Friday, January 14, 2011

AZAN DAN GANGGUAN TIDUR

Seorang peguam bukan islam tulis surat pd PM untuk PM ambil tindakan perlahankan volume azan kerana bagi nya azan mengganggu tidur.Penduduk sekitar masjid aliklasiah jalan pantai marah,termasuk pekida dan perkasa.Seorang peguam yang bistari hari ini sudah sampai tahap berani sentuh hal ugama dan cuba buat pembetulan tentang hal ugama.Bukan ugama dia tapi ugama ISLAM.Dizaman dulu bila kita di jajah,tidak kira belanda ,inggeris,jepun portugis,mereka datang dan jajah orang melayu dan islam.Namun mereka tidak ganggu langsung urusan ugama.Penjajahan mereka walau pun mengizinkan mereka mengembangkan ugama kristian namun mereka tidak pernah ganggu langsung raja dan islam.MERDEKA kita adalah dari tangan inggeris dan Islam tidak langsung di pertikai dalam urusan kemerdekaan.Inggeris tahu bangsa lain yang mahu di beri keratyatan pun ada ugama.Makanya inggeris juga bagi keistimewaan untuk membenarkan mereka bebas berugama.Ini sejarah.Ini juga di ceritakan dalam novelINTERLOK dan sudah berbuih buih di sebut di mana saja.Hari ini kita dewasa dalam kemerdekaan sehingga ada pihak yang mengatakan kita tidak cukup islam kerana parti UMNO bukan parti islam dan hanya PAS parti islam sebenar.Marah selalu PAS pd UMNO bukan kerana darah melayu tetapi kerana kuatnya keislaman PAS tentang islam sehingga bukan melayu dan bukan islam naik gerun dengan PAS.Hari ini Bila PAS tidur dengan DAP dan bersiram bersama PKR maka timbullah usaha untuk hancurkan melayu melalui islam.Tak pernah PAS naik berang tentang hal yang menyentuh ugama.Banyak boleh di sebut ternyata NIK AZIZ menjadi guru menghalalkan usaha pencemaran islam.Hari ini peguam ini bertindak berani sampai mahu minta bukan lagi melalui ustaz,ketua kampong,jauh sekali wakil rakyat yang di tempat nya tapi PERDANA MENTERI untuk campur tangan dalam hal azan.Mana dia panglima PAS?Apakah PAS sekadar berani berselindung di belakang Pekida Dan Perkasa?ini semua gara gara mahu dapat undi bukan melayu ,sebab tu PAS dah jadi parti bukan perjuangan tapi PAS yang kemaruk kuasa,parti yang sanggup di guna pakai.Lihat saja tindakan mengizinkan orang islam menjual arak.Ronie liew sengaja tidak pedulikan peraturan enakmen islam selangor.Bagitu juga gerai orang islam di penang yang berniaga atas jalan di ambil tindakan tapi gerai gerai cina yang bersepah atas jalan tidak di ambil tindakan.Kita tanya orang islam tidak kah mereka terganggu dengan bunyi loceng kuil?tidak kah orang islam terganggu dengan colok colok gaharu?Pernah kah orang islam secara terbuka meminta aktiviti keugamaan ini di berhentikan atau di ubahsuaikan kerana untuk keselesaan?Pernah kah orang melayu buat petisyen pd PM untuk halang aktiviti ugama mereka?Ini semua kita tak lakukan walau pun kita majoriti dan kita berkuasa.Hari ini kuasa yang kita miliki di desak supaya di gunakan untuk cemarkan ugama kita sendiri.PAs memangnya bacol dan menjadi lebih pondan dari PKR.Sejak Pkr suka main belakang PAS pun ikut main di belakang saja ?Kenapa tidak di barisan depan?Kalau sekadar sokong sultan untuk penggunaan tulisan jawi itu tak cukup.Pas mesti berupaya menunjukkan kehebatan mereka dalam memberi keyakinan bahwa mereka pejuang dan mereka adalah pembela islam.Nah kalau mereka bacul,umno tidak islam,pkr main belakang ,kita tanya orang melayu kepada siapa islam akan di bela?Bukan kah kekuatan islam itu terletak di tangan melayu?kita majoriti dan kita semua seugama.Kenapa sasaran mereka ialah ugama?Apakah susah kita bersatu atas nama ugama?Bukan melayu mahu selesa di negara yang telah bagi jasa dan mereka bukan lagi mahu kehidupan tapi mahu taklok dan mahu humban islam jauh dari mereka.Ketika itu generasi kita akan tertanya tanya siapa angkara yang buat islam tergadai dan di hina?Akibat dari main politik,kesan sampingan nya telah terkena pd ugama.Orang bukan melayu tahu untuk mereka adalah penentu kuasa dan kali ini mereka uji dan kacau kita.Kalau kita bersatu tentulah mereka yang minoriti ini tidak bersikap biadap dan bersikap tak kenang jasa dan budi orang melayu.Kalau kita dengar ceramah ugama dan ceramah PAS semuanya sekitar perjuangan ugama,dan sekarang kempen ganti UMNO.Ini juga membawa makna Pas tidak berupaya dalam mendakwah sekutu mereka.Kita tanya kenapa kita tak boleh langsung bersatu sedangkan hari demi hari kita di asak.Hari ini jelas kita kena setuju kata orang dulu kita perlu bersatu jika tidak kita akan roboh.Yang akan di robohkan ialah masjid dan surau.Mampukah kita bagi jawapan pd allah ketika itu?Pas!bolehkah PAs keluarkan amaran dan sediakan apakah langkah langkah keislaman yang mahu di lakukan jika mereka berkuasa?Kita tanya dia dan kita mahu dia cerita hasilnya mesti sama dengan KEMPEN 100 hari PR!

 

1 comment:

  1. @ Kalau sekadar sokong sultan untuk penggunaan tulisan jawi itu tak cukup.
    -
    Tulisan jawi – Amat cantik
    Jawi kaligrafer — Wajib Dimiliki
    http://sifoo.com/topic/314-jawi-kaligrafer-%E2%80%94-wajib-dimiliki
    http://sifoo.com/topic/315-taipset-jawi-dalam-word-indesign
    http://masterpakpandir.wordpress.com/2011/01/05/cara-mudah-install-tulisan-jawi/#more-715
    http://70.32.105.174/files/MirEmad.pdf
    kompatibel penuh untuk:
    1. Word 2003+2007+2020 + Indesign Cs5 ++
    2. Windows Xp, Vista & Windows 7
    Semakin Terancam?! Semarak Jawi

    ReplyDelete