Monday, September 19, 2011

TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA

DATARAN MERDEKA

Hari ini 16 September 2011, bertempat di Dataran Merdeka, ribuan rakyat dan pembesar berkumpul menyaksikan persembahan menarik sempena sambutan Hari Malaysia dan sambutan kemerdekaan ke 54. Sudah puluhan tema sebelum ini ditetapkan, ada yang sudah kita lupakan dan ada kalanya sedikit teringat bila di cuit. Tema tahun ini ialah transformasi berjaya rakyat sejahtera. Transformasi yang sudah ditetapkan landasan dan tertibnya sedang dalam perjalanan dan di dalam proses membuahkan hasil, dari aspek kerajaan, ekonomi dan politik segalanya sudah di pahat falsafah dan teorinya. Pentadbiran awam juga suka atau tidak perlu awas bahawa jika ada cacat celanya maka rakyat tidak akan sejahtera. Sejahtera rakyat bukan saja dari aspek harga minyak, bukan dari sudut bonusnya tapi yang ulung ialah dari aspek kebahagiaan yang sederhana dan keupayaan untuk maju kehadapan. Hal keselamatan, kemudahan, pasarana, kurang kepayahan, sihat tubuh dan akal semua ini adalah jurusan dan bidang bidang yang melengkapkan ertinya sebuah makna kesejahteraan. Kerajaan adalah enjin nya dan rakyatlah yang menjadi penumpangnya manakala pimpinan tertinggi adalah pemandunya. Jadilah pemandu yang berhemah dan penumpang yang beradab.

 
ADAB RUKUNEGARA

Apakah benar kita beradab dan adab kita boleh disisip melalui kefahaman ikrar yang telah lama dilaungkan. RUKUNEGARA. Itu ciptaan kita. Itu adalah warisan kita. Itu adalah rakyat Malaysia. Minda RUKUNEGARA perlu di serlahkan dan jika minda ini semakin kemas dan segak maka hilanglah sedikit demi sedikit kebusukan dan pengkhianatan. Busuk yang menjatuhkan moral, fitnah yang menganiayakan rakan, pengkhianatan yang mencaci dan melukakan pengorbanan lampau. Kita pada saat ini tidak mahu lagi terjebak dengan perbahasan yang sempit dan saranan yang tidak produktif. Kita patut sedar politik gila dan politik pasar malam ini selalunya merenggangkan keakraban rukunegara, politik oleh orang gila pangkat dan gila kuasa ini bukan politik yang segar. Jika segalanya dikatakan salah, jika segalanya dikatakan tidak betul, jika segalanya dikatakan kroni, maka ketahuilah bahawa kesejahteraan yang kita mahu bentuk sebenarnya akan berubah kepada sifat kejahilan. Pada hari ini kita rayakan satu pembebasan, suatu yang diperlukan. Allah telah menetapkan pembebasan ini tanpa kita mengenal pembunuhan yang merugikan ribuan nyawa.Ya,kita ada pertarungan tapi itu adalah demi mempertahankan kedaulatan dan demi hak sebuah negara yang berdaulat.                           

                         
SIAPA WIRA?

Bila ziarah mendiang TBH ahli parti pembangkang muslim dengan penuh sopan, dengan penuh tertib, memberi penghormatan pada mendiang TBH. Maklumlah bukan selalu penghormatan sebegini diberi kecuali kalau benar benar perlu. Bagi pembangkang ini adalah WIRA mereka. Justeru tanpa kira hukum hakam, pemimpin muslim tunjuk bagaimana mereka mengangkat TBH ketaraf yang tinggi. Cuma soalannya apakah taraf ini semacam mati shahid? Mungkin juga bagitu, sebab dia di dakwa di bunuh secara kejam oleh pemerintah BN. Dia di katakan tidak di beri layanan baik kerana TBH adalah berketurunan cina.

Tanggapan ini telah di semai dan di semat di kalangan pengikut setia pembangkang khususnya DAP. Bagi PAS dan PKR kita belum dapat menduga, tapi tentunya sebab kedua parti ini memilih untuk berjuang bersama DAP maka mereka jua akur akan hakikat bahawa TBH di bunuh. Nah, setelah siasatan dan demi siasatan, tidak ada bukti lengkap yang merujuk bahawa kekejaman berlaku yakni TBH di bunuh. Laporan merujuk bahawa dia membunuh diri. Tapi masih ada yang was was dan mereka terlolong lolong seperti pelesit kehilangan anak masih membawa sentimen TBH di kejami. Dalam menyelami hakikat ini,cerita di sebalik penahanan TBH semakin di lupai. Soal kenapa dia di soal, kenapa TBH gubra semakin perlahan di bicarakan kerana hakikatnya DAP mahu kes penahanan bersabit dengan kes rasuah di ketepikan. Cuba tanya kerajaan PKR Selangor, mana mereka mahu berjuang menegak keadilan dalam hal rasuah yang bersabit dengan TBH?
TIDAK ADA SATU PUN YANG KITA LIHAT MEREKA TELUS DALAM HAL RASUAH.MEREKA LEBIH TERUK DARI KERAJAAN DULU NYA, YANG BEZAKAN MEREKA IALAH MEREKA LEBIH BERHATI HATI,BUAT TETAP BUAT.

Sambil kita seronok berhari raya, jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, maut akibat terkena tembakan curi di Somalia, adakah dia di sanjung pembangkang sebagai seorang wira Malaysia sebenar? “yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan”.

Najib berkata, lawatannya ke Perth disingkatkan dan akan pulang ke Kuala Lumpur bagi membolehkan beliau berada di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk ketibaan jenazah Noramfaizul dari Mogadishu, esok.

Noramfaizul, 39, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan bersama beberapa petugas media Malaysia lain yang mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia untuk membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di di Somalia.
“Beliau seorang yang berdedikasi dan individu yang tidak mementingkan diri yang bersedia untuk bertugas di kawasan persekitaran yang mencabar dan ganas seperti di Gaza dan Pakistan,” kata Najib.

“Bagaimanapun, kita telah kehilangan seorang yang sangat baik, rakyat Malaysia yang sebenar, seorang wira yang mewakili peranan kita untuk membantu di mana sahaja bantuan diperlukan,” katanya.

Ketika ini ada suara sumbang yang mengatakan bahawa ini angkara UMNO. Ada yang kata kenapa ke sana di negeri sendiri pun perlu pembelaan, ada yang kata ini bukan satu Malaysia dan ada yang kata bahawa umno perlu bertanggungjawab.Ini semua rekaan jahat,sedangkan faktanya memang jelas misi ini bukan misi umno tapi sukarewalan berbagai bangsa,ini misi kemanusiaan. Yang pedihnya sewaktu sembahyang mayat terkial kial juga kita mencari Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Hadi Awang , Husam, Nik Aziz. Jika sesiapa dapat sahkan mereka hadir kita rasa bersyukur sekali tapi kalau semua kata mereka tidak di lihat dalam saf solat maka ketahuilah umat islam bahwa wira puak puak ini adalah TBH dan bukan anak muda yg terkorban dalam misi kemanusiaan.

BAPA TRANSFORMASI

Apakah kita akan ketawa jika DSAI di pahat di makam nya kelak sebagai BAPA TRANSFORMASI, apakah AMBIGA itu IBU REFORMASI, adakah MAT SABU pejuang transformasi. Sudah tentukah LGE peneraju transformasi.Kalau bukan mereka SIAPA? Kenapa dalam keheningan sebegini rasa terlalu malu untuk mengakui bahawa kita dirahmati mendapat pemimpin yang berjiwa baik, berhemah dan berani dengan akal yang bijak melakukan transformasi. NAJIB selalu di cemuh oleh golongan yang tidak gemar dengan kerja baiknya. Tapi Najib tahu bahawa mereka ini adalah segelintir yang tahu cakap dan tak pandai bikin yang betul.

Dalam kesediaan kita menerima bahawa pengacau jalanan memang berkeliaran, kita harus mengangkat martabat minda untuk bagi ruang NAJIB lakukan sebab dia tahu bahwa bila dia dengar denyutan nadi rakyat dia akan lakukan demi kehendak rakyat. Malam sebelum perayaan yakni 15 september najib umumkan bahawa undang undang yang sekian lama digunakan perlu dimansuhkan, perlu di perkenalkan undang undang baru, perlu di batalkan dan di ubahsuai. Ini cebisan ucapannya di angkasapuri dalam siaran langsung mula jam 8.45mlm.

"Seperti yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya ketika mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secarasubstansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.

Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

Kajian semula komprehensif ini akan membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa."

Ini langkah yang di anggap tidak lewat dan bukan benda yang sukar mahu di gubal. Yang penting NAJIB ada di setiap denyutan kehendak rakyat.Baru berusia 2 tahun lebih kehadiran Najib tidak sia sia, dia di uji dengan belasan pilihanraya kecil dan pilihan raya negeri. NAJIB kekal teguh malah semakin mara kehadapan kerana rakyat semakin yakin.Rakyat semakin meluat pada sandiwara dan lawak jenaka.Justru siapa bapa transformasi?

BERTERIMAKASIHKAH KITA?

Yang mendukacitakan ialah terlalu pantas puak puak yang benci transformasi membuat teguran dan rumusan. Ada yang kata mereka kesal,ada yang kata itu hanya ucapan politik,ada yang kata mereka tidak percaya,ada yang kata mereka mahu lebih dari itu spt pepatah bagi betis nak paha.Bila reaksi begini di muatkan terutama dalam portal kita yang moden teknologi berpendapat mereka ini semakin ketandusan dan mereka semakin kelihatan pupus tamaddun. Nafsu mereka jelas terkangkang dengan pengaruh kalutan dan pichisan.Soalnya nya ialah apakah kita mahu dan apakah yang kita perlu halang atau bendung?
             

No comments:

Post a Comment