Wednesday, January 5, 2011

BUKTI DAN KETERANGAN : Dato' Rais

Surat yang cuba memfitnah Dato' Rais... 

Menuduh adalah satu tugas yang berat. Bila buat tuduhan mesti berasas dan asas itu harus bersandarkan pada bukti dan keterangan. Menuduh melulu dan tidak pula ada asas adalah kerja jahat yang di sisip dengan nafsu yang lahir dari sifat syaitan.

Lebih teruk kalau orang yang terpelihara ketokohannya dijadikan sasaran untuk tuduhan yang bersifat melulu. Menuduh seorang tokoh merogol, memperkosa dan mengotori kesucian gadis atau wanita adalah satu kerja yang di murkai allah dan masyarakat yang gemar dan bersukaria dengan tuduhan seumpama ini sudah hilang ketamadunnya dan sudah tidak lagi berupaya untuk di ubah.

Pastinya setiap fitnah itu adalah dosa
yang lebih besar dari orang yang
membunuh.
Ini suatu penyakit dan penyakit ini menular di alam maya. Dato' Seri Rais Yatim di tuduh rogol pembantu rumah tahun 2007. Ini tersebar luas di kalangan bloggers dan sudah ada pihak yang ambil kesempatan untuk terus buat laporan polis. Tuduhan yang tiada kesan bukti hanya semata-mata mengundang kecelaruan minda.

Nah selaku Menteri Penerangan Kominikasi dan Kebudayaan beliau telah lakukan tugasnya. Beliau membuat kenyataan berani. Beliau nafi dan mahu siasatan mengambil dan siasat bukti dan dapatkan cukup keterangan. Sudah pun ada pihak yang mula pertikai akan kenyataan beliau.

Jika bagini cara dan budaya kita maka kita bukan akan maju tapi akan mundur dengan budaya jijik. Memang kita semua tahu di kalangan Menteri yang gigih dan tekun ialah Rais Yatim. Beliau punya tenaga dan daya fikiran yang terpuji. Adat dan lumrah manusia yang jahat ialah sifat cemburu dan memilih jalan kotor menjatuhkan maruah tokoh tokoh terkenaltidak dan terpuji.Dalam melalui detik dan langkah ke 2020 kita doakan supaya makhlok makhlok ini di pupuskan supaya masa depan generasi akan di selamatkan dari anasir perosak akhlak ini.

No comments:

Post a Comment