Friday, September 24, 2010

SIRI 40: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Pasti PAS menerima LAYANAN BARU daripada DAP!!!!
Kenapa DAP nak sangat bersama PAS? Adakah kerana banyak persamaan atau banyak perbedaan dalam perjuangan parti? DAP ni kalau kita ungkap latarbelakangnya memang kita tahu akar umbinya. Mereka memang memperjuangkan nasib satu bangsa yang dianggap mereka telah ditindas atau perlukan pembelaan.

Mereka hanya mahukan suatu jaminan untuk tidak diapa-apakan kerana mereka tahu kalau tak kena gaya mereka akan diusir atau dihentam. Yang PAS pula adalah ranting perjuangan Melayu. Mereka pada awal penubuhan menentang tidak mahu bergabung dengan mana-mana parti yang bukan Melayu. Mereka tak setuju dengan UMNO atas sebab mereka tahu yang UMNO mempunyai kecenderongan untuk memahami semangat kemajmukkan di Tanah Melayu ketika itu.

Perjuangan??? Atau SURVIVAL POLITIK semata2... kebajikan rakyat tetap diABAIkan

Seharusnya kita faham yang asal usul PAS dan UMNO adalah parti yang berjuang untuk Melayu. Yang PKR ni pun, selaku parti serpihan, majoritinya datang dari ahli UMNO juga. Yang ada sikit sikit muka bukan Melayu tu adalah dari parti Sosialis yang tidak sehebat DAP. Kesimpulannya UMNO adalah ibu kepada beberapa parti yang ada hari ini kecuali parti sosialis  dan DAP.

Malangnya PAS hari ini tidak iktiraf UMNO sebagai ibunya. PAS lebih rela memilih DAP untuk berjuang menegakkan Islam. Ini yang agak pelik. DAP yang dari awal lagi menentang idea negara Islam sesekali naik bingung apabila ahlinya mahu Islamkan. Sebelum itu berlaku merka hantar ahli mereka untuk LIBERALKAN islam yang tebal semangatnya. Mereka masuk masjid, naik taraf nama kafir kepada khalifah, baca doa.

Yang PKR ni dapat sogokan dari CIA, melalui pertubuhan antarabangsa mereka dikehendaki menaikkan imej Amerika. PKR mahu negara yang majoritinya Islam tidak kutuk Amerika. Ini termasuk Malaysia. Itulah peranan DSAI yang ramai faham yang dia ni talibarut Amerika. Amerika mahu DSAI buat gerakan LIBERALKAN Islam dengan cara begini orang Islam tidak benci Amerika dan menyokong apa jua yang dilakukan oleh Amerika ke atas negara-negara Islam.

Cuba kita lihat apabila ada saja pergolakkan hal yang bersabit dengan orang Islam, PAS semacam reluctant untuk memulakan gerakan. PAS dah tak macam dulu lagi. Tapi kalau ada yang kaitan dengan UMNO lintang pukang mereka di barisan hadapan. Banyaklah contoh yang boleh diberi. DAP tahu PAS akan melakukan sesuatu bila mereka dapat kejayaan. DAP selalu sangat ada kabinet bayangan. DAP akan lakukan dengan membeli pemimpin PAS. Sekarang ni pun dah diajar macam mana mau bikin wang.

PAS pun secara terbuka sekarang cuba dalam lemah gemalanya kaut sikit sikit. Ni semua kerna DAP yang jadi tauke. Dulu PAS bukan camtu. Sekarang PAS kata apa peduli itu hal. Dia memang setuju habis untuk lingkupkan BN dan sapu bersih harta rakyat. Kalaulah PAS buat gitu kita ucap syabas tapi bayangkan jika PAS ketika itu disepak oleh DAP. Adakah orang Melayu yang sokong PAS akan ucap TAHNIAH pada DAP!!!!??????

No comments:

Post a Comment