Thursday, October 14, 2010

PILIHAN RAYA KECIL DUN GALAS DAN BATU SAPI

GALAS dan BATU SAPI, antara PAS dan PKR. Mereka akan berhadapan dengan BN. PAS sama ada meletakkan calon orang asli Gua Musang atau tidak itu tak jadi hal asalkan dia warganegara cukuplah. PKR pula awal-awal dah declare yang kerusi Parlimen di sandakan ituasalnya hak PKR maka PKR akan rebut jawatan.
 

Keputusan DUN Galas semasa PRU-12.. mungkinkah ada keajaiban pada PRK ni?

Kasihan mendiang Edmund, belum lagi dikembumi PKR dah buat pengumuman yang itu adalah tempat untuk mereka lawan. Apa punya kemaruk kuasa PKR ni!!! Kalau ya pun takkan la tak boleh sabar sikit. Bagilah mendiang dikebumikan dulu. Sepatutnya jika PKR bersopan, ziarahlah mendiang dulu. Walau apa pun BN tetap menanti kehadiran panglima PKR di Batu Sapi.
 
Takziah kepada keluarga mendiang Edmund. Jasamu tetap dikenang
BN tentu akan terima tetamunya yang dah lama dia nantikan. Jika dia datang dengan berpantun maka BN jawab pantunnya tapi jika dia datang dengan cara yang dianggap kurang beradat maka orang Sandakan bersedia untuk usirnya dengan cara dan adat orang Sabah menghalau tetamu biadab. BN kali ini akan lawan habis habisan di Galas dan di Batu Sapi.

Nampaknya perang sudah bermula dan akan berterusan sampai PRU-13. Selepas PRK kita nanti saksikan Kenyalang Gempur dan lepas itu insya allah BN akan talqinkan DAP musuh yang memang DURHAKA pada raja dan agama. BN telah siap untuk bagi DAP satu pengajaran bahawa jangan hina Melayu dan jangan pengaruh Melayu untuk jadikan pemimpin mereka berkuasa.

Melayu Malaysia masih boleh berfikir, Melayu Malaysia masih berhati-hati, Melayu Malaysia tahu mereka telah lakukan kesilapan untuk memebri ruang bagi Cina DAP naik tochang. DAP yang sentiasa cabar Melayu akan bertemu dengan Melayu apabila waktunya tiba. DAP kena tahu yang kali ini Melayu akan talqinkan DAP dan akan mengkafankan PKR parti Talibarut yang tak kenal malu dan tak bawak faedah bagi orang Melayu. Tentu rakyat khasnya Melayu menanti waktu.

Lihat saja pemimpin UMNO bawah Najib yang ke sana ke sini mahu sungguh-sungguh bagi negara ini maju dan Najib akui kelemahan perlu dibaiki dan beliau jelas sedang lakukan. Tapi si DAP ni dengan budaya yang dianggap lebih JEBON dari monyet cuba menghuru hara negara ini selepas keputusan 2008. Depa ingat Melayu ni sebgitu mudah untuk menggodai macam PKR yang menggadai macam PKR yang menggadai ***tot dan PAS yang suka melePAS. kita tak sabar nantikan waktunya.

Monday, October 11, 2010

RAHIMI vs LATHEEFA (ANWAR AL-JUBURI)

Kenapa tidak ada orang yang tanya DAP apakah pendirian mereka mengenai kecohnya hal DSAI? kenapa tak ada pakar peguam dari DAP tolong leraikan kemelut RAHIMI & LATHEFFA? kasihan dibiarkan PKR termenung dan naik malu mengenai apa yang berlaku pada DSAI. Cuba baca paper mingguan hari ini. Teliti kenyataan Rahimi. dia kata dia dapat rasakan bagaimana DSAI tanganya menggeletar dan mukanya pucat.

Ini satu saat yang cukup cantik.... Sebab DSAI dalam ceramahnya selalu kata dia ditumbuk dia dilondeh tapi hal dia pucat dan menggeletar dia lupa nak cerita sehingga Rahimi bagitau. Rahimi juga kata yang Latheffa bertubi-tubi buat sesuatu yang bercanggah dengan soal aqodah dan mahu langgar dasar KEBENARAN.


Waktu ni mana paginya penasihat agama dari PAS dan mana pula kumpulan peguam DAP? Mungkin bila mereka dah tahu kebenaran mereka mula berundur perlahan -lahan. Kita cabar DAP dan kita cabar PAS kalau betul merka pejuang dan kalau betul mereka berpegang pada kebenaran maka bangkitlah dan bantulah DSAI yang sedang menyepi entah bersembunyi di EMBASSY mana kita pun tak tahu.

Pendedahan-pendedahan semia dibuat oleh orang-orang yang dekat sekali dengan Anwar. Pertama kita lihat bagaimana PKR SDN BHD mahu dibentuk dengan melibatkan keluarganya Azmin sebagai kudanya. Yang dedah dan yang kena balon ialah segala yang sulit (PEMBANTU SULIT, SETIAUSAHA SULIT,  BANCUH KOPI SULIT, TUKANG JAHIT SULIT dan semya yang sulit-sulit belaka.

Tahukah kita hampir 10 tahun kita dah belajar istilah LIWAT, SODOMY, BALON, BELAKANG. Ini semua siapa yang mula buat cerita? Masa DSAI didalam di Sungai Buluh kita rakyat harap hal ini selesai. Tapi bila dia keluat ada lagi sumbangan macam PART2. Yang lebih hebat dari PART1. Kita yang semakin berusia ni rasa tersipu dan malu kerna DSAI ini semakin hari sudah mula memahat sejarah sebagai RAJA LIWAT atau LIWAT KING semacam LAWAK KING.

Kita mohonlah pakar PAS dan DAP tolong bantulah DSAI yang sedang menyepi dan sedang dilambung derita. Barulah Pakatan namanya. Buatlah ceramah dan buatlah penjelasan tentang R & L.. Rakyat pun sedang menanti bagaimana penyudah cerita. DSAI pula janganlah dok tangguh-tangguh lagi kot-kot apa lagi yang nak datang tak tahu lak.

SIRI 43: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Seminggu sebelum berakhirnya Syawal banyak perkara yang berlaku. Taeter Mahathir mendapat semabutan hebat tapi Azmin lantang menyifatkan Mahathir pemimpin yang tersungkur di Australia. SPR dah umum hal DUN GALAS lintang pukang PAS bantah. Itu tak kena ini tak betul.. Ini gara-gara sebab mereka GUBRA nak balon KU LI yang depa sangka geng depa.
Rahimi pula yang baru nak buat 'press conference' di serang oleh geng yang mendakwa sokong DSAI. Kecoh betul. Zaid pula buat percaturan bersyarat. Bukan apa dia pun tahu yang dia akan kalah kalau lawan Azmin yang cukup dengan soldadu yang disogok dengan berbagai kemudahan. 

Bacalah kenyataan REFORMIS yang kata bagaimana AZMIN layan habis penyangak yang lapar. Zaid sekarang mesti lawan DSAI sebab DSAI bukannya ada apa pun kecuali hebat bersyarah hebat akap dan hebat TEMBERANG. Kita tengok keduahan drama Parti Kian Rebah (PKR). Di Penang pula rakyatnya yang miskin, lebih umur dari 60 tahun tampil kedepan untuk pulangkan semula wang judi yang disogok oleh LGE konon atas nama kebajikan.


Nampaknya orang Penang khususnya Melayu yang dah berumur ada maruah diri dan ada taring tapi yang mudanya ke mana mereka? Kalau zaman zaman dulunya yang muda ni kalau tahulah merka macam mana orang tua di autakan mereka terus tampar saje sapa yang buat aniaya pada yang tak berdosa. Di Penang juga ada krisis air. Maka LGE buat diam bila ada yang kata hentikan saja kebajikan airnya untuk atasi masalah air.

Sekarang mereka baru tahu payah senang untuk urus negeri dan negara. Sudah 2 tahun apa yang kita nampak kemajuan di Selangor dan Penang? Tak ada yang significant langsung. Hal masyarakat tak dapat pembelaan. Janji bantuan penduduk Kampung Assam hanya tinggal janji. Projek perumahan rakyat tak tahu ke mana perancangannya. Yang kita hebat dengar ialah propaganda DAP dalam akgtiviti sosialnya.

Begitu juga si Khalid Gagap dia pun macam dah sasau kerana di tarik telinga oleh Azmin yang sedang kembang segala bulu yang dia ada. Pegawai di Selangor yang dulunya hebat sekarang relaks sekali menyaksikan drama abad ini yang cukup hebat. Mcam mana Selangor nak maju? Kalau beginilah kelakuan Pengurus dan Pemimpin Selangor maka tidak hairan Selangor akan jadi negeri yang penuh dengan kekalutan.

Mungkin CAT Penang pun tak tahu apa lagi nak ditulisnya selain dari cerita majlis tarik tali dan minta sekor timbalan menterinya si Melayu untuk hadir dan rasmi ke sana ke sini. DAP sebenarnya sedang atur strategi untuk pengundi Melayu macam yang dibuat di Singapura. Lepas agih dia sepak mereka keluar dari Penang.

Kita tanya PKR dan PAS Penang buat apa? Mereka diam bila tengok Melayu yang Pak Lebai bagi duit balik dengan LGE. Apakah ini namanya parti yang membela rakyat atau parti yang diminta untuk Luluk Tiamtiam. Dah lama kita bermati-matian mengingatkan bagaimana Melayu akan dihancurkan kerana menghancurkan Melayu lebih mudah dari bangsa lain.

Bukan apa kerana bangsa ini sekarang sudah hilang identiti akibat hal rakus kuasa, gila kuasa, gila segalanya. Dulu mana ada anak muda kurang sopan dengan pemimpin yang berjasa tapi bila tok guru PKR dan PAS bergabung maka wujud bukan saja kurang adab tapi tak malu perbuatan mereka pada yang buka Melayu. Si DAP pula ambik kesempatan cepat-cepat untuk pulun habis-habisan waktu PAS dan PKR tengah kalut. Maka siapa yang untung akhirnya?

Sunday, October 10, 2010

PKR NAIK SENGAL - SAMSENG TETAP DISANJUNG

Malu!!!Malu!!!Malu ada 3 sebab:-
1.       Pemilihan PKR. Baru kita tahu kepincangan parti ini. Dalam bahasa Inggeris ia ROWDY. Kecoh dalam pebagai cara. Ada kerusi terbang. Ada ahli parti masuk hospital. Ada sidang yang kena tangguh. Ada yang mengaku kurang cekap kendali undian. Yang menarik ialah rakyat mula di beritahu yang PKR adalah parti yang lintang pukang dalam pengurusannya. Kali ini yang tukang ceritanya bukan PAS, bukan DAP rapi PKR sendiri. Jadi kita bolehlah bayangkan yang sahabat PAS dan DAP ini ialah parti yang memang suka kepada budaya samseng dan gengster. Tak tahulah siapa punya tamadun yang PKR pinjam untuk tipu rakyat Malaysia.

2.       GEMPAQ!!!!! Hari rabu 6 Oktober seorang lagi buat laporan polis hal apa kita kurang pasti tapi tentunya hal bersabit dengan liwat, Tak abih hal liwat. Tiba-tiba waktu yang berkenaan nak buat press conference kacau ganggu telah berlaku dan sebuah kereta terbakar. Nampaknya negara ini semakin di ancam wabak gengster dan liwat. Rakyat dan naik muak untuk ikuti hal seorang yang memang kemaruk kuasa dan mewujudkan banyak kesangsian. Kalau zaman dulu, orang begini di pancung saja. Ia bukan membantu tapi jadi anasir yang merosakkan minda. Memang kita rasa yang cerita liwat ini apek sayur pun mula naik muntah, sebab dia juga kata Melayu yang minat liwat ni patutnya jauhkan diri dari barisan depan.


3.       Kita kalau kata kaum India pemalas maka kita akan dikutuk habis habisan. Tapi di Perak orang India DAP kata orang India yang diabaikan adalah PEMALAS. Kesian mereka. Mereka menuntut keadilan dan penjelasan bukannya hukuman yang melecehkan martabat India. Kasihan orang India yang mula bangun terpaksa terasa dihina oleh bangsanya sendiri. Tapi kali ini bukan parti yang telah tahu asam garam. Kali ini yang vokalnya ialah DAP. Tergamak pemimpin DAP kata kat orang India yang depa ni pemalas. Ringkasnya kalau ada sahabat yang tanya apa hal degan Malaysia dewasa ini? Taklah menjadi huru hara kalau kita jawab negara ini dalam usaha dicerobohi oleh jembalang dari parti lawan. Nampaknya kalaulah dibiarkan tanpa sebarang langkah yang drastik mungkin masyarakat kita akan balik ke zaman yang dihina oleh orang luar. Ada kawan jawapan yang terbaik TALQIN saja PAKATAN GILE ni.

Sunday, September 26, 2010

SIRI 42: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

PELBAGAI KAUM - Malaysia sentiasa dicemburui akan kemakmuran dan perpaduan yang dinikmati lebih 53 tahun selepas MERDEKA. SAYA ANAK MALAYSIA!!!!

Seorang kawan bertanya, adakah orang Malaysia cintakan negaranya? Jawab kita 'YA'. Cinta membawa maksud apa? Maksudnya cintakan kedamaian, keharmonian, kemajuan dan keselamatan. Adakah negara ini mampu mengekalkannya? Kalau tidak dengan pemerintah yang betul maka mungkin negara ini yang pertama di Asia akan huru hara.

Maksud betulnya bagaiamana? Pemerintah dari parti yang punya trackrecord, parti yang ada toleransi. Inilah yang buat Malaysia dihormati selama 53 tahun. Ada ancaman? Ya seperti mana-mana negara ancaman ini terus ada terpulang kepada cara bagaimana kita handlenya. Itu sebab perlu pengalaman. Contohnya di Jakarta macam-macam nak dibuat oleh rakyatnya kepada perwakilan kita.

Trafalgar Square London - Kawasan yang sentiasa menjadi tumpuan rakyat di merata dunia.

Di London waktu yang sama di Trafalgar Square London, 20 ribu manusia mengunjungi Karnival Malaysia. Gilang gemilang sekali.Cuba fikirkan negara ini memang dicemburui. Namun yang sedih rakyat kita jugalah yang jadi talibarut di Indonesia dan mereka juga tidak sunyi untuk temberang kepada dunia. Mereka tumpu di London. Mereka bagi ceramah, kutip derma, dan macam-macam lagi untuk memburukkan imej negara kita.

Terutamanya yang miang di luar negara ialah DSAI dan konco-konconya. Di London DSAI nampak sering sekali datang. Banyak pulak duit dia atau ada orang yang sponsor dia. DSAI apa dia mau peduli, janji dia dikenali, janji dia dapat cerita buruk tentang negara sendiri. tak lama lagi DSAI dan TIAN C akan datang ke London untuk memberi talk hal buruk BN dan pemimpinnya. Orang di London pun dah meluat dengan ceramah DSAI yang liriknya sama aje.

Orang dah sedar mereka buang masa dengar ceramah yang puny6a agenda peribadi.. Yang Untung Siapa??!!!! Bukannya DSAI tapi DAP yang akhirnta akan singkirkan DSAI bersama konco-konconya. Waktu itu tak tahu kita nak kondem siapa? Mungkin untuk DSAI riwayatnya akan dideklamasikan oleh DAP. Dah tentu PAS akan meluat dengan DSAI sebab dalam apa keadaan pun DSAI selesa dengan DAP.

SIRI 41: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

PERTAHANKAN JALUR GEMILANG KITA!!!!
Bendera kita. Jalur gemilang kita. Belum pun habis kehangatan kita meraikan kemerdekaan. Masih dilihat bendera kita berkibar lagi menandakan bagaimana identiti negara kita punya kedaulatan. Ada bendera besar dan ada bendera kecil, begitu ada ramai yang gembira kibar bendera.

Tapi disebalik hal bendera, kita lihat kurang ajarnya BENDERA di Jakarta. Mereka bertindak liar. Bendera mahu USIR duta KITA. Mereka mahu GANYANG Malaysia. Baguslah gitu. Negara ini depan belakang mahu ditaruhnya. Yang dalam negeri balun habis habisan pemerintah yang mahu kedamaian yang di luar negara mulakan provokasi demi provokasi. Ini angkara siapa?

Strategi siapa? Hah!!!! Kita tahu pelupornya tidak lain dari mahaguru REFORMASI. Jahanamkan kita kalau kita diam. Baru seorang amah di dera 500 di Jakarta bangun dan bertindak liar. Kita bila 4 Melayu di bunuh, di bunuh, di bunuh Melayu masih bersopan dan sabar memegang paksa petua dan ajaran agama. Kesabaran kita diuji. Baru seorang Cina mampuih. Seluruh negara dicahayakan dengan lilin.

Mereka berkabung tanda protes kezaliman. NAH!!!! Sekarang nilai sendiri erti kezaliman. Mana pakar pejuang kemanusiaan. Ayuh maju ke depan dan jawab di mana saja apakah perbuatan BENDERA itu suatu yang perlu dihormati? Mana Hindraf? Mana dia gerakan jalanan yang dulunya hero yang mahu tumbangkan negara? Kenapa perlu kita hormati rakyat kalau mereka tidak hormati kita? 

Jawabnya kita ada budaya kita ada RUKUNEGARA yang kita amalkan. PANCASILA mereka sudah rosak, robek dan tidak segar. Cuma akhir-akhir ini banyak sungguh biawak dan lintah yang berkeliaran mahu jahanamkan negara ini. Kita yang akan tentukan langkah. Kalau kita rasa perlu kita bertindak kita sediakan payong sebelum hujan. Ayuh kita maju ke barisan depan untuk nyatakan kepada sesiapa saja sama ada BENDERA, atau parti BARUA AMERIKA bahawa kita akan menentang mereka dalam apa jua cara yang perlu. Kita jangan harapkan PKR dan DAP untuk skong kerana kita rasa mereka ini parti yang memang gemarkan huru hara minda.

Berpaut pada mereka yang memimpin kita. Banyak keuntungan jika kita taruhkan masa depa kita pada parti yang dihormati oleh dalam dan luar negeri. Memang kita kalau guna Pakatan Rakyat untuk pertahankan negara kita akan dilenyek macam lempeng tapi kegerunannya akan ada bila BN yang diterajui oleh UMNO dengan barisan NGO yang cintakan Melayu merapatkan saf-safnya kita boleh dilindungi dari huru hara. Kita masih boleh k surau dengan aman, kita boleh hantar anak ke sekolah tanpa takut, kita boleh santai tanpa was-was.... AMIN....

Friday, September 24, 2010

SIRI 40: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Pasti PAS menerima LAYANAN BARU daripada DAP!!!!
Kenapa DAP nak sangat bersama PAS? Adakah kerana banyak persamaan atau banyak perbedaan dalam perjuangan parti? DAP ni kalau kita ungkap latarbelakangnya memang kita tahu akar umbinya. Mereka memang memperjuangkan nasib satu bangsa yang dianggap mereka telah ditindas atau perlukan pembelaan.

Mereka hanya mahukan suatu jaminan untuk tidak diapa-apakan kerana mereka tahu kalau tak kena gaya mereka akan diusir atau dihentam. Yang PAS pula adalah ranting perjuangan Melayu. Mereka pada awal penubuhan menentang tidak mahu bergabung dengan mana-mana parti yang bukan Melayu. Mereka tak setuju dengan UMNO atas sebab mereka tahu yang UMNO mempunyai kecenderongan untuk memahami semangat kemajmukkan di Tanah Melayu ketika itu.

Perjuangan??? Atau SURVIVAL POLITIK semata2... kebajikan rakyat tetap diABAIkan

Seharusnya kita faham yang asal usul PAS dan UMNO adalah parti yang berjuang untuk Melayu. Yang PKR ni pun, selaku parti serpihan, majoritinya datang dari ahli UMNO juga. Yang ada sikit sikit muka bukan Melayu tu adalah dari parti Sosialis yang tidak sehebat DAP. Kesimpulannya UMNO adalah ibu kepada beberapa parti yang ada hari ini kecuali parti sosialis  dan DAP.

Malangnya PAS hari ini tidak iktiraf UMNO sebagai ibunya. PAS lebih rela memilih DAP untuk berjuang menegakkan Islam. Ini yang agak pelik. DAP yang dari awal lagi menentang idea negara Islam sesekali naik bingung apabila ahlinya mahu Islamkan. Sebelum itu berlaku merka hantar ahli mereka untuk LIBERALKAN islam yang tebal semangatnya. Mereka masuk masjid, naik taraf nama kafir kepada khalifah, baca doa.

Yang PKR ni dapat sogokan dari CIA, melalui pertubuhan antarabangsa mereka dikehendaki menaikkan imej Amerika. PKR mahu negara yang majoritinya Islam tidak kutuk Amerika. Ini termasuk Malaysia. Itulah peranan DSAI yang ramai faham yang dia ni talibarut Amerika. Amerika mahu DSAI buat gerakan LIBERALKAN Islam dengan cara begini orang Islam tidak benci Amerika dan menyokong apa jua yang dilakukan oleh Amerika ke atas negara-negara Islam.

Cuba kita lihat apabila ada saja pergolakkan hal yang bersabit dengan orang Islam, PAS semacam reluctant untuk memulakan gerakan. PAS dah tak macam dulu lagi. Tapi kalau ada yang kaitan dengan UMNO lintang pukang mereka di barisan hadapan. Banyaklah contoh yang boleh diberi. DAP tahu PAS akan melakukan sesuatu bila mereka dapat kejayaan. DAP selalu sangat ada kabinet bayangan. DAP akan lakukan dengan membeli pemimpin PAS. Sekarang ni pun dah diajar macam mana mau bikin wang.

PAS pun secara terbuka sekarang cuba dalam lemah gemalanya kaut sikit sikit. Ni semua kerna DAP yang jadi tauke. Dulu PAS bukan camtu. Sekarang PAS kata apa peduli itu hal. Dia memang setuju habis untuk lingkupkan BN dan sapu bersih harta rakyat. Kalaulah PAS buat gitu kita ucap syabas tapi bayangkan jika PAS ketika itu disepak oleh DAP. Adakah orang Melayu yang sokong PAS akan ucap TAHNIAH pada DAP!!!!??????