuan bahawa permuafakatan di kalangan ahli politik dari pelbagai parti apabila digandingkan dengan pentadbir akan wujudkan masalah. Justeru jika di tinjau pada awal merdeka, kombinasi BN tidak ada masalah kerana ketika itu semua yang bertugas menuju satu matlamat, tapi kini dibimbangi bahawa kerajaan Selangor mempunyai matlamat halus yang hanya Khalid tahu jawapannya kerana dia bersama dengan DAP dan begitu bimbang dengan PAS. Tanya saja Dr Hasan dia lebih mengetahui perasaan pentadbir kerana sebelum beliau terjebak dalam politik masakini beliau adalah seorang pentadbir yang di hormati.

No comments:

Post a Comment