Sunday, February 27, 2011

JINGGA:DONT RATIONALISE THE IRRATIONALITY OF IT.

JINGGA ADALAH ILUSI

JINGGA atau program keramat milik pakatan rakyat adalah rancangan tidak rasional kerana jika ada 10 fakta,8 darinya adalah politikal. Ia adalah satu ilusi malah tidak keterlaluan jika ada yang berpendapat ianya satu peniruan kepada langkah transformasi yang sedang di lakukan oleh kerajaan. Ini menjurus kepada hakikat bahawa JINGGA satu lagi cerita menarik pakatan dalam memperkosa rakyat yang kini di  anggap mereka  POLITICAL CONSUMER.
 
JINGGA MENGHURUHARAKAN NEGARA

Rakyat perlu diingatkan bahwa dalam apa jua sistem faktor kelasterian adalah penting.Ini di kukuhkan dengan faktor keunggulan.Contoh ialah mengenai pengurusan. Dalam pengurusan elemen prudent dan kelasterian amat perlu kerana ianya akan memberi lebih jangka hayat dan dapat kekal pada paras yang memuaskan.Kita ambil contoh yang lebih mudah. Jika bapa kita memberi apa jua yang di minta pada waktu awal bulan dan pada masa dia mendapat gaji maka tentu tidak akan ada lagi simpanan kerana sikap mudah MEMBERI. Jika ditakdirkan wujud sesuatu yang luar jangka maka si bapa ini perlu pinjaman dan jika pinjaman ini tidak di urus dengan baik maka timbul huruhara dalam keluarga.Jingga adalah memimpin rakyat kearah HURUHARA
 
JINGGA MENGGODA JIWA

Jingga mahu reformasi atau dalam kata lain ianya mahu sebut bahwa kerajaan kini dalam suatu penyakit kejumudan yakni tidak rela membawa perubahan.Ini sengaja di jadikan sebagai kunci utama tugas mereka kalau mereka mendapat kuasa. Mereka apa peduli dengan reformasi SPRM dan bagaimana JABATAN PEGUAM NEGARA di nobatkan rating 5 bintang dalam hal perundangan. Ignorance adalah penyakit yang telah menghinggapi pasukan pembangkang negara kita.Mereka kata mahu beri 500 rm pada guru kerana guru adalah penjaga taman didikan yang penting.Naik lawak pulak.Pernah kah kita dengar cerita siapa penting?cerita siapa penting ini di sebut untuk tubuh manusia.ada kata mulut,ada kata gigi,ada kata perut dan ada kata dubur.Jadi meletakkan guru sebagai terpenting adalah satu sogokan politik kerana dua sebab.Pertama,guru ramai akan terlibat waktu urusan pilihanraya dan mereka mahu guru tolong mereka.Kedua,mereka mahu guru ceritakan pada murid murid bahwa pembangkang baik dan murah hati.Bila anak anak balik mereka akan cerita pula pada keluarga akan pesanan guru.ITU SAJA.
 
JINGGA BUTA


Hari ini tahukah kita bahwa INDONESIA mahu meneliti bagaimana SPRM di Malaysia beroperasi sebab mereka mahu belajar.Tahukah kita bagaimana Singapura mahu meneliti sistem keselamatan di Jabatan Peguam Negara.Tahukah kita bahwa banyak negara di luar sana yang mahu belajar cara kita mengurus masyarakat majmuk,tahukah kita bahwa ramai juga wargaasing yang cemburukan kita kerana kita tidak mahu dan tidak mengizinkan pergolakan dan huruhara.MALAYSIA IS HEAVEN.Itu kata mereka yang melihat Malaysia.Yang anih orang kita pula yang nampak pelik tentang negara sendiri.Mereka mahu semuanya di rombak,termasuk perjanjian konsesi,pengambilalihan syarikat,pembatalan syarikat dan seumpanya.Mereka tidak langsung fikir bagaimana Malaysia mencatatkan pertumbuhan 7.2%.Ini mereka tidak fikir.Tidak malukah DSAI untuk berhujah dengan PM kerana waktu DSAI dulunya menjadi menteri kewangan dialah yang hampir membawa negara kita melutut meminta ihsan bank dunia?Kalau tidak kerana tindakan pintas Tun Mahathir negara hari ini tidak ada maknanya untuk berbangga kerena negara terikat dengan hutang yang
Mengizinkan kuasa besar buli negara yang penuh keberkatan ini.
JINGGA BAHAN KEMPEN POLITIK

JINGGA adalah bahan kempen.Jingga adalah idea untuk tidak melupakan otak otak pembangkang untuk terus menerus menggoda jiwa jiwa yang tidak berdosa. Di mana jua mereka pergi mereka kata mereka adalah the best dalam menawarkan solution. Jingga mendakwa negara perlu di selamatkan. Ini pun satu cerita katun. Pakej katun ini patut kita buang saja dan tidak perlu di pedulikan kerana sesiapa saja boleh kata apa tetapi apabila di beri peluang ianya tidak seperti yang pernah di sebut sebelumnya.Tengok apa jadi di Selangor,apa jadi di Kelantan,apa jadi di Kedah?
 
LIHAT SAJA DI SELANGOR,KELANTAN PENANG

Di Selangor mereka bergasak dengan setiausaha kerajaan.Sekarang ini mereka mahu sepak Dr Hasan ALI.Kasihan EXCO ini kerana dia di katakan orang yang tidak serasi dengan PKR dan DAP.Itu pun PAS masih menjilat dengan DAP.

Di Kedah, masalah air, tidak di urus dengan baik, tarif air naik rakyat Kedah menggelabah. Perbandaran lintang pulang,kebersihan lagi teruk kerana Ustaz Aziziah walau pun baik orang nya tapi bukan pengurus negeri. Bila banjir dia naik gelabah dan jadi tak tentuhala.

Di Kelantan sudah 20 tahun orang tua Nik Aziz perintah. Apa yang dia dah buat selain dari merapu itu dan ini.Apa yang hebat untuk pembangunan Kelantan???

DI PENANG lagi teruk kerana memang jahanam orang Melayu.Sikit pun dia tak peduli nasib bangsa Melayu.Sedih kalau kita perturunkan satu persatu apa yang DAP lakukan di Penang.

NAH! Sekarang mereka berpakat dengan JANJI MANIS JINGGA.Rakyat harus tolak JINGGA kerana ia adalah racun negara.

1 comment:

  1. Assalam Bro

    Biasalah yang baik selalunya disembunyikan dan yang buruk selalunya mereka puja. Itulah dia puak pembangkang, puak yang tak tahu bersyukur.

    ReplyDelete