Thursday, February 24, 2011

TAHNIAH ZAIRIL KHIR JOHARI


LIM GUAN ENG berjabat tangan ZAIRIL yg umurnya baru 28 tahun menjadi setiausaha agong DAP.Bagi pengundi dan pengikut setia DAP tentunya berasa amat lega dengan kambing hitam ini.DAP hari ini boleh menuntut dan berasa bangga bahwa mereka sudah berubah,mereka telah menyelamatkan DAP dengan memancing anak seorang tokoh politik UMNO untuk menjadi juara DAP masa depan.Kita ucap TAHNIAH di atas kesediaan Zahril memikul tanggungjawab yang baru dan glamour ini.Semoga tugas pertama nya dapat menyingkap sejarah dan kelahiran DAP dan ceritakan pada anak muda hebat nya parti ini dan bisikkan tanpa jemu kepada veteran dan warga emas bahwa DAP telah di selamatkan oleh seorang anak muda Melayu.


DAP sudah mula permainan politik nya.Dia apa peduli sentimen orang bukan Melayu,dia dah jadi macam PAS yang menolak ideoloji kerna politik angka.Mereka berlumba lumba mahu kaut sebanyak mana yang boleh undi majoriti yakni undi orang Melayu.Mereka sedar bahwa pusingan terakhir DAP ialah PRU13.Mereka apa peduli melacur perjuangan,mereka apa peduli jawatan tinggi parti,mereka apa kisah Cina sokong sikit ka atau sokong banyak sebab mereka tahu undi Cina tak kemana kalau Melayu tetap setia dengan UMNO.Jelas perang kali ini ialah kombinasi DAP dan PAS untuk bungkuskan UMNO.Ini suatu yang menarik perhatian umum kerana DAP mahu tukar kulit.Dari kulit biawak kepada kulit buaya.Mereka mahu UMNO melatah dan mereka mengundang UMNO untuk buat spekulasi supaya apabila UMNO bising maka cerita rasis akan di timbulkan dan ini akan kekalkan undi Cina pada DAP dan undi Melayu akan mula goyah.

Barang di ingat UMNO bukan parti yang hilang kematangan.Memang benar UMNO melalui liku payah nya tapi tidak untuk tempoh yang berlarutan dan mereka pun bukan tidak bijak,malah mereka lebih dulu makan garam dalam kancah politik dan UMNo telah mengharungi dugaan dan krisis luaran dan dalaman.DAP harus pelajari bouncing theory oleh UMNO.Umno adalah lagenda dan umno adalah paksi negara dan ianya tidak semudah untuk di kaburi.Mereka tahu apakah itu achieved norms dan mereka tahu apa yang boleh di lakukan oleh anak muda dan apa yang perlu di lakukan oleh pendukung parti.Mereka dewasa ini lebih selesa dengan kepanasan DAP dan mereka bukan mudah di ajak menari tarian DAP dan mereka juga tidak perlu tiru kerana mereka pernah gagalkan usaha berterusan penjajah dan mereka mengerti bagaimana mengurus pengganas dan pengkhianat negara.

Kepada anak anak muda yang punya daya intelek tinggi.Berfikir dan renungkan sejarah dan elak dari khayalan.Kita anak muda punya naluri istimewa tapi yang penting kita adalah pewaris.Siapa pewaris yang di hormati dan di kagumi.Tanpa mengisahkan ras dan kulit kita tahu bahwa negara ini di pacu dengan penuh hemah oleh parti yang ada track record dan bukan parti yang cuba mengkaburkan mata dan minda. 

1 comment:

  1. Saya tidak tahu...tetapiair mata saya bergenang ketika membaca air tangan penulis.. Terima kasih kerana menulis sesuatu yg bisa menyentuh jiwa pecinta agana dan bangsa..

    ReplyDelete