PERTAMA
Karpal singh adalah orang yang pertama di Parlimen pada akhir tahun 90an yang kata DSAI terlibat dalam perihal liwat. Susulan dari itu MAT SABU pula beri gelaran AL JUBURI pada Anwar. Tapi itu dulu. Sekarang Karpal anak beranak menjadi peguam bela pada kes liwat Anwar. Kenapa? Semuanya gara gara politik mahu menang. Begitu juga Mat Sabu, sekarang tak berani sebut lagi Aljuburi. Kenapa? Semua ini gara gara politik mahu menang. Yang di tipu ialah RAKYAT. Mereka ini memang raja segala putar dan pelawak. Apa kurangnya Anwar. Dia pun hebat. Juga raja putar. Justeru RAKYAT hari ini didendangkan dengan raja putar dan raja lawak.Harap rakyat enjoy cerita cerita yang di bawa mereka.Kenapa? Ini saja kehebatan mereka.
KEDUA
Karpal adalah orang yang mengungkap perkataan taubat. Rasanya Karpal tahu apa maksud TAUBAT. Jika dia faham, maka Anwar patut merasa malu kerana seorang bukan Islam pun pandai mengguna ungkapan tepat pada gelagat dan perilaku Anwar. Tapi Karpal pula kini dah jadi peguam bela Anwar. Kenapa? Ini gara gara mahu menang dalam politik angka. Sebab itu Anwar paling kecut dengan DAP. Jika Karpal naik angin, mungkin Anwar tidak dapat orang yang boleh berpakat dengan nya dalam kes makhamah. RAKYAT juga yang senantiasa diperdayakan. Namun Rakyat masih seronok dengan dramatisnya anwar walau pun Saiful 2 kali sumpah tapi anwar masih lagi mahu berkokok bukan di kandang saksi.
KETIGA
Karpal hari ini membuat kenyataan mendesak MAT SABU untuk tarik balik kenyataan Mat Sabu tentang komunis jadi hero dalam kes bukit kepong yang karpal anggap cukup melampau. Dia mengaku yang dia tidak lagi dapat bersama bersekongkol dengan kenyataan serius. Dia insaf bahawa walaupun ianya adalah satu internal matters tapi kenapa pula Karpal pilih media? Karpal semakin berusia dan nampaknya dia adalah orang pertama yang akan bertaubat dan tidak mahu lagi bersekongkol dengan penyangak bangsa seperti mat sabu.
Rasanya selepas ini PAS akan mula menilai bahawa bukan saja polis, tentera marah tapi DAP pun marah sebab DAP kalau boleh tidak mahu dikaitkan dengan komunis. Kekecohan ini buatkan DAP menjadi target dan sokongan Melayu yang diharapkan dari orang Melayu selama ini di terlingkup oleh MAT SABU. Atau apakah Mat Sabu mahu ceritakan bahawa berkawan dengan DAP memang berkawan dengan komunis. Sebab itu Mat ini mahu agongkan komunis di waktu kita raikan kemerdekaan dan menyambut hari raya.
Tapi apa yang penting sebagai ORANG MELAYU MAT SABU HARUS MALU APABILA DIA DI TEGUR OLEH SEORANG BUKAN MELAYU.MAT SABU PATUT MALU BILA RAKAN POLITIK NYA SUDAH NAIK BERANG DAN MINTA DIA TARIK BALIK KENYATAAN.APAKAH INI JUGA ANGKARA DAN KONSPIRASI UMNO.?
No comments:
Post a Comment