Sunday, October 10, 2010

PKR NAIK SENGAL - SAMSENG TETAP DISANJUNG

Malu!!!Malu!!!Malu ada 3 sebab:-
1.       Pemilihan PKR. Baru kita tahu kepincangan parti ini. Dalam bahasa Inggeris ia ROWDY. Kecoh dalam pebagai cara. Ada kerusi terbang. Ada ahli parti masuk hospital. Ada sidang yang kena tangguh. Ada yang mengaku kurang cekap kendali undian. Yang menarik ialah rakyat mula di beritahu yang PKR adalah parti yang lintang pukang dalam pengurusannya. Kali ini yang tukang ceritanya bukan PAS, bukan DAP rapi PKR sendiri. Jadi kita bolehlah bayangkan yang sahabat PAS dan DAP ini ialah parti yang memang suka kepada budaya samseng dan gengster. Tak tahulah siapa punya tamadun yang PKR pinjam untuk tipu rakyat Malaysia.

2.       GEMPAQ!!!!! Hari rabu 6 Oktober seorang lagi buat laporan polis hal apa kita kurang pasti tapi tentunya hal bersabit dengan liwat, Tak abih hal liwat. Tiba-tiba waktu yang berkenaan nak buat press conference kacau ganggu telah berlaku dan sebuah kereta terbakar. Nampaknya negara ini semakin di ancam wabak gengster dan liwat. Rakyat dan naik muak untuk ikuti hal seorang yang memang kemaruk kuasa dan mewujudkan banyak kesangsian. Kalau zaman dulu, orang begini di pancung saja. Ia bukan membantu tapi jadi anasir yang merosakkan minda. Memang kita rasa yang cerita liwat ini apek sayur pun mula naik muntah, sebab dia juga kata Melayu yang minat liwat ni patutnya jauhkan diri dari barisan depan.


3.       Kita kalau kata kaum India pemalas maka kita akan dikutuk habis habisan. Tapi di Perak orang India DAP kata orang India yang diabaikan adalah PEMALAS. Kesian mereka. Mereka menuntut keadilan dan penjelasan bukannya hukuman yang melecehkan martabat India. Kasihan orang India yang mula bangun terpaksa terasa dihina oleh bangsanya sendiri. Tapi kali ini bukan parti yang telah tahu asam garam. Kali ini yang vokalnya ialah DAP. Tergamak pemimpin DAP kata kat orang India yang depa ni pemalas. Ringkasnya kalau ada sahabat yang tanya apa hal degan Malaysia dewasa ini? Taklah menjadi huru hara kalau kita jawab negara ini dalam usaha dicerobohi oleh jembalang dari parti lawan. Nampaknya kalaulah dibiarkan tanpa sebarang langkah yang drastik mungkin masyarakat kita akan balik ke zaman yang dihina oleh orang luar. Ada kawan jawapan yang terbaik TALQIN saja PAKATAN GILE ni.

1 comment:

  1. salam,

    permulaan tajuk yang menarik.. akhirnya BEBAS daripada siri2 bersambung :)

    ReplyDelete