Wednesday, February 23, 2011

PAKATAN KABINET RAKYAT

                                     

                        ADAKAH PR INI SUATU REKAAN. 

Nama Pakatan ini semakin hari semakin menonjol pemahamannya kerana parti-parti politik seperti DAP, PKR, PAS merasakan mereka boleh meraih undi dengan penciptaan atau rekaan nama PAKATAN. Memandangkan rakyat ini dikatakan POLITICAL CONSUMER maka semakin rancaklah nama rakyat ditonjolkan sehingga mereka mahu rakyat mengetahui yang rakyat itu penentu segalanya. Makanya PAKATAN RAKYAT menjadi pilihan untuk berhadapan dengan BARISAN NASIONAL.

                              KENAPA SUSAH UJUD PARTI PR.

Yang anehnya ialah secara rasmi dan mengikut perundangan tidak wujud PAKATAN RAKYAT. Logo PR pun tidak ada. Jika ini masih dalam proses perancangan struktur, jika ini masih dalam peringkat draf dan jika ini benar benar mahu diciptakan bila PRU-13 maka molek benar beberapa soalan rakyat di pertimbangkan dan elok secara berani nya di sebut supaya rakyat tahu selengkapnya bagaimana masa depan negara di bawah PR. Antara yang disebut rakyat ialah KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT.

                         HADI AWANG MENTERI KEAWANGAN??

Bakal menyandang jawatan TPM Malaysia..
Menteri Kewangan 
Ini penting supaya rakyat tidak dijadikan bahan penipuan. Rakyat mengundi untuk DSAI jadi PM. Betulkah? Rakyat undi untuk LIM KIT SIANG jadi TPM. betul kah? Rakyat mengundi untuk HADI AWANG jadi menteri kewangan. Bolehkah? Ini perlu di perjelaskan.Rakyat berhak nak tahu berapa ramai wakil DAP, PKR, PAS dalam kabinet. Tak salah kalau sebut siapa menteri pelajaran,siapa menteri pertahanan,dan siapa menteri yang kerja nya bagi duit,bagi naik gaji,bagi benda free kat rakyat. Rakyat berhak di beri ruang waktu untuk berfikir dan patut di beri pengetahuan bagaimana struktur untuk urus negara jika mahu buku jingga di laksanakan. Jika ini tidak dibayangkan rakyat mungkin akan ingat yang struktur negara akan jadi seperti sistem republik dan janji jingga sudah tidak betul.Ini memaksa rakyat berkumpul dan berarak kerana Pakatan Rakyat yang hero memberi kursus pegang sepanduk atas lebuhraya.Maka akan  huruharakah kita pada 2020.?

                             NIK AZIZ PAKAR PERLEMBAGAAN PR ??

Mari semak baik-baik HAL EHWAL PAKATAN RAKYAT. Adakah ini  adalah ilusi yang masih dalam likuan yang sukar. Sudah 3 tahun komponen ini wujud di beberapa negeri tapi kenapa tidak ada identiti? Kenapa hanya mampu sebut dalam jingga PERSETUJUAN BERSAMA dan tidak PAKATAN? Masih sukarkah untuk digharab? Masih payahkah untuk duduk bersama Nik Aziz merangka satu perlembagaan PR supaya election ini kita tidak undi parti,kita akan undi naluri rakyat ia itu PAKATAN RAKYAT.Kalau nak PAS nak tumbangkan BN agak susah, DAP nak tumbang BN pun agak payah tapi PR nak tumbangkan BN mungkin boleh.Kalau sekadar taktikal nak selamatkan Malaysia ia adalah kerja sia sia.

                     
                        ROAD TO HELL OR ROAD TO PUTRAJAYA.

Itu sebab rakyat desak ketiga tiga parti ini tubuh segera Parti Pakatan Rakyat supaya road to Putrajaya nampak jelas. Adakah rakyat setuju DAP to putrajaya? Adakah rakyat gembira PAS to putrajaya?Adakah DSAI akan di pilih jadi PM jika PKR hancur?itulah sebab nya rakyat nak tahu untuk kali pertama bentuk struktur kabinet yang mahu MENYELAMATKAN MALAYSIA oleh PAKATAN RAKYAT.Ingat,Rakyat akan marah besar bila mereka gagal menjawab.Rakyat di ajak untuk menyelamat negara bukan memporak perandakan.Nak menyelamatkan Malaysia yang damai dan sedang maju hari ini adalah satu keistimewaan,dan negara Arab kena belajar dari pakatan rakyat melalui kitab jingga..Tidak ada dalam dunia parti yang mahu menyelamatkan negara pada waktu negara sedang mencapai kemajuan yang merangsangkan.Hanya parti orang gila dan pemimpin bangang saja yang suka melakukannya.

2 comments:

  1. Hi :) Segala berita terkini mengenai PRK tersebut akan dikemaskinikan di blog Khas ini.

    Selain dari itu kami juga menyediakan pages (FB) khas juga iaitu di:

    http://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Kecil-Malaysia/198201610195352?

    dan facebook Group:

    http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169414786440203

    dan juga Twitter:

    http://twitter.com/prkmalaysia

    dan juga yang Radio Merpati yang anda boleh dengarkan di blog:

    http://prkmsia.blogspot.com.

    Sebar-sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Selamat berjuang dan terima kasih.

    p/s: jangan lupa follow twitter, facebook dan blog kami

    ReplyDelete