Setelah agak lama DSAI kusut dengan kes makhamahnya, kes JAIS di bawah teraju PKR, kes sandiwara sakit tengkok selepas bersih, sesekali nak tergelak juga bila Malaysiakini tunjuk gambar DSAI senyum. Senyuman ini memang menawan sehingga sesiapa yang rapat atau di rapati dengan nya akan tergoda dengan seloka dan pujukannya. Justeru kepada yang belum serik atau mahu mencuba nasib, mereka memang bebas buat pilihan untuk rapat dengan Anwar. Setakat ini lebih 35 orang yg rapat dengannya resah. Kepada yang terlepas dari cengkamannya di ucapkan syabas tapi mereka yang sempat dia cekup kita doakan mereka selamat. Jika tidak mereka juga adalah orang seterusnya mahu keadilan di makhamah seperti Saiful.
KAJIAN MERDEKA CENTRE
Kajian Merdeka Center yang diumumkan di ambang kemerdekaan dan pada hari yang mulia sempena ketibaan syawal adalah langkah bijak untuk memperlekehkan Najib. Orang pertama yang sangat gembira ialah DSAI. Apa kisahnya?
"Kemerosotan tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang jatuh enam mata kepada 59 peratus adalah petanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim" rujukan MALAYSIAKINI.
SOALAN 1:Kenapa Anwar SENYUM
JAWAPAN: Orang yang paling DSAI resah ialah NAJIB. Bukan kerana Najib tak pernah sebilik dengannya tapi Najib adalah orang utama yang tahu perencanaan dan pemikiran DSAI. Sebab itu najib "cool" walau pun di sebat dengan tuduhan yang tak masuk akal. DSAI memang memerlukan kenyataan sebegini untuk dia mendapat oksijen kerana sekian lama dia asyik kena karbon dioksidan. Namun pada masa yang sama dalam senyuman itu DSAI tahu bahwa kenyataan kajian itu akan buatkan ramai pekerja parti mula relax dan BN pula akan pulun untuk tingkatkan usaha. Mengenali orang Malaysia, bila di puji sedikit, mereka akan mula terlelap dan bila mereka mula mengantuk ketika itu lawan nya ambil kesempatan. Kejadian 2008,ialah kealpaan BN bukan kekuatan PR.
SOALAN 2:kenapa Anwar mula memecah kesunyian
JAWAPAN: Dekat sangat dengan hari kemerdekaan, Timbalan Presiden PAS, MAT SABU buat lawak bodoh. Dia kata dia tak ingat dan tidak menyatakan bahawa Tunku dan Dato’ Onn bukan pejuang kemerdekaan. Kenyataan ini di buat di Penang. Ini adalah sisipan laporan yang buatkan MAT SABU lupa lupa ingat:
"Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. Selain itu, Utusan melaporkan, Timbalan Presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British."
Mat Sabu cuba mahu menjadi DAP yang memang mahu menafikan bahawa UMNO adalah pejuang kemerdekaan. MAT SABU bukan sejarawan seperti tokoh lain, dia hanya mahu mencuba populariti murahan. Bayangkan bila dia bersama Guan Eng dia bayangkan Melayu sebenarnya tidak boleh bermegah, Melayu yang selama ini bangga dengan pencapaian kemerdekaan cuba di putar oleh manusia ini, supaya mereka yang buta sejarah setuju kepada apa yang mahu diketengahkan. MAT SABU dan DSAI sudah serasi dengan SKRIP DAP. Dua manusia petualang ini bakal di catat dalam ingatan rakyat betapa murah perjuangan mereka. POLITIK PASAR MALAM ini bakal mengundang tentangan melayu khususnya.
Langkah Mat Sabu mengundang kemarahan rakyat yang sangat terlibat dalam pencapaian kemerdekaan. DSAI mesti selamatkan keadaan ini.Justeru, Anwar ambil kesempatan laporan merdeka centre untuk pulihkan senario dan alihkan pandangan.
SOALAN 3: Kenapa Anwar Menaruh Harapan.
JAWAPAN: Anwar tahu sejak 3 bulan yang lepas, Najib telah lakukan hal bersangkutan dengan rakyat. Produk Najib yang mengambil alih pucuk pimpinan mulai APRIL 2009 memang dapat dibuktikan. Klinik, kedai runcit, memiliki rumah, mendapat bantuan guaman, bonus, wang raya, peruntukan orang bukan Melayu, perjuangan untuk pengusaha Melayu, keupayaan mengurus potensi rusuhan, semua ini membuatkan anwar bagitu resah.
Bila saja ada peluang, Anwar mula ambil kesempatan HIGHLIGHT untuk tunjuk ini adalah peluang baik. Kini tenaga Anwar berkurangan kerana ditumpukan pada hal makhamah yang tidak lama lagi tahulah kita keputusannya. Bagi Anwar ini peluang untuk dia counter. Sebenarnya di Selangor, prestasi kerajaan sudah menurun, Anwar sedar ini, di Kedah anwar tak dapat mencelah, di Kelantan Anwar tidak ada ruang, di Penang, PKR dan DAP semakin menunjukkan ketidakpuasan hati bila DAP mulai mengintai untuk ambil syer kerusi PKR kerana DAP mahu sangat meletakkan calon melayu bertanding atas tiket DAP.
KOMEN UNTUK MERDEKA RESEARCH CENTRE.
Kandungannya dapat dirumuskan bahawa prestasi Najib semakin menurun dan sebab utamanya ialah hal bersih dan agensi pilihanraya. Soalan yang menyusul:
- Kenapa Merdeka Centre tak tanya hal bonus, hal bantuan guaman, hal klinik, hal wang raya. Bukankah ini di rasai oleh seluruh lapisan rakyat tanpa perlu berdemonstrsi di atas jalan?
- Kawasan yang majoriti di pilih di katakan tidak ada internet jadi tentunya mereka di luarbandar, bagaimana mereka tahu hal bersih ini kerana bagi orang kampung bersih ini adalah temasya orang yang di anggap perosak ketenteraman dan hanya melibatkan segelintir manusia.?
- Sampling yang tersangat kecil yang di dakwa mewakili seluruh negara tidak dapat di terima sebagai meningkatkan LEVEL OF CONFIDENCE. Kajian ini tidak mampu di pakai sebagai rumusan. Laporan ini tidak membawa banyak erti kerana ianya hanya sekadar laporan kecil dan rujukan kecil. Laporan sebenar yang di nantikan ialah apabila ada pilihanraya.
- Kita tak perlu buat kajian yang hebat dan buat pengumuman hebat sebab rakyat melayu cina india terima Najib. Mereka tahu dalam tempoh singkat najib dengan pendekatan nya membuat rakyat lega. Najib berupaya MENGEMBALIKAN KERESAHAN RAKYAT KEPADA SATU KONDISI YANG LEGA. Cara dan pendekatan nya sudah di anggap cukup baik.Mungkin nerdeka centre kena buat rujukan pada agensi lain sebagai REVIEW dan soalan nya juga harus tidak bias!Tengok saja dalam 8 pilihanraya kecil terakhir,dan pilihanraya negeri sarawak.Kalau tidak dengan populariti najib mana mungkin,majoriti baik di perolehi?
No comments:
Post a Comment