Monday, May 2, 2011

PAS,PERKASA,PELAKU SEX (3pS)

Seminggu yang lalu 3 perkara diatas menjadi bualan orang.,sementara kita sibuk dengan perkahwinan putera di Raja England, di Malaysia orang juga sibuk cerita hal porno Anwar. Sesekali perlu juga kita TAHNIAHKAN ketiga tiga mereka kerana semua berlaku di sekitar bangsa MELAYU.

 PAS

PERTAMA: Bila dikatakan PAS untungkan DAP, ramai yang tidak setuju. Yang mereka setuju ialah PAS GANTI UMNO. Mereka tidak akan terima kenyataan DAP GANTI PAS. Sebenarnya, PAS masih belum berubah, tidak peka dengan apa yang sedang berlaku. Mereka harus buat kajian bahwa 5% undi yang dulu di beri pada PAS sudah ada tanda balik ke BN.Ini adalah di kalangan  mereka yang dulunya menentang UMNO atas sebab-sebab sentimen jangka pendek. Kenapa? Ini kerana dalam suasana reformasi, transformasi, ubah, PAS masih di takok lama. Segala yang mahu dilakukan harus ikut emosi NIK AZIZ yang puluhan tahun wirid bahwa UMNO itu bahaya. PAS sedar jika kehilangan 5% sokongan, Kedah akan balik ketangan BN dan Kelantan juga dalam keadaan cemas. PAS menjadi semakin teruk dari dulu lebih lebih lagi bila ahlinya menyedari bahwa DAP yang lebih ketawanya.

KEDUA: Tanya ahli PAS atau penyokongnya dimanakah selama ini DAP membantu PAS?Kedah? Kelantan? Sarawak? yang nyata PAS yang bantu DAP dalam membawa undi Melayu. Apakah PAS mendapat layanan baik dari DAP di Selangor? Kenapa judi semakin menjadi jadi di Pulau Pinang? Kenapa isu agama dan tempat ibadat, maksiat membuak buak di Selangor?Apakah ianya di terajui oleh PAS? atau PAS sekadar di minta berdiam diri apabila DAP menggunakan kuasanya. Mustafa Ali terkedu bila Azmin herdik. Kenapa takut sangat. Sejak 2008 bila Dr Hasan Ali tegur DAP maka Hasan Ali mahu dihadapkan untuk tindakan. PERMUAFAKATAN yang di restui ini bakal bawa padah pada PAS kerana semakin hari KEHEBATAN yang di miliki PAS sekarang berpindah kepada DAP.

KETIGA: Bila saja PM menyarankan idea untuk PAS segera tinggalkan PAKATAN yang semakin tiada moral ini, semakin garang NIK AZIZ menentang. Betul tindakan Nik ini kerana sebagai ketua PAS dia kena tunjuk garang tapi kenapa tunjuk takut dan kadangkala malu maluan dengan KIT SIANG atau KARPAL? Sejak ilmu muafakat ini diamalkan oleh PAS, semakin dirasakan bahawa PAS bakal menanti hari akhirnya. Atas dasar sayang saudara, sayang bangsa seagama , PM bagi teguran  supaya rakyat tahu bahwa talibarut DAP adalah PAS. Rakyat semakin sedar bahawa PAS juga semakin rakus, PAS sudah tidak relevan dalam menegakkan hal agama, moral, dan perjuangan bangsa. PAS banyak melindungi maksiat, banyak melindungi kerja kerja kotor dan PAS sudah mula di resapi oleh gaya dan cara politik DAP. Itu sebablah PM beritahu bahwa PAS perlu periksa kelemahan dan mintalah pemimpin yang dah lanjut usia dan asyik tidur, serta lutut yang semakin lemah untuk beri peluang pada pemimpin lapisan memulakan gerakan yang lebih cergas dan berani.

PERKASA

PERTAMA: Jika DAP berani menghimpunkan orang Cina di Kuching untuk bicara tentang nasib orang Cina maka salahkah PERKASA yang bukan pun parti politik menghimpunkan Melayu untuk bercakap hal orang Melayu? Apa hal dengan bangsa lain kalau Melayu mahu cerita tentang kelemahan dan kekuatan mereka. Pernahkah bila dalam perkumpulan PERKASA kita guna untuk maki hamun bangsa lain? PERKASA bercakap hal nasib Melayu di tanah mereka sendiri, keistimewaan mereka, tuntutan warisan mereka, raja-raja mereka dan perlembagaan yang mereka sanjung. Sejak bila ini dikatakan perkauman? Memang sah Melayu bodoh, kalau hal yang fundemental ini pun tidak di fahami oleh orang Melayu sebelum kita minta bangsa lain memahaminya.

KEDUA: Bila saja ada 1 Melayu, ramai yang maki Najib.Ramai yang jadikan ini sebagai senjata ceramah untuk hentam BN. Barang di ketahui PERKASA bukan UMNO atau PBB, ianya hanya cakap hal Melayu. ITU SAJA. Kalau ini mahu di sekat kita tanya siapa yang berani keluar untuk bertanggungjawab menyekat MELAYU BERCAKAP HAL MELAYU.Jangan pandai berselindung untuk kata DSAI yang berani. Ini orang sudah WRITE OFF dari kamus perjuangan. Ini orang sudah hampir menjadi RAJA LAWAK.

KETIGA: Sebenarnya PERKASA mahukan orang melayu bersatu. PERKASA mahukan orang Melayu jangan bertelagah di bumi mereka sendiri. PERKASA adalah wadah bagi perjuangan agama, raja, bangsa dan negara. Orang Cina dan India jangan gusar sebab bangsa ini tidak sembelih orang, bangsa Melayu ini baik dan berbudi sehingga dulunya bila cerita Singapura langgar todak orang kepulauan Melayulah yang membentengkan diri mereka dari pelanggaran todak. Begitu baiknya Melayu dan bagitu lembutnya mereka. Mereka tidak merampas tapi mereka mempertahankan, mereka bukan kemaruk tapi mereka berkongsi. Apakah kehebatan ini, apakah keistimewaan ini tiada pada Nik Aziz, tiada pada Hadi, tiada pada Mat Sabu? Kenapa mereka turut melemahkan PERKASA? adakah kerana DSAI,adakah kerana Kit Siang, dakah kerana karpal?

PELAKU SEX

PERTAMA: Saiful dah bersumpah, Eskay dah bersumpah, Najib pun apabila dulu di desak pun dah bersumpah. Sekarang sudah ada pula baik buruk bersumpah, sudah ada pula sesuai tak sesuai bersumpah. ANWAR mulakan putar alamnya dengan melakukan jenaka di hadapan 1500 yang kebanyakkannya Melayu di Gombak. Dia banyak cerita hal air mani, gaya seks, dan sesekali dia hentam Najib. Kita tanya lebai lebai, apakah cara lawak sex ini di bolehkan oleh agama? Kalau tanya PAS tentunya jawapan yang menarik dapat di perolehi, sebab itu di negeri yang dia bersekongkol macam macam boleh buat asalkan terus ada kuasa. Dulu cerita qazaf, sekarang pun cerita qazaf. Saiful komplen yang dia sakit buntut sebab Anwar, itu perlu qazaf, Eskay sumpah yang dia bersama Anwar dalam menjadi barua sex, itu perlu qazaf, jadinya segala yang kita buat lepas ini mesti ada hukum qazaf, apakah lepas ini kita bila berzina dan ada bukti moden kita perlu ikut qazaf? Eskay ajak Anwar sama sama bersumpah, Anwar buat ulasan istimewa kenapa sumpah orang yang minum arak dan main betina tidak sesuai. Mungkin sebab dia pun biasa balon maka sumpah adalah tidak sesuai dengan Anwar. Bila kita kata yang hakim akan jatuhkan hukuman, dia kata ini konspirasi, ini negara undang-undang berat sebelah, dia mahu Yusuf Qardawi jadi hakim. Jadi sebenarnya siapa yang PENYANGAK SEX? Anwar boleh ketawa bila dia kata dia superman boleh balon depan belakang dan tepi. Apakah yang hadir ceramah Anwar adalah orang orang yang gemar cerita ini? Sampai bagitukah maruah melayu?


KEDUA: Bila reporter tanya hal OMEGA Anwar dia marah, bila tanya apakah dia kenal ESKAY dia elak. Anwar ini sudah di tahap sakit jiwa. Orang yang buta akal pun akan tahu bahawa kelakuan Anwar memalukan, dan dia patut tidak perlu minta bantuan. 28 juta rakyat yang akan tentukan bahwa dia adalah orang tidak bermoral, malulah sikit pada Chua Soi Lek, kerana dia tahu ada kelemahan dalam dirinya maka dia cepat cepat tutup hal ini. Ini tidak pula kesnya dengan Anwar. Mungkin di dunia ini Anwar sorang yang beria ia benar mahu hebohkan hal perut, hal air mani dan hal liwat. Kaum ibu pun naik mual bila bicara tentang Manusia yang mahu menegak benang basah. Anwar mahu bergasak habisan tentang hal diri nya,dia apa nak malu lagi, dia juga sebut bahwa dia di seksa dan di godam, makanya apabila nanti dia mendapat kuasa, dia akan insaf akan keperitan orang yang payah,di godam, dan di seksa. Soalannya bagaimana pula buntut buntut yang dia balon?nyonya nyonya yang dia hentam? Apakah bila dia berkuasa dia akan teruskan pembalonan ini?
                                

No comments:

Post a Comment