Realiti hidup si GAGAP!!!! |
Banyakkah dosa yang di buat oleh kerajaan negeri Selangor sehingga timbul persoalan supaya kita maafkan dan di beri pengampunan untuk kerajaan negeri yang di pimpin oleh Khalid Ibrahim.
Kerajaan yang baru ini di dakwa banyak sekali melakukan kesalahan. Kesalahan yang tidak mudah di lupai. Antaranya ialah tentang perkara yang bersabit dengan hal keagamaan. Tidak cukup dengan itu, kerajaan yang baru ini di lihat tidak lancar malah lebih gagap dan suka sangat mengikut telunjuk. Rumusannya kerajaan ini tidak di lihat ada pencapaian. Bagi mereka kedudukan yang ada sebagai langkah untuk mendapat kuasa yang lebih hebat. Bagi mereka biar rakyat faham bahwa mereka bukan setakat mahu Selangor tapi negara. Apa yang rakyat derita setakat ini,apa yang rakyat resah setakat ini di anggap sementara kerana agenda mereka LEBIH POLITIK DARI PENCAPAIAN.
Kerajaan yang baru ini di dakwa banyak sekali melakukan kesalahan. Kesalahan yang tidak mudah di lupai. Antaranya ialah tentang perkara yang bersabit dengan hal keagamaan. Tidak cukup dengan itu, kerajaan yang baru ini di lihat tidak lancar malah lebih gagap dan suka sangat mengikut telunjuk. Rumusannya kerajaan ini tidak di lihat ada pencapaian. Bagi mereka kedudukan yang ada sebagai langkah untuk mendapat kuasa yang lebih hebat. Bagi mereka biar rakyat faham bahwa mereka bukan setakat mahu Selangor tapi negara. Apa yang rakyat derita setakat ini,apa yang rakyat resah setakat ini di anggap sementara kerana agenda mereka LEBIH POLITIK DARI PENCAPAIAN.
Kerajaan di bawah pimpinan Khalid Ibrahim ini semakin meleset dari pelbagai aspek. Banyak sekali urusan pentadbiran di kelamkabutkannya. Lihat saja hal penguatkuasaan. Dari maksiatnya hingga kepada urusan pentadbiran kerajaan tempatan. Yang cukup jelas ialah kedudukan MB dengan SUK yang memang dari awal di jangka sudah tidak seperti aur dengan tebing. Hal ekonominya juga di lihat merangkak dan menghampakan. Anwar yang jadi penasihat negeri maju pun gagal untuk melonjakkan selangor di paras yang lebih tinggi, malah sekarang ini pun di lihat sudah agak terkebelakang dari aspek produktiviti. Memanglah ini boleh di jangka. Ambil saja contoh bila Anwar dalam kerajaan. Dia jaga Labuan dan Mahathir jaga Langkawi. Hari ini Langkawi mendepani Labuan. Anwar mana tahu tentang usaha untuk bangunkan negara. Dia adalah pakar mengagihkan kekayaan untuk terus menjadi "the boss". Dia mahu jadi MAFIA POLITIK..Bagi dia teori untuk survival mudah, kalau NEGERI susah sangat, minta hutang. Apa yang akan jadi pada warisan negeri atau negara itu dia tidak peduli.
Rakyat pun faham bahawa dia ini pernah dalam kerajaan dan dia juga pernah buat huruhara ekonomi. Sekarang bila dia di luar kerajaan dia mula kata yang bukan bukan termasuk hal "bad governance" Ramai juga yang semakin percaya bahwa zaman Anwar dimanjakan oleh Mahathir, itulah bermulanya zaman keanggkuhan pemimpin UMNO. Itulah bermulanya politik wang. Itulah zaman berleluasanya rasuah. Tanya saja dengan mudah siapa yang tidak dapat saham percuma dari kelompok Anwar, tanya saja ketua ketua jabatan ketika itu apakah mereka selesa? Tentu jawapan mereka ya sebab mereka "menikmati" habuan-habuan pemerintah ketika itu khusus dari kementerian kewangan yang 8 tahun di terajui oleh Anwar. Tentulah saki baki yang termakan budi masih ada dan mudah untuk di kenali. Apakah waktu itu rakyat lain dipinggirkan? Tanya Anwar kenapa saham tak di beri pada PAS. DAP? Mereka juga rakyat!Sekarang bila dia berpihak di pembangkang cakap nya sudah berpusing tapi formula nya sama saja.
Khalid mengurus negeri bermula dengan suatu temberang tentang kutipan hasil tanah. Yang jelasnya hasil tidak dapat di perolehi mengikut sasaran. Yang ada hanya curi pasir. Tentang keadilan pengagihan kontrak dulu ada sindiket sekarang bawah PR pun ada sindiket, sehingga ada yang buat harikiri. Teoh Beng Hock mampus tapi didramakan terus untuk menghantui ramai orang kononnya SPRM yang nakal. Rakyat Selangor tidak langsung tanya butiran terperinci kenapa Beng Hock terjun. Kita dapat faham ada undeground movement untuk DAP. Ini yang patut rakyat tuntut tapi mungkin malu agaknya maka rakyat selangor yang dulu nya terburu buru menyokong DAP dan PKR mahu kes ini didiamkan. Kemudian kes babi. Disusuli pula dengan kes wakil rakyat wanita masuk masjid dan di tambah pula Khalid membuatkan Sultan murka kerana hal lantik SUK. Tidak perlu di sebut hal maksiat dan tempat urut mengurut. Yang mutakhir hal di gereja di mana ada unsur unsur tidak menghormati Islam di dakwa berlaku,dan dr hasan ali pejuang islam dan yang kuat mewakili PAS pun kena SHUT UP.
Tentu ada yang kata tentang kebaikan yang dilakukan. Memanglah secara lojiknya kalau dah ada kuasa tentulah boleh lakukan sesuatu antaranya ialah kebajikan dengan menghulur wang pada beberapa kumpulan kepentingan, buat beberapa skim yang menarik perhatian, dan beberapa lagi aktiviti yang di lihat hanya suatu serpihan saja.ringkasnya, pentadbiran khalid di lihat kurang menyengat, banyak qaplah dari kebanggaan. Khalid is a failure sebab negeri yang serba lengkap pun dia tidak dapat uruskan seperti yang selalu di janjikan oleh mereka.
Dalam bulan puasa yang penuh pengampunan,apakah kita perlu ampunkan kerajaan di bawah Khalid? Ramai yang berpandangan kita perlu ampunkan kerana khalid ini hanya mampu tadbir sebuah syarikat saja dan bukan negeri.Ada juga mengatakan kita ampunkan dengan cara tidak lagi memberi mereka peluang unyuk memerintah selepas PRU13.
No comments:
Post a Comment